Walaupun YB Khalid Samad dan ustaz Tuan Ibrahim telah menerangkan pandangan masing-masing melalui blog mereka mengenai kontroversi keputusan JK Disiplin, masih terdapat ramai suara-suara yang tidak berpuas hati dengan keputusan JK Disiplin kerana tidak memahami bagaimana JK Disiplin PAS memberikan hukuman yang tidak serasi dengan permintaan mereka.
Memandangkan tiada orang yang berani bertanya mengenai keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS baru-baru ini berkaitan dengan kontroversi keputusan menggantung Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada jawatannya selama 6 bulan manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali pula diberikan amaran sahaja walaupun kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS; biarlah saya mengemukakan beberapa soalan yang dikumpul daripada blog-blog dan pemikiran sendiri untuk dijawab Jawatankuasa Disiplin PAS yang dipimpin oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sebelum itu, jangan kita sangka buruk pada JK Disiplin PAS khususnya Tuan Ibrahim, yang saya percaya telah melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin dalam menghakimi isu disiplin YB Khalid dan YB Hasan. Jangan pula kita terlalu bersangka baik pada YB Khalid Samad dan YB Hasan Ali dalam hal ini kerana penghakiman hanya boleh berdasarkan fakta-fakta kes dan bukannya pada persepsi semata-mata. Tanggapan bahawa orang baik tidak mungkin melakukan kesilapan dan orang kurang baik mesti dihukum mesti dibuang sebelum kita dapat menilai balik secara rasional tanpa emosi keputusan JK Disiplin PAS.
1) Mengapa hukuman tidak setimpal terhadap YB Khalid Samad dan YB Hasan Ali walaupun kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS? Adakah hukuman ini mengambil kira:Soalan kiasan saya.
a - Perbandingan jasa dan bakti antara 2 pemimpin di dalam PAS.
b - Kesengajaan kedua-dua pesalah melakukan kesalahan disiplin yang disebut di atas.
c - Motif untuk melanggar kesalahan disiplin di atas.
d - Musibah dan kesan buruk terhadap nama baik, organisasi dan sistem dalam parti PAS?
e - Musibah dan kesan buruk terhadap nama baik, organisasi dan sistem dalam Pakatan Rakyat?
2) Tuan Ibrahim dalam blognya mengatakan sekiranya JK Disiplin memilih untuk menjawab kritikan, ia mungkin akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti yang tidak perlu diketahui umum. Ok, saya amat bersetuju dalam penjelasan Tuan Ibrahim dalam hal ini. Soalan saya, dalam skala 1 hingga 10 (10 paling berat), apakah nilai pemberat terhadap rahsia parti yang didedahkan oleh:
a - YB Khalid Samad
b - YB Hasan Ali
3) Adakah nilai pemberat ini mengambil kira:
a - Berapa orang yang mengetahui rahsia ini selepas ia didedahkan?
b - Tempat rahsia ini didedahkan, terbuka atau tertutup?
c - Risiko rahsia yang didedahkan kepada parti PAS?
d - Risiko rahsia yang didedahkan kepada Pakatan Rakyat?
e - Apakah tujuan pesalah-pesalah yang mahukan rahsia ini didedahkan?
f - Kritikan media terhadap PAS selepas rahsia ini didedahkan?
4) Sebelum mengumumkan keputusan ini kepada media, adakah JK Disiplin melaporkan keputusan tersebut kepada pemimpin tertinggi parti untuk mendapat restu terlebih dahulu? Ataupun JK Disiplin perlu mendapatkan restu dan pandangan daripada sesiapa sahaja selain daripada ahli JK Disiplin sendiri dalam menjustifikasikan hukuman sebagai patut dan adil sebelum menjadikannya hukuman tersebut yang muktamad?
5) Adakah JKD lupa bahawa mereka ditubuhkan untuk menggantikan EGM dan sebagai langkah memperbetulkan imej PAS selepas seminar terbuka mengutuk pemimpin-pemimpin atasan PAS? Adakah keputusan JK Disiplin ini tidak pernah berubah sejak 22hb Januari (tarikh pengumuman yang sepatutnya dilakukan) sehinggalah pengumuman rasmi yang dibuat pada 29hb Januari 2010?
Fakta kes 1:Bagaimanakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh JK Disiplin PAS terhadap A curi dan B curi yang kedua-duanya mengaku telah melakukan kesalahan mencuri wang dari laci parti? Adakah jumlah wang yang dicuri akan menjadi faktor dalam menentukan hukuman? Ataupun faktor luaran seperti kelaparan dan demi kebaikan parti memainkan peranan lebih penting dalam menentukan hukuman terhadap A curi dan B curi?
A curi, seorang ahli biasa parti didakwa mencuri RM10 daripada laci wang parti. Tertuduh memberitahu JK Disiplin parti bahawa dia mencuri kerana berasa amat lapar selepas permintaannya untuk mendapatkan makanan daripada ketuanya tidak dihiraukan. Aduannya kepada bos ketuanya bahawa dia dianiaya oleh ketuanya sendiri turut tidak dihiraukan. Tertuduh berkata dia tidak berniat untuk mencuri RM10, tetapi nasib tidak menyebelahinya kerana di dalam laci itu hanya terdapat nota RM10. Tertuduh berkata sekiranya tidak dianiaya, dia tidak akan melakukan sedemikian melainkan terpaksa. JK Disiplin sudahpun dapat membuktikan dakwaan A curi bahawa dia dianiaya ketuanya adalah benar.
Fakta kes 2:
B curi, seorang ketua cawangan parti didakwa mencuri RM1 daripada laci wang parti. Tertuduh memberitahu JK Disiplin parti bahawa dia mencuri atas alasan perasaan ingin mencuba dan menarik perhatian orang parti bahawa laci wang parti tidak dijaga dengan selamat. Tertuduh berkata sekiranya betul dia ada niat untuk mencuri, dia tidak mencuri wang RM1 sahaja. Tertuduh juga berkata dia mencuri untuk menjaga kepentingan parti walaupun salah dari segi etika. JK Disiplin menerima penjelasan B curi bahawa jikalau betul dia, seorang berpangkat ketua cawangan berminat untuk mencuri, takkanlah dia mencuri RM1 sahaja.
Itu sahaja soalan-soalan daripada saya untuk JK Disiplin PAS. Harus diingatkan artikel di ditulis bukan untuk mempertikaikan keputusan JK Disiplin PAS mahupun sesiapa. Cuma diharap artikel ini dapat membantu JK Disiplin PAS dan Tuan Ibrahim untuk menerang bagi menjawab tohmahan-tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau. Sesungguhnya, saya merasa simpati terhadap JK Disiplin kerana masa, keadaan dan faktor manusia tidak sesuai dan serasi dengan keputusan JK Disiplin walaupun kemungkinan besar mereka telah bertindak adil dari segi prinsipnya.
Marilah kita sama-sama menunggu jawapan daripada JK Disiplin untuk mengetahui keadaan sebenar daripada terus bersangka buruk terhadap mereka yang telah berkhidmat dengan penuh beramanah terutamanya bagi pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan JK Disiplin.
Saya juga ingin mengingatkan ustaz Tuan Ibrahim bahawa PAS tidak harus bergembira apabila UMNO tidak menyerang PAS kerana sememangnya pihak lawan tidak akan mengejek kita apabila kita menyumbat gol ke dalam jaring sendiri. Bagi saya, YB Khalid dan YB Tuan Ibrahim adalah permata dalam PAS dan saya amat berharap kontroversi di atas tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan dalam kareer politik mereka semata-mata undang-undang dan perlembagaan PAS tidak menyebelahi mereka kali ini.
Ismail Awang
Huhh...punya la panjang lebar ngutuk hassan ali..tapi mana komen ko bila tok ajis terhegeh-hegeh nak dok semeje ngan umno...dulu masa nassarudin baru nyatakan sokongan kepada kenyataan hadi yang nak dok semeja ngan umno terok dia ko belasah ..tapi bila puak kelantan yang mengatakan perkara yang sama ko dok diam pulak..kah kah kah...takut kena sumpah di tok nik ke..aku ingat baru ko pi siram kepala tok ajis tu ngan air longkang je..sebab dia tu dah jadi pelupa dan nyanyok..sebab dulu dia jugak yang marahkan sangat dengan nasa tu..dia dah lupa kut....
ReplyDeletemencuri tu tak kira la singgit ke, sepuluh ringgit ke, kau lapar ke, apa ke .... haram tetap haram .... apa bodoh sangat la korg ni ....
ReplyDeleteAnon 3:06pm
ReplyDeleteTaulah haram tu haram -- tulah sebabnya penulis tanya mengapa hukuman tu tak sama pada 2 orang yg berbeza -- itu soalan high level spy tak menyinggung perasaan...
Ko tu bodoh tak faham-- dahlah balik baca buku lagik...
anon 3:06
ReplyDeletetak baik kata org bodo la bodo ..... hahahaha!!!
permta ke atau mutiara ke kezaliman hukuman telah pun dijalankan,apakah Pas yang selama ini mengajar ahli2 supaya jangan sesekali bersubahat atau bersama dengan kezaliman dalam hal ini menutup mata hanya semata2 hasan ali tu orang kuat presiden?Sedangkan hj khalid tuh orang yang memang ketahui akan menegur apa saja yang tidak bertepatan dengan apa telah ditetapkan muktamar parti?Adilkah hukuman ini?Atau ada lagi yang tidak diketahui tentang mungkin berlaku termakan budi pimpinan Pas trengganu melihat kecanggihan Muktamar di shah alam atau lagi ada suara yang memberitahu bagaimana sebuah syarikat milik kumpulan pro umno di selangor memberi habuan untuk by election?Atau tahukah sdra prisik rakyat berapa banyak lagi bil2 muktamar di shah alam yang belom di selesaikan oleh Pas selangor kepada pembekal,Maaf la tuan tak yah tuan nak kata permata dekat tn brahim tu,kalau permata tuan lempar dimana sahaja pasti akan bercahaya,kerana kebodohan nya telah merosak imej Pas bahkan Imej ISLAM yang di bawa oleh PAS.Mana ada hakim dalam dunia yang menjawab pertuduhan keatas nya di akhbar2.Tambah nampak Pas jadi bodoh bila harakah daily juga bersubahat atau berpakat dengan menyiarkan jawapan tn brahim,bagaimana kalau khalid mau menjawab apakah ianya akan disiarkan,disini sudah kita lihat agenda nya apabila zul sulong berjaya mengenepikan lutfi yang menghidupkan Harakahdaily dan apakah iya nya juga akan menjadi nasib SIASAH bawah kendalian zulsulong yang sudah nyawa2 ikan.
ReplyDeleteElok juga kita leraikan perdebatan isu JK Disilin ini dengan kembali kepada perdamaian seperti yang dicadangkan oleh Dr. Hamzah dalam aksidakwah.blogspot.com. Saya membaca tulisan sehingga tanpa disedari air mata saya bercucuran mengharapkan sesuatu yang indah seperti yang diharapkan oleh beliau.
ReplyDeleteLagi satu soalan dari aku untuk JK Disiplin: Beranikah hadapkan TH Nik Aziz ke JK Dsiplin kerana cuba mennghidupkan kembali isu muzakarah dgn UMNO?.. mengapa jika sebelum ini Presiden, Timb Presiden, Pesuruhjaya Selangor dan Setiauasa dikecam hebat di EGM khas hinggakan sanggup TH Nik Aziz mencadangkan mereka dipecat dari Pas?. tetapi sekarang mengapa pula TH Nik Aziz pula recycle isu ini?.. kenapa nak bincang dgn UMNO sedangkan dalam Pakatan ada DAP dan PKR yang boleh dibawa berbincang?.. siapakah presedent Pas sebenarnya?
ReplyDelete