Sunday, May 02, 2010

Awww...!!! Respek La Sikit Woi...!!!

Kata Menteri Dalam Negeri:
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu rakyat lebih bersikap adil terhadap polis dan tidak berterusan membuat andaian buruk terhadap pasukan berkenaan.

Beliau berkata isu terbaru melibatkan kejadian tembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah,15, Isnin lepas tidaklah perlu diulas secara keterlaluan sehingga menimbulkan pelbagai prejudis terhadap pasukan polis.

Hishammuddin turut mempertikaikan sikap sesetengah pihak yang seringkali membuat kenyataan yang langsung dilihat tidak pernah memihak kepada pasukan polis.

"Dalam konteks orang awam ditembak, rakyat marah, tapi kita tidak lihat reaksi yang sama apabila terdapat anggota polis yang ditembak, orang ramai seperti tidak memberi simpati. Apakah ada beza nyawa orang awam dengan nyawa anggota polis?" katanya.
Praktikal PDRM:
Seorang pelajar kolej cedera malam tadi kerana didakwa ditendang oleh seorang anggota polis yang menyerbu program belia anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam.

Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertanggungjawab terhadap satu perhimpunan aman.

Beliau mendakwa, mereka datang seolah-olah hendak berperang, dengan tiba-tiba menyerbu tempat tersebut tanpa sebarang amaran.

Katanya, program tersebut yang mendapat sambutan menggalakan dari kalangan belia, tamat sekitar waktu tengah malam.

Beliau mendakwa, anggota polis secara tiba-tiba menyerbu ke arah mereka, sambil menendang motosikal mereka yang diletakkan di situ, menyebabkan kumpulan belia itu bertempiaran dari situ.

Ketika itulah, katanya beliau ternampak Mohd Nazrul, dekat Quality Inn, bertembung dengan kereta dan terjatuh.

Menurutnya, Mohd Nazrul bangun dan cuba menunggang motosikalnya, tetapi motosikalnya ditendang oleh seorang anggota polis, menyebabkan dia terlanggar sebuah van yang terletak di situ.
Apa dia Sham..?

Awww...!!! Awww...!!! Awww...!!!

11 comments:

  1. Wooitt!! sape yg tak respek sape ni?? cakap pakai akai la!!

    ReplyDelete
  2. "Dalam konteks orang awam ditembak, rakyat marah, tapi kita tidak lihat reaksi yang sama apabila terdapat anggota polis yang ditembak, orang ramai seperti tidak memberi simpati. Apakah ada beza nyawa orang awam dengan nyawa anggota polis?" katanya.

    awat hang bodo piang isham oii!! polis tembak mati budak 15 tahun!! lepaih tu pi kata dia penjenayah siap kata ada parang lagi dlm keta (mcm nak tutup cerita) memang laa org marah!! statement hang yg mcm ni lagi buat org marah... marah sebab hang tu menteri tapi bagi statement bodo.. sama mcm ketua polis jugak.. elok hang dua orang pi melingkup lagi baik.. haaa tapi kalau hang berdua pi melingkup orang takkan marah :)

    ReplyDelete
  3. err.. bro TB mana nak dapat salinan pasal laporan YBK? ada copy ka??

    ReplyDelete
  4. Salam,
    1.Ana setuju dgn Pak Menteri...biar disiasat hingga selesai...lepas tu kita tengokla resultnya...

    2.bagusnya PR sampai setiap parti nak sediakan seorang lawyer...bila ADUN DAP yg mabuk langgar seorang pelajar hingga koma..tak adapun nak sediakan lawyer...

    3.macam kes yg mati jatuh bangunan kes SPRM...minah thai kata dibunuh sebelum jatuh...habis satu dunia dihebohkan...tapi bila mat saleh mengesahkan yg mendiang jatuh tanpa dipaksa...sonyap je...

    4.Gitu juga kes kerosakkan bangunan DUN P.Pinag slps dibaiki...senyoap je...

    5.Tak bagusla lagu tu...kalau kita kena... dedahkanla juga...bukannya sembunyikan..

    6.Macam mana org nak respek kalau gitu sikap kita..MACAM NI KA PEJUANG ISLAM..lebih kurang hampeh je...

    adibeta,
    layarbiru15@gmail.com

    ReplyDelete
  5. mat lidah kontot dan pdrm yang tak professinal! lebih baik letak jawatan semuanya.

    ReplyDelete
  6. biasalah beruk dapat bunga, lotong dapat madu..kalau nak dedah, dedahlah semua tak kira UMNO,PKR,PAS,DAP,MIC,MCA,PPP dan lain2 lagi...ni tak, time org lain korang menyalak sampai nak runtuh bukit tapi time sendiri simpan sampai keluar tahik!!!Bodohkan...

    Cuba korang bayangkan kalau negara ni takde polis dan dikawal unit amal pas..rasanya lagi haprak kot!!jgn sebab sorang bawak tahi korang salahkan semua org....pikir2 kanlah wahai sdra2 ku!!!

    ReplyDelete
  7. biasalah beruk dapat bunga, lotong dapat madu..kalau nak dedah, dedahlah semua tak kira UMNO,PKR,PAS,DAP,MIC,MCA,PPP dan lain2 lagi...ni tak, time org lain korang menyalak sampai nak runtuh bukit tapi time sendiri simpan sampai keluar tahik!!!Bodohkan...

    Cuba korang bayangkan kalau negara ni takde polis dan dikawal unit amal pas..rasanya lagi haprak kot!!jgn sebab sorang bawak tahi korang salahkan semua org....pikir2 kanlah wahai sdra2 ku!!!

    ReplyDelete
  8. KUMPULAN BELIA KE MAT REMPIT, khalid gereja woi!

    anti-firaun

    p/s: ok gak kan tukar tag mat rempit jd "kumpulan belia", baru bunyik berwawasan sket..

    ReplyDelete
  9. Persoalan yang perlu dijawab ialah "Perlukah rakyat bersikap adil terhadap Polis (raja) Malaysia...?"

    Cuba kita renung pada diri kita sendiri sebagai rakyat dalam negara Malaysia.... pastinya diantara kita memang suka melanggar peraturan dan undang-undang sehingga orang lain jadi takut dan rasa tidak selamat terhadap tindakan orang-orang diantara kita itu.

    Sudah tentu kita perlukan polis supaya mereka boleh melindungi kita dari perbuatan orang-orang diantara kita yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

    Tetapi apabila polis mengambil kesempatan menjadi orang yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara sedangkan mereka telah diberi kuasa dan dibenarkan memiliki senjata api... siapa yang akan menahan polis itu dari melakukan kesalahan..?

    Kalau ketua lanun kencing berdiri, anak buahnya sudah tentu kencing berlari.....

    Sebenarnya, semua institusi penguatkuasa dalam Malaysia perlu dibubarkan dan digantikan yang baru sebelum kita bersikap adil terhadap mereka.

    ReplyDelete
  10. jangan bagi polis kawal keselamatan sebabkpn pon dah merajuk.....ala busyuk2....

    la per susahnya...sedangkan kerajaan bleh bayar 77 juta kat apco..

    amik je mossad jadi polis kat malaysia...

    confirm sape2 wat jahat,kena tembak ngan mesingan uzi

    wakakakakakakakakakakka..

    hidup juden....

    ReplyDelete
  11. "Dalam konteks orang awam ditembak, rakyat marah, tapi kita tidak lihat reaksi yang sama apabila terdapat anggota polis yang ditembak, orang ramai seperti tidak memberi simpati. Apakah ada beza nyawa orang awam dengan nyawa anggota polis?" katanya.

    Isham ni jenis menteri yang takde klas langsung, IQ tahap tapir, tak boleh pakai langsung!

    Engko penah dengar pasal occupational hazard tak Isham? Kalau kena tembak ke, kena langgar semasa bertugas dsbnya tu biasalah, dah mmg risiko yg berkait rapat ngan polis. Marah tetap marah, simpati tetap simpati, tapi isunya berbeza. Kalau ada mat rempit kemalangan teruk kerana merempit sekalipun kita simpati tapi itu risiko jadi mat rempit, kena terimalah. Kalau tak nak menghadapi risiko mcm2 tu, tak payah le jadi polis ke, mat rempit ke.... lebih baik jadi penjual tiket bas haram kat Pudu je, risiko nak kena tembak ngan polis tu sepatutnya kecik sangat le...

    So, pasal isu Adik Aminul ni... adakah risiko ditembak polis ini termasuk dalam senarai 'occupational hazard' seorg pelajar berumur 14 tahun yg baru nak amik PMR, yg curi-curi amik kereta kakaknya untuk pergi tlg kawan dan tgk bola?

    Itu le isunya Isham oi.....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?