Monday, May 10, 2010

Berahim PERKASA Kena Jelas, Siapa Yang Hantar 250 UTK Menyerbu Baginda Sultan Kelantan

Berahim PERKASA nak cuba tutup kesalahan UMNO dan pindah kesalahan kepada orang lain pula. Beliau buat kenyataan nak salahkan Tok Guru Nik Aziz sebab tidak beri nasihat.
Padahal Berahim PERKASA wajib jawab bagaimana 250 anggota UTK boleh dikerahkan untuk menyerbu Sultan Kelantan yang sedang menaiki kenderaan ke Lapangan Terbang untuk mendapat rawatan susulan di Singapura.

Bukankah UTK ini terletak di bawah penguasaan Polis DiRaja Malaysia yang juga terletak di bawah penguasaan Kementrian Dalam Negeri yang dikuasai UMNO?

Yang saya nampak, Berahim PERKASA nak tutup pekung UMNO yang jelas telah campur tangan dalam urusan istana Kelantan sekaligus telah derhaka pada Sultan Kelantan.

Hakikatnya,Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan menyatakan bahawa selagi Sultan tidak meninggal dunia, beliau kekal sebagai Sultan. Tindakan menghantar 250 UTK menyerbu Sultan Kelantan adalah satu tindakan DERHAKA yang amat besar dan Berahim PERKASA perlu menjawab isu ini dengan tegas.

Bukan menyalahkan MB Kelantan. Bukan MB Kelantan yang mengarahkan 250 UTK menyerbu Sultan Kelantan sekaligus menghalang Baginda pergi mendapat rawatan susulan di Singapura.

Lagipun, apa salahnya seseorang itu pergi ke Singapura untuk mendapat rawatan susulan? Kalau orang itu bukan Sultan pun, tiada salahnya beliau untuk pergi ke Singapura untuk mendapat rawatan. Orang biasa yang tiada kedudukan istana pun tidak salah untuk pergi ke Singapura mendapat rawatan perubatan, inikan pula Baginda Sultan Kelantan.

Berahim PERKASA sepatutnya menyoal UMNO bagaimana 250 UTK boleh menyerbu Baginda Sultan, bukan menyoal Tok Guru Nik Aziz.

Krisis Istana Kelantan, bagi saya, adalah lantaran campur tangan UMNO. Kalau tidak bagaimana 250 UTK boleh dikerahkan?

Tulang Besi

29 comments:

  1. Saya kurang setuju n3 saudara kali ni. Buat research terlebih dahulu sebelum menuduh Ibrahim ALi PERKASA.
    Jangan dimalukan lagi sekali dengan n3 yang membabi buta.

    Sebelum kita membincangkan isu istana Kelantan, kita perlu tahu masalah dan punca terlebih dahulu dan baru kita tahu duduk cerita sebenarnya. ORANG DI KELANTAN LEBIH MENGETAHUINYA.

    ReplyDelete
  2. Ala hai...aku tak nak campok urusan hampa di kelantan..lagi2 bersangkutan dengan raja.. Tapi aku terpanggil untuk tanya soalan ini..

    Kalau kerajaan UMNO gagal untuk mengharamkan arak... fine... Tapi kenapa pulak kerajaan pas tak boleh haramkan arak di Kelantan...apa bising2 ni, buatlah sendiri kalau dah cakap pandai...

    ReplyDelete
  3. ibrahim Perkasa tu akan orang kelantan, tak kan PakAnjang tak tau..... Apa dia buat?

    ReplyDelete
  4. kahkahkah
    anon atas tue
    ader ko nmpak iklan papan beer kat merata-rata kat kelantan ker
    ader judi terbuka kat kelantan ker
    pergi ipoh perak
    ko kira tak cukup jari kaki dgn tangan kira papan ikaln arak

    muntahhhhhh

    ReplyDelete
  5. kalau tak tahu, mengaku ajelah wahai alkataki! rakyat kltn yang tahu, caritalah sikit. orang luar pun nak tahu juga.

    ReplyDelete
  6. betul2
    semua ahli politik x ptut msuk cmpur biarpun berahim ali alkataki kerana ini adalah hal raja

    umno atau pas xyah msuk cmpur
    orang kelantan lebih mengetahui

    ReplyDelete
  7. anom 1.28pm
    gua ingat lu sudah salah masuk lubang daaa.. Comment ini berkaitan dengan Raja Kelantan,tidak satupun berkenaan dengan arak. pundeklah lu .. hal arak isunya kat lain bangang (selepas isu ini)

    ReplyDelete
  8. wakakaka den tortarik kek Pak anjang ni tak buleh tuduh popeibra porkasam..

    polis tu sapo punyo pak anjang oii, sotau eh kalo PR buek report liat bonar dorang nak amek tindakan panteh apotah laie nak kopung sultan sampai 250 oghang UTK.

    Den pun nak tau gak apocito sobonar eh kono la bagitau buek toladan untuk rakyat N9 kalo YDPB Nogori Sombilan kono tau la den sapo yang dorhako PR atau BN...

    kek kodai kupi boleh dapat cito boto ko pak anjang wakakaka

    ReplyDelete
  9. benda nie orang kelantan sumer tahu utk kebaikan negeri
    ini adalah keputusan terbaik pemangku mahkota

    dan semasa tuanku sakit selama 9 bulan
    nik aziz telah dituduh tidak pergi menghadap tuanku dan menziarahi tuanku
    sedangkan cerita sebenarnya tengku anis dan fakhry melarang nik aziz bertemu sultan

    sudah2 laa tu
    urusan istana biar pihak istana selesai

    ReplyDelete
  10. dato ibrahim ali sepatutnya BIAR sahaja istana selesaikan masalah dalaman istana...

    dato ibrahim ali...anta ingat kerana pas bagi laluan ....anta jadi ahli parlimen atas tiket pas...tak payah la buat baik....daripada dok kacau tuanku sultan baik pi sibu....tolong bn pilihanraya....pi la sibu....tak payah nak menyebuk kat kelantan tu...

    -bond p.44-

    ReplyDelete
  11. Tulang Babi a.k.a Romen Babi, boleh tolong jelaskan bagaimana dan macamana penglibatan Ibrahim Ali dan UMNO dan apa peranan mereka dlm krisis istana di Kelantan ni...
    Jangan lupa yg Romen Babi....

    ReplyDelete
  12. Perisik Rakyat, ko patut tapis gak n3 si bangap tulang besi tuh, apsal ko nak sokong sangat raja, dan apsal ko nak campur sgt hal2 istana, tak der kena mengena pon ngan ko dan aku dan mereka semua, pedulik laaa hal istana, tgk perak tgk selangor camana PR kena tekan ngan sultan, la ni tak der istilah derhaka2 nyer, saper keje dapat cari rezeki, leh makan tangung anak bini, tak der nyer nak meyembah raja2 beb, sembah Allah jer cukup raja tu manusia jer, per2 hal jgn campur urusan keluarga depa bro, geli aku terbaca hal ni, bior umno jer dan menteri warisan jer ang jaga, sbb ada makna tuh,,,

    ReplyDelete
  13. ibribehim a/l Ah Lee, lu ciakap lu pejuang Raja2 Melayu, itu Sultan Kelantan kena tangkap dgn cara militant Israel tu kenapa ko tak bising?

    ko bising pulak dgn MB Tok Guru Nik Aziz buat apa?

    lu caikap tarak serupa bikin, lu orang Kelantan ke? Lu melayu ke? Sultan Permaisuri pun diheret mcm lembu kenapa lu tarak bising?

    lu betui2 pariah punya melayu Apno.

    ReplyDelete
  14. Tulang Besi, lu tarak takut nanti itu brahim ah lee panggil geng songkok tingi mamak itu demo kat depan ofis lu dan bakar effigy lu....ka ka ka.

    depa boleh halau lu keluar Selangor lo, jangan main2 lo. depa lagi kuat dari Sultan lo. Lu tak pecaya lu tenguk video ini.

    http://www.youtube.com/watch?v=rVI6mLnGhgQ

    ReplyDelete
  15. 1.puak kelantan ni!awatla hangpa teruknya perangai!!
    2.Dulu ada anuar musang!!la ni ada hussam musang!!
    3.Dulu ada brahim ali!!la ni ada zaid brahim!!soghang ada saham judi!soghang ada kaki judi!!
    4.bab judi!ada pula awang adik!!pelupur pada judi jugak!!
    5.Ada jugak tok guru yang tau sapa kapiaq!sapa masuk syurga!!tapi yang peliknya!dia tak tau dia makan rasuah!!
    6.Sultan sakit!!adik beradik berebut tahta!!!Juak-juak dibelakang lagi terukla!!
    7.Ada juga kickdefella!topeng perak!!perncacai!!nak kata cerdik!!otak dikepala lutut saja!!
    8.Last sekali segala isi hutan dapat kat kapiaq harbi!!duit kupang dapat kat yahudi TESCO!!!
    9.Ish!Ish!ish!Bala apa Allah turun kat hangpa nii!!!

    ReplyDelete
  16. Macam la TESCO ada di Kelantan saja. Bodo punya Anom 7:24pm.

    Orang luar kena faham, masalah istana ni masalah keluarga. Tapi bukan keluarga macam kita semua rakyat biasa. Keluarga raja ada kanun, ada peraturan ada adat dan macam-macam.
    Kalau keluarga rakyat biasa, bapak sakit, mak dan anak-anak yang tolong jaga sama-sama. Kalau bapak tu ada isteri kedua, isteri tua dan anak2 takleh halang utk dia jumpa. takde bodyguard aka Pembantu utk sekat isteri muda utk berjumpa.
    Anak lelaki dalam keluarga rakyat biasa menjadi rujukan dan pembuat keputusan selepas berbincang dgn adik2 dan mak. Anak lelaki sulung ini juga apabila si bapa mati bertanggungjawab menguruskan jenazah dan berusaha menyelesaikan harta pusaka bapa dalam mengagihkan secara faraid atau yang telah ditentukan oleh si bapa. Dalam hal ini, komunikasi antara si anak lelaki sulung dengan adik beradik lain dan juga maknya tiada sebarang masalah. Cukup la dulu.. Korang fikir-fikirkanlah adakah masalah keluarga raja ini boleh diselesaikan sama seperti keluarga rakyat biasa.
    Kita rakyat biasa takkan faham masalah yang berlaku dalam keluarga raja. Cukuplah kita menjaga keharmonian keluarga kita sendiri dan mengambil iktibar dari masalah mereka.

    ReplyDelete
  17. malaysiabaru.com said,

    sebenarnya BN nak balas dendam dekat kuli ( raja keturunan patani) sebab anak suruhan kuli yg dah bernikah dgn pesakit HUSM ni masih jadi pak turut anti najib.

    semuanya sebab ku li...

    apa apa berlaku di kelantan semuanya punca ku li..

    sabotaj pak lah pun geng ku li dan org kuat pas kelantan punya kerja...

    nasib baik najib dah ceraikan bini pertama dia kerabat ku li tuh...

    kalau tak najib pun jadi bingung sampai sekarang mcm ku li.... hehehe (bab ni aku sokong najib kawin dgn rosmah) dah jadi pm pun sekarang laki bini... kalau tak dgn keturunan kerabat patani tu ape dah jadi aku tak tau lah... jadi poker boy kut sekarang.. hi hi hi

    so.... jangan salahkan brahim ali....salahkan ku li... kalau ku li hentam umno dan najib lagi...emmm 500 TUK kut yg akan bagi 'protection' dkt 'pesakit' HUSM tu.... amcm ku li ko nak bukak mulut lagi...

    www.malaysiabaru.com

    ReplyDelete
  18. apa yang berlaku dikelantan tak kan nak salahkan orang lain.kerajaan kelantan lah kena selesai.ooooo kalau yang elok nik aziz dan kerajaan kelantan punya kebaikan.orang boleh nilai lah.kalau begitu lebih baik berahim ali jadi mb kelantan.malu pada orang petani sahaja kat siam sana orang melayu dikelantan tak boleh selesai.

    ReplyDelete
  19. tulang besi;

    ko tengah mabok todi.. cakap merapu-rapu..

    masalah ni masalah keluarga diraja Kelantan.. tak perlulah orang lain ambik pot.. tk usahlah ko nak jadi polis pencen.

    insyallah tak lama lagi settle lah tu..

    ReplyDelete
  20. Di Kelantan siapakah yang menjadi pengarah Keselamatan negeri,selalunya MB lah yang dipertanggung jawapkan tetapi di Kelantan orang lain yang menjawatnya.

    ReplyDelete
  21. saudagarminyakanginMay 10, 2010 at 11:00 PM

    pandai ceramah politik tak semestinya bijak selesai masaalah dealam negeri sendiri.kesian sahabat ku nik aziz.apa nak buat coobaan.dah masuk 2 bulan lebih tak selesai lagi.

    ReplyDelete
  22. Ko sebenar tak tau punca... jangan ko tulis... merapu lak pulak tu.. siapa ibrahim ali, menteri ke, mb kelantan, KPN,.... biar betul la ko ni...

    ReplyDelete
  23. Semalam 2 orang kakak Sultan Kelantan telah buat kenyataan akhbar. Nak komen pun tak guna. Dah lama dah. Kebanyakan rakyat Kelantan tahu masalahnya.

    ReplyDelete
  24. ye la kelantan.negeri serambi mekah.negeri contoh.negeri terbaik dalam segala hal,ekonomi politik penradbiran kemasyarakatan dan sebagainya.

    ReplyDelete
  25. 1.Paling nak tergelak bila nik aziz keluar kenyataan tentang sultan kelantan!dia kata dia DIAM!Nasihat dalam diam katanya!!
    2.Ini taraf keimanan nombor berapa!!bila nampak orang buat maksiat!atau berperangai tak ketyawan hala!!!Taraf keimanan nombor satu!.bagi tegur secara lisan!!nombor 2.tegur dalam hati!!
    3.Hairan jugak!!bila kes lain!seperti kafirkan orang islam!pandai pulak dia tegur!kata macam-macam!!
    4.Nampak sangat taraf keimanan nik aziz ni!!

    ReplyDelete
  26. hahaha..bodo la en3 ni...ske nk salahkn org lain.arahan keselamatan ni ats arahan pemangku rj la,tengku faris petra..skrng ni pihak istana bergaduh..terbahagi dua..mslh ni dh lm sbnrnya..sblm Sultan klate kawen due..smlm dlm sinar harian adinda sultan klate dedahkn hal sbnr n mende yg adinda sultan klate tu ckp sm dgn cite membe aku..datuk membe aku pnh jd mufti sultan klate..so buat tulang babi n topeng berak..ko xpyh la nk slhkn ibrahim ali ke,gov ke,umno ke dlm hal ni..arahan keselamatan ni ats arahan tengku faris petra demi kebaikan sultan..

    tp prihatin gak bdk2 pr ni kt sultan ek..bkn ke korng yg ske cabar istana..baring ats jln time rj mude perak nk lalu..bantah titah sultan selngor n mcm2 lg..
    sudah la PR..xsbr aku nk tgk pr ni bungkus time pru nnti.hahaha.sibu pon korang akn klh.tunggu je.

    ReplyDelete
  27. Joehan,

    Cerita Kelantan lain, tiada baring atas jln dan bantah titah Sultan macam Perak & Selangor. Di Kelantan lebih hebat !!! Lantik Sultan baru weh. Takkan Joehan tak tahu cerita kok?

    ReplyDelete
  28. Aku tak berani nak tulis... nanti derhaka pulak... siapa yang arah utk 250 tu... Ibrahim Ali, TGNA atau Pemangku Sultan... sapa yang ada power masa niiiih.... weh pikir la sendiri...

    ReplyDelete
  29. untuk pengetahuan tuan2..pasal UTK yg tahan konvoi sultan untuk ke singapura tu tidak berkaitan dengan mana2 pihak termasuk pihak UMNO/BN, PAS Atau sebaagainya..ini semua hal dalaman istana kelantan yg merancang semua ni..jadi semua pihak xperlu mengeruhkan suasana dalaman istana kelantan

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?