Sebelum saya memulakan hujjah saya, suka saya menjawab soalan Tuan Ibrahim tersebut. UMNO tidak menyerang PAS kerana keputusan JK Disiplin ini bersesuaian dengan kehendak dan citarasa UMNO.
Mana mungkin Syaitan berasa gembira sekiranya kita melakukan ibadah kepada Allah SWT. Apabila syaitan turut gembira setiap kali kita beribadah, bererti ada yang sangat salah berkenaan ibadah kita itu.
Itulah sebabnya UMNO tak komen apa-apa pasal keputusan JK Disiplin ini. Ia umpama ibadah yang disukai Syaitan.
TUAN IBRAHIM MARAH PADA ABDULLAH KARIM
Tuan Ibrahim menyatakan kemarahan yang sangat besar kepada Abdullah Karim atas kenyataan akhbar beliau. Tuan Ibrahim berkata :
- “Memang saya akui bahawa beliau ada menghantar satu laporan kepada JK Disiplin, tetapi saya telah maklumkan prosidur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk dibuat penilitian, kesahihan penama-penama yang disebut, apakah ia benar ahli PAS atau bukan, sejauh mana ada kes yang boleh dirujuk kepada JK Disiplin atau kes hanya melibatkan urusan pentadbiran parti.”.
Malahan, laporan saya diberikan kepada SU JK Disiplin, Dr Supyan Husin, sendiri namun tiada teguran walau sedikit berkenaan dengan kesalahan dari segi prosedur.
Mengapa demikian?
Soalan saya yang seterusnya, mengapa aduan dalam masalaah Disiplin harus pergi ke Setiausaha Agung? Bukankah sepatutnya JK Disiplin itu BEBAS dari badan eksekutif? Peruntukan perlembagaan manakah yang menyatakan setiap aduan mesti melalui SU Agung?
Kalau Tuan Ibrahim hendak berkokok pasal prosedur, saya nak tanya dimanakah prosedur tersebut tertulis? Saya merujuk kepada Perlembagaan PAS dan prosedur yang disebut Tuan Ibrahim ini tidak wujud.
Kiranya PAS adalah parti yang professional, maka setiap prosedur mesti disahkan oleh badan eksekutif ( AJK PAS PUSAT) serta diletakkan di satu tempat dimana setiap ahli dapat melihat dan merujuk. Kiranya tiada tempat rujukan ertinya prosedur tersebut tidak sah. Itu adalah amalan biasa mana-mana organisasi sekalipun.
Cuba masuk mana-mana balai polis, dan anda akan melihat instruksi untuk membuat laporan dipaparkan di dinding Balai Polis tersebut. Ada buku rujukan prosedur yang digunakan secara meluas dan boleh dirujuk oleh sesiapa sahaja.
Dalam soal ini, prosedur apakah yang telah dirujuk Tuan Ibrahim Tuan Man?
BENARKAH HUKUMAN KHALID BERDASARKAN FAKTA KES?
Dato Tuan Ibrahim juga berkata :
- “Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh.”
- “Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.”.
Umpama si X dituduh mencuri tapi barang yang dicuri tidak diberitahu. Hanya tuduhan si X mencuri. Bila ditanya apa yang X curi, dijawab TIDAK TAHU.
Tuduhan seperti ini adalah apa yang kita panggil sebagai “Tuduhan Tidak Lengkap”. Bagaimanakah Khalid Samad boleh diberikan tuduhan mendedahkan rahsia parti sedangkan RAHSIA ITU pun JK Disiplin tidak mampu sebutkan?
Ini kah fakta yang Tuan Ibrahim banggakan? Fakta tuduhan yang TIDAK LENGKAP? Atas tuduhan tidak lengkap inikah Khalid Samad digantung enam bulan?
Kalau di mahkamah, tuduhan seperti ini hanya akan menyebabkan kes tersebut dibuang. Bagaimanakah boleh dibuktikan Khalid mendedahkan rahsia parti sekiranya RAHSIA itu sendiri TIDAK WUJUD?
Ertinya Khalid telah mendedahkan sesuatu perkara yang TIDAK JELAS samada rahsia atau tidak.
Pihak pendakwa MESTI membuktikan terlebih dahulu APAKAH rahsia tersebut. Barulah tuduhan seperti ini boleh membawa kepada penghukuman.
Benarlah kata Bakaq @ Penarik Beca. Rahsia sebenar yang didedahkan Khalid Samad adalah ini .
Tidakkah Tuan Ibrahim sebenarnya telah melakukan satu pembohongan di sini?
Ingatlah, kita semua adalah hamba Allah dan Allah SWT MENGHARAMKAN KEZALIMAN terhadap diriNya sendiri. Apa hak kita untuk menzalimi sesama manusia lebih-lebih lagi sesama rakan sejemaah?
Ini kah dia akhlak jemaah yang kita laungkan selama ini?
Tulang Besi
Bilamana UMNO Tidak Menyerang PAS...[Tuan Ibrahim Tuan Man]
Oleh : Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man
Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.
Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bilamana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.
Bilamana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor , Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markaz PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapanan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum berbual-bual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya hubunginya di luar Negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.
Tapi apakan daya, hukuman dan keputusan terpaksa dijatuhkan. Hanya saya rasa kurang terbeban bilamana keputusan dibuat dengan sebulat suara oleh semua Ahli JK Disiplin. Di kalangan kami ada bekas hakim dan peguam veteran PAS, Dato’ Abd Mutalib Embong dan Tuan Guru Hj Osman, seorang ulamak terkenal yang pernah menuntut di Makkah al-Mukarramah dalam bidang syariah.
Saya memaklumkan kepada YB Khalid Samad, agar menggunakan peruntukan perlembagaan untuk membuat rayuan kepada JK Pusat dan Syura, sekiranya beliau rasa hukuman tidak berpatutan. Saya masih ingat kata-kata beliau sebelum beliau ke luar negara, dalam pertemuan sewaktu membincangkan isu kalimah Allah, beliau berkata: “Kalau ana bersalah, hukumlah, jangan anta rasa berat pulak.” Saya menjawab : “ InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusan ini.” Beliau menyatakan dengan keputusan ini beliau sukar untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan –cawangan yang telah membuat jemputan tetapi beliau boleh hadir atas sifat sebagai Ahli Parlimen, dan aktiviti beliau boleh berjalan macam biasa.
Saya teringat bila mana Umar al-Khattab melucutkan jawatan Khalid al-Walid ( bukan menggantungnya ) sedangkan Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan. Khalid terus berjuang sehingga penyokong hairan dengan tindakannya. Mereka bertanya: “Kenapa kamu tidak nampak apa-apa perubahan?” Beliau menjawab: “Aku bukan berperang kerana jawatanku, tetapi kerana Allah!” Bahkan beliau terus mengemukakan cadangan kepada penglima baru bilamana melihat tentera Islam hampir kalah. Inilah semangat Khalid al-Walid. Saya yakin kita perlu mencontohinya.
Kami tidak ada agenda untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan seseorang. Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh. Kami tidak boleh mengikuti kehendak orang ramai yang hanya berdasarkan andaian, bukan fakta siasatan. Saya yakin pengumuman keputusan akan menjadi tajuk utama berita, kerana media perdana telah memainkan isu ini beberapa waktu sebelumnya dengan pelbagai andaian hukuman. Mereka telah berjaya membawa pemikiran massa kepada satu hukuman jangkaan yang mereka ada agenda tersendiri.
Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama. Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?
Saya sebenarnya cuba untuk menjawab tohmahan itu, tetapi sebarang jawapan hanya akan menimbulkan polimik yang lebih besar dan berpanjangan. Tambahan pula ada beberapa fakta yang ditemui tidak sesuai jadi tatapan umum. Cuma saya bertanya sendirian, kenapa UMNO tidak mengambil kesempatan menyerang sedangkan mereka telah membentuk pemikiran massa ke arah itu. Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli PAS atau penyokong PAS. Mungkin kerana simpati terhadap Khalid Samad, atau geram dengan Hassan Ali.
Komentar dari Abdullah Karim saya anggap melampau dan saya difahamkan Dewan Pemuda Pusat akan melakukan sesuatu, dan Pejabat Agong juga akan bertindak. Beliau sebenarnya telah menghantar surat memaklumkan akan mengikuti isteri ke luar negara dalam tempoh yang panjang, dan sehubungan itu beliau melepaskan semua jawatan dalaman parti dan jawatan di peringkat Negeri Pahang. Mesyuarat telahpun menerima permohonan beliau.sayangnya saat-saat akhir sebelum beliau keluar Negara, kesempatan diambil untuk menyerang JK Disiplin Parti. Kritik kemudiannya tinggal.
Saya dukacita kerana beliau seorang peguam, yang memahami prosedur hukuman dan siasatan. Kita tidak boleh menghukum berdasarkan andaian dan kehendak massa. Hukuman mestilah berdasarkan fakta yang kita temui dalam siasatan. Seandainya ada fakta yang terselindung atau yang tudak dikemukan sebagai bahan kes, maka kita tidak boleh mengambilnya sebagai alasan penghakiman. Memang saya akui bahawa beliau ada menghantar satu laporan kepada JK Disiplin, tetapi saya telah maklumkan prosidur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk dibuat penilitian, kesahihan penama-penama yang disebut, apakah ia benar ahli PAS atau bukan, sejauh mana ada kes yang boleh dirujuk kepada JK Disiplin atau kes hanya melibatkan urusan pentadbiran parti.
JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat. Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama. Bahkan dalam prosedur perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak diluar perlembagaan parti.
Apa yang mendukacitakan saya ialah saya telah jelaskan bahawa inilah prosedur laporan disiplin parti, yang telah diamalkan sejak awal penubuhan parti lagi, dan beliau memahaminya dan menerimanya pada waktu itu, tapi kenapa tiba-tiba dia sanggup mengeluarkan kanyataan menyerang prosedur tersebut. Soal dia tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas tertuduh, saya pelik bukan dia yang kena tuduh. Bahkan kalau kita baca tulisan YB Khalid sendiri dia rasa puas hati bilamana segala dakwaan beliau terhadap Hassan Ali dibuktikan benar oleh JK Disiplin, sehingga Hassan Ali didapati bersalah dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan PR dan parti. Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati.
Sebagai pimpinan kita sepatutnya menyalurkan komentar melalui saluran parti dan memelihara adab dalam jamaah. Semua harus fikir apakah tindakan yang kita lakukan itu menguntungkan parti atau sebaliknya, kerana kenyataan kita bukan keputusan perbicaraan, yang terpaksa berdasarkan fakta dan bahan yang ada di hadapan kita.
Kepada Allah saya memohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya; dan semoga Allah tidak membebankan saya dengan bebanan yang lebih berat di akhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.
Wassalam.
Dari blog Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Sudah la TB, kami dah boring dan benci dengan sikap dendam kau pada bekas kumpulan UG.
ReplyDeletePerbuatan kau tu orang dah pandang.
Dendam kau tu memang tak berkesudahan.
Dulu mungkin kami terpengaruh, tetapi bila melihat acap kali kau memainkan issu ini, maka, kini kami dah nampak tembelang kau tu, untuk memecahbelahkan ukhwah yg ada dalam PAS.
Dendam kau pada bekas2 kumpulan UG telah menampakkan wajah disebalik pada topeng keadilan kau itu.
Kau lah yang sebenarnya perosak
Kau lah yang sebenarnya pemecah-belahkan PAS.
Kau bertopengkan keadilan tetapi di dalam hati kau penuh dengan sifat dendam dan mahu menghancurkan ikatan ukhwah PAS.
Semoga Allah akan terus menghancurkan musuh2 yang busuk hati dan berdendam ini.
Teruskan TB. Aku dan ramai lagi ahli dan penyokong PAS ingin melihat segala kepincangan dalam PAS dihapuskan.
ReplyDelete- Tanpa Nama yg Bukan Pelacur Politik
"Inikah akhlak Jamaah yang kita laungkan"
ReplyDeleteWah..wah..wah.. pandainya kau bersandiwara TB.
Teropong diri kau tu dulu. Mengucar-kacirkan jamaah....melaga-lagakan jamaah....berdendam....busuk hati...AKHLAK JAMAAH KE TU?
jgn pandang TB tu, tngok intipati yg ditulis kemudian menilai dlm keadaan waras!! jgn jadi bodoh apabila diri tu dah terlalu wala' dgn pemimpin sampai artikel yg logik dan jelas pun dah tak boleh terima!!. cube tenang dan baca artikel TB tu btul2..
ReplyDeleteini nk mengamuk tak tntu pasal pehal!!!
aku tngok setiap hujah TB ni mmg masuk di akal. ttpi harus dinilai dlm keadaan tenang dan waras. baru korang boleh faham saya ulang...
takbirrr!!
ReplyDeleteCuma pencacai yang tak puas hati dan berpenyakit hati sahaja yang sokong. Semua tu kisah lama. Dah tak ada dah UG. Faham....Dah tak ada Ug faham...
ReplyDeleteSatu lagi, hanya orang yang suka tengok pemimpin bercakaran sahaja yang suka menyokong tulisan si TB ni.
Sudah la kau orang semua...apa kau orang ingat kami tak ada otak ke nak memikirnya. Kami memikirnya untuk semua. Kami memikirnya untuk keutuhan Parti. Bukan macam si TB tu, orang dah kata tad ada dah UG...si baghal TB ni berterusan mengungkit.
Jadi, sekarang siapa yang nak merosakkan parti. Mangkuk mana yang yang nak mengharubirukan lagi Pas?
Jahilnya penncacai berpenyakit hati ni.
ReplyDeleteOrang makin nak utuhkan Parti dia orang makin nak memporak-perandakannya pulak.
Kami sini semua tentang niat busuk kamu orang semua.
Tak payah la nak ungkit pasal wala. Tak ada wala...buatlah pasukan atau parti manapun...akan hancur berkecai.
karnival penang pe citer dowh...
ReplyDeleteberapa juta org yg datang...
otai rock tu beb yg datang...
boleh r tok2 serban tu kocok pala...
rock rule...
kalau tiada cerita UG kenapa JKD cuma hadapkan hassan ali dan khalid saja? asalnya cadangan nik aziz ialah hassan ali, nasa dan mustafa ali, kenapa tukar? lepas tu hassan ali lepas, khalid yg kena?
ReplyDeletesebab tidak percaya pada isu UG ini lah aku menyokong TB teruskan menulis pembongkaran ni. sebab semua tindak tanduk pimpinan PAS sampai hari ni tidak meyakinkan langsung.
TB cuma satu yg mewakili pemikiran beribu-ribu lagi para ahli PAS dan penyokong PAS. bermakna beribu-ribu yg tidak puas hati dgn cara pimpinan PAS sekarang ini, jika tidak dibuat sesuatu secara IKHLAS untuk membetulkan kesilapan ini, PAS akan merasa kesannya dalam PRU13 nanti. DAN ITU LAH YANG DIINGINKAN OLEH UMNO!
Parti PAS tak ada S.O.P. ke? Memang betullah PAS hanya sesuai untuk pak lebai je.
ReplyDeletePak lebai ni mana tau pasal S.O.P. Mereka cuma tau HALAL dan HARAM je.
Jadilah LEBAI PROFESIONAL...
TB/TiPU,.. CAN I FUCK U TODAY?
ReplyDeleteCuma pencacai yang tak puas hati dan berpenyakit hati sahaja yang sokong. Semua tu kisah lama. Dah tak ada dah UG. Faham....Dah tak ada Ug faham...
ReplyDeleteSatu lagi, hanya orang yang suka tengok pemimpin bercakaran sahaja yang suka menyokong tulisan si TB ni.
Sudah la kau orang semua...apa kau orang ingat kami tak ada otak ke nak memikirnya. Kami memikirnya untuk semua. Kami memikirnya untuk keutuhan Parti. Bukan macam si TB tu, orang dah kata tad ada dah UG...si baghal TB ni berterusan mengungkit.
Jadi, sekarang siapa yang nak merosakkan parti. Mangkuk mana yang yang nak mengharubirukan lagi Pas?
February 4, 2010 9:35 AM.
Ni lah dia kalau kita nak kata bodoh marah, tak kata dia naik kepala.
Kalau takda UG kenapa Harun Din pegi sokong pendirian UMNO dalam isu Penggunaan Kalimah Allah oleh orang Kristian sampai langgar keputusan jemaah?
Aku cabar kau jawab soalan ni.
Woi si bodoh TB
ReplyDeleteAku nak tanya kat kau pulak...kenapakah kau sendiri tak tanya Ustaz Harun Din sendiri. Kenapa kau pandai2 menggunakan otak kau yang berpenyakit tu membuat andaian sendiri tanpa kau mengtahui maksud sebenarnya. Pernahkah dia kata dia akan masuk UMNO? Cuma orang berpenyakit hasad dan buruk sangka sahaja macam kau yang suka membuat andaian utk memburuk2 kan seseorang.
Pergi berambus lah TB
Tuan Ibrahim Tuan Man ternyata telah gagal dalam ujian ini. Kredibiliti beliau sekarang sudah longgar. Nasihat saya hanyalan tolong janganlah tuan bertanding jawatan yang lebih penting selepas ini, demi menjaga imej PAS. Saya amat menyanjungi beliau sebelum ini.
ReplyDeleteSaudara Mansor...
ReplyDeleteJangan jadi busuk hati mcm si TB tu. kaupun berpenyakit ye.?
Kah...kah...kah....BANGANG..BANGANG
ReplyDeleteKan aku dah kata si TB ni seekor yang BANGANG hampa tak caya.
Kalau BANGANG ni boleh tibai pemimpin dia maka aku tak hairan di boleh tibai pemimpin aku jugak.
Jadi siapa yang mengekok dia semuanya BANGANG
kah..kah..kah...si BANGANG TONG BUSUK.
ramai tol pencacai umno ngan PR pro umno nie..memang isu UG dy al ckp dah tamat...tp....anasir2 utk ke arah UG masih ada dikalangan pemimpin pas...
ReplyDeletekah...kah...kah
ReplyDeleteParti dah nak mampos....!!
Anggotanya bertembak sesama sendiri.
BANGANG....BANGANG...BANGANG.
Sebagai seorang pemerhati luar kami dapati si TB ini adalah seorang pengkhianat yg mesti di lenyapkan. Beliau juga seorang penyokong si mulut becok Aduka Taruna (yang telah mencerca isteri dan sahabat nabi)
Memang betol si TB memang BANGANG
ReplyDeletehaha pencacai UMNO dan UG dah guna tektek baru plak....sekarang diorang guna id nama pompuan la pulak. konon tak nampak la sangat ke-pencacaian dia tu.... hahahaha
ReplyDeletenorakl la...marlina-punai la....kah kah kah....
Hah....ini anak lelaki.
ReplyDeletePuak2 blogers PR memang bodoh dan BANGANG....Apa yg kerajaan buat hampa semua kata salah..itu salah...ini salah...macam hampa semua yang betoi.
KAU NAK KATA APA...BETOL KAN????
BANGANG...BANGANG
Kalau takda UG kenapa Harun Din pegi sokong pendirian UMNO dalam isu Penggunaan Kalimah Allah oleh orang Kristian sampai langgar keputusan jemaah?
ReplyDeleteAku cabar kau jawab soalan ni.
TAK SALAH PROF DATO DR HARON DIN SOKONG UMNO DLM ISU KALIMAH ALLAH KRN TERBUKTI UMNO BERADA DI LANDASAN YG BENAR.
BERLAINAN PAS YG SANGGUP MENGADAI NAMA ALLAH KRN NAK AMBIL HATI ORG KRISTIAN.MASYAALLAH.
Aku setuju TB, teruskan bongkar kemungkaran yang di lakukan oleh penyokong UG dalam PAS. Mereka ini memang setan macam umno, sebab penting perut sendiri dari jemaah.
ReplyDeleteAku memang dah dah percaya penyokong2 UG ni walaupun mereka kata UG dah tak ada, tapi fahaman asabiyah yang sesat tu masih ada dalam kotak firiran mereka. Mereka ni manusia sesat lagi menyesatkan. Berlagak alim tapi sifat lebih dari Yahudi laknatullah.
Kita mesti mengutuk mereka, kerana mereka telah mempermainkan islam dan merosakkan islam dengan berlaku curang pada rakyat yang menaikkan mereka. tanpa rakyat mereka semua macam pariah.
Kah...kah...kah..
ReplyDeleteTembak...tembak.. tembak..jangan tak tembak.
Kalau tak cukup aku boleh bagi peluru.
Tapi kalau dua-dua mampus aku lagi syok.
ha...ha...ha.. filem koboi dalam PAS.
Tapi koboi ni tak reti pakai topi...dia..orang pakai serban.
Kah...kah...kah...
BAngang...Bangang.
Aku ingat TB dah putus wayar gamaknya.STOP AND REPAIR PLS
ReplyDeleteSG.JAWI MAI
yg nak marah sgt kat TB ni pasal pe. TB cuma merumuskan apa yg terjadi. Mmg nampak ketidakadilan dlm hal ini. Hasan Ali jelas telah membocorkan rahsia parti tapi hukumannya alahai....tapi Khalid Samad?. Adil ke wey. Nampak gayanya PAS terlalu takutkan Hasan Ali. Apa pun, selamat datang ke dunia politik UMNO. Selamat tinggal PAS. Selamat tinggal Tuan Ibrahim, selamat tinggal semua, munafik!. Dulu kutuk UMNO, sekarang PAS buat benda yg sama gak....double standard. Ada dua set undang2 dan dua set hukuman dan dua set kepala lutut ha ha ha
ReplyDeleteSudah laa TB ko pun sama dengan Poji@TP..boleh bercakap mengikut apa yang disuruh orang yang mengupah ko..bila orang tu tak sehaluan ngan tuan ko..teruk la orang tu ko belasah...kat gang UG laa..geng T'ganu laa..
ReplyDeleteTAPI...BILA GENG KELANTAN ..EHMM TOK AJIS TU TERHEGEH-HEGEH AJAK UMNO DOK SEMEJA KO BERDUA DOK DIA PULAK..KAH KAH KAH....DULU MASA NASA NYOKONG SARANAN HADI SUPAYA UMNO DOK SEMEJA KO DAN POJI TU PUNYA BEDAL SEMACAM JE..SAMA GAK NGAN TOK AJIS TU SIAP MAKI HAMUN LAGI KAT NASA...AKU RASA MEMANG BETUL LA ORANG TUA TU DAH NYANYOK..SEBAB DAH TERLUPA APA YANG DIA KATA KAT NASA DULU...
TAPI YANG SEBENAR NYA KO DAN POJI TU TAKUT NAK NGUTUK TOK AJIS TU SEBAB TAKUT TAK MERASA DUIT UPAHAN DAN TAKUT DISUMPAH TOK AJIS TAK MERASA NAK MASUK SYURGA...PIIEEERAAAHHH...AKU PULANGKAN BALIK LUDAH DAH KAHAK KO DAN POJI..KHAKKKK..PPUUUIIHHHH...