Terima kasih atas pelbagai respon positif untuk menentukan tindakan penggandaian 10,000 km persegi wilayah ekslusif economic zone Malaysia kepada Brunei adalah terbatal dan tidak sah.
Sokongan YB Kit saya sanjung tinggi. Begitu juga sokongan beberapa rakan dari Sabah dan penyokong biasa yang telah mendaftar di alamat gadailautmalaysia@gmail.com.
"The freedom from threats to national interest in, on, over and concerning the sea"
Demikian tertera kata pegangan Laman Keselamatan Maritim, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri! Hebat sekali!
Benar! Kita diancam dari 'laut'. Sekelip mata 10,000 km persegi wilayah kita melayang!
Dalam laman tersebut dipaparkan Peta Baru Malaysia 1979 dan Peta Sempadan Maritim Malaysia. Dengan jelasnya Blok L dan M mengikut peta rasmi Malaysia itu, ditandakan sebagai berada dalam sempadan negara.
Berikutan pemberian itu, kita mengalami kekurangan 10,000 km persegi kawasan laut dari keluasan asal Zon Ekslusif Ekonomi (Exclusive economic Zone) seluas 453,186.18 km2 atau 174,979.43 bn2.
Sultan Brunei dalam titah hari keputeraan baginda pada 15 Julai 2009 mengesahkan penyerahan itu;
"In a commitment to ensure the prosperity and security of the people, His Majesty together with former Malaysian premier Abdullah Ahmad Badawi signed Letters of Exchange on the demarcation of maritime boundaries with Malaysia.
His Majesty said that through this agreement, Brunei will have sovereignty on the continental shelf and 200 nautical miles of the exclusive economic zone (EEZ).
With this, Brunei will enjoy the benefits from the exploration of hydrocarbon and other maritime resources."
Pertemuan empat jam Pak Lah dengan Sultan Brunei berlangsung sehari sebelum tanda tangan diperturunkan dan kenyataan bersama media selepas majlis itu berlangsung menyebut seperti berikut;
"The solution of the maritime delimitation issue ensures certainly with regard to the delimitation of the territorial seas, the continental shelf and the Exclusive Economic Zone of both countries,"
Pada 21 Disember 1979, Peta Baru Malaysia 1979 yang terdiri daripada Syit 1 (Semenanjung Malaysia) dan Syit 2 (Sabah & Sarawak) dan menunjukkan kawasan Perairan Wilayah serta Pelantar Benua Malaysia telah diisytiharkan menerusi Pemberitahuan No. 5745.
Sewaktu berhujah di ICJ dalam isu Pulau Batu Putih, salah satu asas yang digunakan oleh Ejen Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad ialah Peta Baru Malaysia 1979.
Pengubahan sempadan negara melalui pengubahan sempadan mana-mana negeri yang asalnya terdapat dalam Peta Baru Malaysia 1979, tidak syak lagi perlu melalui tiga proses iaitu;
a. Kelulusan DUN negeri terbabit
b. Kelulusan Majlis Raja-Raja
c. Kelulusan Parlimen, seperti tercatat dalam Perkara Dua Perlembagaan Negara;
Article 2
2. Parliament may by law -
● (a) admit other States to the Federation;
● (b) alter the boundaries of any State, but a law altering the boundaries of a State shall not be passed without the consent of that State (expressed by a law made by the Legislature of that State) and of the Conference of Rulers.
Ketiga-tiga proses fundamental ini tidak berlaku bagi penyerahan sempadan laut kita dengan nilai petroleum sekurang-kurangnya RM 340 Billion.
Jika telaga ini masih dalam milik Malaysia, Sabah sudah pasti akan menikmati paling kurang RM 17 billion royalti! Kini, nak berenang di laut itu saja orang Sabah perlukan pasport dan visa...., bersekali kekayaan laut yang lain - tenggiri, yu dan segala macam terlepas selama-lamanya sedangkan kita seharusnya ada pilihan penyelesaian yang lain.
Datuk Paduka Husam Musa,
EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Edyes sokong lesen judi sempena Piala Dunia diperkenalkan
pojie... hok nie kawe wuei demo...
malaysia ni kan mak bapak depa punya.. mula-mula bapak jadi PM lepaih tu passing kat anak, lepaih ni sepupu pulak.. lepas tu passing kat anak balik... lepaih tu cucu.. nasib baik menantu tak jadi PM!! so apa nak buat?? yg dok menyokong pun ramai
.. aku rasa pak lah time tu ngantuk kot!! dia main sain ja... hahaha.. bertambah lagi laa senarai projek mega kerajaan UMCO.
kekayaan hanya berlegar diantara keluarga mereka sahaja telah menjadi kenyataan!
Post a Comment