Kalau ada siaran langsung, Alhamdulillah, kalau tak de, aku mintak maaf banyak-banyak. pepehal pun, gambar-gambar aku akan upload lepas tengah malam ni.
Mekasih...
Pertemuan tertutup selama hanya kira-kira 20 minit itu berlangsung pada 5 Februari lalu di Hotel Intekma Shah Alam. Bagaimanapun, kelewatan Abdul Hadi lebih dua jam menyebabkan banyak soalan dan "isu-isu besar" tidak dapat diajukan kepadanya.Lewat sampai 2 jam..? "Ulamak"..? ni "Ulamak" ke, "Hullamak" ke "Ular Dalam semak"..?
"Tidak puas hati itu bukannya apa, sebab masa dialog itu pendek. Kita tunggu lama tetapi akhirnya (peluang itu) berlalu begitu," kata pemangku yang dipertua (YDP) PAS Shah Alam, Azli Yusof.
1) Mengapa hukuman tidak setimpal terhadap YB Khalid Samad dan YB Hasan Ali walaupun kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS? Adakah hukuman ini mengambil kira:Soalan kiasan saya.
a - Perbandingan jasa dan bakti antara 2 pemimpin di dalam PAS.
b - Kesengajaan kedua-dua pesalah melakukan kesalahan disiplin yang disebut di atas.
c - Motif untuk melanggar kesalahan disiplin di atas.
d - Musibah dan kesan buruk terhadap nama baik, organisasi dan sistem dalam parti PAS?
e - Musibah dan kesan buruk terhadap nama baik, organisasi dan sistem dalam Pakatan Rakyat?
2) Tuan Ibrahim dalam blognya mengatakan sekiranya JK Disiplin memilih untuk menjawab kritikan, ia mungkin akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti yang tidak perlu diketahui umum. Ok, saya amat bersetuju dalam penjelasan Tuan Ibrahim dalam hal ini. Soalan saya, dalam skala 1 hingga 10 (10 paling berat), apakah nilai pemberat terhadap rahsia parti yang didedahkan oleh:
a - YB Khalid Samad
b - YB Hasan Ali
3) Adakah nilai pemberat ini mengambil kira:
a - Berapa orang yang mengetahui rahsia ini selepas ia didedahkan?
b - Tempat rahsia ini didedahkan, terbuka atau tertutup?
c - Risiko rahsia yang didedahkan kepada parti PAS?
d - Risiko rahsia yang didedahkan kepada Pakatan Rakyat?
e - Apakah tujuan pesalah-pesalah yang mahukan rahsia ini didedahkan?
f - Kritikan media terhadap PAS selepas rahsia ini didedahkan?
4) Sebelum mengumumkan keputusan ini kepada media, adakah JK Disiplin melaporkan keputusan tersebut kepada pemimpin tertinggi parti untuk mendapat restu terlebih dahulu? Ataupun JK Disiplin perlu mendapatkan restu dan pandangan daripada sesiapa sahaja selain daripada ahli JK Disiplin sendiri dalam menjustifikasikan hukuman sebagai patut dan adil sebelum menjadikannya hukuman tersebut yang muktamad?
5) Adakah JKD lupa bahawa mereka ditubuhkan untuk menggantikan EGM dan sebagai langkah memperbetulkan imej PAS selepas seminar terbuka mengutuk pemimpin-pemimpin atasan PAS? Adakah keputusan JK Disiplin ini tidak pernah berubah sejak 22hb Januari (tarikh pengumuman yang sepatutnya dilakukan) sehinggalah pengumuman rasmi yang dibuat pada 29hb Januari 2010?
Fakta kes 1:Bagaimanakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh JK Disiplin PAS terhadap A curi dan B curi yang kedua-duanya mengaku telah melakukan kesalahan mencuri wang dari laci parti? Adakah jumlah wang yang dicuri akan menjadi faktor dalam menentukan hukuman? Ataupun faktor luaran seperti kelaparan dan demi kebaikan parti memainkan peranan lebih penting dalam menentukan hukuman terhadap A curi dan B curi?
A curi, seorang ahli biasa parti didakwa mencuri RM10 daripada laci wang parti. Tertuduh memberitahu JK Disiplin parti bahawa dia mencuri kerana berasa amat lapar selepas permintaannya untuk mendapatkan makanan daripada ketuanya tidak dihiraukan. Aduannya kepada bos ketuanya bahawa dia dianiaya oleh ketuanya sendiri turut tidak dihiraukan. Tertuduh berkata dia tidak berniat untuk mencuri RM10, tetapi nasib tidak menyebelahinya kerana di dalam laci itu hanya terdapat nota RM10. Tertuduh berkata sekiranya tidak dianiaya, dia tidak akan melakukan sedemikian melainkan terpaksa. JK Disiplin sudahpun dapat membuktikan dakwaan A curi bahawa dia dianiaya ketuanya adalah benar.
Fakta kes 2:
B curi, seorang ketua cawangan parti didakwa mencuri RM1 daripada laci wang parti. Tertuduh memberitahu JK Disiplin parti bahawa dia mencuri atas alasan perasaan ingin mencuba dan menarik perhatian orang parti bahawa laci wang parti tidak dijaga dengan selamat. Tertuduh berkata sekiranya betul dia ada niat untuk mencuri, dia tidak mencuri wang RM1 sahaja. Tertuduh juga berkata dia mencuri untuk menjaga kepentingan parti walaupun salah dari segi etika. JK Disiplin menerima penjelasan B curi bahawa jikalau betul dia, seorang berpangkat ketua cawangan berminat untuk mencuri, takkanlah dia mencuri RM1 sahaja.
1. Menandakan sokongan terhadap tuntutan rakyat Kelantan mendapatkan Royalti Petroleum seperti mana perjanjian tahun 1975 yang telah dimeterai."GEGAR menyeru seluruh rakyat negeri Kelantan terus berdoa agar Allah s.w.t mengurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, rahmah dan inayah-Nya kepada DYMM Sultan Kelantan," kata kenyataan itu.
2. Menandakan sokongan rakyat Kelantan dalam mendokong semangat Persekutuan Malaysia dan Kelantan sebagai negeri di bawah Persekutuan hendaklah diberikan hak-hak menurut Perlembagaan, undang-undang dan perjanjian yang telah termerai.
3. Bersempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang akan menjelang tidak lama lagi, rakyat Kelantan menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada kepada DYMM Al-Sultan.
DARIPADA MELALAK MACAM ORANG GILA, LEBIH BAIK PROMOSI PROGRAM2 INI PADA ORANG MELAYU1 - Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) - Berapa banyak kempen dan usaha yang dilakukan oleh PAS Selangor untuk membantu orang Melayu di Selangor kepada program ini. Yang lebih memalukan, DAP lebih banyak mendaftar orang Melayu yang miskin kepada program ini dari PAS Selangor.
2 - Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
3 - Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (m3)
4 - Hadiah Anak Masuk Universiti
5 - Caruman Takaful/ Perubatan Percuma Warga Emas
6 - Program Penigkatan Hasil Bahan Batuan Dan Mineral
7 - Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
8 - Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang
9 - MESRA USIA EMAS
10 - Pinjaman Pelajaran Selangor
11 - Khidmat Kaunseling Kerajaan Negeri Selangor
12 - Skim Komprehensif Takaful Selangor
13 - Maklumat Pelan Bencana
14 - Kempen Pelancongan Selangor
15 - Program Pekerja Yang Diberhentikan (Retrenchment Helpline)