Duit minyak nak habis. Ke mana duit minyak kita, satu orang pun tak tahu. Ada usaha dari Barry Wain, bekas Editor Asian Wall Street Journal menulis sebuah buku. Buku tersebut menceritakan bagaimana Dr. Mahathir telah membazirkan wang milik anak cucu kita sebanyak USD100 billion.
Tapi takpa, kita kena taat kepada pemimpin. Jadi, takpalah Dr. Mahathir buang USD100billion dalam tong sampah. Lagipun, yang akan kelaparan, kesusahan, makan tak cukup, berhutang keliling pingang adalah anak cucu kita, bukan keluarga terdekat Dr. Mahathir atau pembesar2 UMNO.
Lagipun, apalah sangat USD100billion tu kepada anak cucu kita di masa hadapan. Mereka cuma perlu berhutang lebih lagi bila masuk universiti, susah nak cari makan lagi, terpaksa berhutang sampai anak cucu untuk beli rumah, terpaksa berlapar untuk 30-40 tahun, tak mampu hantar anak ke tadika, tak mampu beli buku2 sekolah, tak mampu beli makanan berkualiti dsbnya.
Yang lebih teruk (nauzubillah) adalah anak2 gadis kita nanti terpaksa melacur untuk menampung sara hidup. Itu yang berlaku di Indonesia di depan mata kita sekarang ini. Malahan, di kampung-kampung di Indonesia, profession pelacur itu sudah tidak menjadi aib lagi.
Hasil rompakan bersiri yang dilakukan oleh Suharto anak beranak serta kroni beliau, berjuta rakyat Indonesia terpaksa berlapar, melacur, meminta dan mengemis, tidur bawah jambatan, tinggal dalam reban ayam dsbnya.
Itulah dia wawasan UMNO dan Dr. Mahathir agaknya. Itulah dia apa yang dipanggil sebagai Wawasan 2020. Yakni, anak cucu kita terpaksa makan sampah semata-mata untuk hidup manakala pemimpin2 orang Melayu kaya raya sampai tak sedar dalam beg ada 2-3 juta dan kena tangkap di Australia.
Berlori-lori duit kita hilang entah ke mana. Tapi orang Melayu masih terus menyimpan keyakinan dengan lanun yang merompak mereka. Orang Melayu masih mahu terus mengorbankan nasib anak cucu mereka. Agaknya bila Malaysia jadi macam Indonesia baru orang Melayu nak sedar kot?
Akhir kata, ingatlah, kekayaan bumi Malaysia seperti Minyak, kepala sawit, getah dsbnya adalah MILIK ANAK DAN CUCU KITA. BUkan milik kita dan bukan untuk dihabiskan sekarang.
Kerajaan UMNO/BN jelas gagal menabung serta menjamin masa depan kita kerana mereka amat komited dengan budaya korupsi dan makan duit.
Kalau kita sayang anak cucu kita, maka wajiblah kita menghumban UMNO/BN dalam Laut Cina Selatan.
SELAMATKAN MALAYSIA SEBELUM JADI MACAM INDONESIA
Orang UMNO bila kita sebut pasal Norway, mereka marah sangat. Tapi hakikatnya kerajaan Norway pikir siang malam pasal generasi masa depan mereka. Semua hasil minyak mereka tabungkan dengan kemas dan labur.
Kenapa Malaysia tak boleh buat macam tu?
Tulang Besi
p/s - menarik juga surat Soros pada Mahathir yang diterbitkan oleh Bangkok Post tahun 1997 yang lepas. Maklumat saya dapat Soros ni satu-satunya Yahudi yang anti Israel dan anti Zionism. Dan Mahathir terpaksa menyerang Yahudi dan Soros untuk mengalih perhatian dunia dan rakyat terhadap segala salah guna dan makan duit yang berlaku di zaman pemerinthan Dr. Mahathir. Klik di sini.
biasalah tulang besi,
ReplyDeleteUMNO mudah lupa.....
-BOND-
Kalau begitu siapakah insan yang boleh kita harapkan agar kekayaan sumber negara tidak hilang begitu sahaja?
ReplyDeletejawapannya = KECUALIKAN UMNO pasti tiada lagi korupsi dan kehilangan sumber negara.
ReplyDeleteMasih ramai rakyat yang miskin
ReplyDeletemasih ramai yang perlu berjimat untuk cukupkan duit gaji hingga ke akhir bulan...
tapi saya tengok pemimpin2 bini2 dorg anakl2 dorang
mewah guna mercedes+BMW ferrari rumah 3-4 tingkat
Wajarkah?
rakyat bermatian keje......
sedih sebab negara islam
Tapi pemimpin macam pentingkan diri sendiri..rakyat mati2an bekerja
Tapi tengoklah gaji xsetimpal dengan kerja......
FIKIRKANLAH WAHAI PEMIMPIN.....
Masa minyak kita tengah disedut nie pun dah ramai anak gadis MELAYU menjadi GRO di kelab karaoke, call girl dan kedai urut.
ReplyDeleteKalau minyak dah habis kena sedut, makin bertambahlah kronik la bilangan anak gadis MELAYU jadi GRO dan PELACUR nampak gayanya.
Alahai macamana la anak cucu kita nanti.
-madir-
allo TB ada apa2 brita forum katak mengenai wang ehsan di KB smalam...
ReplyDeletedengar khabar si katak tu nk bawa isu royalti minyak tu ke mahkamah?
ape criteee!!!
Wahai blogers2 PR yg tak reti kenang budi...
ReplyDeleteSekarang ni UMNOBN yg memerintah..
Kau orang pandaipun kerana kerajaan ni lah yg bagi kemudahan
Kau orang belajar tinggi2 kerana kerajaan ni lah yg bagi galakkan
Kau orang boleh jalan sana, jalan sini keranan kerajaan inilah yg dah buat kemudahan.
Sekarang kau orang dah pandai, dah ada harta, boleh bergerak dgn senang kau orang nak bantai kerajaan pulak. Apapunya jenis manusia la kau orang ni. Tak tau kenang budi langsung.
Sepatutnya orang macam blogers2 PR kat sini ni patut dok kat Afrik lagi bagus. Kawan lah dengan rimau dan orang masai kat sana.
Buta mata betol la kau orang ni.
Anonymous said...
ReplyDeleteMasa minyak kita tengah disedut nie pun dah ramai anak gadis MELAYU menjadi GRO di kelab karaoke, call girl dan kedai urut.
Kalau minyak dah habis kena sedut, makin bertambahlah kronik la bilangan anak gadis MELAYU jadi GRO dan PELACUR nampak gayanya.
Alahai macamana la anak cucu kita nanti.
.
Masa tu agaknya (nauzubillah) makcik2 tua pun terpaksa jual body nak carik sesuap nasik punya pasal.
Nauzubillah min zalik
woooooiii awng dogoi!!!
ReplyDeletesemua tu kerajaan guna duit sapa????
duit bn ka hahhh????
memang org umno ni dah berjaya diperdohdohkan umno!!!
Madday Ada lah perosak negara Malaysia...Rampas harta dia dan keluarga..kemudian..masukkan dalam Tongkang hanyutkan balik Kerala..
ReplyDeleteDuit cukai rakyat mesti bagi pada kerajaaan. so..siapa kerajaan sekarang ni hah...???
ReplyDeleteJangan jadi bengong!!!!! nanti kalau PR memerintah (itupun kalau..he..he..he)kau orang pun akan kutip cukai yg sama jugak dan buat pembangunan dgn duit tu jugak?
so...apa bezanya..???
Yg bezanya.....blogers PR ni semuanya bengong....tak kenang budi...jenis hati busuk, tak pandai terima kasih.
Walaupun kerajaan sekarang memerintah, duit tu bukan maka bapak dia punya. Itu satu amanah dan duit itu mesti di urus dengan betul. Bukan mencuri duit dan harta negara. Kalau di Arab Saudi dah lama dah tangan-tangan pemimpin2 umno ni dah kena pancung gara-gara mencuri. Itu pun melayu umno tak tahu, ape ingat duit tu Tuhan orang umno ke?Akai tarak!
ReplyDeleteelh awang dogol, mcm bagus. kenang budi konon. hang tu kenang budi la sgt. abis kalau kami tak suka BN, apa hang peduli. aku belajar dulu mak bapak aku kerja siang malam. aku kerja dulu tak guna rekomen sapa2. aku berniaga dan berjaya sebab aku kerja kuat. rezeki aku Allah yg tentukan bukan kerajaan. Siapa pun yg perintah, rezeki tetap di tangan Allah. Bukan kerajaan. Tapi kalau rezeki dari rasuah tu, sendiri mau ingatlah. Kalau PR perintah dan buat perangai mcm UMNO gak...gua lawan gak... hari ni berapa banyak rezeki dari BN utk hang dogol?.
ReplyDelete