ASAS TUNTUTAN BAYARAN TUNAI BAGI PENGELUARAN PETROLEUM DI LUAR PANTAI KELANTAN
Akta Pembangunan Petroleum, 1974 ( "PDA"), yang mulai berkuatkuasa pada 1 Oktober 1974, membawa kepada tertubuhnya Petronas dan diserah hak petroleum yang didapati dan diperolehi di daratan atau luar pantai Malaysia kepada Petronas.
Di bawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974 (PDA), setiap daripada 13 Negeri di Malaysia telah menandatangani Perjanjian yang sama dan Geran Penyerah Hakkan pada tarikh yang berbeza dalam tahun 1975/1976 dengan Petronas bagi menyerah hak pemilikan masing-masing terhadap petroleum kepada Petronas dengan pertimbangan Petronas membayar kepada setiap Negeri di mana petroleum dihasilkan samada di daratan dan lautan dengan bayaran tunai dalam bentuk jumlah tahunan setara dengan 5% daripada nilai petroleum yang dihasilkan di mana-mana negeri yang berkenaan.
Kami tidak bersetuju dengan jawapan yang diberikan dalam iklan dibuat atas nama Kerajaan Persekutuan baru-baru ini. Jawapan kami terhadap soalan yang sama adalah sebagaimana berikut:-
1. Menurut Akta Pembangunan Petroleum1974, apakah istilah yang digunakan untuk pembayaran yang dibuat untuk pengeluaran minyak dan gas?PDA, kesemua 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak menggunakan istilah "bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan”. Perkataan yang popular digunakan oleh semua pihak ialah "royalti". Namun, tidak ada yang berubah mengenai bentuk pembayaran iaitu bayaran tunai kepada kerajaan negeri.
2. Mengikut Perjanjian diantara Petronas dan kerajaan negeri dalam tahun 1975/1976, apakah syarat untuk mendapatkan hak 5% bayaran tunai kepada kerajaan negeri?Istilah-istilah yang digunakan dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak adalah "di daratan (On-Shore) " dan " luar pantai (Off-Shore)" untuk maksud petroleum yang dihasilkan di daratan dan di lautan. Tiada dinyatakan sama sekali samada di dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA), 13 Perjanjian dengan Negeri-negeri mahupun 13 Geran Penyerah Hak tentang sekatan hak setiap Negeri untuk menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantainya berdasarkan kepada jarak dari pantai.
Oleh kerana itu, baik PDA, 13 Perjanjian mahupun 13 Geran Penyerah Hak tiada menyekat pembayaran bayaran tunai bagi petroleum yang dihasilkan samaada 3 batu, 12 batu, 200 batu atau jarak lain daripada pantai kepada 13 negeri kerana jarak tersebut tidak dinyatakan sama sekali di dalam PDA, Perjanjian dengan Negeri-negeri dan Geran Penyerah Hak. Sebaliknya perkataan umum yang digunakan ialah ” Off-Shore”.
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969 tidak terpakai kepada pemilikan petroleum, baik di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore). Ordinan ini juga tidak ada kaitan dengan kewajipan undang-undang oleh Petronas untuk membayar bayaran tunai kepada suatu Negeri samada petroleum dihasilkan di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore). Hanya Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) sahaja yang terpakai. Dengan demikian, Ordinan tersebut bukan perundangan yang relevan bagi perkara ini.
Lebih spesifik, semua perjanjian antara negeri dan Petronas menyebut rujukan tunggal kepada seksyen 4 Akta PDA ;
Perjanjian
” DAN BAHAWASANYA KERAJAAN dan PETRONAS adalah ingin hendak membuat suatu perjanjian menurut seksyen 4 Akta tersebut di atas berkenaan dengan pembayaran wang tunai yang akan dibuat oleh PETRONAS kepada KERAJAAN sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan – kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakhakkan seperti tersebut di atas mengenai petroliam ”Seksyen 4 Akta PDA
Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan
4. sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan – kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.
3. Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau kerajaan negeri lain di Semenanjung Malaysia mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai tersebut daripada Petronas?Ya, asalkan petroleum dihasilkan di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore) Negeri yang berkenaan. Oleh yang demikian, pada bulan Mac 1978, Petronas memaklumkan Kerajaan Terengganu bahawa petroleum telah dihasilkan di medan minyak yang bernama Pulai yang terletak sekitar 150 kilometer dari pantai Terengganu. Pada Jun 1978, Petronas telah membuat bayaran tunai pertama kalinya kepada Terengganu bagi pengeluaran minyak luar pantai Terengganu (di Pulai).
Selama 22 tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 1978 hingga Mac 2000, Petronas membuat bayaran tunai kepada Terengganu dua kali setahun di bawah PDA, Perjanjian dan Geran Penyerah Hak , meskipun minyak dihasilkan ratusan batu di luar pantai Terengganu.
Hanya ketika PAS membentuk Kerajaan Negeri Terengganu selepas Pilihan Raya Umum pada November 1999, Petronas berhenti membuat bayaran tunai kepada Terengganu, walaupun Petronas masih lagi mengeluarkan minyak di luar pantai Terengganu tanpa membayar bayaran seperti sepatutnya dan diamalkan sebelumnya.
4. Apakah kedudukan di Sabah dan Sarawak mengenai isu pembayaran royalti?Sehingga PDA mulai berkuatkuasa pada bulan Oktober 1974, asas perundangan bayaran royalti kepada Sabah dan Sarawak adalah undang-undang yang buat oleh pihak kolonial Inggeris. Setelah wujudnya PDA dan pembentukan Petronas, Sabah dan Sarawak diperlakukan dalam cara yang seragam sebagaimana 11 negeri yang lain di Semenanjung . Jadi, satu-satunya asas perundangan bayaran tunai kepada Sabah dan Sarawak sejak Oktober 1974, adalah PDA, 2 Perjanjian mereka dan 2 Geran Penyerah hak mereka. Kedua-dua negeri tersebut berada dalam kedudukan yang sama dengan Kelantan, Terengganu dan 9 negeri lain di Malaysia . Semua dilayan sama di bawah PDA untuk mengelakkan diskriminasi di antara 13 Negeri dalam Malaysia.
5. Apa yang dimaksudkan dengan bayaran "Wang Ehsan"?Ini adalah label politik yang dicipta oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2000 ketika mengarahkan Petronas untuk berhenti membuat bayaran tunai kepada PAS Terengganu selepas membentuk Kerajaan Negeri. Istilah "wang Ihsan" tidak mempunyai asas perundangan. Hal ini tidak ditemui di dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak atau mana-mana Akta lain.
6. Mengapa Wang Ihsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk Kelantan hanya dalam jumlah RM20 juta?Kami tidak dapat menjawab soalan ini kerana ini adalah jumlah yang sewenang-wenangnya dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan tanpa asas perundangan. Tuntutan kami bagi bayaran tunggakan adalah melebihi RM 2 bilion dan bayaran tahunan tidak kurang dari RM 600 juta.
7. Apa kedudukan kenyataan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalti yang harus dibayar untuk Kelantan berdasarkan pengeluaran petroleum diperolehi daripada di luar perairan negeri serta mempersoalkan pemberian Wang Ihsan?Kami menyokong pernyataan awam baru-baru ini termasuk kenyataan terkini beliau bertarikh 22 Feb 2010. Pujian harus diberikan kepada Tengku Razaleigh atas penjelasan berasaskan kebenaran tersebut. Selaku Pengerusi Pertama Petronas, dan telah berjaya memujuk 13 buah negeri memeterai 13 Perjanjian atas nama Petronas dengan Kerajaan-kerajaan Negeri. Dia sangat fasih dan berautoriti dalam hal ini. Dia juga memperolehi kepercayaan dan keyakinan daripada Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia's Ke 2, dan arkitek polisi petroleum negara kita. Mengapa pandangan beliau diketepikan oleh orang-orang yang datang kemudian tanpa menghormati semangat asal akta dan perjanjian.
8. Adakah Ketua Pembangkang mengetahui mengenai kedudukan hak-hak kerajaan negeri dalam masalah ini?Semua orang yang rasional dan matang faham kehendak sebenar undang-undang, termasuk YB Ketua Pembangkang Malaysia. Kerajaan Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan politik sempit sahaja yang berani mengelirukan rakyat terbanyak dengan putar belit seperti ini.
YB Dato Hj Husam Musa
Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan
23 Februari 2010
9 Rabiul Awwal 1431
*dibawah ini disertakan lampiran dokumen pembayaran "Royalti" kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang mengesahkan kewujudan pembayaran "royalti" dan ini menafikan kenyataan Ahli Parlimen Jeli sebelum ini yang membuktikan kewujudan pembayaran "Royalti". (sila klik lampiran untuk imej besar dan jelas)
Sila bawa kes ni ke mahkamah. Jangan dok bising kat dlm blog, bising kat mahkamah. Kalau tak percaya ke mahkamah negara ini bawa saje kes ini ke PBB dan ICJ. Al-Juburi boleh suruh amerika, australia, kesatuan eropah dan yahudi diseluruh dunia supaya mempengaruhi PBB dan ICJ supaya mereka memihak kpd Negeri Kelantan. Lepas tu Kelantan boleh berambus dari Malaysia dan lantik Al-Juburi sbg Presiden Pertama Kelantan Darul Sesat..
ReplyDeleteKalau betullah kelantan berhak dapat royalti minyak tu...ini menunjukkan kerajaan pas kelantan merupakan kerajaan yang PALING BANGANG kat dunia ni...sebab hampir 40 tahun baru sedar...dulu2 tak kata apapun...
ReplyDelete1.ala macam isu hudud dan membangun bersama Islam jee!
ReplyDelete2.buat penyedap kempen dan jaja menjelang pilihanraya!!
3.siaaannn puak kelantan!!la ni semangat dok nampak pitihhh!
4.Lepas pilihanraya!!dok telan ayaq lioq la!!angan-angan dapat pitih tak dak lagii!pakat-pakat diam jeee!!
5.mahkamah!!!!kirim salammm la!!kata Husam dalam hati!!
Bila undang-undang dalam negara ini sudah diliwat oleh Mahataik dan kuncu2nya Mat monggol dan Bodohlah Bodohwi beginilah jadinya. Mereka bukan hormat pada undang-undang. Samalah Parti umno celaka haram jadah ni dengan rejim ganas Yahudi tu. Mereka bukan hormat undang2. Mereka ingat negara ni mak bapak dia orang yang punya. Kalau tak hormat undang2, maknanya binatanglah mereka2 itu. Sebab otak mereka semua dah jadi macam sampah.
ReplyDeleteKalau Mahataik tu dok sokong pemain kriket Yahudi masuk Malaysia, apa lagi nak harap pada pemimpin umno? Semua macam Yahudi totok. Negara ni punah gara2 kemelesetan ekonomi, dia tuduh Goerge Soros punya pasal, tapi lepas tu dia duduk sebelah Soros.Biasalah orang berak tengah jalan mana mahu mengaku. Sifat yang ada pada semua pemimpin umno. Dah kalah teruk dalam PRu masih berlagak tak tentu pasal. Belajarlah jadi manusia, ni dok pi sokong pemimpin durjana habis semua rakyat ni jadi susah.
Yg guna nick Anonymous tu:
ReplyDeleteAnda muslim ka..? Kalau xpaham apa2 jgn sebok nak komen
"Kalau Mahataik tu dok sokong pemain kriket Yahudi masuk Malaysia, apa lagi nak harap pada pemimpin umno?"
ReplyDelete1.Tolong habaq mai satt!!Tesco sapa punya!!!
2.Bangga oiii!ada Tesco kat Kelantan!!!!
3.facebook yang terang-terang gambaq salib!!pun hangpa pakai!!!
fuck off umno dan banjingan-banjinagnya!!!!
ReplyDeletekenapa baru sekarang nak bising-bising dulu tak de lowyer ke... buta undang-undang betoiiiii
ReplyDeleteAku nak bagi amaran pada Kerajaan Najib.
ReplyDeleteKalau kau tak bagi wang ehsan tu jugak pada negeri2 lain sepertimana kau beri pada kelantan dan terengganu, kami rakyat malaysia akan bungkuskan UMNo masa PRU-13 akan datang.
Barang2 keperluan harian dah makin mahal, gaji macam tu jugak. Ni tak lama lagi minyak pulak akan naik, habih barang2 keperluan sekali lagi akan naik. mampus kami rakyat yang berpendapatan rendah macam ni.
Ingat kau Najib, kalau kami tak dapat jugak macam Kelantan tu, kamu lihat lah, UMNO akan bungkus kali ni.
BRAVO
Tarif letrik pun nak naik jugak....?????
ReplyDeleteTahun 2010 ni tahun naik harga barang ka?
harimau berantai..
ReplyDeleteaku nak ko save ayat ko ni, nanti after PRU 13 kau baca balik..agaknye kau ni duduk mane yek? ingat kelantan tu kau sorg je pengundi ke? nak ugut2 konon..blah la..
tp keyakinan kau tu aku cukup puji..tp adakah anda betul2 yakin? kita saksikan lepas PRU 13 nanti..
husam sila lantik zaid ibrahim sbg peguam utama dan make sure Ku li ready jd saksi utama ke mahkamah nanti, kalu betul kelantan nak bawa masuk mahkamah..Zaid tu bukn calang2 lawyer, tp mintak maaf la dia ni setau aku bukan litigation lawyer, lebih kepada corporate lawyer, acapkali menjadi peguam utk menyediakan document/agreement penting utk project2 besar kerajaan di waktu dahulu..
anti-firaun
yeaaahhhh.
ReplyDeleteKITA BENAMKAN UMNO DURJANA.
Makluman.
ReplyDeleteSebuah Parti di Malaysia iaitu UMNO yg hampir lemas d telan ombak akan mengunakan talian hayat terakhirnya dalam masa terdekat ini.
Talian terakhir yg d maksudkan adalah LUBANG JUBUR SAIFOOL.
Sekian harap maklum.
Tk.
klau dulu pas tk reti undang2
ReplyDeletetapi fikirkanlah
dari dulu smpai skrang umngok lagi tk reti undang2
kurang2 pas reti undang dari bangang umngok yg tk reti
wang royalti tu semua sudah lesap oleh umno, umno dah bankrap, mungkin kena pinjam ah long...kah kah kah.
ReplyDelete