Wednesday, February 24, 2010

Royalty Minyak: 'Pa" Tak Konsisten

Ceramah "Maulidur Rasul dan Isu-Isu Semasa" di Stadium Mini Pasir Mas, Kelantan semalam sekali lagi berjaya menghimpunkan ribuan audience yang hadir dari kawasan sekitar (ada juga yang datang jauh dari Gua Musang dan Kuala Krai bersama seisi keluarga) dan dianggarkan hampir 7 ke 8 ribu hadir malam semalam.

Ini jelas membuktikan bahawa rakyat Kelantan lebih berminat untuk mendengar penjelasan isu-isu semasa dari wakil-wakil Pakatan Rakyat berbanding dengan penjelasan dari wakil-wakil Kerajaan Pusat. khabarnya apa yang dipanggil "Ceramah Perdana" oleh badan NGO yang diketuai oleh YB Ahli Parlimen Pasir Mas tempohari (di Bangunan UMNO Kota Bharu) sekadar mampu menarik minat tidak sampai 3,000 hadirin.

Kata Tok Pa dalam ucapannya pada malam tersebut - "ini adalah program kita (UMNO maksudnya) yang paling berjaya sejak 5 tahun lepas!". begitu berbangga Tok Pa apabila berjaya mengerah penjawat awam dengan bas-bas yang mungkin disewa "khas" dan juga anak-anak muda bermotorsikal yang dibayar kehadirannya. RM20 sebiji motor kata salah seorang anak muda.

Tok Pa nampaknya begitu berminat dengan angka "20". mungkin ada nostalgianya.

Apa yang kita faham dari siri-siri ceramah anjuran baik pihak Pakatan Rakyat ataupun pihak Kerajaan Pusat ialah, mereka-mereka yang hadir lebih berminat untuk mendengar penerangan dari wakil-wakil Pakatan Rakyat kerana wakil-wakil kita (Pakatan Rakyat) lebih banyak menerangkan sesuatu isu itu dengan fakta dan hujah yang bernas dan bukannya "auta" yang melemaskan.

Ceramah "Mini" semalam juga dihadiri oleh ADUN Salor YB Haji Husam Musa, Ahli Parlimen Machang saudara YB Saifudin Nasution, ADUN Pengkalan Pasir YB Hanipa Ahmad, ADUN Tendong YB , ADUN Chetok Ustaz Haji Halim, ADUN Gual Ipoh YB Wan Yussof, TG Haji Husin (Dewan Ulama' PAS Kelantan), Ustaz Daud Iraqi (Ketua Dewan Ulama' PAS Kelantan) dan beberapa lagi saf pimpinan PAS Kelantan.

YAB Menteri Besar Kelantan TG Nik Abdul Aziz yang dijadualkan hadir sama tidak dapat hadir kerana kurang sihat.

Seperti biasa majlis dimulakan dengan solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh TG haji Husin disusuli dengan solat Hajat. Ustaz Daud Iraqi memulakan majlis ceramah dengan tazkirah dan juga sedikit ceramah Maulidur Rasul.

Ceramah seterusnya oleh YB Saifudin Nasution banyak menyentuh isu-isu semasa dan nasional seperti isu enjin jet hilang, kapal selam tak boleh menyelam, kes DSAI, SPRM, perundangan dan beberapa masalah dalaman UMNO/BN yang akhir-akhir ini semakin hilang sokongan akibat daripada kelemahan pemimpin-pemimpin UMNO/BN sendiri.

Akibat daripada kerakusan pimpinan UMNO/BN dalam usaha untuk mempertahankan kuasa yang semakin hilang, banyak badan-badan dan institusi-institusi dibawah Kerajaan Pusat digunakan sepenuhnya diluar untuk mempertahankan kuasa (UMNO/BN) sehingga mengakibatkan kepada berlakunya kerosakan sistem termasuk sistem perundangan.

Banyak undang-undang dilacurkan sewenang-wenangnya termasuk perlembagaan negara yang sepatutnya dihormati dan diangkat setinggi-tingginya dan bukannya dipijak-pijak begitu sahaja. bidang keagamaan tak perlu lagi dibicarakan kerana sejak dari dulu lagi UMNO/BN tidak pernah menghormati 1-1nya institusi yang paling tinggi martabatnya ini.

ADUN Salor YB Haji Husam Musa meneruskan ceramah malam tadi dengan penerangan yang cukup bernas berkenaan dengan isu Tuntutan Royalty Minyak Kelantan. beliau menempelek kenyataan Ahli Parlimen Jeli yang mengatakan bahawa Negeri Kelantan tidak berhak menuntut pembayaran Royalty atas hasil buminya kerana lokasinya berada diluar kawasan mengikut "Ordinan Darurat 1969".

YB Haji Husam dalam ucapannya mempersoalkan apakah rasionalnya Ahli Parlimen Jeli menafikan lokasi carigali tersebut dengan mengguna pakai "Ordinan Darurat 1969" yang telah dimansuhkan penggunaannya pada tahun 1979 iaitu 31 tahun lepas?

Kenyataan Ahli Parlimen Jeli juga dipertikaikan 1 persatu oleh YB Haji Husam kerana kebanyakannya tidak konsisten.
"mulo-mulo 'Pa' (panggilan manja Haji Husam pada Ahli Parlimen Jeli sambil disambut dengan gelak tawa audience) oyak Kelate tak dok minyok, lepas tu 'Pa' oyak Kelate tok leh claim sebab tu hasil usahasama dengan negara jiran, lepas tu 'Pa' oyak cumo buleh 'wang ehsan' sebab Keraja'e Pusat 'siye" (kesian) ko Kelate, lepas tu tibo-tibo 'Pa' oyak pulok buleh 20 juto jah (5%) dari hasil carigali akan dibayar mulo pado bule mac".
Semua kenyataan-kenyataan dari Ahli Parlimen Jeli tidak pernah konsisten.
"sekejap ada sekejap tak ada, tiba-tiba ada balik, tapi dalam bentuk lain iaitu 'wang ehsan'. tok kigho lah demo nok panggil ggapo pun, kito ado banyok dokumen-dokumen hok kito dapat dari kakitangan Petronas sendiri hok menyokong usaha Negeri Kelantan atas kapasiti Kelantan memang berhak menerima apa saja bentuk bayaran tak kira Royalty atau Wang Ehsan. yang penting, Kerajaan Pusat melalui Petronas kena bayar seperti yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri".
Kata YB Haji Husam lagi, tidak kira negeri itu berada dimana asalkan ianya dalam Malaysia, hanya ada 1 perjanjian sahaja yang ditandatangani pada masa itu (1974) dan perjanjian itulah yang ditandatangani oleh semua negeri baik di Semenanjung Malaysia, Sabah mahupun Sarawak. tidak ada lagi perjanjian lain selain dari perjanjian itu.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Gua Musang (UMNO/BN) Tengku Razaleigh Hamzah, individu yang bertanggungjawab dari mula perjanjian tersebut dibincangkan, merangka perjanjian tersebut untuk direalisasikan sehinggalah ianya (perjanjian tersebut) ditandatangani oleh pihak-pihak yang terlibat.

Majoriti yang terlibat didalam merangka perjanjian tersebut mengatakan bahawa Kelantan berhak menerima bayaran tunai hasil dari galian tersebut bersama menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas tetapi mengapa pula pihak-pihak yang tidak pernah terlibat dalam kerja-kerja (merangka perjanjian) tersebut pula yang bersungguh-sungguh menafikan hak Negeri Kelantan?

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas akan berada di Kelantan untuk 1 program penerangan isu Tuntutan Royalty Minyak Kelantan bersama semua ADUN-ADUN Kelantan (termasuk ADUN-ADUN UMNO/BN) pada 28hb.. Februari, 2010 ini.

Sumber - :: Selamat Datang @husammusa.com

11 comments:

  1. kalau aku beniaga roti jon ni..hoiii

    laku aku rase... wooohhhooo

    mmang kelantan ni potential for economic la...

    ReplyDelete
  2. Macamana Kelantan boleh dapat wang ehsan hah? Kenapa MB haram aku di Perak ni tak mahu berusaha bermati-matian dapatkan jugak wang royalti ni hah? Apa dia buat sekarang ni?

    Kalau Kelantan boleh dapat RM 20 juta, takkan Perak tak boleh dapat?

    Tak boleh jadi macam ni? Kamipun nak juga rasa duit royalti ni. Dah la barang2 keperluan harian naik harga sekarang ni. Engkau jangan tidur Zambery ye....duit tu...

    ReplyDelete
  3. bodoh punya kerja...apakah lepas berbuih2 mulut bagi penerangan pada orang ktan akan dapat royalti tu???

    nampak sangat nak guna isu royalti ni untuk meraih sokongan...

    kalau betul2 nakkan royalti minyak tu...pegi mintak kat najib...kalau najib masih tak nak bagi...bawak ke mahkamah...kalau mahkamah malaysia juga tak menang...pegi bawak ke belanda...

    PAS MEMANG BODOH...

    ReplyDelete
  4. Lanun perompak mana reti undang2..
    Pok Pa molek la sain dengan Brahem Katok. Samo-samo oportunis barua dan perkhianat rakyat kelate.

    ReplyDelete
  5. Kalau penyamun di angkat jadi pemimpin, inilah jadinya. Tokpa ni memang bangsa tak sedar diri. Dulu dia dah jatuh dalam politik sekarang masih nak tunjuk baguih. Pastikan pada Pru akan datang bangsat ni dihalau keluar dari Malaysia.

    Satu lagi projek kerajaaan bangsat nak tipu melayu.

    ReplyDelete
  6. 1.Bab duit!bab pitih sapa pun mau oii!!
    2.Lepas dapat duit free!boleh main dam besaq!peghambattt tupai!dok kedai kopi sampai kepetang la aii!!
    3.Siaann!!kat-kat makcik-makcik puak kelantan!

    ReplyDelete
  7. oi si dewatawanberapi sibaculll ko xpayah nak nasihatkan pemimpin pr la sibaculll...ko p nasihatkan pemimpin penyamun2 ko tu supaya amanah....ade paham? ko ingat ko sape?? ko cuma pencacai yg cuci kencing dan taik pemimpin penyamun ko jer...paham x...sibaculll....dewatawanberapi nama mmng ganas rupa2nye baculll...ha...ha...ha...nape bacullll??? teluq dh masok dlm pukoq najib ye??? ha..ha...ha...ooooo...lupe pulak TPM ko dgn exPM ko kan mmng bacullll...muhyidin lebam dgn chedet baculll...takut dgn Lee Ikan Yu....ha...ha..ha..umno cuma ada keris kontot je itupun dah kena kemili...ha...ha..ha...bacullll...baculll....

    ReplyDelete
  8. Nak jugak duit geng pak lebai nii.Ingatkan berjuang untuk akhirat saje rupanye nak jugak duit.Bini tentula 2-3 puak2 ni tapi duit pun mahu lagi.Royalti ke roti pakcik?

    ReplyDelete
  9. nak jugak pak lebai ni duit gak.. hahaha
    duit baik bagi kat aku yang UMNO ni..boleh bangunkan lebih banyak rumah pelacur...sapa nak langgan click kat nama aku

    ReplyDelete
  10. Ni ada lirik lagu untuk umno dan juak-jauknya:

    Kali pertama aku
    mengenalimu...

    Mahu bersama
    mahu bersama...

    Raut wajahmu bersih...
    Menyakinkan hati ini
    aku terpaut...oohhhh.....

    Semua dusta palsu
    Aku tertipu...

    Kerperibadianmu
    berubah mengikut nafsu...

    Panggilanmu gelaranmu
    baru ku tahu...

    Lakon layarmu hebat
    terpukau ku melihat
    Isihati upahan
    sampai bila
    kau mahu tersesat
    Tidak kau penat
    hidup penuh muslihat...
    Mahkotamu Raja drama...

    Kau masih berpura-pura
    Kata-katamu hanya propaganda..

    Mengejar hijau ungu
    Mata kelabu...

    Ini bukan kau yang
    Pernahku kenal dulu...

    Panggilanmu gelaranmu
    baru kutahu...

    Lakon layarmu hebat
    terpukau ku melihat...
    Isihati upahan
    sampai bila
    kau mahu tersesat
    Tidak kau penat
    hidup penuh muslihat...

    MAHKOTAMU RAJA DRAMA...

    Panggilanmu gelaranmu
    baru kutahu...

    KAU BERTAPA
    BAGAI MAHARAJA DIATAS LEMBAH
    LAKON LAYARMU YANG TERHEBAT
    MEMUKAU MATA MELIHAT
    TIDAK KAU PENAT
    HIDUP PENUH DENGAN
    TIPU MUSLIHAT...

    SAMPAI BILA RAJA DRAMA
    SAMPAI BILA RAJA DRAMA...

    TIDAK KAU PENAT
    HIDUP PENUH DENGAN
    TIPU MUSLIHAT...

    SAMPAI BILA RAJA DRAMA
    SAMPAI BILA RAJA DRAMA...

    TIDAK KAU PENAT
    HIDUP PENUH DENGAN
    TIPU MUSLIHAT...

    Hayati lirik ini dan renung diri dalam-dalam.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?