Sunday, February 14, 2010

Dari Fail: Hasil Judi 2.37 Billion - Oh.. Malaysia Tanahairku

Saya Buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat DAHSYAT. RM2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh Rakyat Malaysia.

Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009.
Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.

Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.

Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar

Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.

Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!

Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.
Lihatlah Faktanya
Syarikat Perjudian - Kutipan Tahun 2008 (RM)

Genting Malaysia Berhad - 949,802,170

Sport Toto - 509,739,584

Magnum Corporation - 396,477,793

Pan Malaysia Pools - 270,764,197

Pan Malaysia Racing - 138,576,130

Daily One Corporation - 18,082,749

Sandakan Turf Club - 18,182,034

Sarawak Turf and Equestrian Club - 29,776,000

JUMLAH - 2.37 BILION
OOOHHH Malaysia Tanahairku... Lu PIKIRLA SENDIRI Rujuk Handsard mukasurat 113-119 (http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-18112009.pdf)

nasirzakaria.com

8 comments:

  1. patutla aku sembahyang ketika rukuk baca fatihah...masuk benda haram dalam body...ini umno bertanggungjawab

    ReplyDelete
  2. 1- dsai..jgn lupa jumpa nallakarupan ambik duit share..60 juta?
    2- mat sabu..jgn lupa bawa terup.mlm ni ada game..
    3-ronnie liu..rumah urut dan pelacuran kat hotel summit, subang jaya dan lain tempat spt di puchong, serdang, pj masih dibuka.semua dijemput datang.

    ReplyDelete
  3. tu baru judi
    kalau arak lagi
    blum kira??

    ReplyDelete
  4. SAT, apsal ko tak sebut Najib skali? semua org PR je ko listkan.. ke ko yang main daun pakau? - Neo

    ReplyDelete
  5. wow dekat 1 bilion hasil genting ye.. hahaha orng Pahang bangga sangat dengan si kartika nak kena sbat..padahal bukan sbat hudud..aku tanya pasal genting..tak nak cerita plak orang Pahang ni.. hahhwhahwhahwh

    ReplyDelete
  6. patut ler org malaysia senang mampus, hidup x sihat, anak2 muda hancur lebur, sukan pun hancur. rupa2 kerajaan tolong pakai duit haram...hmmmmm apa nak jd pemimpin melayu ni. diaorang ni islam ke selam????

    ReplyDelete
  7. pkai duit aram
    kapal selam xleh mnyelam
    kapal terbang xleh terbang

    ReplyDelete
  8. bab kapal selam tu sebenarnya bukan xleh terbang. ari tu ade mamat ckp dlm blog ni kapal tu boleh buat 3 perkara. 1.belayar mcm kapal layar..2.kapal tu boleh menyelam...3. kapal tu boleh terbang. ko x caya ko tengokler nanti sure kapal ni boleh terbang sbb sejak 1malaysia diisytiharkan mcm2 keajaiban berlaku kat malaysia ni. ha....ha....ha...ahli umno tersangatlah baculnya.....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?