Tuesday, March 30, 2010

Apa Sikap PERKASA Terhadap Judi di Malaysia?

Secara pribadi, saya kasihan mereka yang terpengaruh dengan Ibrahim Ali. Penyokong-penyokong PERKASA seperti tiada keupayaan untuk berfikir secara benar dan tuntas. Saya mengenali Ibrahim Ali sebelum PRU 1990 lagi, Waktu itu, beliau dikenali sebagai “Mat Sabu S46”.

Beliau sering digandingkan bersama Mat Sabu pada masa itu dan ceramah-ceramah beliau biasanya akan mengundang ribuan pendengar, terutama kalau beliau berceramah dengan Mat Sabu. Apa yang beliau tidak maki Dr Mahathir. Segala yang beliau boleh maki, beliau telah maki Dr Mahathir pada waktu itu.

Tiba-tiba selepas pilihanraya 1990, beliau antara yang paling awal menjilat ludah beliau. Dengan kata lain, beliau adalah pelacur politik kelas atasan. Beliau manusia yang tiada prinsip dan beliau tidak layak dijadikan pemimpin hatta oleh gerombolan budak-budak tadika sekalipun.

Tiba-tiba hari ini, dalam usaha beliau untuk menaikkan nama beliau yang telah lama kotor, beliau telah menubuhkan PERKASA.

Saya masih tidak boleh lupa ceramah pertama Ibrahim Ali yang saya dengar di Markaz Tarbiyyah sekitar 1988 atau 1989. Waktu itu Berahim kata dia 110% dalam perjuangan Islam. Berceramah sekali dengan beliau adalah Tok Guru Nik Aziz. Dan saya melihat muka Tok Guru pada masa Berahim berkata begitu, tidak berubah sedikit pun. Tok Guru tak senyum walau secubit.

Rupanya Tok Guru sedikit pun tak percaya cakap Berahim Ali pada waktu itu. Dan akhirnya, Berahim lompat dan jadi pekerja kepada seorang tokeh judi bernama Vincent Tan.


APA SIKAP PERKASA TERHADAP JUDI

Kita semua telah maklum, Ibrahim Ali adalah bekas pekerja kepada seorang tokeh judi bernama Vincent Tan.

Mengikut Raja Petra Kamaruddin, Vincent Tan telah bertanggungjawab membeli Timbalan Speaker Perak Yip dengan bayaran RM25 juta.

Saya yakin, waktu Berahim melompat dari S46 ke UMNO dahulu, jumlah bayaran yang beliau terima adalah AMAATTTT KURANG berbanding Timbalan Speaker DAP itu.
Jadi saya nak tanya Berahim dan penyokong-penyokong PERKASA terhadap:
1.0 Cadangan kerajaan Malaysia mahu menghalalkan judi sukan di Malaysia sempena “World Cup” (Yang ditentang DAP secara terbuka)?

2.0 Najib Tun Razak meluluskan 10 Lesen Special Draw baru?

3.0 Hasil kerajaan dari judi sahaja adalah RM2.3billion

4.0 Loteri UMNO 1951

5.0 Layanan UMNO terhadap tokeh-tokeh judi (Vincent Tan, Ananda Krishnan, Lim Goh Tong dsbnya) lebih baik dari layanan kepada para ulama dan agamawan. Kita tak pernah dengar tokeh-tokeh judi ini dimasukkan dalam ISA atau dihumban ke dalam lokap seperti para ulama-ulama Islam. Kita pernah dengar Ustaz Ibrahim Libya dibunuh dengan kejam.

6.0 kenyataan Najib Tun Razak meminta semua orang mencontohi Lim Goh Tong

7.0 Lagi satu isu PERKASA wajib komen adalah pembelian 33% saham U-Mobile oleh Temasik berjumlah RM625 juta (murahnya???)
Saya amat berharap PERKASA dapat memberikan sikap mereka yang jelas terhadap industrijudi di Malaysia yang amat berkembang maju sejak akhir-akhir ini.

Saya takut pejuang-pejuang PERKASA akhirnya nanti akan menjadi tidak lebih dari pejuang-pejuang kepentingan tokeh judi di Malaysia. Nauzubillah min zalik.

Tulang Besi

8 comments:

  1. Satu perkara yg amat istimewa yg ada pada TB iaitu dia amat maha mengetahui akan segala keburukan dan keaiban pada seseorang itu. Cuba refresh kembali posting2 terdahulu beliau dan buat statistik betapa insan yg bernama TB yg maha mengetahui ini telah memaparkan banyak keburukan orang samaada dari ahli-ahli partinya sendiri PAS, PKR dan yg paling teruk sekali UMNO. Dan satu lagi perkera yg amat istimewa yg ada pada TB ini ialah Tulang Babi ini tidak pernah membongkar dan mendedah tentang keburukan DAP dan ahli-ahlinya. Ada tak sesiapa yg pernah terjumpa dan terbaca apa-apa tentang sebarang artikel mengenai DAP yg telah dipaparkan oleh TB a.k.a Tulang Babi ini...ade tak???

    ReplyDelete
  2. http://www.maximsnews.com/1006maximsnewsanwaribrahimicg30june.htm

    http://web.israelinsider.com/Views/7476.htm

    http://www.sourcewatch.org/index.php?title=International_Crisis_Group

    http://usa.mediamonitors.net/Headlines/Malaysia-s-PAS-facing-pressure-to-change-tack-because-of-association-with-Anwar-Ibrahim

    ReplyDelete
  3. Apa kena pulak pasal judi ada kena mengena dengan PERKASA. PERKASA tu adalah sebuah badan NGO Melayu. Apasal pulak nak memperjuangkan judi??

    LGE pulak baru sekarang nak bangkit pasal RM 52 Billion. Dulu sebelum ada NGO PERKASA apasal senyap?? Sampan sudah bocor sekarang mahu tampalkah? Baru dia tahu tanpa undi Melayu / Bumiputera boleh ke kuasai kerajaan? Bodek la tu . Deyyy Poodah..

    ReplyDelete
  4. Dari cara penulisan T.B (Tulang Babi?) ni adalah orang lama juga mungkin merupakan orang UMNO yang dah jadi desperado...sebab? Banyak kemungkinannya...?????

    hang dok cerita pasal cerita2 lama..apa motifnya..
    Soal judi?apakah sekarang semua rakyat malaysia bebas berjudi..kerajaan dah buat laranganorang melayu tak boleh beli toto atau magnum atau masuk kasino di genting tu...Apa peranan parti yang kononnya memperjuangkan islam di malaysia?? yang jelas ada juga puak2 yang berketayap ni masuk kedai magnum atau toto..apa peranan orang pas dlm mencegah kemungkaran ini?Terlepaskah
    mereka dari dosa apabila kemungkaran berlaku didepan mata mereka dengan menyalahkan pihak lain?

    Nyata kebencian anda kepada PERKASA begitu meluap2..apa erti semuanya ini...apakah anda termasuk dalam kumpulan anti melayu yang mahu bersatu.Kecaman2 kepada YB Ibrahim Ali seolah ada perkara personal antara anda dan dia dari dulu lagi..Aku pinjam kata2 blogger pro-pembangkang "Saidina Omar Al Qattab sebelum islamnya sangat jahil hingga pernah membunuh anak perempuannya sendiri dengan menanam hidup2 tapi menjadi seorang pejuang islam yang sangat tinggi mertabatnya setelah memeluk islam"(ayat ini ditulis oleh blogger pro-pembangkang untuk membodek B.A.B.I)

    Mungkin darah yang mengalir dalam tubuh anda bukan darah melayu sebab itu anda membenci sekali pada penyatuan bangsa melayu..janganlah menjadi si kitol dizaman sekarang....

    Gunakanlah Nur Akal anugerah Allah kepada anda demi untuk kebaikan ugama dan bangsa tapi janganlah merosakkan ugama dan bangsa...nanti semua itu dituntut di padang mahsyar....

    ReplyDelete
  5. UMNO = Rasuah
    PAS = Derma

    http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/30/tu-diaaaaaaa-bhg-2-tauke-derma-kekal-mursyidul-am-pas/#comments

    renung2kan, dan selamat beramal..

    anti-napoleon

    ReplyDelete
  6. pelik betul nak kaitkan kes judi dengan PERKASA. Kalo marah sangat pun jangan jadi buta perut sangat sampai semua benda yang PERKASA buat habis tak betul. kalo ada orang yang nak perjuangkan bangsa sendiri ape salahnya, kalo kita tak sokong pun janganla sampai nak mencaci hina orang. duk diam-diam tak boleh ker. cuba tanya bangsa lain mereka pun sama juga ada perasaan cintakan sesama bangsa mereka. mereka pun turut perjuangkan hak masing-masing juga tapi takde pun orang melayu yang hentam. ini bila orang melayu bangkit kata extreme dan rasis.yang sedihnya yang hentam tu orang melayu juga. ingat sikit orang melayu perlu bersatu jangan bergaduh benda yang tak tentu hala, orang lain duk perhatikan dan tertawakan kita, kita pun tak tau.

    ReplyDelete
  7. Apa pasal nak sakit hati sgt kat Ibrahim Ali?? Dia hanya menyediakan platform untuk semua orang melayu bersatu. Takkan itu pun tak nampak?? Dengan adanya NGO PERKASA, secara tak langsung telah memberi satu pelepasan untuk ahli-ahli berbangsa Melayu dari BN dan PR bergabung tanpa ada kekangan dari agenda parti politik masing-masing. Pikir lah molek-molek.

    ReplyDelete
  8. kehkehkeh....

    ape kaitan judi ngan PERKASA??bkn PERKASA mempertahankan org melayu ke??sanggup ke tgk org melayu yg majoritinye ugama islam men judi??nk kene bala?

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?