| Oleh Bernama | |
| Sabtu, 12 Julai 2008 | |
| KB: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan kerajaan pusat melaksanakan sistem pembelajaran satu sekolah dengan menjadikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) sebagai model. Beliau berkata sekolah terbabit dibolehkan mengajar semua bahasa termasuk Cina, Tamil, India dan Orang Asli dan tidak terikat kepada Bahasa Inggeris sahaja atau Bahasa Malaysia semata-mata. "Kalau boleh dedahkan kepada rakyat kita dengan pelbagai bahasa kalau tidak melibatkan semua pelajar, pilih murid yang berminat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru dan anugerah kecemerlangan Maahad Pengajian Islam di sini, Sabtu. Nik Aziz berkata cara demikian boleh meningkatkan kefahaman tentang Islam di samping menyebarkan Islam kepada seluruh masyarakat tanpa terikat kepada mana-mana kaum sahaja. "Dengan cara itu dapat kita menangkis tuduhan negatif yang dilemparkan terhadap Islam oleh musuh-musuh Islam," katanya. Beliau berkata untuk memulakan sistem itu, terserah kepada pihak pengurusan iaitu kerajaan pusat untuk menentukan peringkat tertentu pelajar terlibat dengan sistem yang dicadangkan. |

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Saturday, July 12, 2008
Sekolah: Cadangan Nik Aziz
Perak Berhasrat Wujudkan Bandar Volkswagen Pertama Di Dunia
Beliau berkata bandar VW yang pertama di dunia itu akan menawarkan kepelbagaian gabungan berkaitan dengan kenderaan buatan Jerman itu.
"Memandangkan pertambahan peminat yang kini menjadi pengumpul kenderaan jenama ini di serata pelosok dunia, adalah tidak mustahil bandar pelancongan ini dilengkapi dengan perkhidmatan membekal alat-ganti dan sebuah galeri pameran jenama itu.
"Mungkin akan ada sebuah bengkel dan makmal bagi peminat untuk mengkaji kehebatan kenderaan VW yang tahan lasak dan usia yang panjang ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Volkswagen Ipoh 2008 di Dataran Ipoh di sini Sabtu.
Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri mempunyai lokasi sesuai untuk tujuan itu dan bila bandar VW itu boleh diwujudkan, Mohammad Nizar berkata perkara itu perlu dibincangkan dengan Jawatankuasa Pelancongan negeri dan pihak berkaitan terlebih dahulu.
"Tetapi kita melihat ia mempunyai potensi besar bagi menarik kedatangan pelancong ke negeri ini termasuklah dari Jerman. Kita akan wujudkan sebuah kawasan di luar kawasan bandar raya yang serba lengkap dengan hotel dan restoran bagi semua pemilik dan peminat VW berhimpun," katanya.
-- BERNAMA
Penduduk Kampung Baru tolak 'Draf Plan Bandar Raya KL'
Sat | Jul 12, 08 | 7:51:16 pm MYT
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) - Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali berkata beliau berbangga dengan penduduk Kampung Baru yang berani untuk tampil memberi respon mengenai Draf Plan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (Kampung Baru) yang diadakan di Dewan Hamzah, Kampung Baru, dekat sini, hari ini.
Katanya, sebelum ini pemilik dan pewaris tanah kampung tidak diberi peluang yang sewajarnya untuk menentukan arah tuju pembangunan kampung mereka sendiri.
"Biarpun sebelum ini saya berasa agak kesal dengan apa yang berlaku kepada mereka kerana tidak ada yang menjuarai mereka tetapi hari ini majoriti mereka berani menyuarai hak mereka," katanya yang sebaik selesai beliau bersama majlis Taklimat dan Diolog Draf Plan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (Kampung Baru).
Dalam pada itu katanya, penduduk di situ yang mempunyai pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu bersatu.
Ini katanya, walaupun mereka di bawah Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk iaitu Malay Agricultural Settlement (MAS) yang bertindak sebagai pemegang amanah enakmen Kampung Baru masih tidak bersatu hati.
Parlimen ditutup pada orang ramai Isnin ini.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata langkah keselamatan itu terpaksa diambil selepas beliau mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan diadakan oleh pihak pembangkang sama ada di dalam ataupun di luar kawasan Parlimen, Isnin ini.
"Saya difahamkan, sama ada usul ini akan diterima ataupun ditolak, saya telah mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan dibuat sama ada di dalam atau di luar kawasan Parlimen, Isnin ini," katanya.
Nazri berkata pihak polis akan membuat kawalan yang ketat dan hanya akan membenarkan ahli Parlimen sahaja masuk ke dalam kawasan Parlimen, demikian menurut laporan Bernama.
Mohamed Nazri berkata, "dia nak boikot, boikotlah... itu dia punya hal lah tapi saya nak bagi nasihat kepada mereka supaya jangan membawa lima orang tetamu itu kerana polis akan membuat kawalan ketat,"
TP - Siapa la 5 orang tetamu yang Mat Nazri ni maksudkan tu & sape pulak nak berdemo nih?? Mat Nazri ni dah kene sawan khinzir ke??? maklumat kejadah yang Mat Nazri ni dapat nih? Sah UMNO dah kene sawan...mampuih la cepat-cepat...
Baca seterusnya di [ sini ]
Salam Perjuangan...
Pergh...2 hari beb...2 hari mengadap PC nak siapkan yang ni ha...2 kali kene C4 & setiap kali kene C4 aku terpakse buang masa sebanyak 24 jam untuk siapkan blog baru...
Dulu perisikrakyat...lepas tu perisikrakyat1...
Tapi aku tetap kembali dengan semangat yang lebih tinggi...tak patah beb...bukan "aku" untuk korang tumbangkan tapi 1 bende yang lebih tinggi dari kita beb...
Kalau nak tumbangkan, jangan tumbangkan aku...tak kan berjaya nawaitu yang itu...kalau nak tumbangkan, tumbangkanlah yang lebih dari itu...andai tumbang yang lebih dari itu, sepantas "titik" tertumbang jugak aku.
Apa yang lebih pantas dari "mata"?...carilah didalam akal...
Salam perjuangan buat semua...
Berjuang,berjuang,berjuang & terus berjuang!!!
Golongan Munaafiqiin Sinonim Dengan Sumpah.
سورة المنافقون
بسم الله الرحمن الرحيم
إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ (1) اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (2) ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ آَمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ (3) وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ وَإِنْ يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُسَنَّدَةٌ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ (4
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا يَسْتَغْفِرْ لَكُمْ رَسُولُ اللَّهِ لَوَّوْا رُءُوسَهُمْ وَرَأَيْتَهُمْ يَصُدُّونَ وَهُمْ مُسْتَكْبِرُونَ (5) سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَسْتَغْفَرْتَ لَهُمْ أَمْ لَمْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ لَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ (6) هُمُ الَّذِينَ يَقُولُونَ لَا تُنْفِقُوا عَلَى مَنْ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ حَتَّى يَنْفَضُّوا وَلِلَّهِ خَزَائِنُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَفْقَهُونَ (7) يَقُولُونَ لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ (8) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ (9) وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ (10) وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (11
Al-Munafiqoon
Perwakilan pilih pengganti saya...
"Perwakilan yang akan menentukan (siapa presiden), bukan saya," kata Samy Vellu dalam sidang akhbar selepas perasmikan perhimpunan agung MIC di PWTC pagi tadi.
Sebaliknya, kata beliau, ia akan ditentukan oleh 3,600 pengerusi cawangan di seluruh negara.
Pemilihan pucuk pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang ketiga terbesar itu, akan diadakan Mac tahun depan.
TP - bagus lagi mat samy ni dari Pak Lah & UMNO...reti jugak dia nak serah kuasa pemilih dekat sapa...UMNO pulak kalau cakap pasal demokrasi mengalahkan hero...tapi bab pemilihan ketua "JANGAN SESIAPA CABAR PRESIDEN!!!"...huhuhu...demokrasi sungguh...
Baca selanjutnya di [ sini ]
Amaran Ezam pada Anwar...
"Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar," katanya di dalam satu ceramah mengenai isu-isu semasa anjuran Umno bahagian Shah Alam dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan "Alam Free Speech" di Seksyen 19 malam tadi.
Katanya, beliau tidak berniat untuk mendedahkan apa yang diketahuinya tentang Anwar tetapi jika maruahnya terus dicabar kononnya beliau dibawa masuk ke dalam Umno dan di beri habuan berjuta-juta ringgit, beliau terpaksa bertindak.
Mohamad Ezam berkata beliau telah berjumpa dengan dua ulama muktabar untuk mendapatkan pandangan mereka dan diberitahu adalah wajib bagi beliau untuk mempertahankan maruahnya.
Komen TP :
1 - Sumpah? dari 1998 sampai 2008 sebulan sekali ngko bersumpah...sekarang aku tengok ngko dah kene makan sumpah dah...x de lain, asek nak bersumpah je keje...elok ngko jadi pesuruhjaya sumpah...
2 - "Akan" bongkar pun ayat yang sama jugak...bila agaknya lembu pawah ni "akan" bongkarkan 6 kotak tu??? tungguuu...di karnival sure heboh!
3 - Khak...ptuih!!!
baca selanjutnya di [ sini ]
Friday, July 11, 2008
Hadi: Apa perlu mainkan isu Altantuya?
Presiden PAS tidak senang isu berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dibesar-besarkan di media, dengan alasan kematian wanita Mongolia ini - yang dianggap kes berprofil tinggi - tiada bezanya dengan kehilangan nyawa orang lain.
"Kes bunuh Altantuya adakah berbeza dengan kes bunuh Pak Long, Mak Ngah, Ah Chong di kampung yang dibunuh? Sama sahaja," kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang."Mengapa pembunuhan Altantuya ini dibesarkan, sedangkan pembunuhan di kaki lima dibiarkan? Yang penting penyiasatan yang adil kepada semua itu perlu."
Beliau menjawab soalan dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, tuduhan pembabitan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dengan Altantuya yang dianggap "mencetuskan kecelaruan politik sekarang" dalam wawancara eksklusif dengannya yang dimuatkan di laman Harakahdaily.net hari ini.
Terbaru, Najib dan Rosmah menafikan penglibatan mereka dengan isu Altantuya seperti didakwa dalam akaun-akuan berkanun penulis blog Raja Petra Kamarudin bulan lalu dan penyiasat persendirian P Balasubramaniam awal bulan ini.
Balasubramaniam, yang menarik balik dakwaan dalam akuan awalnya 1 Julai, mendakwa mendapat maklumat dari tertuduh kes bunuh itu Abdul Razak Abdullah Baginda sewaktu bertugas dengannya dua tahun lalu.
Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, tidak menolak kemungkinan "ada kepentingan politik sama ada tuduhan membabitkan Anwar ataupun Najib."
Beliau juga menyalahkan media khususnya berbahasa Melayu yang dianggapnya sengaja membesar-besarkan isu-isu panas membabitan tokoh-tokoh politik berkenaan.
"Malangnya yang memainkan isu ini adalah media. Media Melayu pula. Melibatkan pemimpin-pemimpin Melayu," tambahnya.
"Adakah mereka tidak malu mengemukakan isu-isu ini (pendedahan hal peribadi yang mengaibkan), sedangkan kita menghadapi masalah kenaikan harga minyak, masalah inflasi yang lebih penting."
Laporan polis Saiful
Mengulas lebih khusus laporan polis Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap penasihat PKR dan kesannya kepada kerjasama dalam Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata:"Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri.
"Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau mahkamah sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke mahkamah syariah.
"Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah."
Bagaimanapun beliau menambah, PAS tetap bersimpati dengan dua parti dalam gabungannya dan akan cuba mengatasinya.
"PAS simpati dengan rakan Pakatan Rakyat yang terima padah daripada fitnah ini dan kita sama-sama mengambil tanggungjawab untuk mengatasinya sebaik mungkin," katanya.
Rundingan PAS-Umno?
Beliau tidak menafikan wujudnya rundingan antara PAS dengan Umno seperti diura-urakan dengan meluas, termasuk di media, baru-baru ini.
Malah, beliau menganggap menjadi hak parti itu untuk mengadakan rundingan dengan pihak-pihak lain, termasuk Umno."Kalau tidak jumpa dengan Umno macam mana nak sampaikan mesej kita?" kata Abdul Hadi.
"Pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka," jelasnya lagi apabila disoal sejauh mana benar dakwaan wujudnya pertemuan tersebut.
Ditanya hasil pertemuan dan rumusan PAS, Abdul Hadi berkata: "Kita beri penekanan kepada kepentingan Islam supaya Umno berubah. Iaitu merujuk kembali kepada kesilapan yang mereka lakukan yang merugikan umat dan agama Islam itu sendiri."
Mengulas rundingan antara Anwar dengan ahli-ahli parlimen BN dalam usaha memujuk mereka meninggalkan parti itu, presiden PAS berkata:
"Bukan dia (Anwar) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP - mereka ada hak buat perundingan.
"Kalau PKR sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya."
Tambahnya: "Orang lain boleh jumpa Umno, kenapa PAS tidak boleh jumpa Umno? Itu tidak faham namanya.
"Atas dasar Islam, kita berhak. PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak. Tidak ada sesiapa yang jadi ketua Pakatan Rakyat."
Peranan dan sumbangan PAS
Abdul Hadi juga menuntut peranan dan sumbangan PAS dalam pilihanraya umum lalu - yang menyaksikan kemenangan besar parti itu bersama PKR dan DAP - dihargai dengan alasan ia tercapai melalui kerja keras PAS.
"Saya lihat (tindakan engagement PAS) inilah yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam pilihanraya umum ke-12 yang telah memberi kemenangan kepada PAS."Dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan. PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihanraya ke-12.
"Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain. Jadi, selepas mencapai kemenangan, perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihanraya," katanya lagi.
Ditanya kemungkinan PAS mahu dilihat sebagai entiti penting dalam Pakatan Rakyat, beliau menambah:
"Ya, bahkan undi popular perlu dilihat kepada undi menyeluruh. PAS beri penekanan kepada kerusi negeri. (Di peringkat kerusi) negeri, kita dapat 83 kerusi, DAP 73 dan Keadilan dapat 40.
"(Jumlah) ini perlu dilihat, bukan lihat kepada (jumlah kerusi) Parlimen sahaja. Kawasan Parlimen ini didukung oleh kerusi negeri."
Petanda Awal UMNO Akan Berkubur.
Oleh Norzainura Abdul Majid
BATU PAHAT 11 Julai – Memorial Datuk Onn Jaafar yang terletak di kawasan Kelab Golf Batu Pahat di sini musnah dalam satu kebakaran petang ini.
Lebih 70 peratus bangunan yang pernah menjadi kediaman Allahyarham Datuk Onn itu hangus dijilat api.
Beberapa barang berharga yang disimpan di dua buah bilik pameran turut musnah dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Penjaga memorial itu, Mohd. Azhar Saad, 25, berkata, dia dan rakannya, Noor Suriya Mohd. Rahim, 29, tiada di tempat kejadian kerana menunaikan solat Jumaat dan makan tengah hari.
“Antara barangan lama yang terdapat dalam bilik pameran itu ialah tiga buah tepak sirih lama, sebuah radio, telefon lama dan perabot serta beberapa barang antik,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.
Memorial itu disenggarakan oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ) sejak tahun lalu dan masih belum dibuka kepada orang ramai.
Mohd. Azhar berkata, memorial itu mempunyai dua buah bilik pameran, sebuah bilik tayangan dan beberapa barang berharga peninggalan Datuk Onn.
Datuk Onn yang merupakan pengasas UMNO dilahirkan pada 1895. Beliau meninggal dunia pada 1962 ketika berusia 67 tahun.
Anaknya, Allahyarham Tun Hussein Onn ialah Perdana Menteri yang ketiga manakala cucunya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kini Menteri Pelajaran.
Pegawai Operasi Balai Bomba Jalan Timah Sari, Bakri Mohamad memberitahu pemberita, pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kebakaran memorial itu pada pukul 2.36 petang.
“Dua jentera bomba dari balai itu dan Jalan Md. Khalid dengan 22 anggota tiba ke tempat kejadian pukul 2.41 petang dan api berjaya dikawal empat minit kemudian,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Kebudayaan Batu Pahat, Datuk Ariss Samsudin dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil melawat tempat kejadian petang ini.
Ahmad Zahri melahirkan rasa sedih kerana muzium tersebut adalah antara kesan sejarah yang penting di daerah ini.
Beliau berharap kerja-kerja membaik pulih bangunan berkenaan dapat dilakukan dengan segera.
“Kita akan buat taksiran kerugian dan berapa kos yang diperlukan untuk kerja-kerja baik pulih berkenaan. Kerosakan perlu dibaiki segera,” katanya.
Ariss pula menambah, kebakaran itu menyedihkan masyarakat di daerah ini kerana kerja-kerja mengumpul pelbagai artifak sejarah berkaitan Datuk Onn baru selesai dilakukan oleh Yayasan Warisan Johor.
Menurutnya, memorial itu sepatutnya dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi.