Thursday, February 04, 2010

Harga Gula: Kerajaan Tak Perlukan GST

Akhir tahun 2009 kita diwar-warkan oleh Kerajaan untuk dikenakan good and services tax (GST). Tapi tahukan anda bahawa kerajaan sebenarnya tidak memerlukan GST. Kenapa?

Akhir tahun 2009 kita telah dihadiahkan kerajaan dengan kenaikan harga gula tetapi berjaya ditutup dengan rapatnya dengan isu nama ALLAH. Walaupun nilainya kecil iaitu hanya 20 sen tetapi dari segi peratusannya adalah hampir 14%. Nilai 14% ini sebenarnya melebihi 2 atau 3 kali kadar inflasi semasa.

Kita tinggalkan bab harga gula. Pertengahan tahun ini kita dijanjikan oleh kerajaan mengenai penstrukturan harga minyak yang berlainan bagi kelas rakyat. Saya yakin walaupun melalui penstrukturan ini harga minimum minyak akan dinaikkan. Katakan kenaikan ini lebih kurang 10%. Sebelum saya lupa, sebenarnya harga gandum juga telah dinaikkan sebelum ini. Kerajaan juga telah menarik balik subsidi (kononnya) untuk roti putih.

Saya percaya sebelum kenaikan harga minyak tercapai sebelum pertengahan tahun ini, pelbagai barangan asas akan dinaikkan harga. Saya menjangkakan negara akan mengalami kenaikan harga barangan secara besar-besaran (saya mengharapkan jangkaan saya ini tidak tepat). Kenaikan kesemua barang ini saya menjangkakan melebihi 10%.

Jadi, apa kaitan antara kenaikan harga barang dengan GST. Ketika cadangan GST dikemukakan, Kerajaan mencadangkan GST antara 3-4%. Bandingkan dengan kenaikan harga gula dan ramalan kenaikan harga barang yang lain iaitu kenaikan melebihi 10%, maknanya kenaikan ini sendiri telah melebihi GST sehingga 2 kali ganda. Katakan daripada nilai 10%, setengah daripadanya akan masuk poket Kerajaan. 5% inilah yang diperlukan untuk menampung bajet defisit semasa Najib mengemukakan pakej rangsangan RM60 billion yang telah dijanjikan oleh Najib semasa ucaptama pemasyhuran beliau sebagai Presiden UMNO kepada kaum kerabat UMNO yang memegang lesen kontraktor kelas F.

Jadi di sini, saya menyimpulkan bahawa sememangnya Kerajaan tidak memerlukan GST tersebut kerana mereka telah mendapat lebih daripada yang mereka hajati melalui kenaikan harga barang tersebut. Akhir sekali Najib akan membuat pengumuman seperti berikut:

'Setelah mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat, kita mengambil keputusan untuk tidak mengenakan GST dan bersesuaian dengan slogan kita 1Malaysia, 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Maka bertepuk dan bersoraklah akan segala rakyat jelata dengan pengumuman ini dengan teriakan 'Hidup Najib', 'Hidup Najib'.

Sekian,

Sebatang Kara

11 comments:

  1. Islam tidak pernah mengajar membenci pada manusia yang ingin membuat kebaikan walaupun manusia itu kafir.
    Islam mengajar kita supaya berperasangka baik dan bukan mengajar kita pada hasad dan dengki.
    Kenapakah islam mahukan manusia berperasangka baik?

    Jadi, bagi kami tidak salah menerima sebarang bentuk pemberian yang bersifat baik. Kenapakah kita umat islam suka berperasangka buruk pada mereka yang telah memberi. Apakah kita boleh baca apa yang ada di dalam hati pada mereka yang telah memberi? Kenapa kita nak menyalah benda yang baik?

    Sebab itu aku tentang sekeras-kerasnya perbuatan Penarik Beca ini dan juga rakan sekawan dengannya si TB.

    Mereka lebih beperasangka buruk pada orang yang ingin memberi.
    Mereka yang mempunyai penyakit hati ini memang suka memanjangkan benda yang telah selesai.

    Apakah islam mengajar kamu sebegitu?

    Kamu mengucapkan Dato Tuan Ibrahim supaya memdapat balasan dpd tuhan, tatapi kami pula akan mengucapkan balasan itu akan jatuh kepada kamu berdua kerana mempunyai hati yang busuk dan tidak menghormati ketua.

    Sepatutnya kamu berdualah yang wajar meninggalkan PAS kerana mengadu-dombakan suasana, memporakkan perandakan suasana dan menanam sikap benci pada pemimpin.

    Dengan ini juga kami memohon agar pucuk pimpinan parti agar melucutkan keanggotaan mereka berdua kerana telah melampaui batas dan kesusilaan dalam adap berjamaah.

    ReplyDelete
  2. Alahai....
    gula naik sekupangpun nak komplain.
    rokok naik sampai beringgit boleh pulak bayaq.

    BANGANG....BANGANG.....

    ReplyDelete
  3. Masalahnya kawang pun tak isap rokok. Sedara baca abis tak artikel tuh. Kalau tak abis, baca kasi abis, lepas tuh baca lagi sampai paham.

    ReplyDelete
  4. Kawang pong doh lamo fahang tapi kawang cumo nok tamboh resepi ajo....supayo lagi podas...ha...ha...ha

    ReplyDelete
  5. Salam
    Walaupun saya pembangkang secara keturunan, saya tetap menyokong penuh usaha kerajaan untuk memperkenalkan GST. Malahan saya berpendapat bahawa harga petrol tidak sepatutnya diberikan subsidi. Ini kerana selama ini semua manfaat ini sebenarnya lebih dinikmati oleh orang kaya berbanding orang miskin.

    Petrol sebagai contoh, sekiranya kerajaan memberikan subsidi 30sen bagi setiap liter petrol maka penunggang motosikal yang mengisi 5 liter petrol akan hanya menikmati subsidi sebanyak RM1.50 berbanding pemandu Kancil yang mengisi 20 liter (subsidi: RM6.00), atau pemandu Vios yang mengisi 40 liter (subsidi: RM12.00), atau pemandu Mercedez / BMW yang mengisi 80 liter (subsidi: RM24.00). Siapa yang menikmati lebih subsidi sebenarnya? Pemandu Mercedez / BMW atau penunggang motosikal? Orang kaya atau orang miskin?

    Seperti juga GST, cukai ini dikelaskan sebagai 'consumption tax' iaitu 4% bagi setiap barangan / khidmat yang dibeli oleh pengguna akhir. Maksudnya lebih banyak yang dibelanjakan maka lebih banyak cukai yang perlu dibayar. Siapakah yang lebih banyak berbelanja? Orang yang berpendapatan besar 5 hingga 6 angka atau orang yang berpendapatan kecil 3 hingga 4 angka.

    Saya rasa subsidi yang lebih besar perlu diberikan kepada keperluan asas seperti beras, gula, kopi / teh, tepung, pendidikan dalam negeri, khidmat perubatan dan sebagainya. Ini kerana tidak kira status seseorang, keperluan adalah sama oleh itu subsidi adalah sama. Orang kaya tidak akan makan 1 guni beras/nasi sehari atau minum 1 lori gula / kopi / teh hanya kerana semata-mata mereka kaya. Mungkin penggunaan mereka lebih rendah kerana penyakit yang melanda :-). Begitu juga soal pendidikan dan kesihatan. Anak-anak orang kaya & miskin memerlukan khidmat perubatan dan pendidikan yang sama secara amnya. Lainlah kalau mereka ingin mendapatkan yang lebih baik maka mereka boleh berbelanja lebih (dengan wang sendiri) untuk mendapatkan khidmat yang lebih baik.

    Kita jangan hanya membangkang hanya semata-mata kerana kita pembangkang. Lebih baik kita tumpukan kepada usaha menegakkan hukum Allah di negara tercinta ini di samping memperjuangkan agar keadilan yang hakiki dapat ditegakkan.

    Maaf kalau terkasar bahasa. Tidak salah berbeza pandangan dalam soal-soal yang hanya bersifat cabang :-)

    ReplyDelete
  6. Sebagai tambahan, apa yang perlu dirisaukan adalah cara perlaksanaan dan cara wang kutipan cukai dibelanjakan, sama ada kembali semula untuk manfaat rakyat atau disalurkan kepada projek-projek yang menguntungkan sesetengah pihak.

    Sekadar pandangan peribadi.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas pandangan ikhlas Ibnu Ishaq. Namun berdasarkan tren kenaikan harga barang yang saya rasa terus akan dilaksanakan kerajaan, saya pasti rakyat akan mengalami kenaikan kos sara hidup tak kurang 10% berbanding kadar inflasi semasa 4-6%. Saya melihatkan tren kenaikan harga barang adalah seperti merompak dari yang miskin untuk untuk diberikan kepada yang kaya.

    ReplyDelete
  8. Sapa yang masih percaya pada mat monggol ni berhati baik, dialah manusia terbodoh di negara ini. Tengok apa jadi pada pegawai khas mat monggol?mengatakan india paria dan cina tu jalang. Sungguh bodoh malaysia yang mempunyai PM yang rasis sanggup bunuh orang demi terus menindas dan menipu rakyat. Kalau dia bertanggungjawab sila dedahkan kenapa Altantuya di bunuh?Panggil Bala untuk dibicarakan untuk mencari kenbenaran. Rakyat tak lupa, rakyat masih menunggu jawapan darinya.Jika tidak dia akan di halau dari putrajaya dalam masa terdekat. Ini satu ingatan.

    ReplyDelete
  9. Kenaikan kos sara hidup yang mendadak melebihi kadar inflasi semasa tidak sepatutnya berlaku sekiranya pihak kerajaan memulangkan semula pendapatan kira-kira RM1 Bilion setahun (yang dijangka dapat dikutip menerusi perlaksanaan GST ini) kepada rakyat dalam bentuk subsidi keperluan asas yang saya sebutkan tadi (termasuklah minyak masak, roti, susu termasuk susu untuk kanak-kanak & bayi, meningkatkan taraf pengangkkutan awam dan sebagainya yang tidak saya disebutkan sebelumnya).

    Apa yang merisaukan saya ialah wang RM1 Bilion tersebut tidak disalurkan semula untuk manfaat rakyat tetapi digunakan untuk projek-projek membazir yang hanya menguntungkan golongan 'Umnoputra' atau pun 'ali babi' (saya tak silap taip, bukan ali baba tapi ali babi kerana seseorang sanggup dipergunakan namanya untuk meraih hasil yang mudah dan sedikit sememangnya setaraf babi).

    Kenaikan harga barang pula bukan disebabkan oleh GST (kerana perlaksanaan GST akan menghapuskan duti import & cukai jualan di mana kesan kenaikan barang sepatutnya tidak ketara). Punca utama kenaikan adalah disebabkan oleh monopoli dan AP yang jelas menguntungkan kroni dan ahli politik (yang menggunakan proksi).

    Mengapa harga gula dan beras semakin mahal, jawapannya adalah monopoli yang berlindung di sebalik AP. Mengapa kadar bayaran telekomunikasi kita lebih mahal daripada Indonesia walaupun servisnya macam ****mak? Sebabnya adalah monopoli. Mengapa tarif elektrik tinggi? Sebabnya kerana TNB terpaksa menanggung beban bayaran yang tinggi kepada IPP walaupun tenaga tidak digunakan. Mengapa bil-bil air tinggi? Siapa yang menguasai syarikat-syarikat bekalan air ini?

    Ini harus kita tentang bersungguh-sungguh. Oleh itu fokus kita mesti jelas.

    ReplyDelete
  10. Biasa la wahai si Kara...
    Sudah jadi adat dunia..sudah jadi hukum alam.

    Kalau ada lelaki...mesti ada perempuan.
    Kalau ada depan...mesti ada belakang..
    lserupa lah jugak, kalau ada kaya...mesti la adayang miskin.

    Jadi apa yang lu hairan...apa yang lu risau.

    Kalau rezeki hidup tu dah semangkok, makan lah semangkok jangan nak bantai sampai sebelanga Itu bengong namanya.

    Jadi, Yang kaya dia akan buat cara kayanya, manakala yang miskin mesti buat cara miskinnya.

    Jadi bila ada kenaikkan harga barang, masing2 kena la pandai menguruskan perbelanjaan. Ukur baju dibandan sendiri la.

    Naik...barang akan tetap naik..itu tak boleh lari and you orang kena faham.

    Jadi, pasai apa nak salahkan lagi kerajaan. Itu dah lumrah la BANGANGGGGGGG.....

    ReplyDelete
  11. Ibn Ishaq kata:

    Mengapa harga gula dan beras semakin mahal, jawapannya adalah monopoli yang berlindung di sebalik AP. Mengapa kadar bayaran telekomunikasi kita lebih mahal daripada Indonesia walaupun servisnya macam ****mak? Sebabnya adalah monopoli. Mengapa tarif elektrik tinggi? Sebabnya kerana TNB terpaksa menanggung beban bayaran yang tinggi kepada IPP walaupun tenaga tidak digunakan. Mengapa bil-bil air tinggi? Siapa yang menguasai syarikat-syarikat bekalan air ini?

    Yang nih saya sokong Ibn Ishaq 100% ada saya nyatakan sedikit dalam artikel saya sebelum ini.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?