Thursday, July 07, 2011

OPS IC Akan Gegar SPR, Imigresen & Kedutaan

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Kenyataan Media: OPS IC Akan Gegar SPR, Imigresen dan Kedutaan.

Janji-janji SPR dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mereformasikan sistem pilihanraya yang lebih adil dan bersih bukanlah suatu janji, tetapi hanya retorik semata-mata dan ianya tidak boleh dipercayai.

Ini kerana, sudah terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan Umno-SPR selama ini semata-mata demi meneruskan legasi kekuasaan mereka. Buktinya:

1. Rumah Lot 1138 yang mempunyai 65 pengundi,
2. Rumah Lot 1155 yang mempunyai 88 orang pengundi,
3. Sistem pertukaran alamat kad pengenalan oleh JPN yang amat diragui,
4. Pusat komuniti Umno Bukit Antarabangsa yang dijadikan 'Pejabat Pemberian Kerakyatan Haram.

Maka, AMK dan Wanita Keadilan Pusat bersama kumpulan sosial facebook 'Road to Putrajaya' akan melancarkan OPS IC bagi mengesan pengundi-pengundi hantu dan pemberian kerakyatan haram oleh UMNO-BN di seluruh negara.

Kami juga menggesa agar sesiapa sahaja yang mempunyai sebarang info dan maklumat berkenaan pengundi hantu atau pemberian kerakyatan haram, sama ada atas nama proses Pemutihan atau sebagainya segera melaporkan kepada OPS IC melalui kumpulan sosial Facebook 'Road to Putrajaya' atau terus menghubungi saya: +6019 620 1976.

Operasi Khas OPS IC bersedia menjelajah ke seluruh negara bagi memerangi jenayah politik kotor UMNO-BN ini.

Kami akan mengesan sehingga ke peringkat imigresen, hatta ke pejabat Kedutaan sekalipun. Demi Rakyat, SPR kini perlu diselamatkan segera.

Sekian. Terima kasih.

Azwan Ramli
Pengarah OPS IC
Merangkap EXCO AMK Malaysia


1 comment:

  1. 1.perang permanan "catur" telah bermula!!
    2.setakat hari ni!!Dap telah menang pusingan pertama!!
    2.puak yang kalah memanjang ialah pas!!
    3.tak pa la nooo!!asai pas menang sorak pun jadilah!!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?