Friday, March 05, 2010

Mufti Perak Meroyan Lagi….

Mufti Perak, Harussani, dilaporkan berkata:
"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

“Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.

“Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini".
Saya ingin bertanya kepada kepada Mufti Perak, apa bezanya UMNO dengan DAP kalau kita lihat ayat ini:
05:44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat didalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir (QS. 5:44).
Saya merujuk kepada Tafseer Ibnu Katseer bagi ayat ini yang boleh dibaca di akhir artikel ini. Ia memberitahu bahawa:
1.0 - Ibnu Katseer menyatakan bahawa ayat ini tidak terhad kepada kaum Bani Israel semata tetapi juga tertakluk kepada orang Islam.

2.0 - Sesiapa yang menolak hukum Allah hukumnya kafir. Sesiapa yang menerima hukum Allah tetapi tidak melaksanakannya, dia adalah zalim dan fasiq.
Bukankah UMNO yang telah memberi amaran kepada Kerajaan Kelantan dan Terengganu, sekiranya dilaksanakan hukum “hudud”, nescaya akan dikenakan tindakan yang keras?

Jadi, saya nak tanya Harussani, apa bezanya UMNO dengan DAP? MAlahan DAP lebih baik kerana DAP tidak pernah menghalang aktiviti agama dan Islam di Perak , Penang ataupun Selangor. UMNO biasa tangkap ulama dan ustaz sewaktu mereka memerintah.

DAP menolak hukum Islam kerana mereka jahil dan tidak mengerti hukum Islam. Apa alasan UMNO untuk menolak hukum Islam?

HARUSSANI TAK KOMEN PASAL PEMBUNUHAN IBRAHIM LIBYA

Harussani juga dilaporkan berkata:
"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN".
Saya nak tanya Harussani, masa Ustaz Ibrahim Libya dibunuh dengan kejam dahulu, apa yang Harussani buat?

Bukan kah Harussani yang keluar fatwa (bersama rakan2) pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya adalah harus dan sah dari segi syarak?

Jadi, sebagai Ustaz Ahmad Awang, bolehkah beliau bersetuju dengan Harussani bila Harussani keluar fatwa untuk PAS tubuh kerajaan dengan UMNO di Perak?

HARUSSANI DAN TUAN GURU HAJI HADI

Harussani kata lagi:
"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu".
Saya telah diberitahu oleh orang-orang UMNO sewaktu saya aktif berdebat dalam MyKMU net Forum, bahawa Harussani pernah mengeluarkan fatwa bahawa Tuan Guru Haji Hadi adalah sesat kerana mengeluarkan “Amanat Haji Hadi”. Malahan, ada laporan dari Utusan Malaysia yang menyatakan tentang fatwa Harussani terhadap Tuan Guru Presiden.

Maka, sebab itulah dia tidak berapa rapat dengan Tuan Guru Haji Hadi Awang kerana dahulunya dia pernah keluar fatwa akan kesesatan Presiden PAS.

Namun, saya masa itu mempertahankan Presiden dan mencabar puak2 UMNO mendakwa Presiden PAS di Mahkamah Syariah secara terbuka.

Saya kemudiannya berkata , mereka semua bachul sebab kalau Tuan Guru Presiden didakwa, maka Mahkamah Syariah akan mengkonfirmasi akan kekufuran UMNO.

Maka, Tuan Guru Presiden TIDAK PERNAH didakwa di mana mana mahkamah walaupun sudah dekat 30 tahun isu “Amanat Haji Hadi” dimainkan oleh UMNO laknatullah.

PENUTUP

Syukurlah Ustaz Ahmad Awang menolak ajakan Haramsani. Selama PAS lemah, dimana Harussani? Apabila Tuan Guru Presiden dan Tok Guru Nik Aziz dimaki dan dinista UMNO selama ini, di mana Harussani?

Kenapa baru sekarang Harussani nak tunjuk baik pada PAS, nak offer jawatan MB konon, nak bincang pasal orang Islam dan persaudaraan Islam.

Sehingga Harussani tidak pergi dan minta maaf pada balu Memali, sehingga itulah kita tidak boleh percaya kepada manusia ini.

Telunjuk lurus kelingking berkait.

Tulang Besi

p/s - Tafseer Ibnu Katseer:
“Al-Bara' bin `Azib, Hudhayfah bin Al-Yaman, Ibn `Abbas, Abu Mijlaz, Abu Raja' Al-`Utaridi, `Ikrimah, `Ubaydullah bin `Abdullah, Al-Hasan Al-Basri and others said that this Ayah was revealed about the People of the Book. Al-Hasan Al-Basri added that this Ayah also applies to us. `Abdur-Razzaq said that Ath-Thawri said that Mansur said that Ibrahim said that these Ayat, "Were revealed about the Children of Israel, and Allah accepted them for this Ummah.'' Ibn Jarir recorded this statement. `Ali bin Abi Talhah also stated that Ibn `Abbas commented on Allah's statement,

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَـفِرُونَ

(And whosoever does not judge by what Allah has revealed, such are the disbelievers,) "Whoever rejects what Allah has revealed, will have committed Kufr, and whoever accepts what Allah has revealed, but did not rule by it, is a Zalim (unjust) and a Fasiq (rebellious) and a sinner.'' Ibn Jarir recorded this statement. `Abdur-Razzaq said, "Ma`mar narrated to us that Tawus said that Ibn `Abbas was asked about Allah's statement,

وَمَن لَّمْ يَحْكُم

(And whosoever does not judge...) He said, `It is an act of Kufr.' Ibn Tawus added, `It is not like those who disbelieve in Allah, His angels, His Books and His Messengers.' Ath-Thawri narrated that Ibn Jurayj said that `Ata' said, `There is Kufr and Kufr less than Kufr, Zulm and Zulm less than Zulm, Fisq and Fisq less than Fisq.''' Waki` said that Sa`id Al-Makki said that Tawus said that,

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَـفِرُونَ

(And whosoever does not judge by what Allah has revealed, such are the disbelievers,) "This is not the Kufr that annuls one's religion.
p/s - Laporan The Malaysian Insider:
Mufti dakwa PAS angkuh tolak kerajaan perpaduan di Perak

KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ketika hampir genap dua tahun selepas pilihan raya umum ke-12, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008.

Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

“Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

“Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.

“Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.

Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud PAS akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.

“Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Beliau mendakwa, PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

“Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat,” katanya.

Bagaimanapun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dengan menteri besar dari PAS hanya bertahan 10 bulan.

Ia digulingkan apabila tiga ADUN Pakatan Rakyat keluar PKR dan DAP, sekali gus menjadi wakil rakyat Bebas.

12 comments:

  1. NAMPAKNYA PAK MUFTI NI DAH JADI ORANG SURUHAN UMNO YE?

    PATUT LA PUN ACAP KALI AKU TENGOK KOMEN DIA NI LAIN MACAM SAJA....MIRIP PADA UMNO.

    PERKARA YANG PATUT DIA TEGUR...DIA BUAT TAK TAHU SAJA....TAPI...PERKARA YG MELIBATKAN UMNO....WAUUUUU....CEPAT JA DIA KELUARKAN PENDAPAT MENDEFENDKAN UMNO.

    APA DAH JADI PAK MUFTI WOIIIII..
    BANYAK SANGAT KOT BINTANG KEBESARAN YANG TERSANGKUT KAT KUPIAN KAMU TU....

    OHHHHH...BETOL JUGAK...NAK BALAS JASA KATAKAN....MAKLUM LAH BUKAN SENANG NAK DAPAT GELARAN "TAN SRI" TU.....LEPAS NI NAK USYA GELARAN 'TUN" KOT?

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Rasulullah SAW mendirikan negara Islam Madinah dahulu dengan persetujuan semua termasuk org Islam, org Kafir (Arab, Majusi, dan Yahudi) dan ada sebilangan golongan Munafik di Madinah. Rasulullah tidak mempunyai masalah yg besar dengan org2 Kafir kecuali golongan Yahudi Laknatullah dan musuh dalam selimut iaitu org2 Munafik yg mengaku Islam tetapi tindakan mereka lebih berbahaya dari yg lain2 sama ada secara terang-terangan atau tersembunyi.

    ReplyDelete
  3. bila pi mengaji ugama,balik keje makan gaji,dapat le gaji ilmu tak berkat,di zaman sebelum merdeka dulu,apabila british nak lantik tuan hj khalil menjawat jawatan mufti negeri melaka...maka tuan hj khalil memberi syarat pada kerajaan british...jawatan mufti dia terima tapi ...gaji tak ndak.....pelik tak ...pelik tak....al imam abu hanifa mati di racun kerana tak mahu terima jawatan kadhi yg di tawarkan padanya....pelik tak....pelik tak pelik tak...

    ReplyDelete
  4. Aku pun malu dapat Mufti jenis ni...Baju dia,seluar dia,serban dia sampai seluar dalam dia pun semua dok berbau UMNO.Dah la degil cakap orang tak mau dengar! Aku heran pasai apa dia sebok2 pasal politik? Pi la jadi imam kat Ipoh tu.Suruh bedebat dgn TGNA tak berani,main acah kot jauh jer,cis!!....Aku nak cadangkan supaya jawatan Mufti ni biar PAS ajer yg uruskan krana PAS sememangnya mendokong ajaran Islam yg sebenar di negara ini.!!

    ReplyDelete
  5. secara tak langsung mufti ni mengesahkan desas-desus dulu yang dia cuba ajak pas bersekongkol ngan umno perak...syabas ustaz ahmad awang!

    ReplyDelete
  6. senang cerita bila ckp berlapik tak nak faham.

    nah ambik kau, PUKIMAK PUNYA MUFTI!!!

    bahasa yang paling indah & lembut utk kau.

    ReplyDelete
  7. Si Mufti anak gemulah Haji Zakaria matan imam Masjid Hijau Kpg. Kedah.Pi le singgah dimasjid Hijau ni dulu-dulu masjid ni menjadi kesukaan orang ramai yang lalu lalang keutara selatan untuk singgah bersembahyang.La ni dah agak sunyi.Entahlah salah siapa orang ramai lebih tertumpu kesurau al-Mujahideen yang lebih makmur dengan kuliah ilmunya lebih tersibar luas,pencinta ilmu dari seluruh Perak utara ramai yang datang menadah telinga dan kitab.Gemulah matan imam ni orang kampung gelarnya Flowering haj.Entahlah betul ketidak tanya le anak-anaknya udin ke oman ke Jamaiyah ke dan Harussani tu,dulu depa kaya raya tanah meluak-luak,harta bertimbun sekarang, entah le, makan harta tak berkat

    ReplyDelete
  8. Kalau sayang kafir jadi kafir.......kalau UMNO sayang MCA dalam BN....tak kafir ke tu.....tolong bagi penjelasan Tok Mufti?

    ReplyDelete
  9. wooihh...mat manjung mari... baguih punya aria hangpa naa...munafik nampak


    minangkabau

    ReplyDelete
  10. cilipadi...tumpang nyampuk boleh ya..

    wat pe suruh Tok Mufti jelaskan...pencacai dia kan ada kat sini...nanti sat aku panggil

    Manjung Mari ooo Manjung Mari tulun jawap sat tuk Tok Mufti hang...

    amboi..ari tu baghuih punya hang ngata Lateefah Koya naa...mulut lebaq laa...cipap lebaq laa..skang ni hang mai jawap nak tengok anak saaaaaaaaapa yang x munafik nih..


    minangkabau

    ReplyDelete
  11. Minangkabau,
    Aku serius pasal Lateefah Koya Kuti tuh!! Walau pun aku pencen Navy tapi aku mampu pasang seorang lagi sebab kekuatan fizikal aku ada,mental pun ok. Dan bab-bab nafkah hidup tu Tok Guru kata 'Ulat Dlm Batu' pun boleh hidup! Awat hang boleh tolong adjust aku dgn dia ka?

    ReplyDelete
  12. Aku adha minyak senyonyong laki nor..tuuttt..bagi asal dari sa...tuuttt.. kalo hang nak aku boleh rekeman kat dia. Tapi dia ni orang umno laa

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?