Wednesday, April 14, 2010

Ekslusif: Biografi & Menifesto Dato' Zaid Ibrahim

*Sila muat turun disini dan sini untuk bahan cetakan dan sebaran.

Nama: Mohd. Zaid Ibrahim

Umur: Lahir pada tahun 1951 di Kelantan

Pendidikan: Ijazah Undang-Undang, LLB Hons (1974) Barrister at Law Inner Temple 1975

Kerjaya: Bersara (100% Ahli Politik Sekarang)

Website: http://myzaidibrahim.wordpress.com/

Twiter: http://twitter.com/zaidibrahim

Facebook: Datuk Zaid Ibrahim

Sejarah pembabitan dalam politik

Mula berkecimpung di bidang politik pada tahun 1986 melalui UMNO, walaupun mula aktif hanya selepas tahun 1990.

2001: Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu.

2003: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO.

2004-2008: Ahli Parlimen BN Kota Bharu, yang pertama sejak 1990.

2005: Digantung dari jawatan Ketua Bahagian dan digugurkan sebagai calon 2008.

Mac 2008: Dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (portfolio undang-undang & reformasi badan kehakiman).

Sept 2008: Meletakkan jawatan Senator dan Menteri sebagai protes penggunaan ISA ke atas 3 rakyat Malaysia.

Dec 2008: Dipecat dari UMNO kerana menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang pendiriannya mengenai ISA.

Jun 2009: Menganggotai PKR. Seterusnya dilantik sebagai menjadi anggota Majlis Tertinggi PKR, AJK Biro Politik PKR dan Penyelaras Pakatan Rakyat.

Dalam masa 25 tahun bermula 1987 - Datuk Zaid berjaya menubohkan syarikat guaman Zaid Ibrahim & CO dari hanya mempunyai saorang peguam hinggalah melebehi 140 orang pada tahun 2008 menjadikan firma itu yang terbesar di negara. Beliau bersara dari syarikat tersebut bila menerima jawatan Menteri pada tahun 2008.

Keadilan untuk Semua

Datuk Zaid Ibrahim memberikan perhatian berat terhadap aspek sistem perundangan kita yang tidak adil, termasuklah penggunaan ISA dan keperluan reformasi badan kehakiman.

Beliau percaya keadilan adalah untuk semua dan menolak politik perkauman.

Beliau berhasrat mempertingkatkan ketelusan dalam Kerajaan – dari memperbaiki ketelusan dalam pentadbiran Petronas dan FELDA sehinggalah usaha untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan.

Datang dari keluarga yang miskin, beliau juga amat prihatin terhadap masalah kemiskinan, hak tanah dan kebajikan rakyat, termasuklah tanah adat Orang Asal.

Datuk Zaid juga aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di luar arena politik.

Beliau berhasrat untuk mengembalikan politik Malaysia sebagai politik yang berbincang tentang dasar dan kebajikan rakyat dan politik yang memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat.

Kerja-kerja kebajikan & penerbitan

Pengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), 1998.
Pengasas MyFuture Foundation, yayasan mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia, 2008.

Buku

Dari Hati yang Ikhlas, 2007 & Saya pun Melayu, 2009

Turut terlibat dalam usaha memelihara kesenian tradisi Melayu Kelantan.

Latarbelakang Keluarga & Pendidikan Awal

Datuk Zaid Ibrahim dilahirkan di Kampung Chap - Bachok, Kelantan pada tahun 1951 dalam sebuahkeluarga kampung biasa di kawasan pedalaman. memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Marak berhampiran dengan kampungnya, di mana beliau terpaksa berjalan kaki selama sejam setiap kali pergi dan pulang dari sekolah

Menyambung pelajaran ke Sekolah Rendah Sultan Ismail, apabila keluarganya berpindah di kawasan setinggan di Kota Bharu, selepas ayah beliau, yang sebelum ini membuat kerja-kerja kampung sambil berniaga kecil-kecilan untuk menyara keluarga, mula berniaga ayam di pasar besar Kota Bharu.

Semasa berada dalam darjah lima, beliau menerima Biasiswa Kecil Persekutuan sebanyak RM15 sebulan berdasarkan prestasi baik pelajaran beliau dan kesulitan kewangan keluarganya, “saat paling menggembirakan dalam hidup saya” kerana tanpa bantuan tersebut, beliau berkemungkinan tidak dapat meneruskan persekolahannya.

Dengan tekad usahanya menumpukan perhatian terhadap pelajaran di samping mengembangkan minat membaca di masa lapang di perpustakaan awam di Kota Bharu, Datuk Zaid akhirnya berjaya ke salah sebuah sekolah menengah yang terbaik di Kota Bharu iaitu Kolej Sultan Ismail.

Kemahuan beliau untuk menimba ilmu, meluaskan pergaulan dan mencari pengalaman baru di negeri orang, berbekalkan duit saku RM5 dari ayahnya, Datuk Zaid berpindah ke Johor Bharu atas pilihannya sendiri untuk meneruskan pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar di Johor Bharu.

Walaupun latarbelakang keluarganya jauh berbeza jika dibandingkan dengan kebanyakan pelajar-pelajar di Maktab tersebut, dan ada merasa sedikit terpinggir sebagai orang luar dan pertama kali pula bergaul dengan orang-orang bukan Melayu, dengan galakan dari guru-gurunya, Datuk Zaid berjaya memupuk bakat berpidatonya sehingga mewakili sekolah sebagai pendebat Bahasa Inggeris.

Selepas di Johor Bharu, Datuk Zaid meneruskan pendidikan tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh, di mana beliau mula berjinak-jinak dengan bahan bacaan politik dan sastera di samping meneruskan minat berpidato dan menulis.

Pendidikan Tinggi

Datuk Zaid akhirnya melanjutkan pelajaran di bidang undang-undang di Institut Teknologi Mara (ITM) di Shah Alam pada tahun 1971. Di ITM, Datuk Zaid meneruskan minatnya dalam bidang berpidato dan mula aktif dalam persatuan pelajar. Selepas menerima ijazah beliau tiga tahun kemudian, beliau bekerja sebagai eksekutif jualan di Pulau Pinang selama setahun untuk meringankan beban kewangan keluarganya dahulu di kampung.

Beliau kemudiannya ke London dengan pinjaman MARA untuk mengambil peperiksaan akhir Bar. Akibat kesilapan di peringkat pemerosesan permohonan, pinjaman yang diterima tidak merangkumi bayaran tuisyen, menyebabkan beliau terpaksa belajar sendiri dengan meminjam nota dari teman-temannya di sebelah malam. Namun begitu, beliau berjaya lulus peperiksaan Bar dalam masa 6 bulan.

Kerjaya Guaman

Selepas pulang ke tanah air, Dato Zaid memulakan latihan chambering beliau dengan syarikat guaman Shook Lin & Bok, syarikat guaman terbesar di Malaysia pada masa itu. Dari 1976-1979, beliau memulakan kerjaya guamannya bersama dengan firma Raja Aziz Addruse sebelum menimba pengalaman di firma-firma lain.

Pada tahun 1987, Datuk Zaid nekad untuk menubuhkan syarikat guamannya sendiri, Zaid Ibrahim & Co (ZICO). Walau dihimpit cabaran kewangan kerana tidak mempunyai senarai pelanggan besar yang kukuh pada awalnya, selepas berjaya diterima sebagai syarikat guaman untuk UEM-Plus Highway, ZICO mula diterima oleh pelanggan korporat dalam dan luar negara.

Dengan rakan kongsi yang pintar dan setia dan reputasi perkhidmatan guaman yang cemerlang, selepas 30 tahun, ZICO kini adalah syarikat guaman terbesar di Malaysia, dengan lebih 130 orang peguam dan ratusan pekerja lain dengan pejabat cawangan di Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu. Sejurus selepas dilantik menjadi menteri, Datuk Zaid Ibrahim melepaskan kepentingannya di dalam ZICO.

Politik

Pendedahan politik awal Datuk Zaid mula semenjak usia remaja tatkala mula mengikut ayahnya mendengar ceramah-ceramah pemimpin politik era 1960an di Kota Bharu, terutamanya sekali para pemidato PAS yang hebat. Dato Zaid mula menjadi ahli UMNO Bukit Bintang sekitar 1986 tetapi mula bergiat secara lebih aktif di Kelantan selepas pilihanraya 1990.

Pada tahun 2001, beliau berjaya menjadi Ketua Cawangan UMNO Kota Bharu dan kemudian dipilih menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada tahun 2003. Kerana dilihat telah mempersoalkan kuasa pemimpin UMNO, pada tahun 2005, beliau digantung dari jawatan Ketua Cawangan Kota Bharu. Namun, beliau masih terpilih menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional Kota Bharu dari 2004-2008.

Walaupun tidak terpilih untuk bertanding dalam pilihanraya 2008, dan menyuarakan pandangan kritisnya secara terbuka terhadap hala tuju Barisan Nasional dan masalah kepemimpinan di dalam UMNO sejurus selepas Mar 8, 2008, Datuk Zaid ditawarkan jawatan sebagai Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk “untuk membuat perubahan dalam sistem perundangan dan badan kehakiman”.

Tidak sampai beberapa hari selepas menjadi menteri, Datuk Zaid memulakan proses memohon maaf terhadap hakim-hakim yang dipecat semasa Krisis Kehakiman 1988 dan pemberian saguhati kepada mereka walaupun dikritik hebat oleh pelbagai pihak di dalam UMNO.

Namun pada September 2008, selepas 5 bulan dan 27 hari, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan atas dasar prinsip kerana tidak bersetuju dengan penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin, Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menjadikannya Menteri paling singkat perkhidmatannya di Malaysia, dan Menteri yang benar-benar meletakkan jawatan atas dasar prinsip.

Selepas menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang isu ISA pada bulan yang sama dan muncul di majlis-majlis anjuran parti pembangkang selepas itu, Dato Zaid Ibrahim akhirnya dipecat dari UMNO pada Disember 2008.

Pada bulan Jun 2009, Datuk Zaid Ibrahim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah yakin akan landasan parti tersebut dalam memperjuangkan hak rakyat dan demokrasi tanpa bersandarkan pada sentimen perkauman. Datuk Zaid Ibrahim sekarang merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan AJK Biro Politik PKR dan berperanan sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat.

Kerja-kerja Kebajikan dan Sosial

Sebagai seorang yang dibesarkan dalam keluarga yang susah, Datuk Zaid Ibrahim mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap masalah kemiskinan dan kebajikan rakyat biasa. Seawal tahun 1998, Dato Zaid dan isterinya telah menubuhkan Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK) di Pengkalan Chepa untuk memberikan perkhidmatan kepada terutamanya warga emas yang kurang upaya seperti melibatkan mereka dalam kegiatan riadah dan berkebun.

Kini YOKUK menawarkan khidmat kebajikan dan pemulihan percuma kepada lebih 2,500 warga kurang upaya tanpa mengira kaum, usia ataupun jenis ketidak upayaan mereka. Antara khidmat yang diberikan YOKUK termasuklah pelbagai jenis terapi dan perkhidmatan pengangkutan. YOKUK juga merancang untuk menyediakan/memperbaiki 500 rumah warga kurang upaya yang memerlukan bantuan di Kelantan.

Pada tahun 2008, beliau menubuhkan MyFuture Foundation, sebuah yayasan yang bergiat untuk mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia. Beliau juga telah menulis dua buah buku, Dari Hati yang Ikhlas dan Saya pun Melayu, yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan milik keluarganya, yang ditubuhkan untuk menggalakkan budaya penerbitan tempatan.

Selain daripada itu, Dato Zaid Ibrahim juga aktif dalam usaha memelihara kesenian tradisi Melayu Kelantan kerana beliau percaya kebudayaan warisan turun-temurunlah yang dapat memberi pengisian terhadap jatidiri anak bangsa.

Datuk Zaid Ibrahim juga menulis di blognya di http://myzaidibrahim.wordpress.com/ dan berkomunikasi melalui http://twitter.com/zaidibrahim dan di Facebook.

Menyumbangkan Tenaga dan Khidmat untuk Rakyat

Matlamat Datuk Zaid Ibrahim ke Parlimen adalah untuk menyumbangkan tenaga beliau kepada negara yang kita cintai dan melihara kepentingan rakyat dan demokrasi di mana “rakyat dapat hidup selesa tanpa takut ditahan pada pagi hari kerana pandangan politiknya malam tadi”.

Beliau mahu membantu memastikan yang undang-undang negara mesti berteraskan keadilan dan tidak lagi disalahgunakan untuk melindungi kepentingan elit di negara kita yang sudah merugikan rakyat berbilion-billion ringgit selama ini. Penyelewangan kuasa dan rasuah dan penggubalan dasar-dasar yang tidak adil Kerajaan BN telah banyak merugikan dan memiskinkan rakyat, yang dapat dilihat dari masalah tanah yang tidak selesai ke persoalan perumahan dan pendidikan sehinggalah ke pengurusan Petronas yang tidak telus.

Beliau yakin rakyat Malaysia tiada sebab untuk tidak dapat hidup dengan selesa dengan limpah kurnia kekayaan negara ini melainkan disebabkan pilihan-pilihan politik yang buruk dan kerakusan pemimpin memperkayakan diri dan kroni-kroni mereka. Datuk Zaid amat prihatin terhadap nasib masyarakat yang terpinggir, samada disebabkan oleh kemiskinan, masalah kurang upaya ataupun penindasan sistematik yang meminggirkan kaum petani, buruh ladang dan Orang Asal yang masih berleluasa di negara kita.

Datuk Zaid Ibrahim sudah sering mengutarakan bahawa politik di Malaysia sudah lama ‘sakit’ dan harus diangkat mertabatnya. Kita harus berpindah dari kata nista dan serangan berbentuk pribadi, atau tindakan-tindakan yang berbaur perkauman yang melambangkan percaturan politik yang dangkal pemerintah BN, kepada perdebatan tentang dasar dan halatuju negara kita. Tanpa dasar-dasar yang baik, rakyat tidak kira kaum dan budaya akan merasa terpinggir di negara sendiri.

Keadilan dan Kebajikan untuk Semua

Penglibatan aktif Datuk Zaid Ibrahim dalam kerja-kerja kebajikan, keterbukaannya dalam mengkritik dasar-dasar Kerajaan BN yang tidak adil walau ketika beliau masih lagi bersama BN, keberaniannya sebagai Menteri yang mengusulkan proses meminta maaf kepada hakim-hakim yang dipecat oleh kerajaan pada tahun 1988 dan Menteri yang meletakkan jawatan atas dasar prinsip menentang konsep penahanan tanpa bicara menunjukkan ketulusan beliau untuk menjaga proses demokrasi, keadilan dan kebajikan masyarakat keseluruhannya.

Malah, Datuk Zaid Ibrahim telah memaklumkan dengan jelas bahawa beliau telah menerima tawaran menjadi Menteri undang-undang atas prinsip mahu membantu Kerajaan BN untuk berubah, menghentikan penyalahgunaan kuasa perundangan dan memperbaiki ketelusan dalam proses kehakiman negara. Beliau akhirnya melepaskan jawatan tersebut sambil meminta maaf dengan rendah hati kepada rakyat atas “kegagalan merubah BN”.

Politik Hak, Demokrasi & Kebajikan

Keadilan itu untuk Semua: Penolakan politik perkauman

Kita mesti menolak politik perkauman dengan sekeras-kerasnya. Ini hanya akan dapat dilakukan dengan baik jika kita bersungguh-sungguh menghargai keragaman kebudayaan rakyat kita. Kita mesti menghormati dan mempertahankan hak saksama setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama tanpa mengabaikan kumpulan-kumpulan terpinggir yang perlu diberikan bantuan. Inilah tuntutan agama Islam dan inilah tuntutan Perlembagaan Malaysia.

Ketuanan Rakyat & Keluhuran Perlembagaan

Kita mesti membela ketuanan rakyat dengan memartabatkan kuasa rakyat dan memelihara proses-proses dan badan-badan yang menjaga demokrasi. Beliau percaya bahawa pilihan-pilihan politik yang bijak hanya akan diambil oleh rakyat yang mempunyai kuasa. Jika mana-mana perkumpulan rakyat ada mengemukakan permasalahan dan tuntutan-tuntutan yang wajar, samada Melayu, Cina, India, Orang Asal atau apapun kaum dan pekerjaan mereka, Kerajaan yang ihsan wajib membantu mereka.

Reformasi Politik & Kepemerintahan Negara

Proses politik kita mestilah memerdekakan dan membebaskan rakyat negara ini dari belenggu kuku besi, perkauman, gejala rasuah dan ketidakadilan.

ISU

Kontroversi tentang keistimewaan kaum Bumiputra

Kerana kritikannya terhadap UMNO yang sudah tenat dengan budaya-budaya tidak sihat, Datuk Zaid Ibrahim memang sudah sering diserang oleh kumpulan-kumpulan yang menggunakan unsur-unsur perkauman untuk melindungi kepentingan-kepentingan politik dan ekonomi mereka.

Sebagai seorang Bumiputra yang berasal dari keluarga miskin, beliau sudah tentu tidak menentang dasar untuk membantu kaum Bumiputra yang memerlukan. Apa-apa juga dasar yang membantu membasmi kemiskinan dan memberi keistimewaan terhadap orang-orang miskin dan terpinggir, mestilah diteruskan. Namun, kebimbangan beliau terhadap kesan buruk penyalahgunaan ‘keistimewaan’ ini kepada negara kita sering diwar-warkan oleh pihak BN sebagai ‘bukti’ beliau mempersoalkan peruntukan perlembagaan terhadap kaum Bumiputra.

Dasar apa pun tidak boleh disalahgunakan untuk membolehkan penerimaan faedah tanpa usul periksa tentang latarbelakang ekonomi seseorang. Datuk Zaid sebenarnya amat bimbang bahawa Dasar Ekonomi Baru telah menjadi ‘Dasar Ekonomi UMNO’, yang mana ia menggalakkan pemberian subsidi dan bantuan melampaui batas, yang memberikan projek-projek besar negara untuk memperkayakan Bumiputra yang sudah cukup serba serbi dan untuk jentera parti, tanpa memerlukan si penerima faedah berusaha gigih dan berdikari.

Dasar yang disalahgunakan bukan sahaja merugikan negara, tetapi boleh merugikan kaum Bumiputra itu sendiri. Datuk Zaid mahu melihat generasi muda kita memahami bahawa tidak ada jalan mudah dalam hidup ini untuk mencapai kejayaan. Para jutawan Melayu yang cuba diwujudkan oleh Mahathir Mohamad selama 22 tahun memerintah berjaya hidup dengan kemewahan melimpah ruah tetapi kerana menerima habuan dengan mudah dan tanpa ketelusan, mereka tidak mengenal erti susah payah menguruskan perniagaan, dan akhirnya di ambang krisis ekonomi 1998, banyak syarikat mereka lingkup – malah ada yang terpaksa diselamatkan oleh kerajaan dengan wang rakyat yang datang dari semua kaum. Ini belum lagi kita bercerita tentang budaya ali-baba yang ‘menjual’ nama Melayu untuk habuan sendiri tanpa apa-apa usaha. Tabiat-tabiat seperti inilah yang sebenarnya memalukan bangsa.

Semua rakyat harus memahami hakikat ini sedalam-dalamnya. Kejayaan hanya akan dapat diperolehi dengan peningkatan ilmu dan keupayaan secara gigih. Tidak ada kejayaan yang dicapai oleh mana-mana bangsa di dunia ini dengan pertolongan kerajaan semata-mata. Jika kita benar-benar berasa gusar tentang nasib dan masa hadapan bangsa, jalan terbaik kita adalah mempertingkatkan ilmu, berusaha dan bersaing dengan cekal dan tulus, bersikap terbuka terhadap sebarang kritikan, sindiran dan rintangan serta menolak budaya rasuah dan mengampu.

Kegemilangan bangsa tidak akan dapat dicapai dengan menyemburkan api perkauman dan menyalahertikan ‘keistimewaan’ sebagai ‘ketuanan’ mutlak. Kedua-dua ini adalah perkara yang mempunyai implikasi yang jauh berbeda. Jika kita mahu menjadi Tuan, kita mesti bekerja keras, itu sahaja caranya. Melaungkan tuntutan-tuntutan tanpa janji untuk berusaha keras dan dengan nada berbaur perkauman pula, disertai adegan mencium-cium keris, tidak akan merubah nasib sesebuah bangsa itu. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu sendiri jika sesuatu bangsa itu sendiri tidak berubah.

Seseorang yang menyuarakan pandangan mereka dengan jujur dan tenang, walaupun kedengaran kritis, bukanlah seorang pengkhianat bangsa dan negara. Orang-orang yang berbahaya kepada bangsa dan negara sebenarnya adalah mereka yang meletakkan kepentingan diri di atas kepentingan rakyat. Inilah orang-orang yang menjual nama bangsa untuk mendapatkan habuan tanpa bekerja keras, orang-orang yang merompak harta kekayaan negara, orang-orang yang tidak menghormati hak-hak rakyat, orang-orang yang menahan warga tanpa membenarkan mereka dibicara, orang-orang yang menggubal undang-undang yang tidak adil dan mereka-mereka yang senang menggalakkan prejudis perkauman.


Orang Asal: Mengembalikan Hak Tanah Adat

Datuk Zaid Ibrahim telah banyak menyuarakan keprihatinannya terhadap nasib Orang Asal di Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia. Beliau telah banyak berbincang dengan peguam dan aktivis hak tanah adat di Sarawak berserta melawat perkampungan Orang Asal di Bidor dan Temerloh bagi mengetahui dengan lebih jelas permasalahan-permasalahan mereka. Beliau juga telah menyatakan sokongan beliau tentang pentingnya Malaysia menggubal Dasar tentang Hak-Hak Orang Asal Malaysia bagi menjamin kesejahteraan masyarakat tersebut dan hak tanah adat mereka.

Apabila lebih 2,000 Orang Asal telah berarak ke Putrajaya untuk menyerahkan memorandum mereka yang menceritakan hal-hal penganiayaan di tangan kerajaan BN selama lebih 50 tahun, tentang tanah nenek-moyang mereka yang dirampas dan diambil untuk pembangunan tauke-tauke besar BN dan hanya memberi pampasan 6 ekar sekeluarga kepada mereka, beliau turut menyatakan kegusaran beliau bahawa Orang Asli Semenanjung tidak disenaraikan sebagai “Bumiputra” oleh Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persukutuan. Beliau percaya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal, tetapi juga disebabkan kemiskinan mereka.

Datuk Zaid Ibrahim mahu menumpukan perhatian terhadap pengiktirafan hak tanah adat kaum Orang Asal seperti yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyelesaikan permasalahan tanah adat Orang Asli di negeri ini.

Kemiskinan, Isu Tanah & Kebajikan Semua

Datuk Zaid Ibrahim amat sedar tentang masalah kemiskinan yang melanda kaum buruh ladang di Hulu Selangor dan kehidupan mereka yang tidak cukup serba serbi, terutamanya dari segi kemudahan awam. Begitu juga dengan permasalahan pemilikan tanah rakyat yang tidak selesai-selesai sehingga kini dan kegusaran pemilik tanah bahawa tanah mereka sedang diintai oleh pihak-pihak tertentu.

Apabila rakyat biasa sulit untuk mendapatkan jaminan tentang hak-hak mereka setelah lebih 50 tahun merdeka, perkara ini tentunya ada kena mengena dengan dasar dan cara pentadbiran Kerajaan BN selama ini yang tidak telus serta tidak menghormati hak rakyat kecil dan kebajikan mereka.

Dengan memperkenalkan dasar-dasar yang lebih baik yang menjamin hak-hak ini, mempertingkatkan ketelusan dalam pengurusan tanah dan kebajikan awam, membudayakan proses perundingan bersama rakyat dan mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kepentingan bersama dan bukannya pihak yang sudah kaya raya, Datuk Zaid Ibrahim percaya permasalahan sebegini akan dapat diselesaikan dengan baik.

15 comments:

  1. pasal dia dah geng PR ... apa yg dia buat ... semua nampak elok je la..... kununnya ..... wakakakaka.... tapi dia tak sokong islam ......
    aku ingat la, kalau PAS buh calon dia, atau ada melayu lain yg jadi calon Bebas, konfem calon Bebas tu akan menang .... psl MIC, org tak nak, Zaid Ibrahim ni org luar, tak bagus mana pun rekod dia ... walaupun yg ditunjukkan kat sini yg kununnya 'bagus'... tapi yg buruk pasal dia tak ditulis ..... apa pun .... kesian kat org2 melayu hulu selangor ... mentang2 la hulu... calon2 yg disediakan pun takde kualiti ..... walaupun calon MIC tu nama MUTU ...wakakakaka!!!

    ReplyDelete
  2. PKR membuat pilihan yg tepat, Zaid seorg yg berprinsip, pemimpin seperti ini memang tak wujud dalam parti UMNO
    apapun peluang PKR utk mengekalkan kerusi amat tipis, Bn telah berjaya dalam mengalihkan perhatian rakyat melalui media arus perdana yg menjadi rujukan penduduk disana. Sentimen perkauman di jadikan senjata, pertelingkahan dlm PR dijadikan isu besar, PR gagal utk counterbcak walaupun telah dingatkan berkali-kali.. apa pun sokongan pengundi india akan jadi penentu.. org melayu akan memilih BN, cina PKR, jadi sekali lagi org india diperlukan dlm PRK kali ini utk menentukan kemenangan calon parti yg bertanding.

    ReplyDelete
  3. calon luar ke , tempatan ke itu xpenting, yang penting kasi gegar itu parlimen, pasal kawasan xpa, adun2 ngan kerajaan nageri kan boleh cover.. kasi terberak itu pasir salak, rembau, sri gading, kinabatangan, terutama sekali pekan..

    ReplyDelete
  4. Puuuuyooo...baik tul laa awee zaid ni ngape umno buang eks...ish..rugi tul..untung laa orang hulu selanor kalau dapat Saorang pengamal freethinker dan kaki mabuk. penyokong sister-in-islam, sokong IFC dan penyokong kuat dasar malaysian malaysia DAP. Beliau juga mempunyai kuda lumba empat ekor disingapura. Melayu kentan ni jugak la yang kuat menembak tok ajis dan pas berkenaan dengan isu hukum hudud.

    kah kah kah...rupanya si poji ni buta mata dan pekak telinga..selama ni dia tak tau apa yang zaid dah lakukan...ehmmm nak bodek kut maklum laa zaid tu pitis banyak..dapatgak mu ngendeng...

    ReplyDelete
  5. zahid memang special
    terima kasih perisik rakyat
    ZAHID AKAN MENANG - KONFIRM 110%

    ReplyDelete
  6. geng-geng UMNO,

    zaid ibrahim yang jadi calon pkr tu dulu adalah manusia yang sama yang menjadi MP kota bharu, menteri dan ahli UMNO dulu.

    Buruk baik zaid ni, dia adalah manusia yang sama semasa dalam UMNO dulu. Kalau tahu dia ni buruk perangai dari dulu, mengapa UMNO terima dia jadi ahli. Mengapa biarkan dia jadi MP kota bharu dan lantik dia jadi me3nteri?

    Maknanya, UMNO hangpa tak boleh pakai. Kalau manusia buruk sweperti zaid ni boleh jadi pemimpin UMNO atu masa dulu, ENTAH BERAPA RAMAI SI ZAID NI MASIH ADA DALAM UMNO SEKARANG?

    Patut le UMNO sekarang begitu terok dan jijik kerana manusia-manusia buruk seperti zaid ni menjadi pemimpin hangpa sekarang


    bat8

    ReplyDelete
  7. biarlah PR calonkan Zaid..

    aku setuju 500%

    sbb PR da takde lagi calon yg ade kredibility, ni kira yg terbaek la yg ade..kalu calonkan kaum2 lain utk mewakili PR mmg cari nahas la, suma tu takleh pakai, takleh nak wat undi..

    yg terbaek yg diorg ade tu la yg seburuk2 BN..yg aku tergelak tu, pesal Zaid ni tak kisah dicalonkan? adoi..malu wei kalu kalah nanti, dah la lawan ngan calon MIC..name besar cam ZICO ni kalu kalah ngan calon MIC aku tak tau la..korg campak je la Zaid ni dalam tong sampah time kalah nanti..

    jd ape salah PR calonkan calon yg terbaik mereka ade?

    anti-firaun..

    p/s: terBAEEEKKK!!! take beer! take beer!

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Cuba semua org2 Melayu Islam cek balik, pemimpin2 mana yg 'TAKE BEER' sebenarnya?

    Pemimpin2 PAS? (ini yg org2 Umno Selangor duk kata, boleh percaya ke?)

    Pemimpin2 PKR? (yang bukan Islam dalam tu memanglah Take Beer, nk buat cmne, diorang bukan Islam.

    Pemimpin DAP? Tak kesahlah pasal diorang Bukan Islam, asalkan jangan DRINK & DRIVE sudah lah...

    Pemimpin2 Umno? Pemuda2 Umno? Puteri2 Umno? Putera2 Umno?
    -Agak2, diorang ni "TAKE BEER TAK?"

    Kalu kita sokong org2 yg minum arak sebagai pemimpin2 kita, adakah kita dikira bersubahat sama? Atau mungkin bagi org2 yg dah memang minum arak, dah biasa minum arak...tak kesahlah pemimpin2 minum arak, dah satu geng...

    Wahai org2 Umno, bukan semua kamu tak tahu yg mana BETOL dan yang mana SALAH... Tapi disebabkan kamu sudah ditipu DUNIA dan SYAITAN maka otak kamu pun jadi berubah fikirannya 180 darjah, yg BETOL kamu kata SALAH, yg SALAH kamu kata BETOL...WALHAL KAMU TAHU YG MANA SALAH DAN YG MANA BETOL.

    Janganlah bersikap mcm Abu Jahal, malam hari semasa dengar Nabi baca Al-Quran, dia mengaku apa yg di baca oleh Nabi (al-Quran) adalah benar, tapi di sebabkan tamak kepentingan dunia, siang harinya Abu Jahal menentang dakwah Nabi.

    Allah SWT akan menangkan agama Islam pada akhirnya walaupun org2 Kafir dan Munafik cuba untuk memadam cahaya Allah...

    Jadi, marilah kita sama2 memperjuangkan agama Allah, supaya kita berbahagia dan beruntung di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
  9. Banyaknya perkataan 'UMNO' dlm artikel nih... Aii..hipokritnya si Topeng Perak knape tak gantikan UMNO tuh jd 'UmngOK', 'UMNO/APCO', 'APOCONO', GerombOlan dan pelbagai lagi..

    Sbb ape tak tukar? sbb si Zaid katak lompat UMNO nih da jd calon PR hakhak.. So ilangla seme gelaran kesat dlm artikel nih. HIPOKRITnye korg apabile mengambil sorg menteri yg penah lantang menetang hudud di kelantan menjadi calon. Knape harus PAS boleh menerima calon ini?. nmpknya DSAI tidak mengambil pandangan PAS langung dlm pemilihan calon ini. DSAI lebih mengutamakan DAP kerana Zaid sorg elite yg boleh menyumbang pembangunan ekonomi kpd Hulu Selangor sekiranya beliau menang. Tp kemajuan ekonomi yg mcm mana? ekonomi utk membangunkan pusat hiburan, kedai urut, kandang babi moden, yg semuanya menguntungkan kaum si mata sepet tuh. Yg melayu dok ternganga jerla kalo undi si kaki wine nih.

    Pikir2kanlah..DSAI hanya mengutamakan kepentingan politik dlm memilih Zaid. Sekiranya DSAI memikirkan nasib org Melayu seharusnya DSAI patut memilih D.Halili calon anak tempatan sorg pakar bedah profesional di Malaysia.

    ReplyDelete
  10. Zaid tak bagus mana pun. Setakat tulis buku sebiji dua hmmm.. tak payahlah nak heboh. Best seller ke? Anyway, PKR letak sesiapa pun pasti akan kalah. Faktornya ialah PKR dan Anwar adalah di lihat sebagai liability dan tiada credibility. Ingat lagi 16 sept? Ingat pasal 30 MP? Panggil dan guna org kumpul depan mahkamah (tapi tak laku) masa perbicaraan beliau?

    Mesej jelas PKR akan kalah di Hulu Selangor.

    ReplyDelete
  11. ALJUBURI
    Zaid nie wali trompah da sucikan dosa2 dia so dekarang da suci bersih bagaikan bayi baru lahir, hati dia pon wali trompah da bedah..memang suci murni, tak macam dia masa kat UMNO dulu.
    Begitu la persepsi Rahman Celcom trhadap Zaid freethinker nie..

    ReplyDelete
  12. ade sapa2 nak tanye kat nik ajis tentang pendapat nik ajis pasal pencalonan si zaid ni sbg wakil PR?

    anti-firaun

    p/s: aku tak sabar mendgr jawapan nicky ajis tentang soalan tu..

    ReplyDelete
  13. Disebabkan duit masyuk si blogger upahan jalanan ni lupa pulak nak tulis benda2 camni..tertinggal ku ataupun dah simpan dalam kain..ok laa aku tolong ko:

    1. Zaid memperlekehkan konsep Ketuanan Melayu dan DEB sebagai konsep atau dasar perkauman yang sudah ketiggalan zaman. Adakah saorang yang bersikap anti ketuanan melayu akan membela kaum melayu.
    2. Zaid seorang yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang tulen. Beliau sanggup melompat parti dan masuk PKR atas prinsip yang tidak jelas. Seperti yang kita sedia maklum, PKR merupakan sebuah parti yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang konkrit. PKR seperti lalang - sehingga sekarang kita masih tidak tahu pendirian PKR berhubung banyak isu, umpamanya isu kalimah Allah, isu 16 September, isu Anwar Ibrahim terlibat dalam organisasi pelobi Yahudi antarabangsa, isu Hukum Hudud dengan PAS, Hak Keistimewaan Orang Melayu, isu dasar DEB, isu dasar Bahasa Melayu, isu Malaysia Malaysian. Sekiranya beliau saorang yang berprinsip tak perlu melompat kesan kemari - lebih baik jadi seperti Zulkifli atau Zaharin - apabila tidak bersetuju, terus jadi calon bebas.
    3. Apakah PAS sudah lupa siapakah individu yang bertanggungjawab mengheret Hukum Allah ke Mahkamah?. Cukup senang PAS menelan kembali segala caci-maki dan umpat-keji yang dilemparkan oleh PAS terhadap Zaid pada suatu ketika dahulu boleh dilupa begitu sahaja? Di mana prinsip PAS dalam hal ini?
    4. Zaid bukan orang Hulu Selangor!. Dulu tak pernah pun tau dimana dan masalah rakyat diHulu Selangor . Mana perginya calun daripada anak tempatan ataupun Negeri Selangor sendiri seperti Dr Halili dan Ketua Pemuda PKR? Mereka jauh lebih layak daripada Zaid. Lagi pun Zaid terlalu muda perjuangannya dalam PKR. Belum diuji dan teruji kesetiaannya.
    5. Zaid merupakan seorang yang popular dan dibelit dengan pelbagai kontroversi. Pemilihan beliau disebabkan dia merupakan kroni rapat Anwar dalam PKR. Pemilihan Zaid dilakukan oleh Anwar Ibrahim secara solo, tanpa berunding dengan PAS dan DAP, maka, jelaslah semangat setiakawan sememangnya tiada dalam Pakatan Rakyat.
    6. Zaid merupakan sampah UMNO yang terbuang. Tak kan penduduk Hulu Selangor masih mahu memilih "orang yang terbuang" sebagai wakil rakyat mereka.
    7. Sehingga kini, Zaid belum menyatakan pendiriannya berhubung dengan Hukum Hudud. Apakah beliau bersetuju dilaksanakan di negara ini atau pun tidak. Oleh itu, PAS menyokong sesuatu yang tidak pasti.

    ReplyDelete
  14. Apahal nak bising pasal calon bukan anak tempatan. Kata nak jiwa 1Malaysia. Lantak la orang Kelantan nak jadi calon di Selangor ke, orang Selangor nak jadi calon di Terengganu ke, kita kan 1Malaysia???

    ReplyDelete
  15. badrul, bila zaid org kelantan bertanding di ulu selangor, ko ckp 1 malaysia, ko bertanding la di sarawak nanti, takde org nk pangkah ko tau tak.ko bertanding di kelantan, ada ke org nk pangkah ko?hehe jgn arap ler.sama lah mcm zaid, yg nk pangkah zaid, cina je,

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?