Semalam dalam kita dok kecoh-kecoh menunggu keputusan pertemuan wakil BERSIH 2.0 dengan Yang Di Pertuan Agung yang dijadualkan pada jam 11:30 pagi, tak ramai antara kita tahu bahawa Najib dan puak-puaknya berada dalam keadaan gelabah.
Paling ketara kegelabahan Najib ialah apabila dia dengan tanpa segan silu telah meng"Hi-Jack" janji-temu Wakil BERSIH 2.0 yang sepatutnya berlaku pada jam 11:30pagi.
Akibatnya, pertemuan antara Wakil BERSIH 2.0 dengan Agung telah ditunda pada jam 2:30 petang kerana memberi laluan kepada Najib Gelabah. Apa yang Najib bincangkan dengan Agung gua tak minat nak ambik tau sebab bagi gua, ianya tidak mengubah walau 1 pun dari 8 tuntutan BERSIH 2.0.
Cumanya bagi gua, 1 kemenangan di pihak BERSIH 2.0 apabila berjaya meletakkan Najib didalam keadaan (gelabah) sedemikian. Kalau Najib tak gelabah, dia tak perlu meng"Hi-Jack" pertemuan wakil BERSIH 2.0. Seorang yang berada dalam keadaan yang tenang, akan mengendalikan sesuatu perkara dalam keadaan tenang dan bukannya dalam keadaan Najib.
Nampaknya pertembungan antara Pentadbiran Najib dengan Sekretariat BERSIH 2.0 bertambah menarik dari hari ke-hari menjelang Himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan diadakan pada 9hb. Julai, 2011 di Stadium Merdeka (telah ditetapkan pagi tadi).
Sekretariat BERSIH 2.0 setakat hari ini masih komited pada perjuangan asal mereka iaitu menuntut 8 perkara dari KERAjaan Najib untuk penambah-baikkan dalam Sistem Pilihanraya di Malaysia manakala di pihak Pentadbiran Najib pula terserlah ketakutan mereka.
8 Tuntutan BERSIH 2.0 langsung tidak pernah dibincangkan secara ilmiah dan serius sebaliknya hanya ditempelek dengan hujah-hujah yang langsung tidak ada kena mengena dengan 8 Tuntutan BERSIH 2.0.
Tidak ada 1 pun dari 8 Tuntutan BERSIH 2.0 bersangkut paut dengan warna kuning dan T'Shirt BERSIH 2.0 tetapi 2 perkara inilah yang nampaknya cuba ditangani dengan bersungguh-sungguh oleh rejim di bawah Pentadbiran Najib.
Warna Kuning dan T'Shirt BERSIH 2.0 menjadi ketakutan rejim Pentadbiran Najib sehingga setakat ini lebih dari 200 individu ditahan berkaitan dengan T'Shirt Kuning BERSIH 2.0.
Najib sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dihadapinya. Najib tidak tahu apa itu BERSIH 2.0 dan Najib juga mungkin tidak pernah tahu walau 1 pun Tuntutan BERSIH 2.0.
Semakin banyak langkah diambil oleh Najib melalui Pentadbirannya, semakin banyak kesilapan akan dilakukan oleh mereka. Kita sebagai rakyat cuma jadi pemerhati dari jauh.
Selagi Najib tidak faham apa yang perlu dihadapinya dan apa itu Gerakan BERSIH 2.0, Najib akan terus menjadi Perdana Menteri Paling Bodoh pernah memimpin Negara Malaysia dan Perdana Menteri sebodoh ini tidak susah untuk dijatuhkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.
salam patrio dan kj, jumpa distadium merdeka, jgn lupa ajak perkasa dan mahaguru silat yg terhebat dimalaysia sekali. jgn cakap aje bergegar-gegar, itu bkn nya bangsa melayu. melayu tak takut menegak kebenaran dan itu juga dituntut oleh islam. jgn jadi melayu DAYUS.
ReplyDeletemelayu sebenarnya penakut yang handal berani adalah orang islam tak kira bangsa bang ooi.
ReplyDeletekorang oleh jawab tak??aku dengar polis dan askar kena siap sedia nak gempur sapa dalam masa terdekat ni??kat mana dah kecoh dan siapa yang menjadi duri dalam daging
ReplyDeletenak buat macam al maunah kok. apa-apa boleh berlaku. kalau dah takut bayang sendiri pun disangka hantu
ReplyDeletezaman umno-bn-apco memerintah mesia dah sampai kepenghujungnya, cayelah!
ReplyDeleteNajib over shoot selekoh drift yg last...kah...kah kereta lu sudah langgar tembok..
ReplyDeletepenyokong Najib sure maki hamun dia, sal lap "cap ayam" pun x lepas. Nampak gaya next game...najib bole ajak kak mah balik PEKAN...ambik pencen sampai mati.
Orang yang bersalah memang sentiasa takut.
ReplyDeleteMalunya aku...
Dgn tak semena2 boleh HIJAcK pertemuan tu.
he...he..hee gabra la tu.