Wednesday, April 14, 2010

YBK gadai tanah lebih RM100 juta

Sumber - Malaysiakini

Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada DUN Selangor, antara lain mendapati penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa pihak.

Menurut laporan setebal kira-kira 60 mukasurat - termasuk lampiran - itu, kerajaan negeri menganugerahkan tanah seluas 1,977.428 ekar di beberapa daerah di Selangor tetapi tidak menerima bayaran dan sebarang laporan selama 13 tahun.

Membacakan ringkasan eksekutif laporan tersebut, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga mendedahkan, salah satu subsidiari yayasan tersebut - Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) - terlibat dengan gadaiaan berjumlah RM102 juta.

"Gadaian ini boleh menyebabkan tanah yang dianugerahkan untuk tujuan membasmi kemiskinan jatuh ke tangan pihak ketiga," kata Khalid dalam sidang media di pejabat menteri besar di DUN Selangor.

Khalid juga mendakwa laporan yang disediakan Jabatan Audit Selangor - sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan - akan dibawa kepada penelitian sebuah jawatankuasa khas kerana ia "belum lengkap" sepenuhnya.

"Siasatan audit negeri Selangor telah dihalang masuk ke dalam premis YBK walaupun yayasan terebut memberitahu media tidak akan menghalang usaha pengauditan," kata Khalid lagi.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas dianggotai badan bebas seperti majlis peguam dan Tranparency International akan dilantik untuk menganggotainya.

Butiran lanjut jawatankuasa tersebut belum ditentukan buat masa ini, tambahnya.

Antara kandungan laporan tersebut:

  • YBK dianugerahkan tanah khas untuk aktiviti membasmi kemiskinan, tetapi terdapat daripadanya digunakan untuk projek komersial.
  • Terdapat keraguan terhadap rancangan pembinaan universiti di Serendah kerana YBK didakwa tidak membuat permohonan rasmi kepada agensi kerajaan terlibat.
  • Laporan kewangan YBK yang disiarkan di laman web tidak membuat perincian terhadap aktiviti subsidiari, termasuk cagaran.
  • Terdapat rumah YBK yang diduduki oleh pihak yang bukan daripada golongan miskin.

7 comments:

  1. Khalid gagap ni memang gagap..dah la snagap pantat..macma aku jugak..sangap kote

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya, kalau ada pemimpin umno diperingkat mana pun yg memegang jawatan sebagai pengerusi apa ke.. mesti ada penyelewengan, mana ada yg berjiwa rakyat.? mana ada yg senyum ikhlas dari hati..? tp semua penyanggak kelas atasan... pasal tu aku nak labelkan hari ni.. UMNO itu perniagaan..

    ReplyDelete
  3. laa...ade lg org2 pr cube utk nyamar jd aku..dah moral tahap longkang..mencarut je kjenye.. sudahla bdk2 PR oii..kalo xde idea jgnla nk nyamar2..setarafla moral korang tu dgn moral pemimpin agung korang..hahaha..
    dahla bdk2 pr..crla nm sendri..bg komen sec anak jantan..bkn duk nyamar2..memalukan PR btul..

    ReplyDelete
  4. yg teratailiar pon satu..xreti beza antara joehan yg btul dgn yg menipu..skong lg parti kelentong rakyat(pkr)..bdk2 kt blog ni pon ko nk kelentong..hahaha..bawak2 la bertaubat bdk2 pr oi..asyik berlakon jd aku je kjenye

    ReplyDelete
  5. bukan apa joe...
    nama joehan ni kan laku...
    bole la buat modal bertanding kat HS...
    lagi pun bukannya ada pejuang Melayu kat situ yang nak berani bertanding...
    semua dah kena lapik awal2...
    p laa bertanding...
    hanya you sorang je yang bole diharap...

    ReplyDelete
  6. Oooo...macam tu ke? Asalkan nama joe
    dah kira glamer.

    joehan lebih baik ko tukar nama kalau kau rasa seorang pejuang yang rendah diri tak suka glamer.

    Aku cadangkan ko pakai nama PENCACAI UMNO supaya orang tau ko tak suka glamer kerana selalu kena komen.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?