Wednesday, July 06, 2011

BERSIH 2.0: Walk Dari Mana-Mana Ke Stadium Merdeka

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...


Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9hb. Julai, 2011 ini pada jam 2 petang.

Perkara itu diumumkan oleh Ambiga pada sidang medianya di ibu negara pagi ini.

Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan dari pihak berkuasa ke atas penyokong BERSIH 2.0 sejak minggu lalu yang juga berterusan sehingga ke hari ini.

Tidak kurang dari 100 orang termasuk wakil rakyat Pakatan Rakyat ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH 2.0 malah ada juga yang ditangkaptahan di bawah Ordinan Darurat kerana dituduh terbabit dengan gejala subversif.

Ambiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta.

Bekas presiden Majlis Peguam itu juga mahu sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengkaji tuntutan BERSIH 2.0 yang mendesak supaya dilakukan pembaharuan dalam Sistem Pilihan Raya Negara ini.
Tinggalkan kenderaan masing-masing jauh dari Bandaraya untuk elak kesesakan lalulintas. Gunakan kenderaan awam untuk masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur kemudian Walk for Freedom terus ke Stadium Merdeka.

2 comments:

  1. I jus luv patrick teo. he is da best.

    ReplyDelete
  2. I like it....

    Now UMNO no FACE.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?