Sunday, February 14, 2010

Penubuhan Tabung Guaman Sempena Aduan Salahlaku Pimpinan2 PAS Pusat

Memandangkan pengalaman Abdullah Karim yang telah mendapati aduan-aduan beliau telah dibakul-sampahkan, maka saya berfikir perlu saya mengambil khidmat guaman dalam usaha pengaduan saya ini.

Tujuan diambil khidmat guaman adalah:
1.0 - Memastikan aduan saya dapat dipantau perkembangannya oleh seorang peguam yang terlatih dalam bidang undang-undang.

2.0 - Memastikan aduan saya tidak disapu di bawah karpet dan terus berjalan.

3.0 - Menghadiri setiap sessi temu ramah dan siasatan dalam kapasiti "watching brief" bagi mendapat gambaran sebenar perjalanan kes.

4.0 - Memberi analisa serta pendapat berkaitan setiap dokumen rasmi yang berkaitan dengan kes ini.

5.0 - Menilai perjalanan serta fakta-fakta kes serta mengeluarkan laporan berkaitan dengan perjalanan kes tersebut yang akan dibentangkan kepada umum dan sebagainya.
Bagi saya, khidmat guaman amat diperlukan demi memastikan kes ini berakhir dengan hasil yang terbaik serta mengikut lunas-lunas keadilan.

Oleh kerana khidmat guaman memerlukan kos, maka saya, Tulang Besi, bercadang untuk menubuhkan sebuah Tabung Guaman bagi menampung kos guaman dalam isu ini.

Para pembaca yang berminat untuk menyumbang, dipersilakan untuk mendeposit sumbangan saudara ke akaun Maybank 164173601834 (Abdul Rahman Abdul Talib).

Semoga sumbangan saudara/ri diberkati Allah SWT hendaknya.

Sekian

Tulang Besi

3 comments:

  1. hahahahah
    HAHAHAHHA
    Hihihihih
    HIHIHIHI

    poyo mu tulang berok..

    ReplyDelete
  2. UHUKK
    UHUKK
    UHUKK
    WEEKKKKKKK

    ReplyDelete
  3. agak2nye berapa dok pitis dlm akaun mu hasil dari mintak derma, ari tu derma nak gi konveson bloger pas, ari ni nok kos guaman pulok, natang penda kos guaman, mu wak masuk makamah ke? jadi kes makamah ke? dia ingat org lain bodoh dan poyo cam dia

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?