Sebabkan aku dengan geng-geng blogger yang mengiringi AT menyerah diri di IPPD Kota Bharu sibuk menguruskan hal-hal berkaitan AT di sini, maka masiing-masing tak berapa sempat nak jelaskan secara detail apa yang berlaku sebenarnya sehingga ada yang berfikir AT cuba lari ke Siam untuk bersembunyi.
Memang jadi persoalan bilamana anak jati Negeri Sembilan tidak menyerah diri di Negeri Sembilan dalam hal ni... kenapa di Kelantan..?
Jadi dalam entri ni aku cuba perjelas sebaik-baiknya supaya yang mana tak berapa jelas sebab-sebab AT menyerah diri di IPPD Kota Bharu yang jauh dari rumahnya di Negeri Sembilan.
Ni kira sambungan dari entri aku yang lepas la (rujuk sini).
Hal ni sebenarnya berada dalam perbincangan kami (geng-geng blogger di Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor & Negeri Sembilan) dimana pada pendapat kami, dalam keadaan begini, ada baiknya AT menghantar isterinya untuk berada bersama keluarga isterinya sendiri (dalam masa kesulitan) kerana mengikut pendapat otai-otai blogger, itu yang terbaik bagi isteri AT.
Alasannya ialah, orang perempuan ni kalau dalam keadaan macam ni penuh dengan emosi & perlukan orang-orang yang rapat dengannya untuk berkongsi rasa (gitulah kalau ikut cakap otai-otai, aku mana la paham sangat benda-benda gini... hahaha...). kata otai-otai,
- "orang perempuan kot mana-manapun dia susah nak mengadu dekat keluarga belah mentua dia, dia simpan sorang je, sat lagi terus murung lang lagi susah beb... kalau dengan anak beranak sendiri lain... laju je dia luah..."
Jadi keputusannya ialah, AT wajib hantar isteri dia pada keluarga dia sebelum dia serah diri dan isteri AT pulak tanah tumpah darahnya ialah - Kelantan.
Jadi kami mintak AT balik ke Kelantan segera untuk selesaikan masalah dia secepat mungkin. tak timbul isu nak lari menyorok ke Siam. itu sebab sebenar kenapa AT menyerah diri di Kelantan. geng... AT nak datang Kelantan pun tak de duit beb, kami kumpul sorang sikit dan bankin dekat dia untuk belanja makan, minum dan isi minyak. datang dengan sehelai sepinggang, duit tak de nak lari ke Siam..?
Tamat bab kenapa AT serah diri di Kelantan. sambung balik dari semalam...
Rumah Mentua Aduka Digeledah Tanpa Waran..?
Hampir jam 8:00 malam, siasatan awal oleh Insp Ramdzan (Peg. Penyiasat Jenayah Multimedia) keatas AT selesai. kami dimaklumkan bahawa AT disiasat dibawah Seksyen 233(3) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.
Selesai siasatan, aku dengan Tok Ggawo hantar wife AT balik rumah dia dan kami terus jumpa mak mertua AT dan terangkan hal sebenar yang berlaku pada AT, keputusan yang dibuat selepas perbincangan dan tindakan undang-undang yang bakal AT hadapi akibat dari kesilapan dia.
Selesai 2 bab. malam ni boleh rileks dah. esok sambung balik. pagi esok AT akan dibawak ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Dalam perjalanan balik ke rumah, dapat sms dari wife AT -
- Polis baru je datang rumah kejap tadi dengan AT, diorang datang dekat 10 orang, geledah rumah, kereta lepas tu ambik gambar luar rumah, dalam rumah, kereta bla bla bla...
Aku tanya lagi, siapa-siapa pegawai polis yang datang tadi..? wife AT cakap ada ramai, dekat 10 orang. yang dekat IPPD tadi semua ada. lepas tu aku tanya, Pegawai Waran ada datang sekali tak..? wife AT cakap ada... o... ok... jadi dalam hal ni tak de masalah la bagi aku sebab waran tak diperlukan kalau Pegawai Waran dah ada. lesen besar dah tu.
Tak sampai 20 minit lepas tu, aku dapat sms dari adik AT di Negeri Sembilan pulak -
- Polis baru je datang geledah rumah kejap tadi, laptop dengan monitor kena rampas, lepas tu ada ramai orang call/sms bla bla bla dok marah-marah dan ugut macam-macam...
- Polis datang lagi sekali... diorang ambik no I/C saya. diorang cakap ada masalah sebab banyak mesej masuk dalam HP AT yang diorang rampas.
Jadi aku call adik AT di Negeri Sembilan dan mintak dia buat Laporan Polis, keselamatan keluarga terancam akibat dari penyebaran maklumat AT dalam MyKMU tadi. member-member lain, print screan forum MyKMU. ade la yang kena nanti tu.
Dah tengah malam, siang hari dah penat, jadi tidor je lah...
Selasa jam 9:30 pagi -
Gerak ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu. blogger Mountdweller dan menunggu dekat sana dari jam 8:30 pagi tadi. pagi ni polis akan dapatkan Perintah Tahanan Reman untuk jalankan siasatan terhadap AT. mahkamah tetapkan AT ditahan reman sehingga 29hb. Januari, 2009. ok la tu... dari Mahkamah Tinggi gerak ke IPPD Kota Bharu untuk isi berang "harta rampasan" (hahaha... bahasa pasar tu geng...).
Hari ni tak banyak sangat nak cerita, AT dok lepak je dalam Pejabat Jenayah Komersial. aku PinkTurtle, Mountdweller dok pi mai, pi mai sana sini layan sembang dengan polis-polis yang ada dekat IPPD... dapat la hilang boring dan tambah kenalan. hahaha... "berkawan biar seribu" geng...
Sementara tu pulak, polis dok urus penghantaran AT ke Bukit Aman.
Lebih kurang jam 3:30 petang, urusan untuk deliver AT (panggil OKT pun boleh geng... sempat gak aku bergambar dengan AT dalam uniform lokap kaler purple dan bergari beb... sejarah tuuu...!!! hahaha...) ke Bukit Aman selesai dan 3 orang Pegawai Polis ditugaskan untuk menghantar AT ke Bukit Aman. salam-salam selesai... maka...
Handover dekat geng-geng blogger di KL/Selangor la pulak geng untuk update...
p/s dari Aduka Taruna - Gua ucap terima kasih banyak-banyak pada geng-geng blogger - Penarik Beca, Mountdweller, Tok Ggawo, Tulang Besi, Evelyn, Zainurfaqar, Edyes, Ali Bagan Utama, PRBlogger, Xenan, Al Bakistani, PinkTurtle, Asrol Kelate Kito, Isa ISA, Baginda Reformasi, Andrew, Jimadie, Cuping Merah, Che'gu Bard, Haji Annuar, Pengliporlari dan lain-lain (ramai daaa... tak ingat aku aih semua yang AT sebut...) yang banyak bagi bantuan, nasihat yang baik sambil maki-maki sebab gua celupar dan ambik berat pasal gua sepanjang gua "kena langgar"... hahaha...
Projek "Langgar Hadi" tetap on macam yang dijadualkan..!
TPU - Gilo kau AT..!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGua doakan lu aman sentosa semasa dalam tahanan..supaya tak dek ganggu dek hantu2 dalam tu...amin..
ReplyDeleteamin.......
ReplyDelete-BOND-
wa tak tau lu perasan ke tak wa slalu lepak kat blog dia.wa cuma kesian pada bini dia.harap dia kuatkan semangat dan byk2 besabar.byk kan solat dan berdoa bagi tenteram sikit jiwa tu.insyaAllah ada hikmah disebalik ujian.AT pernah igtkan kat org,dlm Quran ada sebut,adakah kamu igt kamu sudah beriman sedangkan kamu belom diuji.camtula lbih kurang.setiap pejuang ada ujian dia.maybe AT lps ni boleh tulis dgn ayat paling comel sebab ramai dah follow blog dia.dulu takda sapa sgt nak dgr idea pemikiran kritis beliau.haha.akhir kata,plis plis plis kamu jgn nakal!
ReplyDelete....gitula manusia...termasuk hang!
ReplyDelete1.sokong bawa rebahhhhh!!!!
2.Sokong perjuangan islam-tapi tak nampak ciri-ciri keislaman pada hangpa!
3.Tak payah pakai topenglah!tak sapa yang kisah!!Jauh sekali akan dijadikan idola!Hanya malukut ditepi gantang!!ada pun tak pa!tak dak lagi takpa!!!sapapun tak perasan!!!!
4.sapa kisah!kena tangkap kat manapun!nak lari kat manapun!
5.Yang pasti geng TMJ dan timbalan setia Johor akan terus caghi hangpa!!Tak percaya hangpa tenguklah nanti!!
6.Tak usah bimbangla,hangpa gedebe!tak takut pun pada TMJ dan TSJ!!!!!!
7.tu yang laghi balik kelantan tu!!!
8.Gena boss dikelantan kata apa!!Berapa duit dia bagi kat keluarga aduka!!!!Ada ka dua tiga kupang!!!!buat belanja!!!
9.Lain kali,guna otak dikepala,bukan guna otak dikepala lutuit noooo!!!!!!!
Anon January 27, 2010 5:48 AM dah takdak modal lain.biasa la TP, geng UMNO bab nak perihatin berlebih-lebih depa la.kadang-kadang aku naik menyampah tgk.tak bekembang otak kalau dok layan geng-geng UMNO ni.next!!!
ReplyDeletetahniah TP..
ReplyDeletemga smuanya ada hikmah..
btw,yg penting skali kta dpt mngenal siapa lwn, siapa kwn
kalo dapat kt polis takpa... tapi kalau dapat kt rakyat johor yg tak berfikir panjang abis lah AT nie... semoga semuanya selamat... moralnya kalu nak lebih tu pandang lah kiri kanan...walau ramai yang anggap kita baik pon mesti masih ada yang sebaliknya.
ReplyDeleteSpecis Salman Rushdie ni si budak becok ni.....
ReplyDeleteAku harap2 di ni di tahan lebih lama lagi....Minta JAKIM tolong tengok apa yg si budk becok tu tulis...melampau2...menghina anak rasullulah pulak tu.
Itu nak salahkan UMNO lagi....
Bengong punya blogers PR.
Dalam tulisan aduka(whatever) bertajuk ”Wahabi Perlis”, dia menulis;
ReplyDelete“Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.” dan;
“Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum.“
<<<<<
Ini kah jenis manusia yg korang pertahankan??
Terfikir aku manusia jenis samakah korang nih??
>>>>>
Nak tau manusia jenis apa bg blogers Pr yg sokong tu?????
ReplyDeleteBlogers2 bangang....ha..ha..ha..
Kalau can tu Salman Rushdie pun tak salah la...sbb..dia tulis ikut pendapat dia????
Bengong...bengong...apa la nak jadi dgn bloger2 PR ni. Menyokong membuta tuli. Lain kali selidik la dulu penulisannya yg sebelum ni. Teruk ka tak teruk. Becok ke tak becok ka mulut dia.
Yang nak cabut ke Siam tu banyak pencacai umno yang aku tahu. Kalau tak cabut pun hari2 gua tengok depa pi masuk Siam. apa kejadah dia orang buat di sana, tak tau lah.
ReplyDeleteMACAM SAMPAH LAH BLOG NII...
ReplyDeleteKESIAN NYA..