Thursday, July 07, 2011

BERSIH 2.0: KERAjaan Berbelit

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

5hb. Julai, 2011:
Kerajaan bersetuju membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya memindahkan perhimpunan aman jalanan ke stadium tertutup bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Saya difahamkan BERSIH mahu berunding dengan kerajaan untuk berhimpun di sebuah stadium (dan) kita bersedia berjumpa dengan mereka,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Namun katanya, pihak penganjur mesti mematuhi beberapa syarat sebelum persetujuan diberikan.

“Kita bersedia untuk berjumpa dengan pihak berkenaan bagi mengadakan (perhimpunan) di stadium dengan syarat bahawa mereka akan pergi dengan aman, mereka akan menegaskan perhimpunan (itu akan diadakan secara) aman dan mereka akan balik dengan aman.

“Sekiranya sebarang kejadian yang berlaku maka pihak penganjur akan dipertanggungjawabkan atas segalanya ataupun yang akan berlaku, yang boleh menyebabkan sama ada huru-hara ataupun kerosakkan hartabenda ataupun boleh menyebabkan mana-mana individu tercedera ataupun lebih buruk daripada itu,” katanya.
6hb. Julai, 2011:
Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini mulai jam 2 hingga 4 petang.

"BERSIH 2.0 bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana jua pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar," katanya pada sidang media di ibu negara pagi ini.
6hb.Julai, 2011
Kabinet tidak meluluskan permohonan BERSIH untuk menganjurkan perhimpunan di Stadium Merdeka dan Stadium Negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Memetik kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai berkata ia kerana BERSIH bukan pertubuhan yang sah.

Rais berkata memandangkan BERSIH yang menganjurkan perhimpunan itu bukan sebuah badan yang sah daripada segi undang-undang, maka permohonan mereka untuk menggunakan stadium di sini seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat dipertimbangkan.

"Oleh itu, perlu bagi kumpulan itu diwakili oleh individu ataupun badan bukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang untuk membuat permohonan bagi mengadakan perhimpunan itu bagi pihak Bersih," katanya.

3 comments:

  1. mantot..

    kalau dah diorang setuju nak buat di stadium, buat sajalah disitu. Kalau UMNO takut munkin ada rasionalnya sbg parti politik yg bersaing.

    Tapi awak bayangkan kalau dibiarkan sj 300,000 orang (yg konon PAS boleh kumpulkan)berarak kat PWTC ke Jalan Tunku Abdul Rahman, silap2 boleh jadi rusuhan..siapa nak tanggung? Kut ada kereta diterbalikan, kedai dibakar, yang mati kena pijak,.. Kut2 tgh bersemangat, nampak je lambang BN/UMNO, adala sorang berteriak, kita bako je!(Ingat kes cermin kereta staff tv3 dipecahkan penyokong Anwar masa zaman refomasi bila beliau dijatuhkan hukuman bersalah tahun 2004 dulu?) Kut betul2 jadi amacam? Kalau perasaan tengah membuak2 marah dan ramai satu geng , satu warna takan boleh kawal perasaan!

    Tengok sja apa jadi di Thailand, baju kuning lawan baju merah, ini ke yg pembangkang nak tiru? Nak bertakbir masa demo? Sia2 lah..Ini bukan perayaan maulid nabi, ini perayaan huru - hara yg diketuai oleh hindu kafir..Jgn kata 300,000, kalau 100,000 orang jadi turun, berapa banyak tenaga polis , UTK, FRU, ASKAR nak dimobilise utk kawal demo tu?

    Kalau teori 1 utk 10,000, mananya 10,000 uniform body terpaksa dikumpulkan kalau jadi apa2.. Macam ni habis semua polis di KL/sELANGOR dikerah berjaga sampai lengang Balai Polis kat Kepong/Jinjang!

    Kalau cina Jinjang ngadu kena rompak, Operator cakap tak ada polis, semua pegi kawal demo di KL,macamana? Boleh terimer alasan itu?Esok keluar suratkahbo, polis melayu tak guna , tak nak tolong orang cina!!Itu belum stand by unit PBSM, Jab Pertahanan Awam , St John kalau ada cedera..

    Banyak kena pikior Yop!Bukan takut kebenaran, takut banyak masalah jadi masa demo nanti.. Berapa ramai kafir DAP yg nak hadir sama?

    Selalu demo mcm ni ornag melayu sj yg bersemangat.Teman tak peronah tengok cina turun padang melainkan dema hantor wakil mcm Lim Kit Siang..Geng india/hindu pun dah tak beresemangat lagi sejak last demo hindraf tak ramai mcm 2007.

    Diorang pun tau sia2 sj..Kalau betul PAS ( sy rase dema ni je yg majoriti campur melayu PKR) nak juga demo pegi le ke kawasan cina di Bukit BIntang atau kawasan bisnes India di Brickfield, tengok macamana reaksi diorang..

    merahitam

    ReplyDelete
  2. Aiseyman, sudah gaharu cendana pula?

    Bro, Ambiga Sreenevasan dan segala penyokongnya termasuk u pasti ada agenda tersendiri didalam nak menjatuhkan Kerajaan BN Malaysia sekarang?

    Samada u all ni penyokong Mao Ze Dong secara 'by association' dengan Partai So-Sial-lis Malaysia ni , adalah satu kemusykilan saya?

    Nampak macam ada bau bau bacang kat u all ni bro!

    Wallahu'alam samada benar ke tidak kecurigaan ini.

    Saya berharap tidak.

    Nak kata komunis 100 persen belum lagi tapi ada sikit sebanyak le kecenderungan 'sama rata; sama rasa' u all ni sejak berpakat, kan?

    :)

    ReplyDelete
  3. kenapa BERSIH xnk berhimpun kat masjid sepang,bermlm kt sana pun xpe...xda lh ganggu pusat bndar...hritu blh je tabligh smpai 1 juta org berhmpun kt situ,xda tmbul msalahpn...

    xpn, gua cdangkan yg ska sgt demonstrasi jalanan ni wt kt litar sepang...parking pn byk...nk berarak 3 4 kali pusing jalan pn xpe...ak sure polis tgk je, xda nk sembur gas pemedih mata....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?