Thursday, February 11, 2010

Tangguh Debat Royalti: Tiada Respon Dari Mustapha & Nazri

Debat Royalti Petroleum yang dijadualkan berlangsung di Kota Bharu pada Sabtu ini, terpaksa ditangguhkan kerana pihak penganjur tidak menerima pengesahan kehadiran 2 ahli panel yang dijemput.

Mereka ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Penganjur debat tersebut, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) berkata, Pegawai Pejabat 2 Menteri berkenaan telah mengesahkan menerima surat jemputan dari GEGAR ke majlis anjurannya.

2 lagi ahli panel - EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub telah mengesahkan untuk menyertai debat tersebut.

Walaupun ditangguhkan, pihak GEGAR akan berusaha untuk menjayakan program debat tersebut dan akan menetapkan tarikh baru setelah mendapat persetujuan semua ahli panel yang dijemput.

Sementara itu, GERAK meminta rakyat Kelantan tanpa mengira di mana sahaja supaya mengibarkan bendera Kelantan di kereta dan premis kediaman sepanjang bulan Mac 2010 sebagai tanda keprihatinan dan komitmen mereka terhadap tuntutan Royalti Petroleum.

Dalam satu kenyataan, pengerusi bersama GERAK, Dr Abdul Halim Yusof dan
Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, langkah itu bertujuan sebagai:
1. Menandakan sokongan terhadap tuntutan rakyat Kelantan mendapatkan Royalti Petroleum seperti mana perjanjian tahun 1975 yang telah dimeterai.

2. Menandakan sokongan rakyat Kelantan dalam mendokong semangat Persekutuan Malaysia dan Kelantan sebagai negeri di bawah Persekutuan hendaklah diberikan hak-hak menurut Perlembagaan, undang-undang dan perjanjian yang telah termerai.

3. Bersempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang akan menjelang tidak lama lagi, rakyat Kelantan menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada kepada DYMM Al-Sultan.
"GEGAR menyeru seluruh rakyat negeri Kelantan terus berdoa agar Allah s.w.t mengurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, rahmah dan inayah-Nya kepada DYMM Sultan Kelantan," kata kenyataan itu.

4 comments:

  1. 1.Pakat-pakat pila motong oiii!cari pitih! duit titik peluh sendiri!baru berkatt!!!
    2.Dok harap ehsan memanjang!puak kelantan ni!!
    3.Tenguk-tenguk sama pada puak remaja kelantan yang dok rogol sesama islam!sesama melayu kelantan!!
    4.Gena kes Ariffahmi!senyap jee!!!
    Dah berhenti kerja!takkan kes pun kena tutup!
    5.Ish!ish!ish!pandai nik aziz!Alih isu!!Nak perbodoh puak kelantan!!
    6.Aii!biaqpi la!!sama-sama kelantan!!Sama-sama melayu dan islam!Jangan kena cucuk idung den gan puak kapiaq harbi sudahhhh!!!

    ReplyDelete
  2. anony 1:46 PM,

    kesian kat hang..hahahaha, nak buat camana lagi, nak hilang sakit hati dan hasad dengki hang kat negeri kelantan... hang luahkanlah perasaan hang kat sini, biaq la orang lain baca dan selami apa yg ada dlm hati hang tu!..hahaha kesian kat hang hahahaha trauma sepanjang hayat,, hahahaha kesian...

    ReplyDelete
  3. lantak koo laa penyokong bn
    mmg dasar perompak dunia
    spesies b.....g
    wang royalti nk rompak
    negeri perak dah rompak
    ape lagi diorang nk rompak????

    ReplyDelete
  4. Dalam Media perdana cakap berdekah-dekah pasal isu royalti nie..
    Tapi bile ajak berdebat semua kecut telor tak nak berdebat mcm2 alasan bagi...Kalau rasa anda berada di pihak yang benar berani la sahut cabaran berdebat terangkan sejelas-jelasnya kepada rakyat kelantan kenapa tak de hak untuk terima royalti.. ooooiii pemimpin UMNOk mana la ko simpan telor ko org...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?