Tuesday, February 23, 2010

Royalty Minyak: Kelantan Akan Bawa Ke Mahkamah..?

Sejak tercetusnya isu Tuntutan Royalty Minyak oleh Kerajaan Negeri Kelantan menjelang Pilihanraya Kecil Manek Urai tahun lepas, berbagai pihak pro Kerajaan memberi ulasan mengikut "pandangan masing-masing" dan ada juga yang bertindak mencabar Kerajaan Negeri Kelantan supaya membawa isu tersebut ke Mahkamah.

Pihak-pihak yang menyokong ketetapan Kerajaan Pusat atau UMNO pada zahirnya yang menafikan bahawa Kerajaan Kelantan berhak untuk menuntut sejumlah wang tunai (disebut sebagai "Royalty" oleh TDM sebelum ini dan diterjemah sebagai "Wang Ehsan" juga oleh TDM) secara majoritinya sekadar berhujah mengikut "pandangan" masing-masing tetapi tidak pula berlandaskan pada perundangan yang termaktub didalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri (Kelantan) pada tahun 1974.

Individu yang merangka perjanjian tersebut pada masa itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah (ahli berdaftar UMNO dan juga Ahli Parlimen Gua Musang) telah menyatakan secara jelas dalam 1 Ceramah Perdana anjuran GEGAR bahawa Kerajaan Negeri (Kelantan) secara perundangan sememangnya BERHAK menerima pembayaran tunai sebanyak 5% dari hasil galian bumi Negeri Kelantan.

Dalam 1 iklan dalam akhbar Media Perdana pada hari isnin lepas yang bertajuk "Penjelasan Isu Tuntutan Hasil Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan" terbitan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Malaysia, KPKK dalam artikel tersebut menjelaskan bahawa:
3. Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau mana-mana Kerajaan Negeri di Semenanjung berhak menuntutbayaran tunai hasil minyak dari Petronas?
  • Negeri Kelantan atau mana-mana Kerajaan Negeri di Semenanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas yang mengeluarkan hasil di Semenanjung pada masa ini berada diluar perairan Wilayah Negeri melebihi 3 batu nautika. Oleh yang demikian apa-apa hasil yang diperolehi diluar perairan Negeri melebihi 3 batu nautika adalah hak milik Kerajaan Persekutuan.
Pernyataan ini (dari KPKK) adalah amat-amat bercanggah dengan apa yang ada dan termaktub didalam perjanjian yang ditandatangani antara Wakil Petronas (Tengku Razaleigh Hamzah) dan Kerajaan Negeri (semua negeri yang terlibat).

Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini mejelaskan bahawa pembayaran royalty seperti yang dipersetujui didalam perjanjian tersebut secara ringkasnya ialah semua hasil galian pada jarak melebihi 3 batu nautika akan menjadi hak Kerajaan Pusat tetapi perlu membayar wang tunai sebanyak 5% kepada Kerajaan Negeri manakala sekiranya jaraknya kurang dari 3 batu nautika, maka ianya akan menjadi hakmilik Kerajaan Negeri sepenuhnya.

Itu yang termaktub dalam perjanjian menurut Tengku Razaleigh Hamzah.

Berkenaan dengan penjelasan no 2 iklan berkenaan juga jelas ianya amat mengelirukan.
2. Apakah kelayakan Kerajaan-Kerajaan Negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri tahun 1975/1976?
  • Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri berkenaan serta perairan Wilayah Negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (Ordinan Darurat (kuasa-kuasa perlu) No.7 tahun 1969).
Timbul persoalan didalam hal ini setelah kita sedia maklum bahawa perjanjian Royalty Minyak antara Petronas dan Kerajaan Negeri telah ditandatangani pada tahun 1974 dan tidak ada lagi perjanjian lain yang ditandatangani oleh mana-mana negeri pengeluar minyak termasuk Kelantan sebelum atau selepas perjanjian yang pertama (1974) tetapi dalam hal ini, mengapa pula dikaitkan perjanjian tersebut dengan Ordinan Darurat yang telah dimansuhkan atau dimuziumkan sebelum itu..?

Banyak lagi perkara-perkara yang mengelirukan orang ramai didalam "iklan penjelasan" tersebut dan ini sebenarnya telah memalukan Kerajaan Pusat dan dilihat sebagai usaha terdesak Kerajaan Pusat untuk menutup kenyataan yang sebenar. usaha sebegini jelas sekali menterjemahkan kebodohan pihak-pihak yang berkepentingan dan menterjemahkan "ketakutan" Kerajaan Pusat pimpinan Najib Tun Razak terhadap isu Tuntutan Royalty Minyak Kelantan.

Jelas sekali Kerajaan Pusat takut pada kuasa kepimpinan telus yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dimana sekiranya Kerajaan Pusat memberikan bayaran wang tunai mengikut perjanjian tersebut, Negeri Kelantan berkemungkinan besar akan menjadi Negeri paling maju di Semenanjung Malaysia hasil dari pengurusan yang bersih dan amanah dari rasuah. tidak seperti terengganu, Sabah dan Sarawak yang sekian menerima Royalti dan wang ihsan tetapi masih berada pada tangga tercorot senarai negeri-negeri termiskin di Malaysia.

Semua itu adalah kerana banyak berlaku kebocoran dalam pengurusan perbelanjaan Kerajaan Negeri hasil didikan UMNO/BN. lihat saja berapa banyak berlaku kebocoran perbelanjaan sewaktu pemerintahan MB Idris Jusoh..? wang yang disalur berbillion-billion tetapi negeri Terengganu masih mendahului tangga kemiskinan.

Pada 28hb. Februari, 2010 ini pula, bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas akan berada di Kota Bharu, Kelantan dan beliau akan meluangkan masa emas beliau memberi penjelasan berkenaan dengan segala hal yang berkaitan dari hal perjanjian Petronas dan Negeri sehinggalah kepada hal-hal (berkaitan) undang-undang.

Semua ADUN-ADUN Negeri Kelantan termasuk ADUN-ADUN dari pembangkang (UMNO/BN) dijemput sama untuk menghadiri majlis penerangan dan dialog antara Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan juga ADUN-ADUN Kelantan.

Selepas sessi penerangan dan dialog ini, pihak Kerajaan Negeri Kelantan akan memutuskan langkah seterusnya yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

20 comments:

  1. bawa Mahkamah.. result 5 - 0 BN menang.. hehehe biasa dah tuh.. hakim kat malaysia bijak sesangat sebab dorang jer yg Corect.. corect.. hehehe

    ReplyDelete
  2. aduhhh..aku ingat Kelantan da decide nak bawk kes ni ke Mahkamah..dua kali pandang baru perasan ade simbul "?"..

    byk kekeliruan, kurang penjelasan, persoalan,percanggahan, penafian hak, akta petroleum..suma ni boleh diperjelaskan di mahkamah..ceramah and penerangan balas tidak membawa kemana, cuma dari politik perspective, kerajaan PAS berjaya mengambil kesempatan ini utk me"rakyat"kan isu ini..rakyat pula takkan nak menentang, duit lebih byk, sape takmau!

    aku ni mmg anti-nik ajis, but bagi aku, yg benar tetap benar..yg salah tetap salah..if mmg ade hak dan termaktub, beri sajalah, kalu tiada provision tersebut, pls stop politikkan issue ini..government da sedia menerima kes tersebut di mahkamah, kelantan bila lagi?..

    jgn kata mahkamah kerajaan la ape la, rakyat kelantan akan pasti close monitor perbicaraan, tiada perbicaraan tertutup..hujah akan dibalas dgn hujah..rakyat akan nilai..

    sebut pasal kes anuar, tolong jawab bukti2 tu dulu sblm kata hakim bias, mahkamah tak adil..

    i hate firaun2 kecil!

    ReplyDelete
  3. Pada pandangan masyarakat madani.. mana ada hakim yng tak bias kat malaysia skang.. semada bias ke Bn atau PR.. enD.. hehehe

    ReplyDelete
  4. manusia ni gila 3 benda :

    1-burit
    2-duit (minyak)
    3-pangkat

    tengok apa dah jd pd PAS skrg..kerana 3 benda ni lah maka akan hancurlah ia mengikut mcm UMNO!!

    undilak keadilan

    ReplyDelete
  5. Bravoooo...Ni la baru dinamakan anak jantan dah dekat 20 tahun memerintah tapi sewaktu pilihanraya dimanik urai baru sedar ...kah kah kah..pastu kata nak bawa kemahkamah tapi sampai la ni asyik dok berceramah kat tepi longkang je..BETUL KE TU NAK BAWA KE MAHMAKAH ATAUPUN SAJA NAK SEDAPKAN HATI PENYOKONG JE..SEBAB DAH ADA YANG MEMPERSOALKAN KEBENARANNYA...BARU DINAMAKAN ADA TELOQ...

    ReplyDelete
  6. 'Selepas sessi penerangan dan dialog ini, pihak Kerajaan Negeri Kelantan akan memutuskan langkah seterusnya yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan'.

    KAH KAH KAH...BARU NAK BUAT KEPUTUSAN KE..!!!!!...HUSAM MUSA KATA DAH PUN BUAT KEPUTUSAN DAN SIMANGKOK TP NI KALAU DILIHAT PADA TAJUK DIATAS DAH SAH NAK BAWAK ISU NI KEMAHKAMAH...RUPANYA BARU NAK BUAT KEPUTUSAN...KAH KAH KAH..CANCEL BALIK LAA AYAT DIATAS RUPANYA TARAK TELOQ JUGAK..ELOK LAA DOK LELONG KAT CERAMAH TEPI LONGKANG SUPAYA BURUNG BELAKTUK DAPAT MENGANGGUK JEE...

    ReplyDelete
  7. jubo taik eh husam n TP..

    dari dulu lg aku dgr nak bwk ke mahkamah...tp hari ni xbwk2 jgk...kecek jah lebih puak2 pas ni..

    puak2 royalti pas panas jubo dah lani..segala benda hok dok pelawok rakyat kelate nak terlondeh dah..sbb tu kecut perut n konon2nya oyt nak bwk kes ni ke mahkamah...konon2 berlakon di pihak yg benar..padahal xberani pun nak bwk kes ni ke mahkamah...gempak je lbh si husam ni

    ReplyDelete
  8. bro, zaman skrg ni, sistem keadilan bukan mcm citer tamil or hindustan tu, senang2 je hakim unreasonably bias..

    takde da zaman2 camtu..kalu rationale yg hakim beri utk menidakkan or mengiyakan sesuatu langsung tak masuk akal then lain la citer..and ia berdasarkan bukti dan fakta yg kukuh..

    hakim tak boleh lari dari fakta dn bukti yg bernas..ada peguam cara and peguambela utk ape?

    anti-firaun2 kecil..

    ReplyDelete
  9. Takkan anak lenggong PERAK tak tahu cerita mahkamah. Kalau masih tak tahu cerita, lebih baik jangan jadi anak lenggong!!!

    ReplyDelete
  10. hahahaha...!!

    umno bergantung kepada lobang jubur saifool sebagai talian hayat umno...

    UMNO - UNITED MELIWAT NATIONAL ORGASM

    ReplyDelete
  11. Lu Pikirla Sendiri !February 23, 2010 at 7:14 PM

    Memanglah bagus kalau bawa kes royalti kelantan ke mahkamah, didalam perbicaraan nanti bukti-bukti boleh diketengahkan. Hmm, kalau mereka rendam lama-lama kes itu camana? Kes royalti di Terengganu pun dah bertahun-tahun dibawa ke mahkamah pun belum mula lagi perbicaraannya, ke dah selesai kes itu? Kalau yg di Terengganu masih belum selesai, tak payahlah kes di Kelantan dibawa ke mahkamah!

    ReplyDelete
  12. ape benda firaun kecil tue?
    cuba sapa2 terangkan??

    ReplyDelete
  13. Harap MB Terengganupun akan bawa kes ni ke Mahkamah. Tuntut balik duit royalti tu. Dulu masa Wan Mokhtar jad MB terengganu terima wang royalti tetapi kenapa tiba2 ditukar wang ehsan?

    Kalau macam tu kami kat negeri2 lain pun nak jugak duit ehsan tu.

    Harap semua MB negeri2 yang lain desak kerajaan persekutuan serahkan duit ehsan tu. Kalau tidak rakyat tak akan undi BN lagi pada PRU akan datang.

    Kamipun mahukan duit tu. Mana boleh jadi macam ni. Barang2 keperluan dah makin mahal, minyak tak lama lagi akan naik.

    Ingat kau Najib, kalau kau tak bagi pada kami yang berada di negeri lain UMNo akan bungkus kali ni.

    BRAVO

    ReplyDelete
  14. Benda mudah jer, Settle kan isu royalti vs wang ihsan di mahkamah yang kerajaan Terengganu bawak dulu dah bertahun2... masa Terengganu di bawah Hj Hadi.. Macam mana nak bawak isu kelantan kalau isu terengganu pun xdibicarakan lagi.. apalaa stendet melayu penyokong umno, xkan itu pun xleh nak fikir

    ReplyDelete
  15. bawa kes ni ke mahkamah jepun sbb kalau hakim gelong, pedang samurai putuskan kepalanya.. he he

    ReplyDelete
  16. jgn risau, dulu mmg kes kat mahkamah slalu delay/adjourned/postpone etc

    skrg da lain, da ade system 'turnaround'..NKRA dalam system kehakiman..

    tgk betapa cepat kes teoh beng hock, kes anwar dibicarakan, especially kes yg berprofile tinggi mcm ni, rakyat akan follow development dia..ramai nak tau..byk da bukti2 dikemukakan pihak PAS kelantan, Zaid pakar undang2 pun da ade, yg paling best, KU LI sbg saksi utama..

    ape nak takut? kalu da ade "black" and "white", teruskan la..kena firm and brani..tak perlu la melalak aje kerana sy rase government yg dihentam skrg ni pasal isu minyak ni, tp diorg tetap "cool"..

    cam kes sepol tu, da dikemukakan bukti sperm anwar disitu, anwar plak yg tak "cool"..

    ape cert?

    anti-firaun kecil.

    ReplyDelete
  17. utk anti firaun kecil...ko x anti firaun besar ker....ha...ha...ha...ke ko tu yg firaun besar...ha...ha...ha...ko takut hilang title firaun besar ye...ha...ha...ha...

    ReplyDelete
  18. wah best2 akhirnya aku dapat juga baca statement dari anak lenggong...wah joostspring pun ade....alo kawan lama...jgn la gelojoh sangat....kes kt trengganu pun x dpt nak settle mcmana nak kasi settle kelantan punya hal...aku cukup pelik kt org umno ni ..ape le punya bangang..orang yg ada masa perjanjian tu dibuat dah kata layak, apelg nak bising2...tp aku tengok awang adek ckp ari tu...masa buat perjanjian banyak benda yg x diambil pertimbangan cnthnyer dari segi persempadanan dan keselamatan...aku rasa betul gak tu tp.....bila pikir punya pikir, kenapa la ni baru nak buat pastu x panggil pun kerabat diraja kelantan tu (Ku Li) sekali...ape punya tahap bengong le pemimpin umno ni...ahli korang boleh le ko kasi bodoh dan ko kemilikan sekali sbb memang tahap bangang dan baculll.....ha...ha...ha...

    ReplyDelete
  19. anom 6.41

    blog Poji skrg ni asyk duk sibuk nak hentam puak2 haji hadi dah skrg ni, almaklumla dah diupah oleh golongan2 erdogan pas tuk jatuhkan geng2 haji hadi ..sbb tu jarang dah aku nak msk komen cni...

    dan skrg ni si poji tgh cari link tuk jadi pencacai KJ lak..bibit2 kearah2 tu ada dah...

    hebat poji n the geng ni..kiri kanan sapu..janji masyuk..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?