Wednesday, January 13, 2010

Memberi Pandangan Kedua Kepada Artikel Nasruddin Tantawi Berkenaan Dengan Isu Kalimah Allah

Saya merujuk kepada artikel Nasruddin Tantawi bertajuk :

Kalimah Allah dan Syariat Allah

Point #1: Ayat2 yang dinaqal oleh Ustaz Nasruddin Tantawi tidak tsabit mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh kaum bukan Islam. Ayat2 yang dipetik oleh Ustaz Nasruddin Tantawi hanya membuktikan betapa perbuatan mensyirikkan Allah itu DIMURKAI oleh Allah.
Kalau orang Kristian dan Yahudi tidak mempercayai Allah yang sama dengan kita, bagaimanakah kita hendak kata mereka telah melakukan syirik?

Ayat-ayat yang dipetik oleh ustaz Nasruddin Tantawi adalah :
1.0 Firman Allah swt :


و قالوا اتخذ الرحمن ولدا لقد جئتم شيئا إدا تكاد السموات يتفطرن منه و تنشق الأرض و تخر الجبال هدا أن دعوا للرحمن ولد

dan mereka berkata Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak . Sungguh kamu telah membawa sesuatu yang sangat mungkar . Hampir saja langit pecah dan bumi terbelah dan gunung ganang runtuh kerana kenyataan [ ucapan ] itu . Kerana mereka menganggap Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak .

أئنكم لتشهدون أن مع الله ءالهة أخرى قل لا أشهد قل إنما هو اله واحد وإنني برئ مما تشركون

Dapatkah [ bolehkah ] kamu benar - benar bersaksi bahawa ada tuhan - tuhan lain selain Allah ? Katakanlah : Aku tidak dapat bersaksi . Katakanlah : Sesungguhnya Dialah [ Allah ] Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri [ tidak boleh sokong/terima ] terhadap apa yang kamu sekutukan dengan Allah swt .

Saya tidak nampak walau satu pernyataan dari Allah SWT mengharamkan orang Kristian dan Yahudi menggunakan nama Allah dari kedua-dua ayat di atas.

ADA ATAU TIDAK ULAMA2 TERDAHULU MENGHARAMKANNYA?

Jadi, untuk menyelesaikan masaalah ini, saya memohon supaya Ustaz Nasruddin Tantawi dapat menaqal mana-mana kitab tafseer atau feqah yang muktabar yang mengharamkan penggunaan nama Allah oleh kaum Yahudi dan Nasrani berdasarkan kedua-dua ayat di atas.

Ataupun, Ustaz Nasruddin Tantawi merasakan beliau adalah seorang yang bertaraf mujtahid-mufaseeren yang mampu mengistimbat hukum terus dari Alquran?

Harus diingat orang Yahudi dan Nasrani telah menggunakan nama Allah di zaman ulama-ulama besar dalam sejarah Islam masih hidup seperti ImamSyafiee, Imam Ahmad, Imam Malik dsbnya. Malahan sewaktu ulama-ulama besar Sepanyol juga masih hidup seperti anak-anak murid Imam Malik, Ibnu Hazm, Imam Qurthubi dan sebagainya.

Sekiranya perkara ini haram PASTI kita akan jumpa pengharamanya dalam kutub tulisan ulama2 besar ini (rahmatullahi alai hum). Ustaz Nasruddin Tantawi sebagai seorang yang mengaji di Azhar sudah pasti dengan mudah dapat menaqal pendapat ulama2 besar ini dalam tulisan beliau.

Bagi saya lebih selamat kita bersandar kepada pendapat Imam-imam yang muktabar. Dan sekiranya ada pendapat mengharamkan Kristian dan Yahudi menggunakan nama Allah, sudah tentu kita akan jumpa dalam kitab2 Tafseer dan Feqah yang muktabar.

Ini kerana kaum Kristian telah menggunakan nama Allah semenjak zaman Nabi SAW. Kristian Koptik di Mesir menggunakan nama Allah semenjak lebih 1000 tahun dahulu. Hampir-hampir sama umur dengan Universiti Al Azhar sendiri.

Ertinya ia bukan perkara baru dalam Islam dan pasti ianya terkandung dalam kutub ulama2 besar yang terdahulu. Lainlah kalau kita nak bincang pasal hukum Amanah Saham Bumiputra. Yang ni, bukaklah semua kitab2 lama pun, kita takkan jumpa hukum nya.

Bayangkan, kalau perkara “Ribath” (tempat mandi umum) pun ada hukum yang kita boleh baca dari tulisan-tulisan ulama besar2 terdahulu, inikan pula perkara besar macam kalimah Allah. Sudah tentu pengharamannya memenuhi kutub ulama2 besar terdahulu.

SAYA TAK BERANI BERLAGAK PANDAI. SAYA JAHIL DALAM AGAMA

Saya sendiri pada mulanya mahu mengambil sikap menentang penggunaan kalimah Allah oleh kaum Katholik. Tapi, saya berfikir kembali, siapakah saya ini berbanding dengan ulama-ulama besar yang terdahulu? Kalau ulama-ulama terdahulu tidak mengharamkan, siapakah saya hendak menunjuk pandai?

Maka, saya mengambil sikap untuk tidak meneruskan sikap ini dan menukar sikap saya. Saya takut dituduh sebagai angkuh dan sombong dengan membelakangi ulama-ulama besar yang terdahulu seperti Ibnu hazm yang tinggal di Sepanyol.

SAya juga sedar ilmu saya rendah dan saya tak boleh sampai ke tahap MUJTAHID dapat mengistimbat hukum terus dari Al Quran dan Sunnah.

BEBERAPA HUJJAH HUKUM SYARIAH YANG SAYA HADAPI

Di dalam Facebook ada seorang pengunjung telah memberikan alasan “Sadd Zari'ah”. Secara mudahnya ia bererti mengharamkan perkara yang bakal membawa umat Islam kepada melakukan perkara haram. Maka saya berkata kepada pengunjung facebook saya, setakat ini kalimah Allah telah digunakan di Sabah dan Sarawak semenjak sebelum Merdeka lagi. Bolehkah beliau membawa bukti telah berlakunya murtad kepada umat Islam hanya kerana orang Kristian Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah “Allah”? Beliau tidak mampu memberikan apa-apa bukti.

Dan kaedah ini juga tidak releven lagi sebab kalimah Allah telah pun digunakan oleh orang Kristian di Sabah. Bukan benda baru.

Ada pula yang menggunakan alasan “Siyasah Syariyyah”. Tapi, mereka yang menggunakan alasan ini tidak dapat memberikan huraian yang jitu dan terperinci. Perkataan Siyasah Syariiah ini luas dan terbuka kepada banyak ijtihad dan tafsiran. Jadi, sekadar menyebut perkataan “Siyasah Syariiah” sahaja tidak mencukupi untuk menjadi alasan menolak kebenaran orang Katholik menggunakan kalimah Allah.

Harus diingat bahawa “Siyasah Syariiah” serta “Saad Zariah” bukanlah sumber hukum syariah yang disepakati oleh semua ulama. Ianya masih khilaf.

Sebagai penutup, kalau Ustaz Nasruddin dapat membawa pendapat ulama2 besar yang muktabar terdahulu mengharamkan penggunaan kalimah Allah, nescaya saya akan mengubah pendirian saya sama sekali.

Saya berpegang dengan kata-kata guru saya sewaktu membandingkan diri beliau dengan Imam Syafiee. Beliau kata kalau beliau ngaji 100 tahun pun ilmu beliau tak sampai ke tahap ilmu Imam Syafiee. Dan beliau ini telah mengaji lebih 100 shuyukh dan 51 darinya beliau mendapat “ijazah” terus dari shuyukh tersebut.

Wallahualam

Tulang Besi

Kalimah Allah dan Syariat Allah

1. Banyak pihak begitu marah dan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah tinggi baru - baru ini yang membenarkan sebuah akhbar [ Herald ] menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka .

2. Pendirian saya sendiri jelas dan tidak pernah berubah sehingga saat ini , bahawa kalimah Allah swt adalah Lafzul Jalaalah yang merujuk kepada keesaan Allah swt. Firman Allah swt :

قل هو الله أحد الله الصمد لم يلد و لم يولد و لم يكن له كفوا أحد

Katakanlah [ Wahai Muhammad ] Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa . Allah tempat bergantung dan meminta segala sesuatu . [ Allah ] tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya .
Surah al Ikhlas : 1-4

3. Sesiapa pun [ muslim atau non muslim ] yang mahu menggunakan kalimah Allah mestilah menggunakannya dengan betul iaitu Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya . Haram dan kufur jika kita membenarkan perbuatan , tindakan atau kenyataan yang menduakan [ mensyirikkan ] Allah swt . Seperti membenarkan perkataan orang yang berkata : " Allah itu ada anak " dan seumpamanya . Kerana perkataan itu salah dan bertentangan dengan keEsaan Allah swt. walau siapa [ non muslim atau muslim ] yang berkata demikian .

4. Allah swt sendiri murka terhadap mereka yang menggunakan kalimah Allah secara salah [ dengan berkata Allah mempunyai anak ] , maka bagaimana mungkin kita boleh bersetuju dan redha jika ada yang menggunakan kalimah Allah secara salah seperti mensyirikkan Allah swt [ menganggap Allah ada anak dan isteri atau menduakan Allah dengan tuhan yang lain ] Firman Allah swt :

و قالوا اتخذ الرحمن ولدا لقد جئتم شيئا إدا تكاد السموات يتفطرن منه و تنشق الأرض و تخر الجبال هدا أن دعوا للرحمن ولد

dan mereka berkata Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak . Sungguh kamu telah membawa sesuatu yang sangat mungkar . Hampir saja langit pecah dan bumi terbelah dan gunung ganang runtuh kerana kenyataan [ ucapan ] itu . Kerana mereka menganggap Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak .
Surah Maryam : 88 - 91

أئنكم لتشهدون أن مع الله ءالهة أخرى قل لا أشهد قل إنما هو اله واحد وإنني برئ مما تشركون

Dapatkah [ bolehkah ] kamu benar - benar bersaksi bahawa ada tuhan - tuhan lain selain Allah ? Katakanlah : Aku tidak dapat bersaksi . Katakanlah : Sesungguhnya Dialah [ Allah ] Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri [ tidak boleh sokong/terima ] terhadap apa yang kamu sekutukan dengan Allah swt .
Surah Al An'am : 19

5. Manakala pengguna kalimah Allah swt secara benar dan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt itu sendiri yang telah mengisytiharkan zatNya tiada sekutu dan bandingan [ seperti yang termaktub di dalam surah al ikhlas ] , maka ia adalah pengguna yang bijak dan benar , malah dibenarkan sekalipun ia seorang non muslim . Inilah yang Allah swt sebut di dalam al Quran :

ولئن سألتهم من خلق السموات و الأرض و سخر الشمس و القمر ليقولن الله فأنى يؤفكون

dan jika engkau bertanya kepada mereka : " siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan ?" nescaya mereka menjawab Allah ! maka , kenapa mereka masih boleh berpaling dari kebenaran .
Surah al Ankabut : 61

Sekitar pemafahaman dari ayat ini :

a ] Ayat ini secara jelas menunjukkan bagaimana Allah menegaskan bahawa sebahagian non muslim terutama ahli kitab mengakui bahawa Allah swt. adalah pencipta langit dan bumi [ begitulah jawapan jika ditanya kepada mereka .

b ] Ayat ini juga bukanlah dalil mutlak untuk membenarkan golongan non muslim menggunakan kalimah Allah swt sewenang - wenangnya apatah lagi jika diguna secara salah . Sebaliknya ayat ini adalah penegasan Allah swt bahawa mereka mengakui Allah swt sebagai pencipta .

c ] Ia juga bukan dialog antara kuffar dengan Nabi saw. tetapi ia adalah ayat Allah untuk menjelaskan hakikat sanubari mereka , bahawa mereka tidak boleh menyembunyikan fakta ketuhanan Allah sebagai pencipta dan pemberi rezeki . Sebab itu ayat ini bermula dengan : [Jika sekiranya kamu bertanya kepada mereka ..... ertinya ayat ini bersifat jika atau andainya .... ia bukan dialog sebenar.]

d ] Persoalan isu aqidah dalam ayat ini terhenti di atas perkataan terakhir dari ayat ini : " maka ... kenapalah mereka masih boleh berpaling dari kebenaran ? " ertinya : walau hati kecil mereka mengakui bahawa Allah swt adalah pencipta langit dan bumi , maka kenapa mereka masih berpaling dari kebenaran itu ? kenapa mereka masih mensyirikkan Allah swt ? kenapa mereka mengambil tuhan - tuhan yang lain selain daripada Allah swt ? kenapa mereka tidak menerima wahyu Allah swt yang melantik Muhammad saw sebagai rasul akhir zaman ? kenapa mereka berpaling dari kebenaran ? kenapa ?

e ] persoalan yang dicetus pada akhir ayat 61 surah al Ankabut ini jelas menunjukkan Allah swt membenarkan jika mereka mahu berkata [menggunakan kalimah] Allah sebagai tuhan yang mencipta langit dan bumi , tetapi jika mereka mahu mensyirikkan Allah swt atau mengambil tuhan yang lain selain Allah swt , maka ia dimurkai oleh Allah swt .

6. Tidak hanya menggunakan kalimah Allah swt secara salah [seperti menduakan Allah swt] sahaja yang mesti ditolak , tetapi juga termasuklah perbuatan mempersenda dan mengabaikan perlaksanaan syariat Allah swt. juga mesti ditentang dan ditolak .

7. Isu kalimah Allah ini baru timbul sehari dua dalam negara kita , tetapi pengabaian terhadap perlaksanaan syariat Allah swt telah berlaku sejak dulu . Hairannya , tiada pula orang nak marah . Malah mahkamah tinggi Malaysia pernah mengisytiharkan Malaysia bukan Negara Islam , tiada pula berlaku kebangkitan di kalangan ummat Islam untuk membantah keputusan tersebut . Kecuali sebahagian kecil ummat Islam yang konsisten berjuang untuk mendaulatkan syariat Allah swt . termasuk PAS .

8. Terlalu banyak aktiviti dalam negara kita yang bertentangan dengan syariat Allah . Mengalungkan bunga ke tugu kebangsaan sebagai contoh , telah jelas ada fatwa dari majlis fatwa kebangsaan , tetapi kerajaan masih mengamalkannya saban tahun . Tiada pula amukan dari PERKASA untuk membantah amalan itu . Sedang itu secara terang terangan menghina majlis fatwa dan menghina agama Allah . Apakah kerana ia dilakukan oleh orang yang mengaku muslim maka ia tidak diambil endah ?

9. Al Amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar sebagai asas sebuah pemerintahan Islam tidak diamalkan dengan penuh tanggungjawab dalam negara kita . Terkadang seperti sengaja mereka mahu memperkecilkan ajaran Islam . Mereka buat tempat maksiat seperti kelab - kelab malam yang bercambah lalu mereka melantik pencegah maksiat supaya membuat operasi sesekali dihujung hujung bulan .

10. Bukankah ini satu persendaan ? mereka buat masjid mereka juga buat kelab malam . Mereka buat musabaqah al Quran mereka buat juga pertandingan ratu cantik . Mereka buat universiti Islam , mereka juga buat akademi fantasia . Mereka memberi sumbangan kepada fakir miskin , mereka juga melakukan rasuah dan membolot harta kekayaan negara. Mereka bukan buat amar makruf Nahi Mungkar tetapi Amar Makruf Amar Mungkar. Ini satu persendaan kepada syariat Allah swt . Ini juga mesti ditentang dan ditolak .
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 16:29

1. Banyak pihak begitu marah dan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah tinggi baru - baru ini yang membenarkan sebuah akhbar [Herald] menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka .

2. Pendirian saya sendiri jelas dan tidak pernah berubah sehingga saat ini , bahawa kalimah Allah swt adalah Lafzul Jalaalah yang merujuk kepada keesaan Allah swt. Firman Allah swt :

قل هو الله أحد الله الصمد لم يلد و لم يولد و لم يكن له كفوا أحد

Katakanlah [Wahai Muhammad] Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa . Allah tempat bergantung dan meminta segala sesuatu . [Allah] tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya .
Surah al Ikhlas : 1-4

3. Sesiapa pun [muslim atau non muslim] yang mahu menggunakan kalimah Allah mestilah menggunakannya dengan betul iaitu Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya . Haram dan kufur jika kita membenarkan perbuatan , tindakan atau kenyataan yang menduakan [mensyirikkan] Allah swt . Seperti membenarkan perkataan orang yang berkata : " Allah itu ada anak " dan seumpamanya . Kerana perkataan itu salah dan bertentangan dengan keEsaan Allah swt. walau siapa [non muslim atau muslim] yang berkata demikian .

4. Allah swt sendiri murka terhadap mereka yang menggunakan kalimah Allah secara salah [dengan berkata Allah mempunyai anak] , maka bagaimana mungkin kita boleh bersetuju dan redha jika ada yang menggunakan kalimah Allah secara salah seperti mensyirikkan Allah swt [menganggap Allah ada anak dan isteri atau menduakan Allah dengan tuhan yang lain] Firman Allah swt :

و قالوا اتخذ الرحمن ولدا لقد جئتم شيئا إدا تكاد السموات يتفطرن منه و تنشق الأرض و تخر الجبال هدا أن دعوا للرحمن ولد

dan mereka berkata Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak . Sungguh kamu telah membawa sesuatu yang sangat mungkar . Hampir saja langit pecah dan bumi terbelah dan gunung ganang runtuh kerana kenyataan [ucapan] itu . Kerana mereka menganggap Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak .
Surah Maryam : 88 - 91

أئنكم لتشهدون أن مع الله ءالهة أخرى قل لا أشهد قل إنما هو اله واحد وإنني برئ مما تشركون

Dapatkah [bolehkah] kamu benar - benar bersaksi bahawa ada tuhan - tuhan lain selain Allah ? Katakanlah : Aku tidak dapat bersaksi . Katakanlah : Sesungguhnya Dialah [Allah] Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri [tidak boleh sokong/terima] terhadap apa yang kamu sekutukan dengan Allah swt .
Surah Al An'am : 19

5. Manakala pengguna kalimah Allah swt secara benar dan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt itu sendiri yang telah mengisytiharkan zatNya tiada sekutu dan bandingan [seperti yang termaktub di dalam surah al ikhlas] , maka ia adalah pengguna yang bijak dan benar , malah dibenarkan sekalipun ia seorang non muslim . Inilah yang Allah swt sebut di dalam al Quran :

ولئن سألتهم من خلق السموات و الأرض و سخر الشمس و القمر ليقولن الله فأنى يؤفكون

dan jika engkau bertanya kepada mereka : " siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan ?" nescaya mereka menjawab Allah ! maka , kenapa mereka masih boleh berpaling dari kebenaran .
Surah al Ankabut : 61

Sekitar pemafahaman dari ayat ini :

a ] Ayat ini secara jelas menunjukkan bagaimana Allah menegaskan bahawa sebahagian non muslim terutama ahli kitab mengakui bahawa Allah swt. adalah pencipta langit dan bumi [begitulah jawapan jika ditanya kepada mereka.]

b ] Ayat ini juga bukanlah dalil mutlak untuk membenarkan golongan non muslim menggunakan kalimah Allah swt sewenang - wenangnya apatah lagi jika diguna secara salah . Sebaliknya ayat ini adalah penegasan Allah swt bahawa mereka mengakui Allah swt sebagai pencipta .

c ] Ia juga bukan dialog antara kuffar dengan Nabi saw. tetapi ia adalah ayat Allah untuk menjelaskan hakikat sanubari mereka , bahawa mereka tidak boleh menyembunyikan fakta ketuhanan Allah sebagai pencipta dan pemberi rezeki . Sebab itu ayat ini bermula dengan : [Jika sekiranya kamu bertanya kepada mereka ..... ertinya ayat ini bersifat jika atau andainya .... ia bukan dialog sebenar]

d ] Persoalan isu aqidah dalam ayat ini terhenti di atas perkataan terakhir dari ayat ini : " maka ... kenapalah mereka masih boleh berpaling dari kebenaran ? " ertinya : walau hati kecil mereka mengakui bahawa Allah swt adalah pencipta langit dan bumi , maka kenapa mereka masih berpaling dari kebenaran itu ? kenapa mereka masih mensyirikkan Allah swt ? kenapa mereka mengambil tuhan - tuhan yang lain selain daripada Allah swt ? kenapa mereka tidak menerima wahyu Allah swt yang melantik Muhammad saw sebagai rasul akhir zaman ? kenapa mereka berpaling dari kebenaran ? kenapa ?

e ] persoalan yang dicetus pada akhir ayat 61 surah al Ankabut ini jelas menunjukkan Allah swt membenarkan jika mereka mahu berkata [ menggunakan kalimah ] Allah sebagai tuhan yang mencipta langit dan bumi , tetapi jika mereka mahu mensyirikkan Allah swt atau mengambil tuhan yang lain selain Allah swt , maka ia dimurkai oleh Allah swt .

6. Tidak hanya menggunakan kalimah Allah swt secara salah [seperti menduakan Allah swt] sahaja yang mesti ditolak , tetapi juga termasuklah perbuatan mempersenda dan mengabaikan perlaksanaan syariat Allah swt. juga mesti ditentang dan ditolak .

7. Isu kalimah Allah ini baru timbul sehari dua dalam negara kita , tetapi pengabaian terhadap perlaksanaan syariat Allah swt telah berlaku sejak dulu . Hairannya , tiada pula orang nak marah . Malah mahkamah tinggi Malaysia pernah mengisytiharkan Malaysia bukan Negara Islam , tiada pula berlaku kebangkitan di kalangan ummat Islam untuk membantah keputusan tersebut . Kecuali sebahagian kecil ummat Islam yang konsisten berjuang untuk mendaulatkan syariat Allah swt . termasuk PAS .

8. Terlalu banyak aktiviti dalam negara kita yang bertentangan dengan syariat Allah . Mengalungkan bunga ke tugu kebangsaan sebagai contoh , telah jelas ada fatwa dari majlis fatwa kebangsaan , tetapi kerajaan masih mengamalkannya saban tahun . Tiada pula amukan dari PERKASA untuk membantah amalan itu . Sedang itu secara terang terangan menghina majlis fatwa dan menghina agama Allah . Apakah kerana ia dilakukan oleh orang yang mengaku muslim maka ia tidak diambil endah ?

9. Al Amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar sebagai asas sebuah pemerintahan Islam tidak diamalkan dengan penuh tanggungjawab dalam negara kita . Terkadang seperti sengaja mereka mahu memperkecilkan ajaran Islam . Mereka buat tempat maksiat seperti kelab - kelab malam yang bercambah lalu mereka melantik pencegah maksiat supaya membuat operasi sesekali dihujung hujung bulan .

10. Bukankah ini satu persendaan ? mereka buat masjid mereka juga buat kelab malam . Mereka buat musabaqah al Quran mereka buat juga pertandingan ratu cantik . Mereka buat universiti Islam , mereka juga buat akademi fantasia . Mereka memberi sumbangan kepada fakir miskin , mereka juga melakukan rasuah dan membolot harta kekayaan negara. Mereka bukan buat amar makruf Nahi Mungkar tetapi Amar Makruf Amar Mungkar. Ini satu persendaan kepada syariat Allah swt . Ini juga mesti ditentang dan ditolak .
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 16:29 11 comments Links to this post
Saturday, 2 January 2010

14 comments:

  1. salam...
    Lu tak baca ke article ustaz Nasaruddin tu betul2??

    Bila masa dia haramkan penggunaan word ALLAH tu utk digunakan oleh Non MUSLIM..

    Yang ditekankan ialah kita boleh menjadi kufur kalau membenarkan apa yang non Muslim maksudkan dgn perkataan ALLAH..

    Kita izinkan mereka Guna..
    Tapi Kita tak memBenarkan Apa yang mereka kata!!

    kata kunci Izin dan Benar...

    kita izin mereka guna..
    TETAPI kita tidak MemBENARKAN maksud Mereka dgn perkataan ALLAH itu..

    Ini yang kita tekankan..

    Yang lu orang kecoh tak tentunhala.. kenapa??

    Fikir baik2 laa..
    part mana benar dan part mana yang salah...

    ini tidak.. asal tak selari je.. semua orang dihentam....


    fikir baik2 kawan..

    ReplyDelete
  2. kalai imam syafie, imam ghazali, imam taimiyah, imam lain2 tu hidup di malaysia ketika ini, melihat keadaan orang islam ketika ini, melihat kelakuan umno ketika ini

    adakah imam2 tu masih berpendirian seperti dulu?

    bila sebut ijtihad, ada kalanya ia kena sesuaikan dengan waqi semasa dan setempat

    ReplyDelete
  3. Ustaz Nasruddin Tantawi betul. Sdr Tulang Besi tersilap.

    Kalau Allah sudah larang ... itu sudah haram melanggarnya ... itu sudah wajib mentaatiNya. Itu hukum Allah. Bukan hukum ciptaan manusia.

    Bila Allah sudah berkata demikian dalam Qur-anNya, saudara gilakah hendak mencari makhluk yang mengesahkan Qalam Allah atau membatalkannya?

    Allahuakbar atau manusia-u-akbar?

    Saya berlepas diri dari sdr Tulang Besi, kerana jika tulang besi ini cair dibakar esok ....

    Saya berpendapat sdr Tulang Besi siapkan barisan lawyer sdr untuk membela sdr di mahkamah Allah esok. Tak lama lagi. Cepat.

    ReplyDelete
  4. UMNO nak tunjuk jaguh ISLAM je..
    padahal byk syiar ISLAM ditinggalkan..
    riba.. disco.. loteri.. aurat..
    muamalat ISLAM tak terbangun....

    apa yang haram atau halal tak dihujahkan..

    tetapi yang mendukung PAS, harus juga faham part mana yang dizinkan dan part mana yang dibenarkan.. itu je..

    Persamaan kita dahulukan..
    perselisihan dikemudiankan..

    PAS sudah sepakat Boleh Guna ALLAH tetapi tidak bersetuju digunakan utk propaganda terhadap Muslim.. Itu je..
    Ini kerana sebagai Pimpinan , Kita takut RAkyat dikelirukan dgn kristinasasi..

    yang kata tak benar guna Allah.. tengoklaa hujah mereka dulu, part mana yang mereka tak setuju dibenar guna??

    bukan terus main pukul rata..

    baru ada perkembangan ilmu..

    ReplyDelete
  5. Melihat kepada kemelut isu ini, ia sebenarnya bukan isu agama. hanya politik untuk di politikkan. Ini perlu di akui oleh semua rakyat malaysia masakini, kerana pemerintah masa kini tidak berupaya memerintah akibat perbuatan mereka sendiri.

    Dari isu PKFZ, Mahligai Toyo, Skandal Altantuya, Enjin Jet hilang, kenaikan harga barangan dan segala macam prmasalahan masa kini, adalah helah umno sahaja untuk menutup kelemahan mereka.

    Perlu di ingatkan isu Allah tidak penting sekarang kerana kesusahan rakyat masa kini perlu di beri perhatian yang lebih kerana itulah tanggungjawab kerajaan yang memerintah sekarang. Kalau tak upaya memerintah perlu saja di bubarkan parlimen sekarang untuk memilih kerajaan baru.

    Selepas pada pembubaran Parlimen, isu Allah ini akan selesai begitu saja, sebab rakyat juga akhirnya dapat menyelesaikan isu itu dengan sendirinya, bukannya ahli politik yang cakap berdegar-degar tapi semuanya cakap tak serupa bikin atau cakap kosong yang membuang masa rakyat.

    Berbalik kepada isu Allah itu, dengan menggunakkan logik akal saja kita boleh tahu siapa yang boleh guna dan tak boleh guna. Umumnya tahu agama kristian ini juga berkait rapat dengan islam. Adalah salah kepada mana-mana orang melayu mengatakan Allah hanya pada islam., kerana didalam Quran ada di ceritkan akan kisah Nabi Isa a.s. Jadi cuma penganut kristian saja yang menyeleweng mengatakan isa itu anak Tuhan, yakni dari perspektif islam mestilah di fahamkan isa tu adalah anak Allah. Itu adalah masalah penganut kristian, tiada mengena dengan penganut islam apatah lagi untuk orang melayu.

    Isu ini tak perlu di perbesarkan lagi kerana yang menjadi polemik begini adalah kerana orang melayu itu sendiri tidak menjunjung akan ketinggian ilmu dan teramat jahil. Tidak mahu belajar ilmu duniawi dan ukhrawi secara serius dan hanya suka bercakap kosong dan membuang masa saja, sama seperti pemimpin mereka sekarang yang boleh di ibaratkan seperti tin kosong kalau bercakap pasal ilmu.

    ReplyDelete
  6. Apa lagi yang nak dibincangkan, kan Majlis Ulamak dah mengeluarkan fatwa mengharamkan penggunaan nama Allah bagi org bukan Islam dalam Mei 2008.

    Apakah kita ni lebih ahli dari ulamak2 tersebut. Kalau kita tak nak berijtihad dgn ulamak dgn sapa lg. Islam x boleh dibicarakan ikut logik akal semata2.

    Untuk SearchForHeaven, kalaupon UMNO salah dalam bab rasuah, aurat, loteri, itu tajuk lain, kalau aqidah dah x betul, Allah x trima amalan kita yg lain psl asas dah rosak.

    PAS membolehkan penggunaan nama Allah tapi tidak utk tujuan propaganda, saya nak tanya, sape yang nak monitor bila perkataan tu jd propaganda atau tidak, ada specific guideline ke, x kan evritime nak refer ke court plak. Org bkn Islam akan kata lepaih ni, "kejap boleh kejap tidak, bulldoze je la dulu, klu x boleh, kita fight lg".

    Lebih baik bendung sebelum x dpt di kawal. Kita risaukan generasi akan datang. Nak jd mcm Indon ke, kawin berlainan agama boleh, x payah msuk Islam.

    Fikirlah dgn akal dan iman bkn dendam.

    ReplyDelete
  7. en Alham..

    Kalau KDN tak bawa kes ni ke mahkamah..Takkan jadi isu ni..
    KDN skang di bawah kerajaan UMNO-BN..

    Kalau betul2 nak setel awal2.. apesal tak suh agung kuar statement sebelum masuk mahkamah..
    Kenapa tak suruh Sultan Selangor kuarkan statement sebelum naik mahkamah???

    Kalau guna awal2..
    macam2 boleh setel..
    boleh tuduh sape tak dengar cakap sultan derhaka...
    macam2 laaa..

    Tapi sbb UMNO nak jadi champion..
    dia biar kes ni ke mahkamah..

    nak tengok reaksi rakyat ISLAM..

    JAHAT punya taktikal..

    Wa tanya sekali lagi..
    SIAPA MENTERI KDN???
    Kementerian mana yang bawak Kes Herald ni ke Mahkamah???

    menteri tu.. menteri PAS ke??
    ataupun Menteri UMNO???



    So. dah jadi macam KOnspirasi theory..
    sepatutnya KDN yang di bwah kerajaan terus mintak tolong sultan tapi apasal bahlol sgt bawak pi mahkamah plak..
    hakim plak non mUslim...

    so.. semua dosa2 dulu ada kaitan dgn dosa2 skang..

    Kalu PAS tak buat statement logik.
    lagi huru hara laa suasana..

    kalo citer bab akidah..
    tolak hudud dah rosak akidah..

    ReplyDelete
  8. Pembetulan:

    KDN dah larang Herald.

    Herald cabar larangan itu dalam mahkamah.

    Hahim mubaligh kristian LBLian membatalkan larangan KDN itu.

    Tuan SearchForHeaven salah cakap.

    ReplyDelete
  9. Tuan SearchForHeaven,

    Asik bg konspirasi teori bila nak setel, bende takde bleh jd ade.

    Sedara Anon 6.23 dah tlg jwb, klu gentlemen mintak lah maap kat KDN psl kata diorg bahlol dan tak buat keje.

    Ckp Sultan pon non muslims dah tak pandang dah psl tak ikut ideologi diorg, nak tuduh diorg derhaka pon lantaklah bkn sultan diorg. x caye pegi visit Msian Insider.

    Abihtu fatwa ulamak nak diketepikan camtu je ke, fatwa ulamak PAS je yg btul.

    Nape PAS, bile isu tu diketngahkan oleh UMNO trus pakat boikot walaupon benar. Tgklah ape yg dickp bkn sape yg bercakap. Even its politically motivated, still very pertinent issue kan?

    Tu la saya kate sblom nie, fkirlah dgn akal dan iman bkn dendam.

    Wasalam

    ReplyDelete
  10. kat atas tu wa provoke...

    sape defendan sape pendakwa dlm kes ni???
    wa nak tanya.. wa tak tahu laa..

    cuba lu bawakkan detail case ni..
    kita tengok asal usul kes ni...

    ReplyDelete
  11. 1st version:

    "
    Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas on Usage of word "ALLAH"On December 13, 2009, during the Worldview of Islam Seminar organized by the Assembly of Muslim Intellectuals or Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM), there was a question being posted to Professor Al-Attas regarding the polemical usage of the word "Allah" by the non-Muslims.

    ReplyDelete
  12. 2nd version

    Below is the transcript of his brief-but-yet- concise enlightening remarks. As a word of caution, though, one must not only rely on this brief transcript alone to understand the whole spectrum of Prof. Al-Attas' view about this theological matter.


    Further thorough elucidation of his thought can be found in numerous works of this great Muslim scholar of this age, such as Prolegomena to the Metaphysics of Islam, Islam and Secularism, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu and A Commentary on Hujjat al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri.

    ReplyDelete
  13. 3 version:

    Prof. Wan Mohd Nor and Prof. Al-Attas during the special lecture in the seminar last year.



    Question: The using of kalimah “Allah” by other people in this country
    Answers by Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas:

    Well I have been talking about this long time ago. I remember about this in ISTAC, when we first established ourselves (late 80’s and early 90’s), I think the Arcbishop of Penang was asking this question. And I have answered that.

    And then we had a meeting with the Archbishop of Kuala Lumpur and about all the representatives of Christianity, including the ministers, we had a meeting at ISTAC.

    And I said, “Why you want to use the word ‘Allah’ for yourself?”

    They said “we going to pray in Bahasa Malaysia”

    That’s the way they put it. So my answers to them, “Why you have to change praying into Bahasa Malaysia. You have been praying in English all the time. Why suddenly change into Bahasa Malaysia?”

    Ok, so they said they want to change so that it more patriotic. Then in that case I’m saying that “why don’t you use Tuhan while praying in Bahasa Malaysia? Because you are talking about God isn’t it?…God is not just a name…”Allah” is a name of this Being whom you called God… and in fact a Being whom even higher than what you called to be God”

    And then I said, “ …and “Allah” is not from Bahasa Malaysia. It is not a national language. It belongs to the language of Muslim all over the world. Therefore your argument using this for the word “Allah” does not fit into your idea of God. Because “Allah” does not have a son, It is not one of three (Trinity), that is why out of respect to Allah we can’t allow you to use this.“

    But when we Muslim, when we write in English we say God, or when we talk to people we say God but we mean “Allah”…but they cannot say when they speak about God it means “Allah” as they don’t mean it.

    So in this particular respect, we have to be clear about this, not was-was (hesitate).. .whomever responsible in our governing, they have to be clear about this and to explain to others.

    We agree you want to use God, then use Tuhan as we also use that…but we understand in the Malay language that Tuhan is not a translation of Allah..that is why we say “tiada Tuhan melainkan Allah” not “tiada Tuhan melainkan Tuhan”. We don’t say “there is not God but God”..at least the ulama’ among the Muslim Malays, we understand what is the meaning of that (word “Allah”).

    So “Allah” cannot be translated as no language has translated Allah. The Arabs themselves they only use that after Islam..although the word existed (before)..the Christians Arab they also did not use Allah (in theological, epistemological and ontological sense in the same manner as the Muslim)..if they say that it is just a language..they talking about language..because they say “Allah” like the Muslim when they (melatah)…

    So it appears they want to do that in order to confuse the Muslim into thinking that all the same..that is why I say one of the problems about religion is the nature of God..about who Allah is..that is why in Arkanul Iman (The Pillars of Faith), the first thing is “amana billah”.

    “Who is this Allah?” and that need to be explain at higher institution in a proper way…

    So we have answer the question. It is not proper to allow them using this, since they asking us and there is no point bringing this to court since this is not a matter of court to decide it whether they have the freedom to use it or not. It is up to the Muslims.

    But then if they used it and said “in Indonesia they have use it, why can’t we?”…but it is because of the Muslims..if Muslims don’t care they will go on and use it..and in Indonesia they are using not only that, other things they even call it “choir” as “selawat”. Choir is not a “selawat”, as “selawat” is for Prophet..it’s not singing hymn..

    ReplyDelete
  14. final 4 version:

    And they also talk about..in Indonesia they are also confuse..Muslims. .that is why this thing happen. Sometimes the language when you come across English words like “Prophet of Doom” in Indonesia they said “Nabi celaka”. How can there be “Nabi celaka”? What is meant by the “Prophet of Doom” is…even the word Prophet in English does not mean “Nabi” only…it means “yang meramalkan malapetaka”..that what it means…so the “Prophet of Doom” means “yang meramalkan malapetaka”, not “Nabi celaka”.

    They (the Muslims in Indonesia) seem not to bother about this. What we can say is that ultimately well they say “God is not Allah”...well if you want to use the word God, we are saying we also use the word God, we refer to Allah as we know and we are not saying that your God ultimately will not refer to Allah. You can’t run away from Allah. You can only escape Him and so in the Qur’an (surah An-Naas) says: “Qul aAAoothu birabbi annas, Maliki annas, Ilahi annas”. He (Allah) is saying “ I am the real Ilah (God) of naas (mankind)”, although mankind (non-Muslim) does not interpret it that way.
    "

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?