Monday, March 28, 2011

Permulaan Kearah Perhimpunan BERSIH 2.0

Alhamdulillah apa yang gua cuba gerakkan beberapa hari lepas mendapat respon dari PAS Temerloh hari ni.

PAS Temerloh usul perhimpunan Bersih 2

TEMERLOH, 28 Mac: Masyuarat Agung PAS Kawasan Temerloh ke 24 semalam (Ahad) meluluskan usul menuntut PAS Pusat supaya menggerakkan perhimpunan BERSIH 2 bagi menuntut pilihan raya yang adil.

Usul daripada jawatankuasa yang dibawa oleh Amiruslan Manaf itu, mahukan pertandingan demokrasi yang betul-betul telus dan adil bagi membolehkan rakyat dapat menilai dan memilih pemimpin mereka tanpa dipengaruhi penipuan dan ugutan.

“Sehubungan dengan itu, PAS Kawasan Temerloh menggesa PAS Pusat menggerakkan perhimpunan sejuta rakyat BERSIH 2 bagi menuntut proses demokrasi yang adil sebagai mana tuntutan yang terdahulu iaitu akses kepada media awam yang bebas dan adil kepada semua parti politik.

“SPR juga mesti melaksanakan penggunaan dakwat kekal (celup jari) untuk menghalang pengundian berganda. Selain itu memansuhkan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi yang berada di luar negara,” tambah Amiruslan.

Tambah Amiruslan lagi, PAS mahukan satu sistem baru di mana semua warga negara ini layak mengundi apabila berusia 21 tahun secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.

“Kami juga mahukan tuntutan baru iaitu persempadanan kawasan pilihan raya hendaklah mengikut perlembagaan negara iaitu berdasarkan persempadanan geografi dan sosio ekonomi, bukannya berdasarkan kehendak parti politik.

“Yang keduanya melanjutkan waktu tempoh berkempen sekarang daripada sekitar 8 hari kepada 21 hari sebagaimana yang diamalkan di negara-negara komonwel yang lain,” ujarnya.

Amiruslan juga berhujah, PAS yang memiliki ahli paling ramai dalam komponen Pakatan mestilah dilihat lebih menonjol dan terkehadapan dalam usaha menuntut demokrasi. PAS tidak seharusnya dipandang berada di tempat ketiga bagi tujuan menuntut keadilan itu.

Beliau mengingatkan BERSIH 1 telah berjaya membuatkan lima negeri jatuh ke tangan Pakatan.

Mesyuarat Agung tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Nik Zawawi Nik Salleh.

Sementara itu PAS Temerloh memeilih kepimpinan baru semalam iaitu Haji Jusoh Darus sebagai Yang Di Pertua, Hassanuddin Salim timbalannya dan naib pula ialah Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Muhamad.

Kesemua mereka menang selepas bertanding satu lawan satu.
Masa mula-mula gua cuba nak gerakkan idea himpunan BERSIH 2.0 ni gua tak terfikir pun nak cuba bersepakat dengan mana-mana parti politik sebab gua fikir gua nak gerakkan Perhimpunan ni atas nama "Rakyat".

Penggeraknya ialah para blogger baik pro Pakatan Rakyat mahupun pro Barisan Nasional.

Dalam fikiran gua, kalau gua gerakkan idea ni dengan parti politik, ianya akan dipolitikkan walaupun menatang ni 110% memang politik.

Masa gua dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu atas bas tadi gua pos dalam Twitter gua "Brp rmi antara kita s2ju adakan prhmpunan 500k BERSIH 2.0 kearah Pilihanraya yang telus & adil untuk Malaysia baru..? Sila respon." & Alhamdulillah dapat respon yang membanggakan.

Ada jugak followers Twitter gua tanya Armand PERKASA dalam Twitternya adakah Armand PERKASA akan sertai perhimpunan ni..? jawab Armand dalam Twitternya "Mai jer bro :)".

Jadi gua pun terfikir untuk ajak sekali Khairy Jamaluddin untuk join kami dalam menggerakkan agenda BERSIH 2.0.

Gua nak seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman & pegangan politik bersama-sama bergerak dalam melakukan perubahan dalam sistem Pilihanraya Negara Malaysia.

Kita mahu Pilihanraya yang telus tanpa manipulasi mana-mana pihak.

Tujuan kita menuntut Pilihanraya yang telus ialah supaya rakyat benar-benar diberi kuasa dalam menentukan pilihan mereka dalam memilih siapa yang layak meneraju Kerajaan Malaysia.

Gua pendekkan cerita.

Cuma dalam usul yang PAS Temerloh usulkan tu ada beberapa perkara yang gua agak tak bersetuju. gua tak setuju bukan sebab ianya tak praktikal untuk dituntut tapi sebab kita kesuntukan masa.

Lepas gua fikir-fikir banyak hari, gua dah buat keputusan untuk memasukkan CUMA 1 TUNTUTAN SAHAJA dalam agenda BERSIH 2.0.

Tuntutan tunggal yang gua rasa praktikal untuk dibuat ialah - PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL.

Bagi gua, makin banyak tuntutan dibuat, makin luas peluang Pemerintah Kuku Besi bagi alasan untuk tidak menunaikannya.

Faktor paling penting bagi gua ialah faktor masa & kita kena ingat, pemerintah yang berkuasa sekarang tidak efektif & tidak pandai menggunakan kemudahan moden yang ada untuk mempermudahkan urusan.

Jadi korang fikirlah sendiri.

1 tuntutan sahaja dah memadai bagi gua dan ianya mudah untuk dipenuhi sebagai permulaan lagipun masa kita tak banyak. jangan merumitkan lagi keadaan.

Gua ada beberapa rancangan awal yang akan gua bincangkan dengan geng-geng blogger & gua akan cuba gerakkan idea ni sebaik sahaja habis Pilihanraya negeri Sarawak.

Sama-sama kita berpadu menggerakkan Perhimpunan BERSIH 2.0.

Allahu Akbar...!!!

10 comments:

  1. JOM BRO, KITA PAKAT BERHIMPUN. KITA NAKKAN SESUATU YANG BERSIH. PAS, PKR DAN DAP PUN BANYAK SANGAT FITNAH MASA NAK PILIHANRAYA.

    HABIS MENGUNDI DAH NAK KENA SAMAN, SUJUD CIUM KAKI MINTAK MAAF MACAM DIN BINJAI..PAHANG DAILY.

    SEMUA NI KOTOR BRO...

    ReplyDelete
  2. Wa setuju tu beb...
    Bila nak buat tu beb?
    Kat mana nak buat tu beb?
    Studium Shah Alam....Studium Bkt Jalil....Puterajaya.....or dpn Bkt Aman?

    ReplyDelete
  3. WOI LAHANAT2 PAKATAN....XUSAH LA KO NAK WAT DEMONSTRASI KAT K.L......ROSAK BISNES AKU KAT SNE....ANGKARA PAK2 AJI YG BODOH BANGANG TUE....KO PK TGK BALIK SI APEK2 DAP ADE KE NAK JOIN???? MELAYU2 HAPRAK SAMPAH MCM KO JE X BERTAMADUN MEMEKAK2 TERBARING KAT JALAN...PTUIHHHHH

    ReplyDelete
  4. SOKONG! APA KATA KORANG BUAT KAT BUKIT BINTANG? PASTI MERIAH BEB, WEI, PATUTNYA PERHIMPUNAN KORANG BERSIH BUNTOT ANWAR-ALJUBURI DULU..HAHA HABIS NEGERI SELANGOR, KEDAH, KELANTAN, PULAU PINANG MENANG PILIHAN RAYA MASIH TAK KAN TAK BERSIH LAGI KOT?TAKAT, BUAT PERHIMPUNAN CAMNI KAN BAIK BUAT PERHIMPUNAN BERSIH BAIK BUAT KAT SHAH ALAM TOKSAH NAK WAT KAT KL WAT MALU JER KOT..BODOH PUNYA MELAYU.KOTOR

    ReplyDelete
  5. RAMAI SUNGGUH DLM BLOG NIE HALUAN KANAN?? BERPIJAK DIBUMI YANG NYATA SAHABAT..... CAKAP JGN BEREMOSI JGN TERLALU DANGKAL.

    ReplyDelete
  6. Baru melintas kat sini..rupanya ramai lagi mamat zaman dinosour juak umngok kat sini.ha ha...

    ReplyDelete
  7. bg aku org muda.. matlamat korang mmg bagus n perfect.. aku mmg sokong.. tp yg x bestnye nape sampai ade yg TERLAMPAU sampai jd xbest.. guna la saluran yg btul.. sptutnye kaum melayu kite ni bersatu.. tunjukkan yg kte ni mampu wat keputusan dgn akal.. bkn ngn emosi.. sbb bile da gini confirm ade yg lbh mse prhmpunan nanti

    satu lagi yg aku sebagai kaum muda ni rase x best perlu ke jadi lembu ambiga tu.. bkk google cari sape ambiga.. antara org yg mempertikaikan agama kite kt negara ni. so kalo hukum islam setahu aku yg cetek ilmu ni, die tu trgolong dlm org yg memerangi islam n wajib.. pikir la sendiri. kalo xle wt hukuman tu jgn setongkol la. nk wat.. wat cara kite, ikut saluran yg betul, kite mmg nk bersih.. tp dalam masa yg sama cara pon kene bersih.. kdg2 malayu ni sorry to say selalu sentap x kene tempat.. sensitif ke mane hala.. patotnye kite kaji, kite sedar ade phk2 laen yg bkn bumiputra ni da mule naek kepala.. bkn naek siap pjk2 lg. aku da jumpe 2-3 ekor n da wat report polis.. dieorg anti kaum kite, anti agama kite lagi mau ddk blakag ke.. pikir la.. ak suke n dkung ape yg korang perjuangkan,, tp ak x suke cara korang. kalo scra betul tu lmbt, kte kne ketuk dieorg selalu tnjukkn yg kite btl n bgkt.. tp jgn wat bangkai camni.. sisih AMBIGA tu.. jgn ikut perasaan.. berjuang xde ilmu ssh jugak, ikut fakta pastu emosi lgsung x kaji.. wat malu bangsa.. ini tanah kite. pertahankan hak kite yg dieorg nk rampas slow2. bkn tuju pada semua.. bergantung pada individu. bkn semua kaum lain jahat. kte kawan ngn cine, kawan ngn india,, da tanam dr kck lg.. tp ade yg kaduk naik junjung. yg mengharap keamana malaysia- aku kaum muda

    ReplyDelete
  8. Anon Julai 6, 11:18 AM...

    Komen lu x bleh blah la...

    Sebijik ayat puak UMphorNO...

    Sila cuba lagi...

    Muakakaka...!!!

    ReplyDelete
  9. oo so bgus la korang dok bwh tokey ifc tu... gud.. sokong nik aziz sorg je bagus.. nk sokong kne tgok spe pemimpin jgk.. jgn over ats nme prsatuan smte2.. pkir baik buruk la sedare.. malukan parti sendiri wat pe.. bile org nk hormat.. bce leklok,ni smpai pak aji pon da ade yg pngd serong.. aku ucp mekasih sbb ko antara yg nk tgkkn keadilan.. tp jgn ko bkr tong sampah dah la ea.. kerajaan pon ade yg tipu kite.. tp tndkn nk tegakkn mtlamat bia kne care.. xgune dok bwh org yg musuh agama kite.. nk wat melayu. bia mlyu je. jgn satu malaysia pnye pasal bangsa laen tepuk tgn.. satu malaysia la sgt.. ni sume 1 malaysia pny pasal.. bagi lg muke.. nty bg maruah, bg tnh, bg sume yg ade

    ReplyDelete
  10. Tak pe,bukan you sorang kenal ambiga dan lain2. Pimpinan PAS. Lagi kenal dan setiap tindakan penuh strategi dan perancangan.bukan dok takut2 takut2 ,tapi last2 biaqkan sistem menghancur Islam terus bertahan. Kalau Ambiga tuntut perkara bertentang Islam,kita akan bangun. Pimpinan Pas tidak terlalu bodoh.dulu pun adakah umno yg bangun?

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?