Sunday, February 14, 2010

SPRM Serbu Rumah IGP..?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan menyerbu rumah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan menemui sejumlah wang dengan nilai yang amat besar.

Mengikut Malaysia Today, serbuan itu diketuai seorang pegawai tinggi SPRM Negeri Sembilan pada Ahad dan SPRM kemudian mengambil keterangan Musa selama tiga jam.

"Musa memberitahu SPRM bahawa dia akan meletakkan jawatan pada bulan depan, bahkan sudah pun menyerahkan surat peletakan jawatannya.

"Dia kemudiannya merayu kepada SPRM supaya membiarkannya 'bersara dengan aman'," kata laman web terkemuka itu.

Menurut laman web itu, ramai pegawai polis di seluruh negara mengetahui berita itu dan kebanyakan mereka menggelar Musa sebagai 'IGP Bodoh'.

Malaysia Today juga mendakwa selain cakap-cakap pegawai polis, laman itu juga ada ramai kenalan di kalangan pegawai polis yang menjadi orang dalamnya.

"Malah, mereka memperkatakannya dengan penuh semangat, seolah-olah ia adalah berita baik. Mereka seakan amat gembira bahawa bos mereka dah terperangkap.

"Ini mengisyaratkan kewujudan krisis keyakinan yang serius. Jika anak buah anda memandang rendah dan membuat komentar yang meremehkan anda, maka tak mungkin anda dapat terus memimpin mereka," kata laman itu.

Malaysia Today juga mengingatkan pembaca bahawa 90 peratus khabar angin di Malaysia terbukti benar walaupun ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

Laman itu juga meminta orang ramai menunggu perkembangan lanjut dalam tempoh terdekat dan tidak menolak kemungkinan SPRM membuat penafian dalam hal ini.

Sumber - .: Suara-Keadilan.com :.

TPU - Kalau betul la SPRM serbu rumah IGP neh dan kalau betul la apa yang didakwa oleh laman web Malaysia Today dan kalau betul la IGP buat salah dan letak jawatan dan dikenakan tindakan undang-undang ikut peruntukan undang-undang yang ada...

Kalau betul la...

Aku akan buang logo terbalik dekat atas tu sebagai tanda penghormatan aku atas ketegasan SPRM... tapi jangan ada yang terbunuh la pulak..!

8 comments:

  1. Sumber berita ni daripda blog Malaysia Today milik Raja Petra yg suka buat finah tu kan? Baguslah tu..sokonglah Raja Petra, manusia tak beragama yg byk menhuru-harakan ummah..

    TP-buat apa buang logo SPRM terbalik tu? Time kena org lain bersorak, time kena kepala sendiri..DIAM!!!

    ReplyDelete
  2. TP-Apasal ko tak masukkan cerita budak UiTM yg kini di ICU kerana dilanggar ADUN DAP Sekinchan, Ng Sue Lim tu? ADUN tu mabuk dan bawa kereta langgar budak MELAYU,ISLAM UiTM..tapi kalu Kugan si penjenayah tu mampus dlm lokap polis bukan main berarak dan berikan sokongan...

    Ooo.lupalah....pasal itu puak2 ko kan!

    ReplyDelete
  3. alahai..alahai..
    1.Sabaq sat!!kita tunggu berita dari sember lainla pulak!!!!
    2.Kalau TP tulihhh!!kena siasat duluuu!!kalau tidak naya oghang yang dok percaya bulat-bulat!!!dah la berdosa!!malu pun kita dapat nantiii!!
    3.Ingat kes harga padi naik dulu!!TP!TP!
    4.Pakat-pakat sabaq sat no!!kita siasat dulu berita ni!!!
    5.Yang raja petra oun satu!!cakap bedegaq-degaq!cara hidup!!hancoqqqq!!!anak sampai nak bunuh diri!!!
    6.Dia syok tunjukk gambaq dok berkepit dengan minah salleh!!apa jenis oghang niii!
    7.kucingpun tau jaga anak oiiii!!hang tu apa!!!raja petra oiii!!!!
    8.Aku tengah dok sedih niii!!!!
    9.TAK PERNAH BERLAKU DAN TAK PERNAH ADA DALAM SEJARAH UMAT ISLAM SEMASA ZAMAN NABI MUHAMMAD,ZAMAN PARA SAHAMAT DAN ZAMAN SEJARAH UMAT ISLAM MODEN DIDUNIA NI!ADA BAYI KENA BAKAR!!!!!!
    10.BERLAKU DIKELANTAN PULAK TUUU!!!
    11.NEGERI SERAMBI MEKAH!!DIPERINTAH OLEH TOK GURU!!BERTARAF WALI!!DOA MUSTAJABB!!!
    12.TAPI PAKAT-PAKAT CHECK DULU SEBAB AKU DEGAQ KAT TV 3 SEMALAM!!

    ReplyDelete
  4. teringat lak aku...ada sorang kroni UMNO kat area aku..kena rompak ngn indon..indon siap berkampung...dapat indon yu 3 ke 5 eibu cash kat rumah die..besar tu...cash beb...duit kroni la tu.. hahahaha

    ReplyDelete
  5. Mamat Musang Berjanggut ni patut dah lama dah bagi hukuman pancung. Tak guna punya anak ustaz hidup dengan menipu rakyat dan berlaku zalim. Ingat pada firman Allah yang berbunyi "barangsiapa menutup aib umat Muhammad, akan aku tutup aibnya di dunia dan di akhirat."

    Ingat saudara2, peranan si dajjal ini mengusung tilam bagi mengaibkan Dsai, tapi keaibannya pula akan di dedahkan kemudian hari percayalah. sesiapa yang tidak mempercayai akan firman2 Allah itu ternyatalah mereka telah sesat dan kufur.

    ReplyDelete
  6. kalu betul makin senang kes2 yg diambil oleh IGP sekor ni dibuka balik sbb mangkuk sekor ni makan rasuah. patutler muka x jernih..keruh semacam.. silap2 kes DSAI ditarik balik....alhamdulillah.....

    ReplyDelete
  7. DAH MELUAT NGAN UMNOFebruary 14, 2010 at 8:22 PM

    UMNO ANAK HARAMJADAH TIPU RAKYAT..NAJIB BUNUH ALTANTOYA...TAK KENA APAPUN...KALAU BENAR TAK BUNUH KENAPA TAK BERANI SAMAN WARTAWAN LUAR..TAKUTKAN ROSMAH BOMOHKAN KER.....

    ReplyDelete
  8. kes macam ini memang mudah selesai" tutup kes " engkau tutup aku ,pusing balik saja aku tutup engkau sama-sama geng takkan tak boleh bekira kut

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?