Tuesday, January 05, 2010

"Itulah Ariffahmi..."

Sehari Yang Lalu

Bertempat di JKR 10, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, Dewan Muslimat PAS telah menjemput Pasangan Sehati Berdansa Ariffahmi dan Amalina untuk memberi penjelasan berhubung isu-isu yang melanda dengan alasan mahu mendengar terus dari mereka berdua.

Begitu hebat kedua-dua mempelai itu membelasah Dato’ Husam di dalam sessi tersebut.

Apabila ditanya sama ada mereka bersedia berhadapan dengan Dato’ Husam bagi mendengar pihak sebelah Husam pula, mereka dilaporkan sebagai berkata bersedia.

Kemudian mereka dimaklumkan bahawa Dato’ Husam turut berada di JKR 10 dan akan dijemput masuk supaya Pasangan Sehati Berdansa boleh mengulangi tuduhan mereka itu dihadapan Dato’ Husam sendiri. Mereka cepat-cepat berkata, tidak bersedia melakukannya sekarang dan memberi alasan, YAB MB sudah merancang satu pertemuan lain untuk mereka jadi biarkan pertemuan antara Husam dan mereka dibuat mengikut perancangan MB.

Apabila Husam dan beberapa orang ADUN PAS yang juga merupakan penjawat jawatan parti masuk, Ariffahmi hanya menyambut ADUN PAS itu tetapi tidak Husam. Husam terpaksa pergi kepada Ariffahmi dan menghulurkan salam. Selepas itu, Ariffahmi dan Amalina terus keluar meninggalkan majlis tersebut.

Nampaknya ternyata Ariffahmi dan Amalina hanya berani dibelakang sahaja. Apabila berdepan, mereka hanya berani jika Tuan Guru Nik Aziz turut serta. Kalau didalam ruang yang neutral, mereka rupanya takut untuk berdepan dengan Husam.

Kopi Dangdut untuk Pasangan Sehati Berdansa semoga mereka kuat semangat untuk berdepan dengan orang yang mereka kecam sehebat-hebatnya selama ini.

Petikan dari - sini.

TPU - Sebelum ni, aku pernah bawak beberapa orang rakan media dari portal web Malaysiakini dan adakan pertemuan dengan Ariffahmi. sepanjang pertemuan, Ariffahmi begitu galak memburukkan Husam. kelihatannya macam Husam ni "seekor Dajal" dimata Ariffahmi.

Yang paling best, bila Ariffahmi mengangkat dirinya sebagai 1-1nya orang yang "paling layak" menduduki kerusi CEO PMBK. kata Ariffahmi - "Dalam Kelantan ni tak de orang lain yang layak jadi CEO di PMBK... kawe soghe jah hok buleh..." hebatkan..?

Dalam kepala otak aku - "Dia ni tak pijak di bumi nyata... dia ingat orang Kelantan ni bodoh ke..?".

Sejak dari hari tu, aku mula pandang rendah pada sorang manusia berjawatan CEO merangkap "Menantu" kepada MB Kelantan. jenis macam ni kalau jadi "Hantu" memang layak sangat-sangat... tak sesuai jadi "Menantu". tapi kalau dah jodoh, nak buat macam mana..? itu kerja Allah. terima je lah.

Kebetulan pulak sepupu aku belajar sekali (sekelas) dengan Ariffahmi masa dia ambik BA (kalau tak silap aku). bila aku cerita perbualan aku dengan Ariffahmi dekat sepupu aku, sepupu aku cakap - "Itulah Ariffahmi (sambil mencebik bibir).

Ish...

12 comments:

  1. KEHKEHKEH KLU DH TAU ARIFFAHMI TU BESAR KEPALE APSAL X BALUN SKALI BAPAK MERTUA DIA YG TERANG2 SOKONG KAT DIA?..NAK BALUN SI HUSAM PUN X BLEY JUGAK SBB ANAK 'TERANGKAT' BAPAK! LAST2 NAK TELAN MATI BAPAK, NAK LUAH MATI ANAK BAPAK?? KEHKEHKEH

    TAKEBEER!!

    TAKEBEER!!

    TAKEBEER!!

    ReplyDelete
  2. Malaysiabaru.com said,

    HUSAM tu asalnya dari keturunan UMNO gak.. just like arifahmi..

    LET THIS UMNO inheritance fight their way out....

    BUAT APA KITA NAK SOKONG ORG YANG SANGUP LANGAR KELUARGA TOK GURU..?

    GAYA dua dua ekor ni dah cemarkan nama baik tok guru...

    tak kira sapa betul ... tapi dua dua ekor ..yg sekor exco... yg sekor ajk PAS ... PELAPIS PAS yang dah macam 100% penyagak...

    selagi tok guru ada... kita beri sokongan ... tapi bila TOK GURU takde... yang 2 ekor keturunan UMNO ni boleh blah!

    ReplyDelete
  3. Yob. Biasale bile jadi menantu orang besor. Kepalapun jadi besor. Kata orang, lebih sudu dari kuah. This type of man hides in the woman's skirt. Without her, he is kaput. Unfortunately, the woman in this case is stupid, too, letting him gets his way...I mean his wrong way.

    BTW. Blog miker nih slow nak bukak. Nak lawan slow Albanjari ke?

    ReplyDelete
  4. ada script yang running in background kot.. mcm pahangdaily..mmg slow abis..kdg2 hang..takpun browser crash...

    biasa la watak org..dpn TGNA pijak semut tak mati..keke - Neo

    ReplyDelete
  5. Ingatkan menantu rupanya anak hantu!!
    Jangan jadi macam itu sudahlah yer!

    ReplyDelete
  6. aku tak berapa minat nak hentam menantu Tok Guru ni...

    tapi kalau dah ngaku dia sorang je layak jadi CEO PMBK.... ini dah kes ujub, kibir, riak dan takabbur dah ni....

    ReplyDelete
  7. malaysia baru konon...lu la barua umno.kalau lu umno jangan la nak palit sekali orang lain ngok

    ReplyDelete
  8. aku lihat layu dalam melayu.....
    aku pasti bukan aku seorang saje yg nampak...
    ada juga yg bercadang bertanya tuan yg punya...
    tapi bercampur risau dan tak tergamak....
    nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri...
    jadi aku menyendiri.... memerhati.... dan akhirnya mengakui....
    yg kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan, bunga tak cantik kembang mekar ke kiri....
    aku lihat layu dalam melayu...
    tanahair kita yg punya kita... kita siram kita baja.... tapi angin api kita lupa.... mereka merancang masa menjilat bangsa.... 13 harimau bertukar menjadi mangsa....
    kita lupa....
    nenek moyang kaya raya.... jangan sesekali digadai harta bendanya...
    ku lihat layu dalam melayu.... ku lihat layu dalam melayu..... takkan melayu hilang di dunia... ya... tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa.... petah berbahasa kudrat tak berjasa.... orang berbudi kita hanya tahu merasa... selalu lari bila dirapat, selalu malu bila soalan diaju.... selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju.... belum menyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak.... bukan kata takde otak, cuma tak berfikir di luar kotak.....
    ku lihat layu dalam melayu.... ku lihat layu dalam melayu.... ku lihat layu dalam melayu...
    aku jadi sayu... bunga menangis dia mendayu.... mahu jadi cantik tapi ragu....
    aku merayu.....
    bangunlah semula hidup kembali.... jangan tunggu matahari mati.... cepatlah mekar sebelum terlerai....
    perjuangan kita belum selesai.... perjuangan kita belum selesai.... perjuangan kita belum selesai....
    http://arenanusantara.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Cakap biar betul.
    Setahu aku budak Ariffahmi dalam bahagian Kejuteraan. Macam mana boleh sekelas dengan sepupu Topeng Perak yang ambek BA.

    ReplyDelete
  10. Spatutnya kena biarkan TGNA hadir majlis ni dan dega senyap2 apa yg menantu dan anak beliau kata ttg Dato' Husam. Baru TGNA boleh dega dari dua2 belah pihak scara senyap2. Tgk mana stu yg betul, mana salah. Perancangan buat majlis ni dah ok dah.

    ReplyDelete
  11. itulah Arif fahmi, sombong bongkak semua orang dia nak tunjuk yang dia tu menatu tok guru, adik aku yang tak pernah kenal dia jumpa dengan dia kat dalam lif, boleh bersembang kata kenal tak saya, adik aku kata tak kenal,ya ler siapa yang kenal dia, dia dengan bangga dan sombongnya boleh kata kat adik adik yang tak pernah kenal dia tu " Kawe lah nantu tok guru MB kelate demo tak kenal" terpinga-ponga adik aku ....kau boleh nilai sendirilah perangai dio ni aku langsung tak thiqah kat dia... AF MEMANG LIABILITY KEPADA TOK GURU" SEMOGA DIA CEPAT SEDAR KESILAPAN DIA BUKAN HANYA NAK PALITKAN ORANG SAJA.....

    ReplyDelete
  12. PALING HAIRAN kenapa TGNA masih seolah mem-backing anak dan menantu dia dlm soal ini. Jika TGNA tidak backing, sudah sepatutnya dia suruh Ariffahmi packing barang dan keluar dari PMBK sekarang ni juga.

    PELIK bila TGNA seolah-olah tidak faham apa yg ditulis dlm media dan blogs perihal menantunya tu. Lagi lama TGNA buat-buat tak faham, lagi jatuh kepercayaan orang-ramai terhadapnya.

    Hari tu TGNA bersungguh kata dia sayang Husam tapi mustahil dia tak tau apa yg Ariffahmi dan Nik Amalina buat kat Husam? Macamana kita ni nak menilai sikap TGNA macamni?

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?