Tuesday, May 11, 2010

PRK Sibu: Sibu Perlu Semangat Rosli Dhoby...

'Panggilan Mu yang Suchi'

Wahai Pemuda harapan bangsa,
Segeralah bangun membuat-kan jasa,
Kebangunan mu menyedar kan Melayu bangsa,
Ka-haluan kemajuan Aman Sentosa,
Wahai pemuda ber-chita suchi,
Kenal-kan Sarawak Negara kita yang Asli,
Meskipun bagai-mana anchaman akan terjadi,
Hendak lah sa-hidup sa-mati,
Mengibar-kan bendera menggambar kan hati,
Menunjok-kan rupa bangsa dan Negri,
Mengenal-kan hak di-tanahayer sendiri,
Wahai pemuda yang ber-semangat kan gelisah,
Insap-lah pada perjuangan bangsa,
Lambat bangat di-takdzir Allah,
Bangsa dan tanahayer tetap Merdeka.

Oleh : Lidros ( Rosli Dhoby ) Utusan Sarawak 28 Februari 1949

Pahlawan Yang tidak didendangkan

Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

Rosli Dhoby telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati bersama-sama Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang Suntong pada 15 Disember 1949. Mereka telah berjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British. Rosli dan Morshidi mati di tali gantung pada 2 Mac 1950 manakala Awg Rambli dan Bujang Suntong pada 23 Mac 1950.

Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua di Sarawak, Sir Duncan George Stewart dengan menggunakan badik beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949.

Anak muda Melayu yang dilahirkan pada 1932 di Sibu menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, iaitu Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Sarawak dikuasai oleh penjajah rakyat British, Sir James Brooke pada tahun 1842. Keluarga Brooke terdiri daripada iaitu Sir James dan anak saudaranya Sir Charles Brooke. Anak kepada Sir Charles Johnson Brooke ada dua orang, iaitu Charles Vyner B dan Sir Bertram. Dalam Wasiat politiknya, Rajah Charles J. Brooke menitahkan kepada Sir C. Vyner untuk berbincang dengan Sir Bertram sebelum membuat apa-apa pindaan dalam kerajaannya. Sir Charles Vyner, memerintah Sarawak dari tahun 1842 sehingga tewas dalam perang dengan Jepun pada tahun 1941.

Beliau berada di Australia ketika rakyat Sarawak sengsara diduduki Jepun. Kerajaan Mahkota Inggeris juga tidak mampu mempertahankan Sarawak walaupun telah berjanji untuk menaunginya.

P/s - Rosli Dhobi dilahirkan pada tahun 1932 dan kemudiannya mati ditali gantung pada 2hb. Mac, 1950 dalam usia yang muda (18 tahun) kerana membunuh Kolonel British Sir Duncan Goerge Stewart.

*Tamat Sinopsis...

Malam tadi macam biasa aku pergi ke Markas PAS, Kampung Hilir untuk mengikuti ceramah politik dalam kempen PRK Sibu. 1 perkara yang menarik minat aku malam semalam ialah bila salah seorang penceramah malam tadi bercakap berkenaan dengan perjuangan Rosli Dhoby.

Sebaik disebut sahaja nama Rosli Dhoby, audience yang datang malam semalam tiba-tiba menunjukkan 1 semangat yang tak pernah aku tengok sebelum ni. yang duduk dalam gelap tiba-tiba menonjolkan diri, yang duduk di depan terus bangun berdiri dan semuanya macam tiba-tiba bersemangat.

Naik bulu roma aku tengok semangat yang tiba-tiba datang dalam diri audience semalam. pada pandangan aku, nama Rosli Dhoby adalah 1 nama yang besar dan tertanam dalam diri dan jiwa anak Sarawak sebagai seorang pejuang yang tak akan dilupakan.

Itu cerita malam tadi.

Siang tadi dan hari-hari sebelumnya...

Tiap kali aku cuba nak bersembang pasal politik dengan anak tempatan, masing-masing takut untuk bukak mulut. macam ada ketakutan dalam diri masing-masing. bila aku jumpa ramai lagi orang tempatan dan cuba korek-korek cerita dekat sini, baru aku faham.

Politik Sarawak selepas kehilangan anak muda bernama Rosli Dhoby semakin berubah, semangat jati anak muda ni semakin terhakis dalam diri anak Sarawak. sana-sini macam-macam bentuk penindasan dari Kerajaan UMNO/BN mula datang. rata-rata penduduk Sarawak khasnya Sibu hilang keberanian yang ditunjuk dan ditafsirkan oleh Rosli Dhoby.

Rosli Dhoby pada masa hidupnya ialah seorang anak Sarawak Kelahiran Sibu yang berani menentang kezaliman. dalam usia yang amat-amat muda, beliau bangkit menentang kezaliman keatas rakyat Sarawak yang hidupnya ditindas dan dizalimi oleh Gerombolan Penjajah British.

Padahal masa tu umur Rosli Dhoby baru 17 tahun..!

Hari ini dan semenjak Negeri Sarawak Merdeka, rakyat Negeri ini masih terus dijajah dan dizalimi tetapi kali ini oleh Pemerintah Malaysia sendiri.

Apa bezanya apa yang dilakukan oleh pihak Penjajah British dengan Kerajaan UMNO/BN..? tanah rakyat diambil sewenang-wenangnya, hak rakyat Sarawak dinafikan dan tidak dibela, hasil Negeri ditarah sehabis-habisnya oleh Pemerintah sekarang dan yang menikmatinya hanyalah kelompok kecil manusia yang ada hubungan dengan Penerintah.

Sarawak bukan Negeri yang miskin di Malaysia, Sarawak punya hasil Gas dan Petroleum yang banyak, Sarawak punya hasil balak yang bukan sedikit dan Sarawak juga baru sahaja disahkan mempunyai hasil Aluminium.

Selepas hampir 47 tahun Negeri Sarawak Merdeka, adakah Sarawak sudah lepas dari Penjajah..? kemana semua hasil bumi Sarawak selama ini sehingga Sarawak dinobatkan sebagai antara Negeri yang mempunyai jumlah penduduk teramai termiskin di Malaysia..?

Hari ini kebanyakan penduduk Sarawak khasnya di Sibu masih lagi dijajah. ugut-mengugut berlaku disana-sini. bukan seorang yang diugut, tapi ramai dan mereka semua ni takut untuk menentang atau melawan ugutan oleh Pemerintah.

Ramai yang mengadu diugut oleh ejen-ejen Pemerintah - kalau tak undi BN, kamu dan keluarga kamu akan mendapat susah. hari ini Kerajaan yang ada bertindak dengan lebih zalim dari Penjajah British dulu. tak ada yang berani bangkit. tak ada yang teringat akan pengorbanan Rosli Dhoby.

Pengundi-pengundi Sibu tak perlu bangun angkat senjata sebagaimana yang Rosli Dhoby lakukan lama dulu. pengundi-pengundi dan rakyat Sibu cuma perlu bangkit sepertimana Rosli Dhoby bangkit menentang kezaliman. tanam balik semangat jati diri, tanam dalam diri "aku mesti kuat untuk perjuangkan hak aku". ini bukan hak orang lain, ini bukan hak penjajah, ini hak diri sendiri dan masyarakat Sibu.

Semua mesti bersatu-padu bangun memperjuangkan hak masing-masing. sampai bila mahu ditindas..? sampai bila mahu menjadi hamba abdi ditanah sendiri..? sampai bila mahu jadi hamba dibumi sendiri..? sampai bila mahu hidup dalam ketakutan..?

Kalau anak muda seperi Rosli Dhoby yang baru berusia 17 tahun boleh bangkit hanya dengan beberapa kerat sokongan melawan kezaliman Penjajah British, kenapa tidak boleh seluruh rakyat Sarawak khasnya Sibu bangkit beramai-ramai, bersatu-padu tolak Kerajaan Zalim yang selama ini hanya pandai menanam ketakutan dalam diri penduduk Sibu..?

Aku harap anak Sarawak akan kenang balik apa yang dilakukan oleh Rosli Dhoby, tanam dalam diri masing-masing, kalau Rosli Dhoby yang muda itu boleh berjaya, kenapa tidak korang yang lebih berusia dan berpengalaman..?

Tolak Kerajaan Zalim, tolak UMNO/BN. Anak Sarawak perlukan keberanian seperti Rosli Dhoby. jangan persia-siakan pengorbanan anak muda itu 60 tahun dulu. sudah sampai masa untuk Sibu berubah dan hanya undi dari Anak Tempatan Sibu yang berkeberanian seperti Rosli Dhoby mampu melakukan perubahan.

Bangkit dan perjuangkan Hak anda sebagai Anak Tempatan Sibu. tanah ini milik korang bukan hak mak bapak pemrintah yang zalim..!

12 comments:

  1. rupa nya sekarang baru teringat pada rosli dohby bila ada prk sibu.sebelum tak sebut pun.sesuai lah waktu itu.rosli dohby bukan masuk parti mana pun.dulu benarlah tentang pemjajah.ini bukan tentang penjajah .ini pilihanraya kecil.jangan lah tunjok bodoh sangat.hipokret lah semua itu.sudahlah kempen elok-elok lah .semua gila kuasa.bukan ikhlas pun untuk rakyat.auta sahaja.

    ReplyDelete
  2. pelayar sg rejangMay 11, 2010 at 6:16 AM

    BN menang laaaa.baliklah jaga kampong halaman masing-masing.buang masa tenaga dan duit sahja.atau pun free ada sponser.sebab itu kerja siang malam kerana jadi askar upahan.he he he cerita benar.

    ReplyDelete
  3. 1.Dulu pejuang islam!!la ni talibarut kapiaq harbi!!yang syoknya kerana duit sekupang jeee!!!
    2.Kalau Rosli Dobi lagi!siap hang kena pancungg!!gadai Islam pada puak kapiaq harbi!!Menagis dia tenguk kelaku puak macam hang ni!!
    3.Kes Sibu!!Keluaq mulut kucing!!masuk mulut naga!!kalau PR menang!!!!
    4.Apala akai tak dak!!puak macam hang ni!!yang dok pasang poster!dok kerabat tiang!!puak macam hang la!!puak kapiaq harbi!!tak pasang punnnn!!!kalau depa pasang pun!!boleh dibilang dengan jari!!buat syarat jee!!!

    ReplyDelete
  4. jelmakan semangat rosli dhobi pada pemimpin pakatan rakyat....amacam???? setuju????

    bond p.44

    ReplyDelete
  5. hakim tangguh lagi..

    tangguh
    tangguh
    tangguh
    tangguh lagi..


    karpal: kenapa jumpa najib?
    saifool: saya ada problem

    p/s|:
    siapa ada problem, angkat konek...muahahhahahahhaha

    ReplyDelete
  6. DAP kalah pula di sibu kerana .........jawap sendiri.

    ReplyDelete
  7. wakakaka... kalo dah monipu memang la boleh monang

    contoh bn bangsat monipu cubo baco komen 10:21...

    tangguh
    tangguh
    tangguh...

    Aik...hakim pon dah pandai main tangguh tangguh...

    apo laie pemuko yahudi malaysia kasi menyalak la cover korang punyo taik...wakakaka

    ReplyDelete
  8. aaaa...apadia...pas kuda kapiaq harbi?

    wakakaka...tu lidah korang dah samak lom jilek jubor samy ari tu...wakakaka

    wakakaka...jangan lupo lineup suntut ration aweng adek kolopir luluskan lesen judi...wakakaka

    ReplyDelete
  9. kalah menang bukan soal...
    kebenaran yag utama...
    apa kena mengena kemerdekaan sarawak dengan rosly dhoby...?
    tak dak...
    hanya semangat menentang penjajah yang harus diambil...
    kalau nak ukur menang-kalah betul-salah...
    baik dok rumah mengangkang.

    ReplyDelete
  10. ROSLI DHODY ada lah pejuang sejati kemerdekaan anak MELAYU/ISLAM sibu yg sangup berkorban nyawa demi agama dan bangsa,tapi sayang nya kini sibu/malaysia am nya telah di jajah lagi oleh org cina. baik BN ATAU pakatan YG MENANG DI SIBU, org cina juga yg dapat hasil nya walau pun org BUMIPUTRA lah pengundi setia BN.Jadi saya harap jangan lah kita bermusuh sesama kita.

    ReplyDelete
  11. ni lagi sorang bangang...
    tok sah lah nak tunjuk perpaduan melayu...
    nabi pun tak suruh arab bersatu...
    melayu bersatu dapat pahala ka...
    kalu melayu bersatu lagi tak maju...

    ReplyDelete
  12. bos,
    sebenarnya ada 'sleeper cell' yang anti umno... dan satu lagi fakta nak kongsi... rosli dhobie itu sebenarnya pejuang pro-raja dan menuntut supaya
    kuasa raja muda anthony brooke dikembalikan... untuk pengetahuan korang,kami mahukan kuasa keluarga diraja brooke dikembalikan agar rakyat dapat manfaat.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?