Tuesday, February 23, 2010

Royalty Minyak: Jawapan YB Dato' Haji Husam Musa

ASAS TUNTUTAN BAYARAN TUNAI BAGI PENGELUARAN PETROLEUM DI LUAR PANTAI KELANTAN

Akta Pembangunan Petroleum, 1974 ( "PDA"), yang mulai berkuatkuasa pada 1 Oktober 1974, membawa kepada tertubuhnya Petronas dan diserah hak petroleum yang didapati dan diperolehi di daratan atau luar pantai Malaysia kepada Petronas.

Di bawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974 (PDA), setiap daripada 13 Negeri di Malaysia telah menandatangani Perjanjian yang sama dan Geran Penyerah Hakkan pada tarikh yang berbeza dalam tahun 1975/1976 dengan Petronas bagi menyerah hak pemilikan masing-masing terhadap petroleum kepada Petronas dengan pertimbangan Petronas membayar kepada setiap Negeri di mana petroleum dihasilkan samada di daratan dan lautan dengan bayaran tunai dalam bentuk jumlah tahunan setara dengan 5% daripada nilai petroleum yang dihasilkan di mana-mana negeri yang berkenaan.

Kami tidak bersetuju dengan jawapan yang diberikan dalam iklan dibuat atas nama Kerajaan Persekutuan baru-baru ini. Jawapan kami terhadap soalan yang sama adalah sebagaimana berikut:-
1. Menurut Akta Pembangunan Petroleum1974, apakah istilah yang digunakan untuk pembayaran yang dibuat untuk pengeluaran minyak dan gas?
PDA, kesemua 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak menggunakan istilah "bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan”. Perkataan yang popular digunakan oleh semua pihak ialah "royalti". Namun, tidak ada yang berubah mengenai bentuk pembayaran iaitu bayaran tunai kepada kerajaan negeri.
2. Mengikut Perjanjian diantara Petronas dan kerajaan negeri dalam tahun 1975/1976, apakah syarat untuk mendapatkan hak 5% bayaran tunai kepada kerajaan negeri?
Istilah-istilah yang digunakan dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak adalah "di daratan (On-Shore) " dan " luar pantai (Off-Shore)" untuk maksud petroleum yang dihasilkan di daratan dan di lautan. Tiada dinyatakan sama sekali samada di dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA), 13 Perjanjian dengan Negeri-negeri mahupun 13 Geran Penyerah Hak tentang sekatan hak setiap Negeri untuk menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantainya berdasarkan kepada jarak dari pantai.

Oleh kerana itu, baik PDA, 13 Perjanjian mahupun 13 Geran Penyerah Hak tiada menyekat pembayaran bayaran tunai bagi petroleum yang dihasilkan samaada 3 batu, 12 batu, 200 batu atau jarak lain daripada pantai kepada 13 negeri kerana jarak tersebut tidak dinyatakan sama sekali di dalam PDA, Perjanjian dengan Negeri-negeri dan Geran Penyerah Hak. Sebaliknya perkataan umum yang digunakan ialah ” Off-Shore”.

Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969 tidak terpakai kepada pemilikan petroleum, baik di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore). Ordinan ini juga tidak ada kaitan dengan kewajipan undang-undang oleh Petronas untuk membayar bayaran tunai kepada suatu Negeri samada petroleum dihasilkan di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore). Hanya Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) sahaja yang terpakai. Dengan demikian, Ordinan tersebut bukan perundangan yang relevan bagi perkara ini.

Lebih spesifik, semua perjanjian antara negeri dan Petronas menyebut rujukan tunggal kepada seksyen 4 Akta PDA ;

Perjanjian
” DAN BAHAWASANYA KERAJAAN dan PETRONAS adalah ingin hendak membuat suatu perjanjian menurut seksyen 4 Akta tersebut di atas berkenaan dengan pembayaran wang tunai yang akan dibuat oleh PETRONAS kepada KERAJAAN sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan – kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakhakkan seperti tersebut di atas mengenai petroliam ”
Seksyen 4 Akta PDA
Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan

4. sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan – kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.
3. Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau kerajaan negeri lain di Semenanjung Malaysia mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai tersebut daripada Petronas?
Ya, asalkan petroleum dihasilkan di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore) Negeri yang berkenaan. Oleh yang demikian, pada bulan Mac 1978, Petronas memaklumkan Kerajaan Terengganu bahawa petroleum telah dihasilkan di medan minyak yang bernama Pulai yang terletak sekitar 150 kilometer dari pantai Terengganu. Pada Jun 1978, Petronas telah membuat bayaran tunai pertama kalinya kepada Terengganu bagi pengeluaran minyak luar pantai Terengganu (di Pulai).

Selama 22 tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 1978 hingga Mac 2000, Petronas membuat bayaran tunai kepada Terengganu dua kali setahun di bawah PDA, Perjanjian dan Geran Penyerah Hak , meskipun minyak dihasilkan ratusan batu di luar pantai Terengganu.

Hanya ketika PAS membentuk Kerajaan Negeri Terengganu selepas Pilihan Raya Umum pada November 1999, Petronas berhenti membuat bayaran tunai kepada Terengganu, walaupun Petronas masih lagi mengeluarkan minyak di luar pantai Terengganu tanpa membayar bayaran seperti sepatutnya dan diamalkan sebelumnya.
4. Apakah kedudukan di Sabah dan Sarawak mengenai isu pembayaran royalti?
Sehingga PDA mulai berkuatkuasa pada bulan Oktober 1974, asas perundangan bayaran royalti kepada Sabah dan Sarawak adalah undang-undang yang buat oleh pihak kolonial Inggeris. Setelah wujudnya PDA dan pembentukan Petronas, Sabah dan Sarawak diperlakukan dalam cara yang seragam sebagaimana 11 negeri yang lain di Semenanjung . Jadi, satu-satunya asas perundangan bayaran tunai kepada Sabah dan Sarawak sejak Oktober 1974, adalah PDA, 2 Perjanjian mereka dan 2 Geran Penyerah hak mereka. Kedua-dua negeri tersebut berada dalam kedudukan yang sama dengan Kelantan, Terengganu dan 9 negeri lain di Malaysia . Semua dilayan sama di bawah PDA untuk mengelakkan diskriminasi di antara 13 Negeri dalam Malaysia.
5. Apa yang dimaksudkan dengan bayaran "Wang Ehsan"?
Ini adalah label politik yang dicipta oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2000 ketika mengarahkan Petronas untuk berhenti membuat bayaran tunai kepada PAS Terengganu selepas membentuk Kerajaan Negeri. Istilah "wang Ihsan" tidak mempunyai asas perundangan. Hal ini tidak ditemui di dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak atau mana-mana Akta lain.
6. Mengapa Wang Ihsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk Kelantan hanya dalam jumlah RM20 juta?
Kami tidak dapat menjawab soalan ini kerana ini adalah jumlah yang sewenang-wenangnya dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan tanpa asas perundangan. Tuntutan kami bagi bayaran tunggakan adalah melebihi RM 2 bilion dan bayaran tahunan tidak kurang dari RM 600 juta.
7. Apa kedudukan kenyataan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalti yang harus dibayar untuk Kelantan berdasarkan pengeluaran petroleum diperolehi daripada di luar perairan negeri serta mempersoalkan pemberian Wang Ihsan?
Kami menyokong pernyataan awam baru-baru ini termasuk kenyataan terkini beliau bertarikh 22 Feb 2010. Pujian harus diberikan kepada Tengku Razaleigh atas penjelasan berasaskan kebenaran tersebut. Selaku Pengerusi Pertama Petronas, dan telah berjaya memujuk 13 buah negeri memeterai 13 Perjanjian atas nama Petronas dengan Kerajaan-kerajaan Negeri. Dia sangat fasih dan berautoriti dalam hal ini. Dia juga memperolehi kepercayaan dan keyakinan daripada Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia's Ke 2, dan arkitek polisi petroleum negara kita. Mengapa pandangan beliau diketepikan oleh orang-orang yang datang kemudian tanpa menghormati semangat asal akta dan perjanjian.
8. Adakah Ketua Pembangkang mengetahui mengenai kedudukan hak-hak kerajaan negeri dalam masalah ini?
Semua orang yang rasional dan matang faham kehendak sebenar undang-undang, termasuk YB Ketua Pembangkang Malaysia. Kerajaan Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan politik sempit sahaja yang berani mengelirukan rakyat terbanyak dengan putar belit seperti ini.

YB Dato Hj Husam Musa
Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan
23 Februari 2010
9 Rabiul Awwal 1431


*dibawah ini disertakan lampiran dokumen pembayaran "Royalti" kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang mengesahkan kewujudan pembayaran "royalti" dan ini menafikan kenyataan Ahli Parlimen Jeli sebelum ini yang membuktikan kewujudan pembayaran "Royalti". (sila klik lampiran untuk imej besar dan jelas)

Royalty Minyak: Kelantan Akan Bawa Ke Mahkamah..?

Sejak tercetusnya isu Tuntutan Royalty Minyak oleh Kerajaan Negeri Kelantan menjelang Pilihanraya Kecil Manek Urai tahun lepas, berbagai pihak pro Kerajaan memberi ulasan mengikut "pandangan masing-masing" dan ada juga yang bertindak mencabar Kerajaan Negeri Kelantan supaya membawa isu tersebut ke Mahkamah.

Pihak-pihak yang menyokong ketetapan Kerajaan Pusat atau UMNO pada zahirnya yang menafikan bahawa Kerajaan Kelantan berhak untuk menuntut sejumlah wang tunai (disebut sebagai "Royalty" oleh TDM sebelum ini dan diterjemah sebagai "Wang Ehsan" juga oleh TDM) secara majoritinya sekadar berhujah mengikut "pandangan" masing-masing tetapi tidak pula berlandaskan pada perundangan yang termaktub didalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri (Kelantan) pada tahun 1974.

Individu yang merangka perjanjian tersebut pada masa itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah (ahli berdaftar UMNO dan juga Ahli Parlimen Gua Musang) telah menyatakan secara jelas dalam 1 Ceramah Perdana anjuran GEGAR bahawa Kerajaan Negeri (Kelantan) secara perundangan sememangnya BERHAK menerima pembayaran tunai sebanyak 5% dari hasil galian bumi Negeri Kelantan.

Dalam 1 iklan dalam akhbar Media Perdana pada hari isnin lepas yang bertajuk "Penjelasan Isu Tuntutan Hasil Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan" terbitan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Malaysia, KPKK dalam artikel tersebut menjelaskan bahawa:
3. Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau mana-mana Kerajaan Negeri di Semenanjung berhak menuntutbayaran tunai hasil minyak dari Petronas?
  • Negeri Kelantan atau mana-mana Kerajaan Negeri di Semenanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas yang mengeluarkan hasil di Semenanjung pada masa ini berada diluar perairan Wilayah Negeri melebihi 3 batu nautika. Oleh yang demikian apa-apa hasil yang diperolehi diluar perairan Negeri melebihi 3 batu nautika adalah hak milik Kerajaan Persekutuan.
Pernyataan ini (dari KPKK) adalah amat-amat bercanggah dengan apa yang ada dan termaktub didalam perjanjian yang ditandatangani antara Wakil Petronas (Tengku Razaleigh Hamzah) dan Kerajaan Negeri (semua negeri yang terlibat).

Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini mejelaskan bahawa pembayaran royalty seperti yang dipersetujui didalam perjanjian tersebut secara ringkasnya ialah semua hasil galian pada jarak melebihi 3 batu nautika akan menjadi hak Kerajaan Pusat tetapi perlu membayar wang tunai sebanyak 5% kepada Kerajaan Negeri manakala sekiranya jaraknya kurang dari 3 batu nautika, maka ianya akan menjadi hakmilik Kerajaan Negeri sepenuhnya.

Itu yang termaktub dalam perjanjian menurut Tengku Razaleigh Hamzah.

Berkenaan dengan penjelasan no 2 iklan berkenaan juga jelas ianya amat mengelirukan.
2. Apakah kelayakan Kerajaan-Kerajaan Negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri tahun 1975/1976?
  • Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri berkenaan serta perairan Wilayah Negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (Ordinan Darurat (kuasa-kuasa perlu) No.7 tahun 1969).
Timbul persoalan didalam hal ini setelah kita sedia maklum bahawa perjanjian Royalty Minyak antara Petronas dan Kerajaan Negeri telah ditandatangani pada tahun 1974 dan tidak ada lagi perjanjian lain yang ditandatangani oleh mana-mana negeri pengeluar minyak termasuk Kelantan sebelum atau selepas perjanjian yang pertama (1974) tetapi dalam hal ini, mengapa pula dikaitkan perjanjian tersebut dengan Ordinan Darurat yang telah dimansuhkan atau dimuziumkan sebelum itu..?

Banyak lagi perkara-perkara yang mengelirukan orang ramai didalam "iklan penjelasan" tersebut dan ini sebenarnya telah memalukan Kerajaan Pusat dan dilihat sebagai usaha terdesak Kerajaan Pusat untuk menutup kenyataan yang sebenar. usaha sebegini jelas sekali menterjemahkan kebodohan pihak-pihak yang berkepentingan dan menterjemahkan "ketakutan" Kerajaan Pusat pimpinan Najib Tun Razak terhadap isu Tuntutan Royalty Minyak Kelantan.

Jelas sekali Kerajaan Pusat takut pada kuasa kepimpinan telus yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dimana sekiranya Kerajaan Pusat memberikan bayaran wang tunai mengikut perjanjian tersebut, Negeri Kelantan berkemungkinan besar akan menjadi Negeri paling maju di Semenanjung Malaysia hasil dari pengurusan yang bersih dan amanah dari rasuah. tidak seperti terengganu, Sabah dan Sarawak yang sekian menerima Royalti dan wang ihsan tetapi masih berada pada tangga tercorot senarai negeri-negeri termiskin di Malaysia.

Semua itu adalah kerana banyak berlaku kebocoran dalam pengurusan perbelanjaan Kerajaan Negeri hasil didikan UMNO/BN. lihat saja berapa banyak berlaku kebocoran perbelanjaan sewaktu pemerintahan MB Idris Jusoh..? wang yang disalur berbillion-billion tetapi negeri Terengganu masih mendahului tangga kemiskinan.

Pada 28hb. Februari, 2010 ini pula, bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas akan berada di Kota Bharu, Kelantan dan beliau akan meluangkan masa emas beliau memberi penjelasan berkenaan dengan segala hal yang berkaitan dari hal perjanjian Petronas dan Negeri sehinggalah kepada hal-hal (berkaitan) undang-undang.

Semua ADUN-ADUN Negeri Kelantan termasuk ADUN-ADUN dari pembangkang (UMNO/BN) dijemput sama untuk menghadiri majlis penerangan dan dialog antara Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan juga ADUN-ADUN Kelantan.

Selepas sessi penerangan dan dialog ini, pihak Kerajaan Negeri Kelantan akan memutuskan langkah seterusnya yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Mengapa Kaedah Menegur Ikut Saluran Dalam PAS Sudah Tidak Berkesan Lagi

Dato Tuan Ibrahim sering mengeluarkan kenyataan menyuruh ahli-ahli mengikut saluran sekiranya mahu menegur dan membetulkan parti. Di bawah saya ingin membawa bukti mengapa saranan Tuan Ibrahim sudah tidak berkesan lagi.
Saya dapat satu komen dalam blog saya:
"June 6, 2009 9:02 AM
Afyan said...
PAS adalah parti yang paling kuat dalam PR.
Jadi ini yang Anwar cemburu, kerana tanpa sokongan PAS impiannya untuk menjadi PM takkan menjadi.
Jadi, cara yang dia ada ialah menyusup ke dalam PAS melalui proksinya.
Ini yang dapat dikesan oleh para ulama.
Dan berlakulah pertembungan sebagaimana yang berlaku pada hari ini."
Yang tulis komen ni nama dia Afyan Mat Rawi. Dia ni Ketua Penerangan Pemuda Gombak. Dia tulis komen ni dalam blog saya untuk semua orang membacanya. Banyak lagi fitnah si Afyan ni saya boleh dedah tapi cukuplah satu ni dulu.

Sampai hari ni Afyan Mat Rawi ni tak bawa satu bukti pun. Beliau percaya fitnah ni bulat-bulat tanpa membuat walaupun sedikit pengkajian. Bukan setakat itu, beliau menyebar fitnah jahat dan jijik seperti ini kepada sesiapa sahaja yang beliau dapat. Dan bukan beliau seorang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah jahat dan jijik ini.

Fitnah ini disebar di majlis2 PAS, usrah2, perjumpaan2 dalaman dsbnya. Apabila ada ahli dan penyokong yang menggunakan saluran dalaman, maka akan wujud kumpulan seperti Afyan Mat Rawi ini yang akan ke hulu ke hilir memfitnah mereka yang ikhlas ini.

Ertinya kaedah menegur dari dalam sudah tidak berkesan dalam PAS lagi. Apa yang dipanggil “akhlak jemaah” tidak wujud lagi apabila kumpulan seperti Afyan ini dibiarkan berleluasa dalam PAS. Dan mereka ini mendapat sokongan dari para “ulama” dalam PAS. Dengan kata lain, mereka seperti maksum dan bebas berkata apa sahaja. Saya pun pelik, apa guna si Afyan ni belajar sampai ke UIA tapi akal yang Allah SWT beri dia tidak mahu guna.

(Kadang2 saya terfikir. Mereka yang menyebar fitnah seperti ini, tidak takutkan mereka dengan pembalasan Allah SWT? Mereka ni benar2 faham akidah Islam atau tidak? Ataupun mereka dengan sengaja menukar akidah mereka kepada akidah lain?)

FITNAH DIGUNA MENUTUP TINDAKAN KHIANAT

Fitnah ini disebar bagi menutup hakikat yang sebenar, yakni wujud usaha untuk membawa PAS kepada UMNO seperti yang didedahkan oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa di bawah:
“Kita bincang dalam pertemuan tu delete perkataan UMNO takut sensitif sangat, kita kata mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun. Keputusan mesyuarat 24th of April tu saya rekod. Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 memutuskan untuk memberi mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi kepentingan Islam dan umat Islam. Yang asal wordingnya UMNO, kita tahu benda tu sensitive, kita delete perkataan UMNO itu, tapi the meaning of the particular clause is reference to UMNO”.
Mereka sedar tak, orang yang mereka fitnah ni, dah aktif dalam PAS masa mereka ni masih terkencing dan terberak dalam lampin lagi. Khalid Samad tu bukan setakat aktif dalam PAS sejak dulu, tapi pernah merengkok dalam ISA. Sanggup korbankan kerja yang gaji beribu-ribu demi memenuhi kehendak parti. Husam Musa masuk PAS sejak 1982 dan menghadiri Muktamar PAS yang telah mengambil usul kepimpinan ulama di Dewan Bahasa Pustaka.

Tiba-tiba mereka boleh gelarkan Husam dan Khalid sebagai proksi Anwar? Hebat sangat perjuangan korang ni sampai boleh fitnah orang sebegitu sekali?

Mereka tidak sedar mereka dipergunakan oleh puak2 dalam PAS yang kemaruk nak duduk sekelambu dengan UMNO. Mereka sanggup menghambakan diri mereka dengan menyebarkan fitnah yang jahat seperti ini kepada semua yang mereka jumpa. Mereka seperti tidak lagi takut pada dosa dan perhitungan di akhiray.

Pernyataan Ustaz Nasa membuktikan:
a. Tiada konspirasi geng Anwar dalam PAS
b. Anwar tidak cemburu pada PAS
c. Tentangan kepada geng UG adalah atas tindakan mereka berjumpa dengan UMNO dalam gelap
d. Tindakan tersebut bukan sebab mereka mahu mengikut telunjuk Anwar.
Begitu jijik fitnah yang mereka taburkan demi melindungi perbuatan mereka yang kotor dan mual itu. Mereka tiada perasaan malu dan mencipta fitnah demi menjayakan konspirasi mereka yang jijik itu. Mereka tidak hirau PAS dan parti berpecah. Yang penting hubungan UMNO dan PAS dijalin.

Tulang Besi

Bukan Campur Tangan Tetapi Sokongan - TGNA

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan campur tangan sekumpulan Ahli Parlimen Australia dalam pertuduhan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda sokongan dan bukannya berniat untuk campur tangan dalam urusan negara.

Nik Aziz berkata, tidak salah bagi Ahli Parlimen berkenaan mencampuri urusan perbicaraan kes liwat Anwar kerana ianya menyatakan sokongan mereka.Beliau turut melahirkan rasa kurang senang kerana kes liwat berkenaan didedahkan kepada umum dan dibicarakan di mahkamah kerana ianya membuka aib orang.

“Orang luar (Ahli Parlimen Australia) bagi sokongan. Sokongan ini bukan campur tangan. Campur tangan lain, ini sokongan. Sokongan untuk menghilangkan aib orang.

“Kita sokong orang luar negeri seperti mana Tun Dr Mahathir buat untuk sokong lawan Israel. Sokongan ini hak fitrah manusia. Mereka beri sokongan supaya benda (kes liwat) ini tidak dibawa ke mahkamah sebab tak ada bukti. Tak ada orang tengok. Masalahnya sekarang ini bukan soal sokongan tetapi takut Anwar jadi Perdana Menteri,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam. Beliau berkata, pengguguran kes liwat Anwar itu bukanlah alasan utama sebaliknya ia membabitkan soal maruah.

“Gugur kes itu soal kedua. Yang penting sokongan jangan bawa benda aib ke mahkamah. pertama kerja zina, liwat ini kerja barang sulit. Yang sepatutnya kalau seorang tentu barang sulit kecuali ia membahayakan orang ramai," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kes liwat Anwar Ibrahim dikaitkan dengan beliau kembali setelah hampir sepuluh tahun kes yang sama pernah dikaitkan terhadap beliau semasa Tun Mahathir menjadi perdana menteri adalah disebabkan politik.

Ini kerana pada pandangannya ini satu cubaan untuk menggagalkan hasrat pakatan rakyat termasuk Anwar menjadi perdana menteri sekiranya pakatan rakyat memerintah Malaysia.

“Barang kali sudah lebih 10 tahun ia didedahkan. Sejak zaman Dr Mahathir lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Pas yang menentang keras sebarang campur tangan asing termasuk tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Australia dalam pertuduhan kes liwat Anwar.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia tidak rela menjadi mangsa campur tangan pihak asing dan atas alasan itu, Pas akan sama-sama mempertahankan kedaulatan negara, lebih-lebih lagi Malaysia adalah sebuah negara Islam dan ia mesti dipertahankan daripada campur tangan negara asing yang bukan Islam.

”Saya sebagai rakyat Malaysia, negara kita yang berdaulat tak perlu campur tangan asing, apatah lagi negara-negara barat yang bukan Islam. Masalah ini berlaku mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi campur tangan asing. ”Campur tangan asing (terhadap Malaysia) tak boleh, tapi dalaman sendiri (Malaysia) mesti ada kehebatan,” katanya.[link]

*Nota den : Kita boleh lihat perbezaan besar antara dua statement Tuan Guru. Statement TG Nik Aziz menguntungkan Pakatan Rakyat. Statement TG Hadi pula menguntungkan UMNO. Padahal kedua-dua Tuan Guru mengulas isu yang sama iaitu tentang 50MP Australia yang dikatakan masuk campur hal ehwal Malaysia. Bagi den, statement TG Nik Aziz adalah super cerdik. Bagaimana dengan anda?

Papa Gomo Kantoi "Main" Dengan Saiful???

Sabtu 13hb. Februari, 2010 - Topeng Perak Unmasked khabarkan (rujuk link ini):
Patutla dia kecoh sangat bila FB dia kena "gudam"... ade rehsia-rehsia peri"body" ropenyer... suker sembang ngan Sepul ea...???
Kadang-kadang, Papa Gomo suker jugek "main" ngan Sepul... eee... geli-geli-geli-geli-geli... dah la bebulu-bulu macam king-kong... suker main sesamer jantan pulak tu... "buwek'... samak-samak..!
Papa Gomo + Saiful Bukhari Azlan + Setan + Iblis = Liwat II
Fitnah sudah menjadi rutin bagi PAPA GOMO....

Andai takut di lambung badai..berumahlah di tepi kubur PAPA GOMO! MAPOH!

Lu korek lubang kubur sendiri BRO!

Royalty Minyak Kelantan: Mini Stadium Pasir Mas

Siri Ceramah Isu Tuntutan Royalty Minyak Kelantan diteruskan lagi minggu ni dan lokasinya ialah di Mini Stadium Pasir Mas, Kelantan. harap-harap sang "Katak" dapat hadir untuk memeriahkan majlis.

Tajuk Ceramah: Tuntutan Royalty Minyak Kelantan - "Antara Realiti & Pengkhianatan".

Tempat: Mini Stadium - Pasir Mas, Kelantan.

Tarikh & Waktu: 23hb. Februari, 2010 jam 9:00 malam.

Penceramah Jemputan: YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan,/ADUN Chempaka/Mursyidul Am PAS), YB Dato' Husam Musa (EXCO Kerajaan Negeri Kelantan/ADUN Salor), YB Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang).

Semua dijemput hadir.