Friday, March 05, 2010

Tuanku Ismail Petra mohon maaf tidak dapat temui rakyat

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra memohon maaf kepada rakyat jelata kerana tidak dapat bersama mereka sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dari Singapura tengah hari ini.

Titah tersebut disampaikan melalui anakanda ketiga Baginda, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra ketika ditemui di pekarangan Istana Mahkota di sini hari ini.

Tengku Muhammad Fakhry berkata, Baginda terpaksa dibawa pulang ke Istana Mahkota dengan segera atas arahan doktor memandangkan keadaan Baginda yang belum pulih sepenuhnya dan terpaksa melalui perjalanan jauh dari Singapura.

12 comments:

  1. Semoga raja Kelantan bertambah pulih dan sehat sepenuhnya...nasib baik tak sempat jumpa Ibrahim Ali.. bukan apa takut dari nak sehat nanti bertambah gering pulak baginda..

    ReplyDelete
  2. Kenapa kesemua titah tuanku disampaikan melalui Tengku Temenggung dan bukan Tengku Mahkota @ Pemangku Raja?

    ReplyDelete
  3. ana pun pelik juga, sepatutnya Tengku Mahkota/pemangku Sultan, hanya pihak Istana sahaj yang boleh jawap..

    ReplyDelete
  4. Itu yang aku nak ketawa tu....
    Raja Katak pun boleh ada kat situ...
    Memang jenis tebal lah kulit muka dia..
    Heeeee.....kalau aku entah la.....terpaksa tutup muka dengan plastik sampah hitam kalau nak keluar......malu wooooo....orang panggil Raja Katak.

    ReplyDelete
  5. apa yg nak pelik bila TT yg bercakap???? dia kan gila glamer...tgk aje la bini dia tu..hahahaha...lagi detail nak tahu tanya si husam musa.. 2-2 orang ni sedang dilamun mimpi2 yg indah...hahahaha

    cuma aku nak jugak tahu...adakah semua yg mamat ni cakap tu titah dr DYMM sultan?? atau ambil kesempatan dari keadaan baginda..

    ReplyDelete
  6. Tak pernah2 seorang Tengku Temenggong menjadi jurucakap istana ketika Tengku Mahkota masih segar bugar berada didalam negeri.

    Ada udang disebalik batu ni...!

    ReplyDelete
  7. Ya hairan betol lah...Tg Mahkota dok ada.....Tg Temenggong yg lebih2.

    Tapi ...memang betol lah...."ADA BUAYA DI SEBALIK BATU"

    Sbb tu beriya2 benar 4-jahanam tu merapatkan diri pada Tg Temengggong.

    ReplyDelete
  8. 1.apa jadi dengan negeri serambi mekah ni!
    2.Kerabat berbalah!
    3.Pas sesama pas berbalah!
    4.Pas. umno pun berbalah!
    5.Doa dah dipekenan Allah kot!!!!

    ReplyDelete
  9. anon 6/2 8.11 am

    takkan sampai rukun ke 5 shj. Rukun ke 6 kan ada lagi:

    6. Umno sesama unmo pun berbalah, lagi parah bila nak agih wang ehse nanti.

    ReplyDelete
  10. kawe sokong Tengku Faris!!!

    ReplyDelete
  11. pihak mana yang buang tabiat ni?

    ReplyDelete
  12. Bila masa temenggong Fikry tu kahwin dgn Monahara tu hah??? Tiba2 aja Monahara timbol jadi pengapit dia? Siapa sebenarnya Monahara tu????

    Macam cerita zaman dulu aja? FAHAM-faham la noh....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?