Monday, February 22, 2010

AUSTRALIA TIDAK CAMPURTANGAN. MEREKA CUMA MAHU MELINDUNGI PELABURAN MEREKA.

Dari Harakahdaily, Presiden PAS dilaporkan berkata:
Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia mahu negara kita sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlu kepada campur tangan asing, apa lagi dari negara-negara barat, negara yang bukan Islam. Campur tangan ini mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi oleh campur tangan asing. Saya merasakan sekiranya kita berlaku dengan adil mengikut konsep yang tepat, ada kehebatan kita dan pihak asing tidak berani hendak campur. Ini mungkin kerana ada kelemahan-kelemahan yang memberi ruang kepada pihak asing hendak campur tangan. Dengan sebab itu, kita perlu memperhebatkan kehakiman kita sendiri dan sistem kita sendiri supaya disegani oleh semua pihak termasuk pihak asing.
Jelas Presiden PAS mengandaikan sokongan Australia itu satu bentuk campurtangan asing. Izinkan saya memberi penjelasan.

Australia mengambil sikap keras dalam isu ini kerana Australia mempunyai kepentingan ekonomi dengan Malaysia. Mengikut laman web Kerajaan Australia:
Malaysia is an important economic partner and regional neighbour for Australia. It ranks as our third largest trading partner in ASEAN and our eleventh largest trading partner overall. Two-way goods and services trade between our two countries has grown steadily in recent years and in 2008–09 stood at $14.7 billion.
Ertinya jumlah dagangan antara Malaysia pada tahun 2008-2009 dua hala adalah dalam jumlah USD$14.7 billion bersamaan RM51.45 billion. Sekiranya kehakiman kita berada dalam taraf sama dengan negara Afrika Dunia Ketiga, apakah jaminan Australia yang dagangan dan pelaburan mereka selamat di masa hadapan? Minta Presiden PAS menjawab soalan ini terlebih dahulu.

Kalau nak tahu betapa besar jumlah dagangan Australia, ianya hampir 50 kali ganda dari pendapatan Negeri Terengganu.

Lagi satu, oleh kerana Australia adalah Negara Demokratik. Isu seperti “membantu kezaliman di luar negara” adalah isu sensitif di sana. Parti politik yang memerintah boleh hilang sokongan atau hilang Kerajaan disebabkan isu sebegini.

Lihatkan Kerajaan Paul Keating boleh jatuh kerana sokongan beliau kepada Perang di Iraq sedangkan waktu itu keadaan ekonomi amat baik di Australia. Isu sebegini bakal menyebabkan Kerajaan yang ada sekarang jatuh kalau mereka tidak bersuara.

Misal yang lebih mudah untuki kita faham adalah: Kita selalu simpan duit di Bank X. Tiba-tiba kita dengar Bank X menzalimi dan memfitnah CFO mereka. Dan kita ada bukti Bank X memfitnah CFO mereka. Adakah kita hendak mempercayai Bank X dengan wang kita di masa hadapan?

Kalau mereka boleh fitnah pekerja mereka sendiri, mengapa mereka tidak boleh berbohong apabila mengendalikan wang kita? Apa jaminan wang kita akan selamat dengan orang-orang yang biasa membohong?

Itulah faktor sebenar mengapa Australia mengambil pusing berkenaan kes Liwat II ini. Ia bukan campur tangan asing. Ia adalah satu bentuk kerisauan terhadap wang2 Australia yang berjumlah ribuan juta ringgit yang mengalir keluar masuk Malaysia. Apakah jaminan keselamatan wang2 Australia itu?

Ataupun, adakah Presiden PAS mahu mengatakan dagangan Australia dengan Malaysia pun satu bentuk campur tangan asing?

Inilah masalahnya apabila Presiden PAS melantik SU Politik yang tak reti ekonomi dan politik antarabangsa. Maklumlah dia hanya lulus kejuruteraan roket dan asal pun dari Terengganu.

Nasihat yang Presiden dapat dalam isu ini menjatuhkan taraf Presiden ke tahap Khairy Jamaluddin dan Ibrahim Ali.

Masanya kita membersihkan PAS sudah tiba.

Tulang Besi

p/s - Mengapa sampai hari ini Presiden tak melawat Anwar di mahkamah? Ada sesiapa boleh tolong jawab?

26 comments:

  1. TB jangan lupa Australia juga terlibat dalam peperangan tanpa kebenaran Bangsa bersatu di Iraq. Australia adalah wakil Amerika tentang apa yang dipanggil"keganasan pejuang Islam".

    satu lagi,orang Australia terkenal sifat perkauman. Walaupun ada yang tidak bersifat perkauamn, tetapi segelintir saja iaitu terdiri dari kebanyakan golongan profesional. itu pun ada juga, kalau TB pernah jumpa mereka. Ingat peristiwa di selangor kilang minuman, ketua bangsa Australia di kilang yang melarang orang Islam pergi solat jumaat waktu kerja. hari iini, orang Melayu kena tikam mati di Australia. Bila tiba2 Australia nak masuk urusan Malaysia, TB setuju ke? Serupa macam Australia campurtangan di Iraq dan Afghanistan. TB setuju ke? TB percayakah kepada Australia?

    TB janganlah kerana benci UMNO semua perkara kita tolak. Kita tolak yang mana bertentangan dengan islam jika UMNO buat salah, tetapi jika UMNO buat tiada bertentangan Islam, kita sokong. Parti atau pemimpin tak kira PAS atau UMNO tidak penting,hanya Islam lebih penting.

    ReplyDelete
  2. betul tu, australia da "melabur" byk kat anwar menerusi kempen2 anwar utk menawan putrajaya..

    pekejadah dasar2 kehakiman malaysia nak dikaitkan dgn pelaburan australia? siapakah government Malaysia skrg? tentu skali bukan anwar..

    ape yg ditakutkan? sedangkan PM kite jadikan kes anwar adalah isu peribadi dgn si saiful, kenapa anwar me"rakyat"kan kes peribadi dia?

    isu political stability? if government skrg yg kurang stabil aku phm la nape australia nak risau, tp government bukan anwar!..

    sedarlah firaun2 kecil suma, ini adalah permainan politik anwar, men"dunia"kan kes peribadi dia utk memburuk2kan kerajaan & Malaysia..

    ReplyDelete
  3. Presiden PAS sudah gila darjat. Sudah mabuk dengan janji UMNO. Siapa TPM kalau UG menjadi kenyataan? Sbb itu PR ketepikan PAS dari gagasan jika ini perangai kepimpinan PAS.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Mereka ni bukan tahu apa anon, mereka cuma tahu hendak hentam UMNO, benda yang UMNO buat tidak salah dari segi agama pun mereka tentang asalkan cita-cita politik pemmpin pujaan mereka tercapai.

    Golongan macam inilah yang memecah belahkan umat Islam.

    Dasar penulis blog yang munafik, jangan percaya dengan apa yang mereka hebahkan, tujuan mereka hanyalah hendak menjayakan agenda politik mereka saje.

    Pihak dia buat semua betul, pihak UMNO/BN buat semua salah, walhal semua yang ada ini belaja ABC pun daripada dasar pendidikan negara yang di perkenalkan BN.

    Saya sendiri pun nak tengok PR memerintah, nak tengok sejauh mana ketelusannya. Jangan sokong membabi buta je, kita jadilah orang yang bijak sebab kuasa kat tangan kita sebagai rakyat Malaysia.

    Jangan terpengaruh dengan blog pencacai ni semua.

    ReplyDelete
  5. ...jgn menuduh yg bukan2 terhadap tuan guru..adakah kita sentiasa berjumpa dgn dia dan meminta pandangan dari dia face 2 face berkaitan dgn sesuatu isu??...yg kita tahu hanya menyalak dari jauh!!..mahu berjumpa dgn beliau jauh sekali..sedarlah jgn kerana kita merasa diri kita nie terlampau betol maka kita bertindak kurang ajar dan jadi macam org yg kurang waras!!walaupun dia xpernah hadir pada perbicaraan kes liwat Anwar ibrahim....TUAN guru sentiasa menghubungi anwar bg mengikuti perkembangan kes liwatnya..siapa tahu?.....maka haruslah kita bersangka baik pada tuan guru..

    ReplyDelete
  6. disebabkan terlalu wala' dengan tuan guru, anda semua hanya membela saja tanpa ada hujah yg jelas.mmg benar kita harus bersangka baik tetapi harus dilapikkan dengan perbuatan. jika begitu anggap saja UMNO juga baik dengan berfikiran bahawa apa yg UMNO lakukan adalah utk membela islam walau perbuatan UMNO tdk menjurus ke arah itu!!!.

    TGNA hari pertama perbicaraan dah menunjukkan sokongan terhadap DSAI.sokongan harus dilapikkan dengan perbuatan sdra.ini soal perjuangan kita dlm POLITIK. kita org POLITIK dan POLITIK ini harus dijelaskan kepada rakyat dengan gerak kerja & perbuatan. itu sebab setiap kali ada sumbangan dari mana2 pimpinan PAS atau mana2 parti kepada masyarakat harus diambil gambar dan liputan media untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa ini gerak kerja baik dari ahli2 politik.Kan lebih baik tak perlu ambil gambar dan menyerahkan kpd Allah SWT shj yg membalas budi baik pimpinan bukan??? kene faham sdra kita ahli pilitik.
    tolonglah paham klw kamu ini bnr2 bkn barua blogger UMNO upahan!!!

    seorang khalifah ketika zaman sahabat, meminta rakyatnya menegur jika dia melakukn kesilapan kerana dia yakin walaupun dia khalifah, akan tetapi dia tetap seorang manusia yg tak lepas dari melakukan kesilapan sehingga salah seorang rakyatnya menghunuskan pedang dan memberi amaran kepada khalifah tersebut bahawa pedang itulah yg akan menegurnya sekiranya berlaku kesilapan daripadanya...
    ini jelas menunjukkan kita rakyat berhak menegur walau ianya daripada mana2 pimpinan walau TGHH sekalipun...
    tlg faham...!!!

    ReplyDelete
  7. Bro anon,

    Part tanggungjawab bagi pendidikan, sediakan prasarana sosial, kesihatan dan lain-lain...Mana-mana kerajaan pun boleh buat. Itu tanggungjawab utama. Ada ke di mana-mana negara, kerajaan dia tak sedia apa-apa? Malaysia ni kalau diperintah komunis pun akan dapat tu semua.

    ReplyDelete
  8. Yap! ARD sokong alkhattab! Perbuatan menegur salah di sudut pandangan Islam ke? Bab wala' ni.... istilah ni dah macam jadi sumpah la pulak. Wala' boleh nak wala'... Tapi tengok pemimpin yang bagaimana.....

    ReplyDelete
  9. Hadi tu tak pegi kemahkamah memberikan sokongan kepada nuar sebab dia tau keadaan sebenarnya siapa nuar tu daripada kes liwat dia kali pertama dulu sebabnya:

    1. Orang dan akbar yang mula memainkan isu nuar suka main belakang ini dibuat oleh Mat Sabu dan akhbar Haramkah..bila menggelarkan nuar dimuka depan akhbar "ANUAR ALJABURI".

    2. Karpal singh telah membawa kes liwat ini sampai keparlimen sehinggan kan membawa bersama Azizan pemandi kereta anuar yang diliwat ke parlimen.

    OII..AWANG RAHMAN OOII TAK PAYAH LAH KO NAK CARI ALASAN UNTUK MENYOKONG APA YANG DILAKUKAN OLEH 50MP AUSTRALIA TU SEBAB AUTRALIA MERUPAKAN SALAH SEBUAH NEGARA YANG MENGIZINKAN AMALAN HOMOSEKSUAL..DAN JUGA KETUA KUMPULAN TERSEBUT JUGA MERUPAKAN SAORANG PENGAMAL HOMOSEKSUAL..DAH TERDAPAT KOMEN DARIPADA DUTA AUSTRALIA YANG MENGATAKAN MESEJ DARIPADA 50MP TU BUKAN PANDANGAN KERAJAAN AUSTRALIA CUMA PANDANGAN DARIPADA 50 MP TU SAHAJA...WEII RAHMAN..KO DOK NYOKONG SANGAT NI ENTAH2 KO PUN GOLONGAN PENYOKONG KAKI BONTOT JUGA KUT...

    ReplyDelete
  10. aku sarankan pada mana2 PAS Kawasan/Cawangan di Selangor utk menganjurkan Ceramah Umum dgn menjemput Nasharudin Mat Isa, Mustapha Ali dan Hassan Ali sebagai penceramah.

    ReplyDelete
  11. Anak Lenggong Buloh Betong. Kalau mahkamah malaysia ni bukan mahkamah sampah, Orang luar tak teringin nak ambil peduli hal malaysia. Kalau puak penjilat umno dok percaya kat mahkamah kat malaysia ni, nampak sangat depa pun macam sampah termasuklah kau.

    Mengapa Umno cukup dengki dengan Dsai? Pasal segala kemungkaran yang dilakukan umno tidak akan terdedah pada rakyat. Itu saja. tak lebih dari itu.
    Kalau umno tu betul2 memperjuangkan islam, perkara2 seperti liwat ni tak perlu di besar-besarkan sampai budak sekolah rendah pun boleh tanya apa itu liwat.

    Islam mengajar supaya umatnya menutup keaiban umat Muhammad seperti dalam hadis Nabi saw yang berbunyi dari Ibnu Abbas bahawa barasiapa menutup keaiban umat Muhammad Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Tapi penjilat umno yang nyata sesat suka mempebesar2kan isu ini sebab gerombolan umno semuanya buta hukum samalah dengan awak.
    Tak payahlah awak nak tunjuk baguih sebagai penjilat umno sebab nanti kaum kerabat engkau pula kena liwat macam mana? Pikirlah sikit jangan main sedap mulut saja. Puak umno ni liwat saja dalam kepala hotak mereka yang ada. Macam ni macam mana nak perintah negara. Dah kalah teruk dalam PRU 12 masih dok berlagak lagika?

    ReplyDelete
  12. SALAM. TB, JGN LA DISEBABKAN KO X SETUJU BEBERAPA PERKARA DENGAN TUAN GURU HJ HADI, SAMPAI SEMUA PERKARA KO KRITIK BELIAU. KO PUN DAH LEBIH UMNO DARI UMNO APABILA LEBIH PERCAYA KPD UTUSAN MELOYA, BERITA HAIRAN, TV1 DAN TV 3 SUKU. semoga ada ruang utk kamu kembali kpd kebenaran.............

    ReplyDelete
  13. mengapa melabur ditempat yang tak selamat? orang kampong pun faham!

    ReplyDelete
  14. Apalah punya tur kau ni... nak juga halalkan apa yang kau rasa sedap bagi kau...

    ReplyDelete
  15. why all issue must become the politic, ..Now, as a Malaysia people the more importhan is wait and see because we dont have power and authority to settle down that issue...so, if we still blame any one, malay exs. muslim will be fight and cannot archive in peace on malaysian ...Thank You

    ReplyDelete
  16. aku juga setuju nak sarankan pada mana2 PAS Kawasan/Cawangan di Selangor utk menganjurkan Ceramah Umum dgn menjemput Nasharudin Mat Isa, Mustapha Ali dan Hassan Ali sebagai penceramah...

    mari kita lihat berapa pilih ribu yg hadir...kah kah kah kah kah kah.....

    ReplyDelete
  17. kenapa agaknya rakyat Malaysia mati ditikam di Sydney?

    adakah ada kaitan dgn demo bantahan di depan Kedutaan Australia..?

    Atau sebab tulisan/grammer pada banner tak betul...

    ReplyDelete
  18. sokong adakan ceramah umum, jemput Nasharudin Mat Isa,
    Mustapha Ali dan
    Hassan Ali
    sebagai penceramah...

    tgk kehadiran berapa puluh ribu dan jugak kutipan DERMA berapa ribu

    ReplyDelete
  19. Bro Anak Dagang,

    Betul kata saudara menyediakan pendidikan prasana sosial itu semua tanggungjawab kerajaan, pendek kata komunis memerintah pun kena sediakan itu semua.

    Jadi apa yang kerajaan sekrang buat sudah baik lah untuk rakyatnya. walau PR memerintah sekalipun belum tentu lagi mereka mampu untuk melakukan sebagaimana BN lakukan dalam tempoh 50 tahun.

    Anda semua yakin ke, kalau PR memerintah taraf hidup kita semua akan meningkat dari apa yan BN lakukan? kalau anda semua yakin saya boleh bagi peluang kt PR untuk tempoh akan datang boleh kita sama-sama tengok kemampuan PR memerintah.

    Saya orang kelantan dibesarkan di bawah pemerintahan PAS, tidak dinafikan yang kerajaan negeri kelantan salah sebuah negeri yang tidak banyak hutang dengan kerajaan pusat, tapi taraf hidup penduduk kelantan macam mane? berapa ramai berhijrah cari makan kt luar? ini pun sudah cukup membuktikan yang PAS hanya parti yang tahu berpolitik tidak tahu menjaga kebajikan rakyat negeri yang di printah mereka sendiri.

    Anda semua berapi-api perjuangkan Islam, tapi anda sendiri menghentam ulama seperti TGHH, manusia jenis apa anda semua ini? kalau bukan jenis munafik!


    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  20. Kes liwat nuar boleh jatuhkan kerajaan Australia...
    Apa punya bangang statment ni...

    ReplyDelete
  21. Bro anon,
    Kekangan ekonomi di negeri Kelantan bukan salah kerajaan negeri. Aku anak Raub...Tetiap waktu aku lihat kete anak-anak Kelantan ulang alik balik Kelantan. Aku bangga bro sebab yang lalu lalang bukan kete KE20... tapi kete mewah.
    Dalam sedar atau tidak kenapa kelian yang mencari rezeki di luar Kelantan bawa modal untuk membangunkan Kelantan?
    Adakah aku perlu bangga hidup di bawah kerajaan negeri yang dikuasai UMNO tetapi hutangnya berbilion??? Bersyukurlah kerana negeri bro kerajaan PAS yang perintah.

    ReplyDelete
  22. Satu lagi bro anon,
    Jika kerajaan negeri Kelantan diberi ruang uruskan semua hasil buminya tanpa sekatan kerajaan pusat... Nescaya anak-anak Kelantan yang merantau mencari rezeki di luar akan kembali ke Kelantan.

    Adakah insan kerdil macam TB, macam aku ni tak boleh tegur pemimpin. Kerana sayangkan ulama itulah maka di kalangan kami memberikan teguran. Kami masih menghormati TGHH sebagai ulama. Namun kami tidak mahu ulama yang kami kasihi ini akan menuruti cerita seorang ulama yang sangat dihormati(maaf aku lupa nama dia, tapi kisah itu panduan hidup)akhirnya mati dalam kekufuran.

    ReplyDelete
  23. Bro Anak Raja Dagang,

    Kalau sebut bab kekang ekonomi Kelantan dulu sapa yang pegang portfolio menteri kewangan kalau bukan si Anwar Ibrahim? siapa yang mula-mula mengekang ekonomi negeri kelahiran saya Kelantan kalau bukan manusia munafik macam Anwar.

    Saya dulu zaman remaja setiap kali PRU saya akan berarak bawak bendera PAS, sanggup tidur di pondok PAS untuk sama-sama membantu menjalankan kempen untuk ADUN PAS, tapi itu dulu. Dulu saya sayang PAS, TGNA dan semua dalam PAS. Tapi PAS dulu tidak sama dengan PAS sekarang sebab itu sokongan saya beralih arah.

    Saya layak di gelar golongan atas pagar, yang mana saya rasa tidak betul saya pangkah yang satu lagi. PAS zaman arwah Fadzhil Noor lebih baik dari PAS sekarang. Sebab itu saya tawar hati hendak sokong PAS sebab dasar perjuangannya sudah berubah sejak bersekongkol dengan DAP.

    PAS parti yang kuat kalau tidak bersekongkol dengan UMNO atau DAP, PAS tetap kuat bro, PAS bukan parti serpihan macam PKR. Kenapa perlu berkompromi? ini yang buat saya tidak sokong PAS sekarang.

    ReplyDelete
  24. Sebahagian sejarah PAS:
    Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).
    Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:
    Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
    Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
    Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota
    Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
    Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
    Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
    Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?