Tuesday, March 30, 2010

Siapa Yang Dedahkan Maklumat Keahlian Tulang Besi ???

Pertama sekali, Tulang Besi mengharap benar Setiausaha Agung mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang telah mendedahkan maklumat keahlian Tulang Besi. Lawyer Tulang Besi telah memberi nasihat supaya Tulang Besi membuat laporan Polis bagi melindungi diri Tulang Besi. Cumanya, Tulang Besi masih tidak sampai hati untuk membuat laporan polis. Itu sahaja.

KAITAN DENGAN SUHAIMI EMBONG AL MANIRI

Sesiapa yang melihat laporan Muktamar PAS di Shah Alam pasti akan membaca nama Suhaimi Embong (AL Maniri) sebagai Pengarah Unit IT PAS Pusat. Ia bererti Suhaimi Embong bertanggungjawab ke atas infrastuktur IT PAS Pusat. Ia termasuklah "server" yang mengandungi pengkalan data keahlian PAS seluruh Malaysia.

Dari penyiasatan Tulang Besi, Suhami Embong Al Maniri mempunyai "aksess" menyeluruh kepada seluruh infrastruktur serta data yang terkandung dalam pengkalan data PAS Pusat kerana beliau adalah Pengarah IT PAS Pusat.

Suhaimi Embong Al Maniri mengetahui "password" yang membolehkannya mengeluarkan maklumat rahsia dari pengkalan data PAS Pusat.

Sekiranya berlaku kebocoran maklumat dari pengkalan data PAS Pusat, maka Suhaimi Embong Al Manirilah yang bertanggungjawab secara terus. Ini kerana seluruh maklumat dari pengkalan data PAS Pusat berada di bawah pengawasan dan kuasa beliau seluruhnya.

Kalau saya Setiausaha Agung pun, saya akan merujuk kepada Pengarah IT PAS Pusat untuk mendapat maklumat-maklumat rahsia sebegini.

Walaupun SU Agung bertanggungjawab terhadap kerahsian maklumat seperti ini, tetapi tanggungjawab menjaga kerahsian maklumat sebegini terletak di bahu Pengarah IT PAS Pusat.

Tulang Besi

11 comments:

  1. jangan cakap je, kalo berani buat la polis report, report cakap berdegar2 buat PENAKUT.

    BUTOH LA LU....

    ReplyDelete
  2. saya berpendapat TB kena ubah gaya penulisan artikel dari gaya prejudice kepada gaya intelektual... maksudnya, saudara perlu menulis tetapi tidak menyakitkan hati orang yg membaca lebih2 lagi orang yg "kena". sebelum ni saudara namakan Dr HA, lepas tu NMI(tetapi sekiranya kisah tu..saya lagi meluat) lepas tu TGHH, lepas tu DrKayu, lepas tu BA, lepas tu DTI, lepas tu,tu,tu,... sekarang ni SE pulak... adakah ini akan mengembirakan para penyokong PAS yg ingin melihat PAS semakin kukuh? sekiranya perkara serius begini selalu digemburkan begini, saya rasa pembaca akan mengatakan saudara memang nk cari publisiti murahan... cuba saudara bagi idea supaya data ini tersimpan baik. siapa yg harus mentimpan. siapa yg boleh akses data ini... (kalau SE sah2 PENGARAH IT pusat, mestilah dia boleh akses! takkan pembantu dia pulak!)

    ReplyDelete
  3. apa masalahnya SE tu? dia geng ganu ke? geng UG ke? kalu geng ganu tu termasuklah TGHH dok ehh! kalu Prsdn pun masuk UG, dari dulu lagi doh PAS dok gabung kot dgn UMNGOK tu... dah tak mengajar kot kat pondok Marang tu... sebenarnya apa mu sakit hati sangat ni?

    ReplyDelete
  4. Apa mungkin ini kerja hackers2 yang umno upah dari india seramai 300 orang tu seperti yang pernah blogger pro pembangkang tulis beberapa lama dulu kot??
    Hmmm..kira bodah dan membazir duit lah umno tu kerana belanja yang besar dikeluarkan tapi blogger2 anti kerajaan masih bebas menulis ya...tak kena hack pun!

    ReplyDelete
  5. Hehe..best btol arini TB akan memburukkan sorg lg tokoh PAS bernama Suhaimi Embong.

    Kemungkinan keesokkan hari, TB akan menulis artikel mengenai Suhaimi ni geng UGla geng perpaduang takpun ntahahape2 fantasi yg nak dibuatnyer, kerana geram identitinya telah terbongkar.

    TB..TB cukup2la perangai huduh tue...

    ReplyDelete
  6. Nasihat kpd Pengarah IT PAS Pusat Suhaimi Embong Al Maniri supaya membuat lapuran polis keatas TB kerana TB telah menfitnah, menuduh beliau melakukan pembocoran maklumat tanpa bukti jelas dan sahih dan sekali gus telah menjatuhkan maruah, integriti dan reputasi beliau sbg seorang yg bertanggung jawab keatas tugas dan amanahnya....
    TB memang bingal, seorang yang mengamalkan fitnah, mengadu domba kerana cetek ilmu dan singkat fikiran..

    ReplyDelete
  7. Bagi aku, PAS takyah nak layan sgt si TB ni..mmg cita2 TB supaya org wat repot polis or ambik tindakan tatatertib kat dia so that dia boleh menyerlahkan diri dia di mata PAS esp yg kat atasan2 tuh..

    Si TB nak dia di'recognize" as someone important in PAS dgn jawatan2 dalam PAS, selagi tidak diberi, TB akan keep terjah,terus terjah dan terjah lagi, until PAS rase tergugat dan menyumbatkan TB sebuah jawatan penting utk menutup mulut TB..

    anti-firaun..

    ReplyDelete
  8. hahaha...apela nk jd dgn umat islam skrng ni..gaduh sm sendri sbb politik..org kafir dipeluk cium..brita2 tanpa bukti/bukti direka2 diangap btul..sudah2la tu bergabung dgn dap n pkr..aku bkn ahli umno tp aku seorg islam yg galakkan perpaduan ummah..sudah2la geng dgn anwar yg berlakon baik tu wahai puak2 penyokong tegar pas..sm2la pas n umno berbincang demi perpaduan ummah..pas n pkr sm je..fitnah xabis2 demi kelansungan politik kepartian yg sempit.
    "Allah tdk akn mengubah nsb sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sndri mengubahnya"

    ReplyDelete
  9. Geng Ganu lah tuh..
    SE, Dr.Kayu, Dr. Shamsuri..
    Al-Maniri asal dari perkataan Manir.. Cariler sendiri siapa ADUN Manir..

    ReplyDelete
  10. apalah, tahap mana ko ni, semua maklumat ahli cawangan tahu lah ngok! setiusaha cawangan klu tak tahu maklmat ahli ke tidak, aktif ke tak aktif, cam mana dia nak hantar surat jemputan untuk msyurat.. yg tembak membabi buta ni apsal, nak tunjuk bengong sangat ke? klu benda basic gitu tak tahu cam ne ko nok komen pelembagaan parti, organasasi parti, pimpinan parti? klu banda cam ni ko tak boleh fikir cam ne ko nak jadi CEO?

    ko ni ahli apa ek? tak pernah gi meeting cawangan ke? klu benok sangat, duduk diam je..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?