Mengikut kajian saya sendiri pun, kemenangan Terengganu banyak dipengaruhi oleh pengundi-pengundi atas pagar yang tidak besar jumlah mereka. Estimasi saya adalah sekitar 10% pengundi sahaja.
Namun, pengundi atas pagar Terengganu ni kumpulan yang pelik kerana:
a. mereka biasa mengundi BN.Kita lihat sekali yang PAS menang 1999 adalah lantaran majoriti pengundi atas pagar ini pergi ke PAS atas isu Anwar Ibrahim. Pada 2004, mereka kembali ke UMNO. Mereka ini walaupun terus menerus mengundi BN, namun mereka masih dikira atas pagar kerana mereka boleh berubah, seperti yang ditunjukkan dalam pilihanraya 1999 dan PRK Kuala Terengganu.
b. Mereka mengundi mengikut kelompok. Dengan kata lain, pecahan undi mereka amat kecil (biasanya 80%-20%). Ertinya mereka mengundi mengikut blok.
Pada 2012, harapan PAS untuk menawan pengundi-pengundi atas pagar ini amat tipis kerana PAS Terengganu masih dipimpin oleh mereka-mereka yang telah ditolak dan dibenci oleh pengundi2 atas pagar ini.
Maklumat dari Wisma Darul Imam saya menyatakan pegawai-pegawai kerajaan negeri(yang menjadi kumpulan "core" atas pagar ini) merasa kecewa sangat apabila PJ Terengganu yang ada sekarang dilantik.
Tidak hairanlah Pesuruhjaya PAS Terengganu sekarang ini pernah di "boo" di Kemaman dalam satu ceramah bersama Anwar Ibrahim. Begitulah tidak popular PJ Terengganu yang ada sekarang ini.
Bagaimanakah harapan PAS Terengganu hendak menawan Terengganu sedangkan pegawai-pegawai kerajaan negeri sendiri masing-masing menolak PJ PAS yang ada sekarang ini? Minta Songkok Putih dan orang2 PAS Terengganu tolong jawab. Kalau mereka lantik Yahya Ali jadi PJ ada harapan lagi cerah berbanding sekarang.
Di Terengganu, kumpulan "atas pagar" ini dipacu dan dipimpin oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri. Kalau mereka tidak berubah, maka keseluruhan pengundi2 atas pagar tidak akan berubah.
Pada 1999 mereka berubah sepenuhnya, maka UMNO tersungkur dgn hilang 2/3. Begitu juga 2004 bila mereka kembali ke UMNO, PAS tersunggkur dengan hilang 2/3. Di Terengganu, senario menang majoriti mudah itu susah hendak berlaku kerana dengan swing 5% sahaja sudah cukup untuk menghilangkan majoriti 2/3. Dengan kata lain, parti mana menang di Terengganu, mesti dengan 2/3. Susunan pengundi di Terengganu adalah begitu, apa nak buat?
Maka, kalau PAS Terengganu ikhlas hendak menang Terengganu, mesti mula dengan perubahan pimpinan. KAlau saya, ambil Ustaz Wang Hassang DUngun pun dah kira harapan PAS cerah. Setakat hari ini, pegawai-pegawai kerajaan negeri masih kekal hati mereka bersama UMNO.
Ohhh, sebelum saya lupa, ada orang akan tanya bagaimana dengan PRK Kuala Terengganu? Saya jawab, kalau UMNO kelmarin pilih Cikgu Zuber jadi calon, nescaya PAS akan kalah. Dari sebuk-sebuk kacau PAS Pusat lebih baik mereka tumpu bagaimana hendak menang semula Terengganu.
Tulang Besi
2012 Terengganu dalam dakapan UMNO.
Posted on Saturday, February 20 @ 03:33:29 PST
Dilulus untuk paparan oleh kerissakti
Rencah Oleh: mohdnoorawang
"Terengganu bakal menjadi pertaruahan yang hebat dalam dalam pilihanraya umum ke 13.
Dalam kita membicarakan hal-hal umno yang dianggap korup dan tidak bermaruah malah cukup sekular malah dianggap umno DAN KERAJAAN SEKARANG BERWAJAH "NAJIBROSMAHMIYAH". Kita terlupa atau buat lepas pandang sejauh mana kekuatan PAS di Terengganu atau dapatkah PAS menawan semula dan memerintah pada tahun 2012?.
Kami ajukan persoalan ni bagi menjawap pandangan pemimpin PAS peringkat negeri yang disiarkan dalam akhbar harakah dan buliten online serta paparan dalam akhbar Sinar. Kami mengambil petikan dari Haji Hanafiah (penolong setia usaha PAS negeri Terengganu merangkap pengurus DUN Chukai) meramalkan PAS berpeluang menawan semuala Terengganu pada 2012, Beliau menambah 8 DUN dalam kedaan selamat dan PAS memerlukan 8 kerusi DUN dapat ditawan dengan mudah, namun bila ditanyat oleh wartawan beliau tidak menyatakan DUN yang dikatakan peluang untuk menang.
Kami tidak menidakkan kekuatan PAS Terengganu. Malah pehak PAS Terengganu banyak mengaturkan program kesedaran politik di semua bahagaian. Perlu diingat Terengganu dan rakyat Terengganu amat sukar untuk berpindah parti terutama parti lawan. Kemenangan PAS pada pilihanraya umum yang lalu tidak boleh dijadikan sandaran atau rujukan. Rakyat telah jemu pemerintahan regim Wan Mukhtar(Tan Seri) selama 22 tahun. Sekarang Terengganu diperintah oleh nahkoda umno yang baru Dato' Ahmad Said. Umum pemerintahan Ahmad Said sekadar mengyiarkan dan menyambung apa yang dibuat oleh bekas menteri besar yang lalu Dato' Idris Jusoh. Satu ketika Ahmad Said marah apa yang dibuat oleh Idris Jusuh pada masa yang Ahmad Said menyambung apa yang dibuat oleh Idris Jusoh. Contuh piala monsoon cup.
Walaupun zaman Ahmad Said zaman bangunan runtuh, atau terengganu darul runtuh. perlu diingat yang runtuh adalah bangunan yang dibuat dan dan dibina era Idris jusuh menjadi menteri besar. Dalam hal ini ahmad Said dapat saham yang terbesar. Saham dan lonjakkan sokongan kepada umno dan Ahmad Said cukup tinggi. Walaupun Ahmad Said cukup lemah memerintah Terengganu.Tiada yang boleh dibangkakan oleh rakyat Terengganu era Ahmad Said menjadi menteri besar.
JESTERU ITU Terengganu sukar untuk berubah kuasa pemerintah dalam pilihanraya umum yang ke 13/ 2012. Rakyat terengganu kekal sayang dan patuh pada umn0 dulu kini dan selamanya. Bukan salah ibu mengadung, yang salah pemikiran dan cara serta pendekatan yang diambil oleh PAS dan UMNO.
Cuba kita renung seketika. Terengganu ada 8 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN. Parlimen Kuala Terengganu kurang selamat untuk PAS. DUN Ladang, DUN Bandar, bakal milik BN/UMNO. DUN Batu Buruk dan DUN Wakaf Mempelam milik PAS. Parlimen Marang masih milik PAS. Namun DUN Pengkalan Berangan, DUN Serada, DUN Bukit Payong masih dapat ditawan oleh UMNO/BN. Hanya DUN Rhu Rendang masih kekal dalam dakapan PAS. Namun DUN Rhu Rendang peluang UMNO masih ada.
Kawasan Parlimen Dungun masih kekal milik UMNO/BN. DUN Bukit Besi, DUN Paka, DUN Rantau Abang kekal milik UMNO/BN. Hanya DUN Sura masih milik PAS. Kawasan Parlimen Kemaman masih milik UMNO/BN. Untuk kedudukkan DUN Kijal, DUN Air Putih, DUN Kemasikl kekal milik UMNO/BN. Namun DUN Chukai ada perlawanan yang cukup hebat, peluang untuk PAS menang tipis.
KEMBALI pula Parlimen Hulu Terengganu masih milik UMNO/BN. Jesteru itu DUN Kuala Brang, DUN Tanggol, DUN Ajil masik kekal milik UMNO/BN. Hanaya DUN Manir maseh menjadi pertaruhan pada PAS. Bagi kawasan Parlimen Kuala Nerus hanya satu DUN Bukit Tunggal milik PAS. Ketiga DUN dalam Parlimen masih kekal milik UMNO dan BN.
Bagi percaturan Parlimen Besut dan Parlimen Setiu dan semua lapan DUN dalam parlimen tersebut peluang umno cukup terang dan menang mudah. Hanya satu DUN sahaja PAS dapat peluang untuk menang. Dari pengamatan kami PAS hanya dapat pelunag untuk menang dalam pilihanraya umum yang ke 13 hanya sekitar angka 8 dan kurang dari angka sepuluh.
Pada pembaca artikal ini bukan merendah kekutan PAS Terengganu. Ini adalah satu analisa serta mood orang Terangganu yang sebenar. Dengan ini kami meminta pehak PAS mengambil tindakan yang jujur dan iklas serta mencari satu pendekatan agar rakyat Terangganu menyokong PAS pada tahun 2012. Kami mahu PAS memerintah semula Terangganu pada pilihanraya umum yang ke 13."
hidup umno.... hidup melayu... satu malaysia... bersatu kita bersatu.... lalalalala...
ReplyDeleteuntuk pengetahuan tuanpunya blog..penulis bernama mohd nor tu adalah umno totok..saya adalah jiran dan kawan matnor ni..jgn ambik tulisan beliau sbg rujukan.tulisannya sama dengan utusan.sekian.ikhlas dari saya.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan komen di atas. Pemimpin2 PAS di T'ganu Kite ini sedang syok sendiri. Saya juga tidak nampak kepimpinan yang ada di sana sekarang ini memiliki cukup karisma untuk memenangi hati rakyat.
ReplyDeleteTGHH pula sekarang ini sedang dibuai oleh pengampu2 beliau yang sering mengungkap kalimah2 yang manis lagi menghayalkan. Ini menjadikan komen2 beliau banyak yang tersasar.
Komen Persatuan Gay di atas pula pelik sikit. Barangkali mereka ini Mat Rempit Cyber. Bengkeng dan berong.
selagi geng ganu sekarang yang memimpin pas, usah harap pengundi treganu akan memilih pas pada pru 13 nanti!
ReplyDeleteSaya sebagai orang Terengganu amat bersetuju dengan pandangan diatas ni. Harapan untuk menanng memang payah selagi pemimpin masih lagi orang lama dengan cara mendekati pengundi dengan cara lama. Saya lihat kurang aktiviti yang mendekatkan pemimpin dengan pengundi selain dengan ceramah. Pengundi di Terengganu ni perlu diberi perhatian yang lebih terutama masalah -masalah setempat seperti kemiskinan dan juga kemudahan setempat. Pemikiran depa ni masih lagi kekampungan. Masalah negara bukanlah snagat menjadi isu kepada mereka. Yang penting ialah masalah-masalah setempat yang perlu ditangani dengan segera oleh PAS.
ReplyDeleteWassalam
kalau sayang kan BN jgn jadi pengampu,dan jgn percaya tv dan media utusan..turun pi tengok peneng,kedah apa kerajaan baru buat..peneng umur 60 keatas dpt imbuhan,sapa ada tanah sekankang kera boleh mohon buat rumah bayar bulan rm150,sek agama dah naik taraf.rata2 raayat very2 low class dpt pembelaan tv mana ada tunjuk asyik dok ampu..
ReplyDeletewakil raayat kita [umno]dah 52 thn mai jumpa 5 thn sekali lepar roti canai sorang sebiji.
kes wakil raayat pkr 2 org kat peneng tu sebab darah umno ada lg minta projek letak atas nama anak penakan tak dpt dok k lumpur jarang2 blk peneng temu raayat,tapi lapor kat utusan mcm ayam jantan berkokok tapi taik penoh pungkok.Boleh dikatakan 80% wakil raayat umno perangai nak penoh perut sendiri dgn org tepi2 dia...bila melayu very low class nak dpt pembelaan..? sapa tak sayang umno...tapi melayu sendiri buat dajal.
kalau kita jatoh hanya tinggal sejarah umno ni..PAS,PKR dan DAP ada bangunan sendiri atau tanah utk buat perjumpaan umno ada apa...dok tumpang balai raya dan sekolah...[ingat tu harta kerajaan bukan umno punya]jika kita jatoh mana boleh guna utk politik.Dah 52 tahun perintah ada wakil raayat umno pikir utk stanbay benda2 ni..
ingat politik ibarat roda...kadang2 atas kadang2 bawah
ampu biar ada fakta
Sebagai orang luar Terengganu saya berharap kuda2 lama dalam Pas bagi Dun perlulah di ganti dengan orang yang baru atau generasi muda. Kerana walaupun umno memerintah, tiada apa untungnya untuk rakyat Terengganu yang terus menyokong umno tapi rakyatnya didakapi kemiskinan.
ReplyDeleteMasalah seperti stadium runtuh dan berbagai2 yang runtuh, ini menunjukkan kerajaan umno, tak kira mat said atau mat jusoh sama saje. Pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang hanya membazir wang rakyat dengan projek2 runtuh. Walhal wang rakyat hendaklah di jaga dengan penuh amanah dan memanfaatkan sepenuhnya. sudah tiba masanya Pas mengambil ubat yang pahit untuk ditelan demi memastikan Pas bukanlah seperti Pas di zaman dahulu. Lihat corak pemerintahan di Kedah, Penang dan Selangor di mana rakyat ummnya sangat berpuas hati dengan kerajaan PR hanya atas satu platform saje. Iaitu rakyat di negeri2 berkenaan hanya mahukan kerajaan yang bersih, bebas dari amalan durjana seperti pembaziran wang rakyat dan rasuah berleluasa. yang selebihnya kerajaan negeri harus mengambil berat permasaalahan rakyat akibat taik-taik yang di tinggalkan oleh kerajaan BN/umno yang terdahulu.
Aku rasa elok juga kalau PAS susah nak tawan semula Terengganu....
ReplyDeleteIni disebabkan ahli PAS diTerengganu tidak tahu membezakan siapa yang layak jadi pemimpin. Mereka lebih bergantung kepada pakaian ulamak. Sedangkan ulamak itu sama seperti manusia biasa yang lain... ada bodohnya dan ada pandainya.
Rakyat Terengganu telah memberi peluang kepada parti PAS untuk memerintah kerajaan negeri Terengganu.
Tapi malangnya pemimpin PAS yang diterajui oleh Hj. Hadi ketika itu sebenarnya tidak tahu mentadbir akibatnya jadilah "seperti berok dapat bunga..."
Dan lebih malang lagi ahli PAS yang pro kepadanya bukan membuat teguran membina tetapi berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan kebodohan pemimpin tersebut agar terus jadi pemimpin dan mentadbir negeri.
Mungkin tindakan itu akan dilihat sebagai ahli yang setia pada pemimpin (wala')... kah... kah... kah...?
Akibatnya parti PAS hanya dapat memerintah kerajaan negeri hanya satu penggal saja.
Mungkin itu adalah pentanda bahawa pengaruh PAS akan terus pupus diTerengganu.
Sekiranya rakyat Terengganu memberi lagi peluang kedua kepada parti PAS memerintah kerajaan negeri... Mustaffa Ali bakal menjadi Menteri Besar.
Mungkin diantara kita tidak memikirkan cita-cita tinggi Mustaffa Ali itu tetapi kalau idea UG jadi kenyataan maka UMNO akan menyokong orang ini jadi MB Terengganu. Jika kurang pasti sila rujuk pada Pak Lah...
Alahaiii pemimpin PAS Terengganu... kalah perang tapi ada hati nak rebut "ghaimah" pulak.
"Parti lebih utama dari presiden parti.."
Sekarang lah masanya untuk mencanai pemimpin baru..2 tahun lagi dah nak pilihan raya. Orang dah menyampah tenguk muka-muka lama. Masih nak recycle lagi?
ReplyDeletemmg susah bno nk fhm ngan prangai dan sikap pimpinan pas tganu yg kini menguasai pimpinan pas pusat.tak taula ape yg ada dlm pale otak diorang selain AGENDA KERAJAAN PERPADUAN..dan..pimpinan pas tganu ni seakan2 mewujudkan suatu blok utk memperlihatkan pimpinan pas kelantan kini lemah..lihatlah betapa ramai pimpinan pas klantan yg direjek oleh pimpinan tempatan tetapi diambil berkhidmat ke pusat.antaranya TSU agung yb taki..kalau nk dikirakan sepanjang beliau pegang s/u perhubungan kelantan ni pelbagai mslh yg wujud termasuklah salahguna kuasa dan juga penyelewengan...
ReplyDeletepengundi vote PR sbb diorg marah ngan BN, bukan pasal PR tu baguih! nak tgk satu penggal camne PR memerintah, try n error..sentimen memberi peluang kpd barisan alternative pada PRU12 byk membantu PR..
ReplyDeleteakan tetapi, pencapaian PR mmg teruk, asik nak berpolitik aje, ceramah sane, ceramah sini, time raya cina smpat berpolitik..menagih simpati rakyat..
pembangunan dan pembelaan rakyat, utk memenuhi janji2 politik PRU 12 ntah ke mana..
sedarlah wahai firaun kecil sekalian..cukup2la..
PAS dah jadi apa.Kerana benci kan UMNO sanggup memperdagangkan Islam kepada orang kafir. membeli akhirat dengan duniawai. kenapa kamu tak sokong UMNO nak laksanakan hukum sebat. Kenapa kamu mempersoalkan keikhlasan UMNO? Biarlah Allah tentukan keikhlasan mereka. tetapi undang2 itu bila dah mula nak buat, PAS pula yang tentang.PAS sungguh menghampakan.Jangan harap orang melayu nak sokong PAS kalau bersifat begini. Apa sebenarnya PAs hendak perjuangkan? Sungguh mengecewakan.
ReplyDeleteDr. Dzulkefly Ahmad terlalu ghairah meraih sokongan kafir baca komen orang kafir dalam Malaysian Insider.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/53788-dzulkefly-warns-pas-against-taking-caning-bait-
Najib pembela rakyat no 1!
ReplyDeleteSemua kerja politik umno buat sekarang adalah untuk menunjukkan mereka yang nak membela islam. padahal islam umno hanyalah islam plastik. Tujuannya tak lebih daripada nak meraih sokongan rakyat. Tapi rakyat bukan bodoh macam pemimpin dan gerombolan umno. kenape baru sekarang umno nak sebat orang? Dulu umno kuat mereka berlagak, orang buat salah syariah semua mereka bebaskan. Itu menyebabkan gejala sosial bertambah meningkat. Kalau sekadar sebatan 3 atau 6 kali sebatan itu bukan sebatan syariah. Itu sebatan politik untuk meraih sokongan rakyat. Kalau ikut hukum hudud sebatan 80 kali sebatan yang betul. Itu sebatan politik, tapi umno yang bodoh.
ReplyDeleteKenapa mempermainkan hukum Allah? kalau nak sebat, sebat betul-betul, bukan sebat mengikut islam plastik umno.
Satu lagi dalam isu liwat, kalau dalam hukum islam, barangsiapa mengaku ia mengaku diliwat(sengaja atau tak sengaja) dan orang yang dituduhnya meliwat tidak mengaku, nampaknya yang mengaku diliwat hukumnya hukum bunuh. Jadi dalam kes Shitfool ni, kalau dalam islam dah lama dia kena pancung, jangan main2 brader. Kalau nak hujuah guna islam plastik, tak payahlah nak berlagak islamik sebab orang yang tahu hukum, akan mentertawakan umno yang hanya berpura-pura islam tapi semua islamnya tak boleh pakai, maka jadilah ia seperti islam plastik anutan umno.
February 22, 2010 1:28 PM
ReplyDelete"Kalau nak hujuah guna islam plastik, tak payahlah nak berlagak islamik sebab orang yang tahu hukum,.."
saya sudah sampaikan, terpulang kepada diri masing2 untuk menilai yang mana dia mahu ikut. Kamu mungkin menulis ikut perasaaan. Tolong baca semula tulisan kamu.Kamu ingat saya orang UMNO?
kalau pas nak menang di trengganu...pas patut lantik budak down syndrom ni jadi presiden pas
ReplyDeleteTerengganu Darul Runtuh....celaka punya umno...Masjid Kg Desa Makmur kat Kemaman pun depa dah runtuh dah.
ReplyDeletekesiannya tak nampak sekor pun anjing umno duk menyalak untuk pejuangkan Islam....umno Islam ke?
lu pikiah sendiri beb.
mesti lihat dan sebar....video umno roboh masjid dan rumah Rakyat Terengganu....49.48mins.
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=Z1OLMLYNs9k