Dan, kerap saya diberitahu bahawa tindakan saya dan rakan-rakan menjatuhkan imej parti. Tapi, ada seorang peguam ni memberikan satu perspektif baru.
Almaklumlah, punya susah nak dapat peguam. Ada sorang peguam yang kita tanya tu, dia ni PKR. Dia siang-siang kata dia takut. Tapi, dia kata apa yang kitorang buat ni patut dipuji. Apa kita buat ni sebenarnya menaikkan imej ahli-ahli PAS itu sendiri.
Tindakan kami para bloggers ni memberi gambaran bahawa PAS itu sendiri parti yang sukar untuk dikorupsi kan kerana ahli-ahli PAS tidak akan mengizinkan PAS dikorupsikan. Rupanya, rakyat Malaysia sudah semakin matang dan dapat menilai.
Kalau rakyat Malaysia konfiden dengan imej ahli-ahli parti, ertinya peluang parti tersebut untuk mendapat sokongan rakyat adalah AMAATTTTT CERAAAAHHH.
Jadi, hancurlah pendapat yang mengatakan kononnya Tulang Besi ni perosak jemaah, pemecah belah jemaah, merosakkan imej PAS dsbnya. Rupanya tindakan Tulang Besi dan rakan-rakan Bloggers lebih menguatkan lagi imej PAS di mata rakyat.
Peguam tu kata, dia berharap ada orang-orang dalam PKR yang seberani macam kami ni. Selamat dan aman damai PKR. Saya nak cadangkan kepada peguam tu supaya pegi jumpa Wak Kerang Kota Damansara Cabang Subang. Dia tu lebih berani dari Tulang Besi dan ada track rekod meluruskan benda yang bengkok.
Dan Allah SWT telah jelas berfirman dalam AlQuran dalam banyak ayat bahawa apabila kita melakukan “Amar Makruf Nahi Mungkar” nescaya kita akan dimuliakan.
APASAL LA LAWYER2 PR NI HAMPEH
Berbalik pada topik asal, kami masih meneruskan usaha kami untuk mencari peguam yang sesuai dan tepat bagi kes ni. Peguam kat sana tu banyak, tapi takkan kita nak main ambik je. Takut-takut dapat peguam setaraf dengan Suwardi Yaakob, habis kita.
Dan, peguam2 yang kita kenali sebagai amanah dan berani serta kompeten semua dah jadi ahli PAS, PKR dan DAP. Bila kita minta wakili kita, semua angkat dua tangan. Semua guna perkataan yang sama: “takut”.
Heran saya. Ada peguam tu saya nampak sendiri dia kena angkat dengan FRU satu masa dulu. Tapi, dalam kes ni, dia buleh kata takut. Pening kepala memikirkan.
Jadi, saya minta beri kami masa lagi untuk mencari peguam. Peguam-peguam DAP pun “takut” nak wakili kami. Dengan SPRM korang semua berani bertekak, dgn polis korang berani maki, kes macam ni apasal korang takut??
Baik PKR, PAS, DAP semua guna perkataan sama, takut. Ada tu tambah lagi, “mati aku”. Ntah apa-apa ntah.
“Pes” time saya tengok, klient ada, kes ada, duit ada, peguam tak berani. Macam kata Mak Enon dalam filem “Keluarga 69”:
Orang biasa duduk rumah sewa tak bayar berbulan-bulan. Ini, sewa bayar, orangnya takda. Hai, dunia, dunia.”.Namun, sekiranya ada peguam-peguam di luar sana yang ada pengalaman dalam politik dan mahu menawarkan khidmat anda, di minta menghantar email kepada saya di malaysiawaves@rocketmail.com. Sumbangan saudara/ri amat kami hargai.
PERKEMBANGAN KES
Saya telah dipanggil oleh Khairul Pejabat Agung mewakili SU Agung, Cikgu Mustafa Ali, untuk berjumpa terus dengan beliau. Alhamdulillah, saya memang konfiden Cikgu Pa takkan tolak kes saya mentah-mentah sebab beliau ni kawan kepada arwah bapa saya.
Saya bagitau passport saya ada di imigresen dan akan keluar hanya minggu depan. Jadi, kalau boleh saya nak jumpa Cikgu Pa hari Sabtu depan.
Khairul kata dia akan contact saya balik. Inshaalah saya berharap di hari saya bersemuka dengan Cikgu Pa, saya akan bersama peguam yang saya telah lantik. Saya harap, by then, saya sudah ada peguam yang mewakili kes ini.
PELUANG UNTUK “OUT OF COURT SETTLEMENT”
Saya bercadang untuk menghantar salinan aduan saya kepada kesemua AJK PAS Pusat secara pribadi sebab mungkin AJK PAS Pusat yang akan bermesyuarat akan dapat membincangkan satu bentuk “Out of Court Settlement”.
Tujuannya supaya kes ini tidak diperpanjangkan dan meleret-leret. Mungkin JK Kerja PAS Pusat dapat membincangkan aduan saya ini dan membuat “plea bargain” kepada mereka yang saya adukan.
Perkara “plea bargain” ini amalan biasa dalam dunia undang-undang dan ia boleh membantu menyelamatkan masa dan menutup sesuatu kes itu dengan cepat.
Dalam mahkamah, “plea bargain” akan ditawarkan oleh Pendakwaraya kepada yang tertuduh. Biasanya “plea bargain” itu akan memberi hukuman yang lebih ringan berbanding kalau tertuduh didapati bersalah dengan proses mahkamah yang biasa.
Jadi, JK Disiplin tidak perlu bersidang lama cuma hanya sekali untuk memberikan penghakiman yang rasmi. Itu sahaja.
LAPORAN TABUNG GUAMAN
Jumlah Terkumpul setakat ini adalah RM10,330. Hebat sungguh penyokong-penyokong usaha ini. Saudara “anak” menyumbang RM10k. Tapi ada yang lain tu, walaupun tidak berwang, tapi masih sanggup mengeluarkan derma RM20, 50, 100. Masing-masing berkorban apa yang mampu. Semoga sumbangan saudara/ri sekelian dirahmati Allah SWT hendaknya.
Rakyat sekarang bukan bodoh lagi. Mereka tahu dalam setandan pisang, takkan semuanya baik. Ada yang buruk. Kalau ahli-ahli tunjuk pada rakyat yang mereka sanggup memotong pisang yang buruk, maka keyakinan rakyat pada parti itu akan bertambah.
Rahsia UMNO dapat bertahan lama satu masa dahulu adalah kerana ahli-ahli bebas mengkritik kepimpinan mereka. Sehingga, Tun Razak di dalam satu Perhimpunan Tahunan Pemuda pernah memberi ucapan mengingatkan Pemuda UMNO supaya jangan menjadi “pembangkang dalam kerajaan”. Tun Razak kata, tugas pembangkang sudah pun dipikul oleh parti-parti pembangkang.
Sikap keterbukaan UMNO itulah yang menjadikan ramai orang Melayu kekal menyokong UMNO sehinggalah naikknya Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty sebagai Presiden UMNO. Di bawah Dr Mahahtir, orang UMNO pun kena ISA i.e. Ibrahim Ali, Tajuddin Abdul Rahman dan Fahmi Pandan.
Apabila ahli-ahli UMNO semua jadi lembu cucuk hidung, maka otomatiklah orang Melayu jadi menyampah dengan mereka.
Saya berdoa usaha kami ini akan menambahkan lagi keyakinan rakyat dan orang Melayu terhadap PAS.
Tulang Besi
ADIK INI CERITAH MANYAK BAGUS..SAYA PUN SAMA IKUT MAO TANGKAP ITU WANG TAPI KORANG NASIB BAIK. LU KALU BOLEH TOLONG KASI SIKIT NAMA SAMA SAYA, JUGAK INI WANG BULIH KASI MASUK. INI WANG SAYA TARA KONGSI SAMA ITU ADIK TARA BAGUS PUNYA WORANG. DULU SAMA2 MAIN ESTET MINUM TODI BAWAH POKOK DENGAN BAIE, SEKALANG DIA KATA DIA SUDAH JADI MALAYU TAK MAO TEGOR SAMA ABANG. MEMANG ENA DEI PUNYA KES!
ReplyDeletehahahaha
ReplyDeleteustaz pas sedang asyik menggodam gadis bawah umur dan berbogel dalam kereta kancil dicekup di kota bharu
diberitakan gadis tersebut pelajar tingkata 4 berusia 16 tahun ..seronok ya ustaz jika ya!..pon kopiah tanggal lah dulu hehehe
Hai yoyo Sami...peguam pun tak mau angkat ini kes....talak untung punya
ReplyDeleteBuang masa saja.
ha.. ha..ha...
Antara resipi kejayaan PAS Kelantan bertahan 20 tahun ialah TIDAK ADA manusia bersikap spt Abdul Rahman Talib. Mereka sedar penyelewengan dan kesalahan yang dilakukan oleh pimpinan PAS Negeri tetapi disebabkan sayang jemaah maka dipendamkan saje. Hasilnya pemimpin-pemimpin yang melakukan kesalahan dijulang tinggi kerana Kelantan menang PRU sejak 1990 - 2008. Manakala ahli-ahli yang tidak ingin bersekongkol terus dipinggirkan, Wallahu a'lam.
ReplyDeleteKau perasan je lebih TB. Apa yg kau buat ni sebenarnya menguntungkan PAS? Dan kau justifikasikan ia hanya melalui seorang peguam yg entah wujud entah tidak? Bagaimana pula dgn apa yg berlaku hari ini? Bila berlakunya krisis dan cubaan menjatuhkan kewibawaan pemimpin tertinggi? Itu yang kau kata menguatkan parti?
ReplyDeleteAhli UMNO menyerang perbuatan salah Khairy dan Pak Lah pada penggal sebelum ni. Apakah rakyat terpesona dan mengundi UMNO selepas itu?
Gila singkat pemikiran kau ni.
Maka terbukti engkau ni blogger ntah hape hape.
aku cadangkan pihak UG dan erdogan ni adakan pertemuan untuk selesaikan semua perkara yang masing tak puas hati atau isu yang berbangkit..demi Islam dan PR
ReplyDeleteBerani kerana benar, aku juga rasa kalau macam nilah sampai bila pun takkan habis....
aku cadangkan pihak UG dan erdogan ni adakan pertemuan untuk selesaikan semua perkara yang masing2 tak puas hati atau isu yang berbangkit..demi Islam dan PR
ReplyDeleteBerani kerana benar, aku juga rasa kalau macam nilah sampai bila pun takkan habis....