Friday, March 05, 2010

Mufti Perak "Munafiq"..!

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Za'aba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama UMNO membentuk Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan UMNO kerana mendakwa UMNO adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan UMNO satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan Mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham Anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak 7 atau 8 tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap Anti-Islam," katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran Jawatan Menteri Besar dan EXCO kepada PAS dalam Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang Wakil Rakyat yang mewakili Ketua Badan Perhubungan UMNO Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas Mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (Perdana Menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi Kerajaan tak buat apa-apa pun.

"Jadi kita tak boleh harap dengan UMNO. Macam mana nak berpakat?" katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

Sumber - Malaysiakini

Munafiq

Munāfiq atau Munafik (kata benda, dari bahasa Arab: منافق, plural munāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam untuk merujuk pada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.

Terminologi munafik dalam Al Qur'an

Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman.
QS (63:1-3) (1)Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.(2)Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.(3)Yang demikian itu adalah karena bahwa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; karena itu mereka tidak dapat mengerti.
Ciri-ciri orang munafik

Berdasarkan hadits, Nabi Muhammad SAW mengatakan :"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya" (HR. Bukhari dan Muslim).

26 comments:

  1. Ahmad pAwang ada hati nak jadi calon le tu! hehe...

    Bila nak buat solat hajat secara marathon tu? aku pun nak join. Biar Allah tunjukkan siapa sebenarnya yang munafiq!

    Inilah mentaliti orang Pas, bila sahaja ada pendapat bertentangan dengan mereka, menyanggah bagai nak gila.

    Bila Tan Sri Harussani membantai kerajaan BN dan UMNO isu murtad dan lain - lain isu, terkinja - kinja menyokong macam beruk!

    Kalau nak buat solat hajat sampai mati pun tak kisah sebab niat dah lain bukan minta rahmat Allah tapi laknat Allah!!!

    UMNo di tuduh zalim tapi orang yang cakap 'Langkah mayat aku dlu kalo nak laksana hudud' dicium tapak kakinya..!

    Kesian Pas..parti paling lama di kalangan puaka bertiga..tapi paling senang diperkudakan!

    ReplyDelete
  2. Yang dok teringin jadi calun tu adalah tok mufti tu sendiri tahun 2004 dulu dah bersiap-siap nak jadi calun tetapi kolonel Hamid pi sabotaj dia,dan dia dinaikkan pangkat jadi mufti bertaraf exco,sebab tu masa PR perintah dulu 08 hingga 09 ada seorang exco pembangkang beliau ialah Hj.Harussani.

    ReplyDelete
  3. teman oghang peghak nak sangat dengo pak mat awang, hj hadi awang, tok nik ajis dan tuan man memunafikkan sahibussamahah Tan Sri Harussani di muka depan soghat habo pas ke, soghat habo bn ke, teman akan undi pr prk 13 akan datang. Sape le kome nak memunafikkan oghang lain. tinggi mane le ilmu kome. betaubat le kome ooi. allah maha pengampun.

    ReplyDelete
  4. anon 9.47pm, mike dah daftar mengundi kebelum? mike dah berkhatan ke?

    ReplyDelete
  5. Jadi sahlah yang Jamal, Jailu,Zahrain dan Mohsin dah jadi munafiq. Jadi buat apa umno nakkan orang munafiq kalau nak berjuang ke jalan yang benar. Umno ni tak faham islam ke atau dah murtad macam kata ulamak semak umno Harus sana-sini tu.

    ReplyDelete
  6. lengit betul laa local fighter ni...dialog basi karpal singh dia amek...

    tolong komen sikit bila nazri aziz kata kalimah Allah boleh digunakan kat sabah serawak je.

    siapa perkudakan siapa?



    pijak katak

    ReplyDelete
  7. Bahaya main hukum. Tanyalah Tok Guru Hadi, dia muda2 dulu pun duk main asyik hukum orang. Berkenaan dengan ulama Ahmad Awang ini, saya tak faham kenapa dia buka cerita rahsia perbincangan atau perbualan dia dengan Mufti Perak untuk tatapan umum. Saya fikir Mufti Perak itu percaya ulama Ahmad Awang seorang yang amanah dan simpan rahsia, mungkin sebab itu lah Mufti beri pandangan peribadinya kepada Ahmad Awang. Kalau ramai orang PAS macam Ahmad Awang, sudah tentu ramai orang UMNO tak buka cerita lagi kat orang PAS. Sebab orang PAS tak jaga amanah, buka cerita kepada semua orang. Saya pun kena berhati2 mulai sekarang,nampak Lebai PAS,jangan cerita apa2 diam saja.Bahaya Leabi PAS sukar dipercayai.

    ReplyDelete
  8. HA..HA..HA...

    NIK AZIZ PUN SAMA SOKONG KERAJAAN PERPADUAN..?
    HABIS TU NAK PERCAYA SAPA LAGI....?
    NIK AZIZ TALI BARUT UMNO KA?
    KENA LA JATUH NIK AZIZ JUGA SEKALI..BUKAN HJ HADI AND THE GENG SAHAJA...

    HA...HA...HA....

    BANYAKNYA ORG MUNAFIK DLM PAS NI YE...

    ReplyDelete
  9. Woi mangkok,
    Itu cuma yang kau dengar dari Pak Mufti saja...
    Hang mana boleh terus tuduh saja macam tu...
    Hang kena tanya TGNA....hang kena tanya THHA.....hang kena tanya Dr Harun Din.... betul ka mereka setuju.....atau....may be partly agreed but with conditions..???
    Haaaaaa......itu hang kena paham.
    Mungkin Pak Mufti tu syok sendiri kot.....atau tak paham apa yang TGNA,TGHA & Dr Haron Din cakap?
    Maklum lah too excited....jadi...Pak Mufti tu bawak la cerita bagus punya kat Ustaz Ahmad Awang....sedangkan ia adalah sebaliknya.

    ReplyDelete
  10. lg skali aku nak ckp nih,

    mufti ni hanya layak dipanggil MUFTI PUKIMAK

    ReplyDelete
  11. Anoy 1:21 celaka betul mulut longkang kau tu, memang dasar golongan pencarut.. yang kau tahu hanya carutkan org je...aku percaya bukan mak bapak kau yg ajar semua tu tapi ajaran sesat dari puak2 PASIAL..

    ReplyDelete
  12. bullshit! PAS!... PAS~~~ Parti Angkatan Sajjin nak tahu apa dier Sajjin bahagian kepada ahli2 yang dah menyimpang dang kemaruk kuasa dan nikmat di dunia macam ahmad nie..

    jika orang lain masuk Team diorang Halal.. tapi jika orang dier masuk Team lain Haram.. ajaran songsang aper ni.. hahahahahaha bullshit!..

    ReplyDelete
  13. nak tahu suatu hari nanti di malaysia bila dah perdana menteri dari pr ni duduk kat perusi empuk pm tu.. mahkamah2 di malaysia akan di hakimi oleh orang kristian dan hindu.. demokrasi bakal dibawah oleh kerajaan PR Pakatan Rojak Perosak Rakyat

    dah nampak da..seperti apa yang terjadi kepada ZN@Zulkifle Nordin pasai isu dan kes kalimah Allah yang menghakimi dier aktivis kristian dan hindu ???^>?*#@%&*-+x:':"@#%$

    ReplyDelete
  14. anon 6.05am, andapun dah sewel macam zul nordin!

    ReplyDelete
  15. 1.nak spin apa lagi ahmad awang oii!
    2.Manusia bukan perakam yang istimewa seperti 2 malaikat yang dok rakam dikiri dan kanan kita tu!
    3.Yang penting fakta ada !
    4.Pakailah c200k tu!wah!hebat dan bergaya!tak jadi YB lagi!kalau jadi YB!S350 agaknya!!
    5.Ulamak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  16. Hek eleh..asyik2 hujah karpal singh yang kata "langkah mayat..bla..bla.." Hoi.. itu tak menghairankan lah sebab die bukan Islam dan TAK PAHAM APA-APA PUN PASAL HUDUD..
    Ni yang UMNO yang Islam sejak azali lagi ni YANG TAK PAHAM-PAHAM..yang tergamak kata
    "laksana hukum Islam negara huru-hara".. ni barulah kata-kata bongek dari orang Islam...

    ReplyDelete
  17. HISHAMMUDDIN KERISMarch 6, 2010 at 8:55 AM

    AUW AUW AUW AUW AUW AUW AUW AUW

    ReplyDelete
  18. anon 2:18, kau pun apa kurang? mak bapak kau tak ajar ke? sama PUKIMAK mcmmufti tu. kecik2 tak nak mampos

    ReplyDelete
  19. woitt...mencarut nampak anon-anon umnok ni kata PASIAL...

    anon-anon umnok...cuba raba telor ko dalam seluar ade x...kalo ade...tu maknanya PAS dan PR telah menjalankan tanggungjawap mempertahankan rakyatnya dari terus dirompak...ade paham

    simple kan...nak bezakan sape sial...

    nak aku bagi dalil-dalil rakyat kena rompak x..?


    minangkabau

    ReplyDelete
  20. Salam,

    saya kira apabila sesorang yang dalam keadaan marah yang maksimum akan mengeluarkan perkataan yang tak sedap didengar seperti mencarut. Itu adalah lumrah reaksi spontan yang akan terjadi apabila sesorang yang sedang marah.

    Pokok pangkalnya kenapa mereka bertindak sedemikian? Apakah kesan kepada mereka yang mencarut serta kesan kepada mereka yang dicarutkan.

    Saya kira orang yang mencarut tidak mengalami kesan apa-apa kerana beliau adalah orang biasa yang tidak dikenali yang berada di dalam kelompok lebih 20 juta rakyat Malaysia ini. Bukan mufti, ulama atau ustaz pun mereka tu. Jadi itu adalah perkara biasa. Nak marah pun tak guna.

    Kesan yang paling ketara ialah orang yang dicarut kerana orang ini hanya ada beberapa kerat sahaja serta mereka ini dikenali seluruh Malaysia.

    Jadi, harapan saya ialah agar orang-orang yang dikenali ini agar menjaga tingkah laku mereka agar tidak dicarut lagi. Jangan temberang lagi.

    Pesanan ini juga ditujukan kepada Haji Hadi presiden PAS agar jangan lagi temberang rakyat. Jangan sampai nanti ada hamba Allah yang mencarutkan seorang presiden sebuah parti Islam. Malu 1Malaysia mendengarnya. Macam mana kita nak marahkan orang yang mencarut? Boleh ke kita mengawal emosi mereka dalam dunia tanpa sempanan ini?

    Kalau rasa dah tak mampu memerintah maka letaklah jawatan serta berikan kepada sesiapa yang layak. Bukankah ia suatu kezaliman bila kita meletakkan sesuatu itu tidak kena pada tempatnya? Berikan sahaja jawatan tu kepada mereka yang pakar dalam politik serta mempunyai ilmu agama yang tinggi serta bukan kaki temberang.

    Fikir-fikirkanlah kerana yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari kesilapan saya sendiri.

    Wallahualam...

    ReplyDelete
  21. 1. Pada thn 1994 pas k'tan membawa usul perlaksanaan hukum hudud d k'tan. Siapakah yg enentangnya?
    A. Umno
    B. Dap/Mca
    C. Mic
    2. Pada thn 2000 pas T'ganu membawa usul perlaksanaan hukum hudud d T'ganu siapakah yg menentangnya?
    A. Umno
    B. Dap/Mca
    C. Mic
    3. Apakah kenyataan Tun M semasa persidangan Umno pada thn 1994?
    A. Hudud wajib d laksanakan.
    B. Hukum hudud dapat memberi kemakmuran.
    C. Kalau semua org islam d potong tgn mcm mana org islam nak maju.
    4. Apakah kenyataan Najib perihal Hukum Hudud?
    A. Negara akan makmur jika hudud d tegakkan.
    B. Negara akan huru hara jika hudud d laksanakan.
    C. Negara akan hilang jika hudud d laksanakan.
    Sila jawap semua soalan d atas.

    ReplyDelete
  22. Apa laa korang ni..
    Nak munafik kan org...
    Tak de keje lain ker...

    Pi laa dakwah kat org bukan Islam tuh..
    Kan lebih berpaedah...
    Kesian kat org bukan Islam..
    Tak de org nak dakwah kat diorang..

    ReplyDelete
  23. Anon atas pagar,,,ini zon politik....kalau tak suka politik pegi main jauh2...n than sape yg kata Islam tak boleh campuraduk ngn politik,,,org tu bodoh dan buta sejarah Islam...

    ReplyDelete
  24. hahaha gaduh2 jngan tak gaduh......

    ReplyDelete
  25. Jadi simpul-simpul, ini macam lah orang Islam. Cakap mesti carut2, maki sana, maki sini. Patutlah dimana-mana orang cakap Islam terrorist. Baru cakap sudah ini macam. Nanti jumpa lagi teruk. Ini macam punya ugama, sapa mahu ikut.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?