Tuesday, March 29, 2011

Perhimpunan Haram Perdana: Disebalik Kehebatan, Ada Kelemahan

Perhimpunan Haram & Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati, Shah Alam semalam khabarnya dapat sambutan yang sangat-sangat membanggakan. dari info-info sekitar Twitter, Facebook, Blog & Portal website kehadiran dikatakan mencecah 10,000 orang & ada jugak yang mengandaikan kehadiran mencecah 20,000 orang.

Oleh sebab gua tak hadir, jadi gua andaikan kehadiran adalah diluar jangkaan. kalau tengok dalam gambar memang boleh meremang bulu roma. Allahu Akbar..! Allahu Akbar..! Allahu Akbar..!

Yang bagusnya sejak Pakatan Rakyat ambil alih pemerintahan Negeri Selangor, tak kurang dari 10 kali dah diadakan majlis ibadat, sujud kepada Pencipta dalam Stadium Melawati, sebelum ni Stadium sekadar jadi tempat bersukan & berfoya-foya dalam majlis lagha.

Alhamdulillah Amin...

Gua tak nak ulas panjang bab Perhimpunan Haram Perdana semalam sebab dah ramai sangat Twitter, Blogger, Facebooker & Portal ulas... gua nak ulas bab "Kejadian Yang Tak Sepatutnya Berlaku" dalam Perhimpunan Haram Perdana semalam.

Mungkin tak ramai yang tahu akan kehadiran Encik Armand Azha yang sedia kita kenal sebagai Ketua Wira PERKASA. gua dapat tau berita ni dari Twitter Armand sendiri.

Gua jugak dapat tau bahawa Armand hadir bersama beberapa rakannya dalam Perhimpunan Haram Perdana tersebut dan bagu gua, Encik Armand patut dipuji kerana berani menghadirkan diri dalam Perhimpunan "Haram" & gua anggap kehadiran Armand adalah kerana dia "Meraikan Demokrasi" di Malaysia & gua fikir selebihnya Armand hadir kerana cuba mencari kebenaran terhadap isu terkini dalam politik Malaysia.

Bab yang tu gua ucap Tahniah buat Armand, gua tak heran walaupun imej lu tak berapa bagus dimata orang ramai & gua anggap nasib Armand tak berapa baik dalam beberapa hal & mesti la ada sebabnya.

Mungkin jugak sebab salah Perjuangan.

Topik utama gua dekat sini ialah berkenaan dengan sikap ataupun tindakan bodoh beberapa pihak yang secara tak cerdik telah mengherdik Armand & rakan-rakan dia masa dia hadir di Stadium semalam.

Pada gua, majlis semalam boleh dihadiri oleh sesiapa sahaja sebab tujuan Perhimpunan tersebut diadakan ialah untuk memberi penjelasan atas isu berbangkit. petutnya tuan rumah kena rai tetamu macam ni. kalau gua ada semalam, gua usaha jugak supaya Armand diberi seat atas podium sebagai penghormatan kita pada tetamu.

Ni bukan masalah nak backing sape-sape dalam hal ni, tapi masalah utama ialah, benda macam ni tak sepatutnya berlaku. tu bukan cara kita merai tetamu.

Kita bercakap soal keadilan, soal yang baik-baik tapi sikap kita sendiri tak macam orang baik, sikit lebih kurang dah nak jadi macam sarkis. mungkin bagi kita seronok dapat maki-maki musuh kita tapi pada moralnya macam mana..?

Ni nak tarik sokongan pada Pakatan Rakyat atau rasa-rasa Pakatan Rakyat dah cukup kuat & tak perlukan sokongan lain dari yang sedia ada..?

Akai ada ka...???

7 comments:

  1. Gua sebagai rock tua setuju sama lu. sebab tu nabi berdakwah kepada kaum musyrikin yang degil apakah walid ibnu walid bukan musyrikin tegar..umar al-khatab juga amat bengis sebelum menjadi muslim...ini adalah watak2 utama yang menentang nabi tapi akhir nya menyokong nabi...harap2 penyokong PR pun begitu juga...mungkin dulu musuh setelah hidayah sampai dia akan menjadi penyokong pula mana tahu itu adalah kekuasaan ALLAH jua..

    ReplyDelete
  2. aku pun setuju. Perhimpunan terbuka utk semua. Dia pun warga Selangor dan Malaysia. Ni lah jadi masaalah stail dakwah kebanyakan org kita. Kalau dorang dtg satu bas pun, bagi peluang. Bukannya perjumpaan sulit antara parti2 PR.

    ReplyDelete
  3. Betui le tu..! Teman setuju bebenor saranan mike tu. Cuma nya, adakala bila kita di asak, di caci, di fitnah, kadang2 tu tak tersabor kite ni dibuatnya! Yg muda2 apatah lagi, darah tgh membuak! Kita yg senior ni pun, adatikanya urut dada juga! Jadi, sabor2 aje le! Insyaalah, Allah swt sentiasa bersama kita!!

    ReplyDelete
  4. Ikut apa Rasulullah ajar...akhlak...dakwah...kita jihad lawan nafsu dulu.. InsyaAllah akan berjaya.

    ReplyDelete
  5. Al hamdulillah.. Satu pandangan yang baik.. Sebab itulah Ketua Pemuda PAS Pusat dgn terbuka mengalukan armand masuk PAS jika betul dia serius nak berpolitik.. Tetapi yg sedihnya, ramai pihak yang memandang serong hasrat Ustaz Nasaruddin Tantawi ini..

    ReplyDelete
  6. pas menuju kehancuran apabila pelawa org bangsat ni join pas.pengundi dan ahli pas sedang perhati.silap langkah pas akan bungkus kerana sentiasa beri muka kpd prnjenayah dan barua kutty.ibrahim ali sedang senyum kerana spy dia hampir dpt masuk mesyuarat mesyuarat penting pas.sebelum ketua pemuda pas pelawa dia joint lebih baik ketua pemuda pas tu pelaa pemuda umno terengganu terutama pengikut idris jusoh masuk pas.lebih banyak faedah daripada bawak masuk musuh dlm selimut.kenapa hangpa sentiasa bahalol? ini adalah perang bukan main wayang.ketua pemuda pas apa cerita org hang hasan ali beri 90% projek kpd org umno? itu dakwah bil hal ke? beri duit kpd musuh dan jgn beri kerja kpd pengikut itu amalan jahiliah bukan dakwah la mangkok!

    ReplyDelete
  7. KOMEN LAMBAT TAPI ADA BETUL DAN TAK BETUL DALAM KES NI PADA PANDANGAN GUA WALLAHUWA'LAM, MEREKA YANG MARAH DAN GERAM PADA MUSIBAT-MUSIBAT PENGKHIANAT LEGAM DOGOI TU SEMUA BERSEBAB TAPI OLEH KERANA TAK DAPAT CONTROL NAFSU MARAH APA NAK KATA ! IKUT BETUL MEMANG SAPA PUN BOLEH HADZIR TAPI BILA MEREKA DAH NAMPAK MANGKUK-MANGKUK NI HADZIR SAMA KEMARAHAN TAK DAPAT DIBENDUNG ,JADI OK LA TAK ADA KES BUNUH MEMBUNUH MACAM DIMANA-MANA ... HAHAHA

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?