Thursday, July 07, 2011

BERSIH 2.0: Tender Pembekal Molotov Cocktail

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Molotov Cocktail ditemui dan ianya disyaki ada kaitan dengan Perhimpunan BERSIH 2.0. Tengok gambar betul-betul.


Posting ni sebenarnya aku nak buat 2-3 hari lepas sebaik berita keluar di media, tapi sebab banyak kerja lain dan kena luang masa sikit untuk buat research pasal molotov cocktail, aku hold dulu dan hari ni baru berkesempatan.

Ada beberapa kemusykilan.

Kenapa pada hari berkenaan, keluar beberapa berita yang boleh dikatakan "serentak" berkenaan dengan penemuan senjata merbahaya seperti molotov cocktail, pedang, parang, mercun dan lain-lain senjata merbahaya di seluruh Kuala Lumpur.

Keesokan harinya dan hari-hari seterusnya kisah macam dekat atas terus hilang. Ini filem box office ke atau kisah biskut chipsmore..?

Gua jugak heran, apakah molotov cocktail tersebut disediakan melalui pemberian tender membekal molotov cocktail daripada mana-mana pihak..?

Tutup botol semua warna Pink... Ada kena mengena dengan Puteri UMphorNO ke..?

Botol pun sepesen...

Paling best lepas aku buat research pasal molotov cocktail dengan bantuan pakcik google ialah - ade ke orang buat molotov cocktai dalam Botol Plastik..? Dan ade ke orang buat molotov cocktail pakai patrol je..?

Ini sangat lawak. Betul-betul tak macam kerja Ad-Hoc.

Pesanan pada pihak-pihak yang berkenaan iaitu pihak-pihak yang bersekongkol dengan Konspirasi menyediakan bahana-bahan tersebut dan mengaitkannya dengan BERSIH 2.0...

Lain kali kalau nak buat lawak, sila buat research dulu supaya lawak anda nampak "real". Bila lawak nampak tak "real", Polis pun nampak bodoh sebab Polis akan jadi Leader dalam menghi-lite berita ni pada media.

Lagi 1 nak tanya... 2 orang "Ahli Perniagaan" yang gunakan "tandas awam" pukul 4.30 pagi lepas tu "mengekori" 3 individu yang datang dengan Kereta Waja "Warna Kelabu" tu tak ambik no plate Kereta Waja Warna Kelabu tu ke..? Tak kan la ahli perniagaan pakai Handphone Nokia 3310 je..? Tak de gambar ke..?

Pertama kali dalam berita tak de kenyataan dari pihak polis - "Kepada sesiapa yang melihat kejadian atau ternampak individu atau kereta bernombor pendaftaran bla bla bla diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan".

Bila kenyataan macam tu tak de... Gua tau 110% berita tu cuma rekaan semata-mata. Polis pun menipu rakyat...

Lagi 1 nak tanya... Tokong China dekat Batu 14, Jalan Gombak Lama tu dekat area mana..? Gua tanya kaki nombor yang gila menurun sekor pun tak tau. Pelik.

5 comments:

  1. Laaaaaa...
    Apa pasal dia orang tak mau letak bom tangan ka....pistol ka....M-16 ka atau C4 ka..???
    Kan kalau letak tu lagi bagus....

    Ini pi letak parang....pi letak ciktail... aparaaaaaa
    kah..kah..kah..
    Nampak sangat ke kampungan nya.

    Cuba tentok kes Altantuya.....C4 lagi guna...???

    Cuba tengok kes tilam DSAI masa tahun 1998. Berapa banyak kesan2 tembakan air mani kat tilam tu.

    keh..keh..keh...
    Rasa-rasa boleh agak tak sapa punya kerja..???

    ReplyDelete
  2. kalau org bodoh dan pengikutnya pun bodoh lawak macam tu pun dia kata real. aku nak masuk tender ni, aku nak buatnya dari buloh aje jimat kos

    ReplyDelete
  3. Cuba kau tanya KPN, C4 yg bunuh Altantuya tu dpd mana hah?

    Dpd langit kot?

    Muahhhh 3X

    ReplyDelete
  4. Semalam aku dan keluarga aku nak balik ke Johor dpd Penang.
    Mak datok, punya la jem jalan nak menuju ke Plaza Tol Juru tu. Punya la lama jemnya tu. Lepas bayar tol tu baru la aku dapat tengok, rupa-rupanya polis buat roadblock. Dpd 8 lorong jadi 1 lorong. Mana tak jemnya. Lepas tu kedudukan roadblock tu cuma 50m ja dpd tol tu.

    Bila aku tanya polis tu utk apa roadblock tu, dia jawap sambil senyum cari baju kuning.

    Masya-Allah, sampai macam tu teruk sekali kerja polis ye? Baju kuningpun jadi kesalahan. Aku dapat la tengok juga ada sebuah kerata meletakkan reben kuning kat areal keretanya. Aku pasti itu reben utk orang kenduri. Kereta tu pun kena tahan dan pemandunya di soal. Aku dapat tengok jugak, pemandu tu dipaksa buang reben kuning tu. Geleng kepala pemandu kereta tu. Anak2 akupun rasa hairan dgn ketakutan pihak polis tu. Sampai anak aku kata kat aku "ayah, nenek ada banyak sawah padi kat selangor tu. Tak lama lagi musim padi. Adek risau la. Hari ni bila atuk tengok ada padi, tapi esoknya bila atuk pi bendang dah tak ada padi lagi. Yang tinggal cuma jeranminya ja." Saya tanya la pada anak saya kenapa. Jawap anak saya "kan padi tu warna kuning, nanti habis polis2 rampas padi atuk tu, sebab polis kan takut warna kuning"

    Alamak, sampai macam tu anak ku boleh terfikir.

    ReplyDelete
  5. cucu saa baru darjah dua bagi tahu saya kenapa polis tangkap orang pakai baju kuning, warna kuning kan warna diraja . saya beritahu dia polis memang takut dengan warna kuning sebab warna ini akan menghilangkan jawatan dan bintang mereka, tapi kenapa dia tak tangkap bas sekolah,lori minyak shell,dan digi saya kata itu tempat cari makan mereka.cucu saya tak puas hati kata nya dia minat warna kuning .

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?