Wednesday, January 06, 2010

Jawapan Pada Songkok Putih/TKO Keatas Artikel Bersiri Beliau Terhadap Tulang Besi

Songkok Putih sedang menulis beberapa siri artikel yang bertujuan untuk mendedahkan siapa Tulang Besi sebenarnya.

Tetapi tahukah pembaca, sewaktu Songkok Putih menulis siri 1,2 dan 3, beliau telah menyatakan bahawa beliau telah meletak jawatan sebagai Webmaster TKO. Kenyataan Songkok Putih itu adalah bertajuk ” Perletakan Jawatan Sebagai Webmaster TKO”.

Tapi, tahukah anda sebenarnya perletakan jawatan Songkok Putih ini adalah satu pembohongan semata-mata.

Berdasarkan email yang saya dapat dari beliau tempohari :

Ini bererti yang Songkok Putih ni tak rasa bersalah ke atas pembohongan yang beliau lakukan tempohari. Beliau bukan sahaja berbohong pada saya, tapi pada keseluruhan pembaca Laman Tranung Kite. Kalau di Amerika, pembohongan begini boleh menyebabkan Presiden Amerika sendiri terpaksa letak jawatan.

Contohnya, Richard Nixon yang telah berbohong kepada rakyat Amerika kononnya beliau tidak mengetahui orang yang bertanggungjawab terhadap skandal “Watergate”.

Terpulang pada pembaca untuk membuat penilaian ke atas penulisan Songkok Putih ni ke atas saya. Tapi, saya dah buktikan banyak kali, Songkok Putih ni bukan seorang yang boleh dipercayai sama sekali. Berhati-hati lah.

Suka saya ingatkan bahawa saya tidak pernah membuka gelanggang dengan Songkok Putih. Malahan, setiap tulisan saya sebelum ini tidak pernah menyebut nama Songkok Putih. Saya telah bersikap mahu berdamai dengan Songkok Putih. Namun, Songkok Putih telah membuat keputusan untuk memulakan kempen fitnah ke atas saya. Maka, saya terpaksalah mempertahankan diri saya.

JUMPA PIMPINAN DI MEKAH

Songkok Putih ada bertanya kepada saya dahulu adakah saya telah berjumpa dengan Dr Syed Azman dan Husam Musa di Mekah.

Malangnya, jawapan saya Songkok Putih tak sedar atau tak baca. Saya kata saya ada bertemu dengan Dr Hasan Ali di Mekah selepas solat tarawikh. Malangnya, Dr Hasan Ali tidak dapat bertemu lama dengan saya kerana Dr Hasan Ali mengejar waktu mahu bertemu Datuk Zahid Hamidi.

Cumanya, dari pertemuan yang singkat itu, saya masih ingat Dato’ Hasan Ali menjanjikan jawatan yang membawa gaji lebih RM10k kepada saya sekiranya saya mahu kembali ke Malaysia nanti. Masih ada kawan saya yang menjadi saksi sekarang ini bekerja di Jeddah. Sesiapa yang hendak membuat umrah, dipersilakan berjumpa kawan saya itu.

SOALAN SAYA YANG SONGKOK PUTIH TIDAK PERNAH JAWAB

Soalan saya ialah :

"Adakah Songkok Putih setuju PAS bekerjasama dengan UMNO?"

Soalan itulah saya acap kali tanya Songkok Putih tapi sampai sekarang dia tak jawab. Cumanya, dia ambil jalan untuk serang saya dan fitnah saya.

Tak eloklah macam ni.

TUDUHAN TULANG BESI AHLI UMNO TAMAN MELEWAR

Kawan si Songkok Putih ni kata saya ahli UMNO Taman Melewar. Sebelum ni saya dah tunjuk bahawa Batu Api telah memfitnah saya dua kali. Dan saya telah bersumpah juga. Kali ini saya ingin mencabar Batu Api buat sumpah laknat yang berbunyi :

  • “Wallahi Wabillahi Watallahi, sekiranya Tulang Besi ini bukan ahli UMNO Taman Melewar, maka aku minta supaya Allah menurunkan laknat ke atas diri aku dan tercerailah isteri aku dengan aku dengan talak tiga”
Kalau Batu Api tak berani bersumpah begini, maka Batu Api ni sah anak beranak Abdullah bin Ubai.

Yang saya tahu, orang seperti Batu Api ni tak boleh jadi saksi dalam mahkamah syariah di atas kefasikan dan kemunafikan beliau menyebar fitnah dan pembohongan. Semoga Allah SWT menurunkan bala kaum nabi Nuh dan Nabi Salleh ke atas beliau di atas segala fitnah yang beliau berikan ke atas saya. Amiinnn

Tulang Besi

6 comments:

  1. TB, saya percaya pada Tuan. Kerana setiap artikel yang anda tulis adalah melambangkan perjuangan PR sejati. Kalau Tuan nak menyamar pun, kami boleh hidu dan jadilah laman blog Tuan senasib dengan utusan meloya.

    Tak perlu Tuan melayan Songkok Putih yang rasis tu, kerana manusia rasis adalah manusia sesat. Kerana bila manusia itu mati, Allah tidak akan memandang kepada rupa paras seseorang, harta, pangkat dan darjatnya, tetapi ketaqwaannya kepadanya adalah menjadi ukuran kemuliaan seseorang.

    Mulai sekarang bolehlah kita panggil Songkok Putih tu Songkok Tinggi@Batak, sebab perangainya macam orang Batak, pakai Songkok tapi makan babi.Sekarang dia dah dapat pukulan K.O.

    ReplyDelete
  2. perangai korang ni macam budak budak le.. tak matured langsung..buang mase aje..

    ReplyDelete
  3. la... korang gaduh lagi...

    aku pon dah konfius...

    sapa betul, sapa menyamar, sapa kelentong...

    korang gaduh2 pasal apa? duit? pengaruh? jawatan? apa????? apa??????

    tak leh ke korang jumpa.. setel, pas tu sama-sama lawan musuh ISLAM.. fokus pada musuh beb...!!!!!!! UMNgOk tu musuh, kasi taram sama dia!!!!

    aku rasa kalo korang nak gaduh jangan taruk kat sini la... semak aku tengok!!!!

    ReplyDelete
  4. korang dah bersumpah..teringin jugak nak dengar Anwar bersumpah mengatakan dia tak meliwat Si Saiful tu tapi bila dan bila dan bila? Apasal dia takut sangat nak bersumpah?

    ReplyDelete
  5. Tu dia orang PAS main sumpah2 sampai kepada isteri.

    ReplyDelete
  6. TB ni mmg suke main sumpah2......tu je modal die.....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?