"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, August 23, 2008

Pak Lah & Najib Calon P-044???

Sape sebenarnya calon BN P-044?

Pak Lah ke?

Najib ke?

Ariff Shah ke?

Tu jadi tandatanya dekat aku lepas aku ronda-ronda sekitar Permatang Pauh...mana tak nya?merata-rata aku pusing, aku tak jumpa pun poster Ariff Shah.yang ada cuma poster Pak Lah & Najib...apela bingai sangat puaka-puaka BN ni?puaka-puaka BN ni reti ke tak reti, kenai ka tak kenai calon hangpa?ape la bongok sangat dok tepek muka Pak Lah ngan Najib Mongolia merata-rata?puaka-puaka BN ni pernah bertanding pilihanraya ka tak pernah?

Tambah bongok lagi puaka-puaka BN ni, bila aku tengok berita tv3suku tadi...dok tayang Ezam sesumpah, Najib Mongolia, Khairyah ngan Say Fool...Ariff mana?

Sape lawan DSAI sebenarnya ni?

BN - Bongok Nasional...muktamad, sebarang surat menyurat tidak akan dilayan...sebab...BN Bongok.........

UMNO Upah Gagak Hitam Kawal Poster Pak Lah..!

Aku selamat sampai ke Permatang Pauh lebih kurang jam 5:30pm.terima kasih pada MD.Rozali sebab tolong uruskan transportation ke Permatang Pauh untuk aku & pada rakan-rakan DUN Paroi terutama YB Taufek jugak aku ucapkan beribu-ribu ucapan terima kasih sebab sudi tumpangkan aku ke Permatang Pauh.

Alhamdulillah sepanjang perjalanan siang tadi cuaca amat baik sekali, perjalanan lancar & sokongan sepanjang perjalanan pun amat menakjubkan.

Bayangkan sepanjang perjalanan yang jauh kami dihiburkan dengan bunyi hon kenderaan lain sepanjang perjalanan.

Penat membalas lambaian pemandu-pemandu yang memintas konvoi kereta kami yang berjumlah lebih kurang 30 biji kenderaan.

Sampai Permatang Pauh, aku sempat snap poster Pak Lah...

Agaknya dah tak de pemuda-pemuda yang sanggup memikul tugas menjaga poster Pak Lah sehingga akhirnya UMNO terpaksa mengupah gagak untuk menjaga poster PM Pak Lah...

Kesiaaaaaannn.........

Jumpa Di Permatang Pauh.

Assalamu'alaikum...

Hari ni aku tak dapat nak update banyak-banyak dekat blog ni sebab aku nak bertolak ke Permatang Pauh...

Jadi mintak maaf banyak-banyak pada korang-korang yang sudi menjengah blog aku ni...insya-Allah sebaik sampai P-044 aku akan update terus dari sana.

Pada rakan-rakan yang jugak akan ke P-044 hari ni harap dapat jumpa disana...aku akan berkampung di P-044 sampai hari penentuan & dalam tempoh tu akan berpusat dibilik gerakan PKR Sama Gagah.

Adios...

Wassalam.

Berjuang.berjuang,berjuang & terus berjuang...!!!

"Dua MP tersebut dari Gerakan, bukan SAPP" PKR

PP: Pakatan Rakyat yang yakin akan menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru pertengahan bulan depan sudah pun memiliki dua kerusi tambahan di Parlimen?



Jika mengambil kira ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkempen di kawasan Seberang Jaya malam tadi nampaknya Pakatan Rakyat sudah pun memiliki 84 kerusi.



Hendak mengatakan Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersilap sebut, tidak mungkin.



Dalam ceramahnya itu Anwar berkata: "Kita sudah ada 82 kerusi, bukan, kita sudah ada 84 kerusi (di Dewan Rakyat)."



Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Pakatan Rakyat akan berupaya membentuk kerajaan selepas beliau memenangi pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.



Pengundian pilihan raya kecil ini akan berlangsung Selasa ini.



Pada pilihan raya umum Barisan Nasional (BN) memperoleh 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS mendapat 82 kerusi.



Salah satu perkara yang menjadi modal kempen ialah keupayaan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan menjelang 16 September ini.



Pakatan Rakyat memerlukan 30 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.



Dalam ucapannya sejak kempen bermula, Anwar telah berkali-kali menyebut bahawa pihaknya akan memperoleh sokongan besar ke arah itu. Ia termasuklah sokongan wakil rakyat BN dari Sabah dan Sarawak.



Ketua Penerangan PKR, Tian Chua ketika ditanya mengenainya mengesahkan kebenaran apa yang diperkatakan oleh Anwar malam tadi.



"Ya, betul," katanya.



Adakah Anwar merujuk kepada kemungkinan dua kerusi Parti Maju Sabah (SAPP), Tian Chua memberikan formula yang lain.



Katanya, dua kerusi itu tidak membabitkan SAPP, sebaliknya Gerakan.



Kata Tian Chua, pihaknya "sangat pasti dengan kemungkinan dua anggota Gerakan akan menyertai Pakatan Rakyat."



"Lagipun SAPP mengatakan bahawa parti itu akan kekal dengan BN walaupun tidak yakin dengan kepimpinan"(BN)," katanya.



Tiga hari lalu, Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mendakwa 15 anggota Parlimen dari Sabah akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.



Menurutnya, kesemua 15 anggota Parlimen itu sebenarnya telah menemui beliau secara peribadi dan menyatakan sokongan terhadap Anwar.



-KLpos

Guan Eng: Give aid to all faiths

GEORGE TOWN: Chief Minister Lim Guan Eng is disappointed that the Federal Government is only giving financial aid to mosques and suraus in Permatang Pauh.

“They should give the aid to all mosques and suraus in the state. In fact, they should be fair by giving the aid to all places of worship,” he told newsmen after giving RM100 in Social Welfare Department aid to 100 recipients at the Caring Society Complex here yesterday.

Lim was commenting on an announcement by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak that RM100,000 would be given to each mosque and RM30,000 to each surau in the constituency.

The 100 aid recipients are among 8,231 people selected to receive the RM100 aid. Five hundred more recipients will receive the aid today in all five districts in the state while the rest of them will receive the money through their bank accounts.

Lim said the poor would actually be receiving RM200 as the state will give another RM100 worth of water subsidy to those earning RM1,500 per month and below.

“The money will be given by the end of the year,” he said.

Lim also said that the state would give water rebates of between RM5 and RM10 to 1,401 places of worships in Penang including mosques and suraus from Sept 6.

On his debate with former chief minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon on the land controversy in Penang, Lim said it was up to the people to decide who was telling the truth.

-Malaysia Today

Kedah Gerakan Youth backs BN pullout

Kedah Gerakan Youth has echoed the call by Perak Gerakan for the party to pull out of Barisan Nasional.

Its new Youth chief Tan Keng Liang said this was necessary if the coalition could not defend the rights of all races.


He called on the party’s national leaders to make a stand on the need to protect the rights of all Malaysians.


“This matter must be studied carefully from all angles,” he said after the party’s Youth delegates’ conference on Thursday night.


Tan, who won the post unopposed, also called on the Government to use part of the petroleum subsidy to set up an institution of higher learning to provide free education for all Malaysians.


In an immediate response to the call to pull out of Barisan, Gerakan acting president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon urged members to think objectively.


He said they should not decide based on emotions.


“If we have differences in opinion, w
e can discuss,” he said, adding he would hold closed-door discussions in all the states to discuss current issues.


Newly elected state Gerakan chief Dr Cheah Soon Hai, who is Derga assemblyman, said Tan’s call to pull out of Barisan was his personal opinion.


-Malaysia Today

Hentikan kempen fitnah dan konspirasi yang menjelekkan - Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu surat terbukanya kepada pengundi Permatang Pauh merayu agar rakyat membuktikan keazaman menghentikan fitnah yang sangat menjelekkan dalam kempen pilihan raya kecil ini.



Surat yang disiarkan dalam laman web permatangpauh.com itu, Tuan Guru Nik Aziz menyatakan bahawa selepas mengikuti perkembangan dalam kempen pilihan raya kecil di permatang pauh beliau merasakan ia adalah sebuah pilihan raya yang sengit.



"Umno-BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya.

"Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat Anwar Ibrahim adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas," ujarnya dalam surat tersebut.



Ikuti ucapan penuh beliau dalam lampiran surat yang disiarkan;



Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. Umno-BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya.



Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat Anwar adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.



Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti.



Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.



Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.



Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.



Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.



Wassalam.



DATO' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS

Pengalaman Anwar sangat berharga untuk perintah Malaysia - Mahfuz

PERMATANG PAUH, 23 ogos (Hrkh) - Pengalaman Dato'Seri Anwar Ibrahim yang pernah mentadbir negara sebelum ini amat berharga untuk memerintah selepas Pakatan Rakyat dalam mengambil alih pentadbiran negara.



Demikian Kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dalam satu ceramahnya di Permatang Pauh semalam.Turut serta dalam ceramah sempena kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh itu ialah, Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Pengarah Strategi Pilihan Raya KeADILan, Saifuddin Nasution.



Bercakap lanjut kepada para pengundi, Mahfuz melahirkan rasa kesal kepada kempen berupa fitnah yang dilemparkan kepada anwar malah kempen serupa itu memalukan rakyat.



Kempen ini sekaligus katanya cuba menidakkan kebolehan Anwar yang menjadi kerisauan kepada jentera Umno-BN yang sudah tiada modal untuk berkempen.



Kempen sedemikian rupa ujarnya hanya untuk menjatuhkan anwar tatkala isu kelemahan perdana menteri membelengu kerajaan.



Isu fitnah Saiful Bukhari Azlan yang mengaku diliwat Anwar dimainkan malah ianya menjadi isu utama kepada BN untuk berkempen walhal ianya semata-mata fitnah, katanya.



Kempen dengan menggunakan isu liwat ini katanya hanya mencemar nama negara malah memberi kesan berat kepada maruah negara sedangkan ia semata-mata fitnah yang direka bagi menjatuhkan Anwar, katanya.



Sementara itu Saifuddin pula menyatakan bahawa isu perkauman dan liwat sering dimainkan oleh jentera kempen BN.



BN menyatakan seolah-olah Pakatan Rakyat tidak berjiwa Melayu dengan berbaik-baik dengan kaum Cina dan India sedangkan Umno-BN adalah parti yang merosakkan perpaduan di negara ini dengan memainkan isu perkauman, katanya.



Saifuddin turut mendedahkan bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kini sedang menjalani pembedahan kerana masalah jantung, dan beliau menganggap ia satu pembalasan kepada orang yang menganiaya Anwar.



"Polis boleh tahan Anwar, Najib Tun Razak boleh serang Anwar, Abdullah Ahmad Badawi boleh serang Anwar, tetapi saya percaya rakyat dan pengundi di Permatang Pauh ada kuasa untuk mengubah semuanya untuk mengundi Anwar bagi satu perubahan," katanya.



Di akhir ceramah, para penonton diminta untuk melaungkan kata-kata keramat merdeka beberapa kali.

Nallakaruppan Terima SMS Ugutan Supaya Tinggalkan Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos (Bernama) -- Bekas rakan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan yang membantu Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh berkata beliau telah menerima lebih daripada 10 khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan supaya meninggalkan Permatang Pauh.

Beliau berkata, ugutan-ugutan itu diterimanya sejak beliau menjejakkan kaki ke kawasan itu dan yang terbaru bilik gerakannya di Seberang Jaya didatangi beberapa lelaki India yang membawa bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengancam dua petugasnya.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis ceramah politik anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) di Permatang Pasir malam Jumaat, katanya, mereka telah memintanya untuk menutup bilik operasi di situ dan tidak mencampuri urusan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Ceramahnya menarik ribuan penduduk dan merupakan salah satu ceramah BN yang paling ramai dihadiri.

"Saya terima SMS hampir setiap hari dan hari ini pun ada. Saya telah membuat beberapa laporan polis sebelum ini mengenai ugutan-ugutan berkenaan dan akan membuat laporan polis esok berhubung kes terbaru itu," katanya.

Nallakaruppan yang juga presiden Malaysian Indian United Party (MIUP) berkata, SMS itu mengancam nyawanya tetapi beliau enggan mengulas mengenai perkara itu secara terperinci sebelum membuat laporan polis.

Terdahulu dalam ucapannya, Nallakaruppan mendakwa Anwar telah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian iaitu Magnum Corporation Bhd.

"Anwar mengambil wang sebanyak itu dari tangan saya sendiri. Saya tidak tahu apa dia buat dengan wang itu, tetapi dia memutar kata-kata menuduh saya yang ambil wang itu," katanya.

Nallakaruppan, yang pernah menjadi pengarah perhubungan awam Magnum berkata Anwar juga semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri meluluskan banyak lesen perjudian untuk kedai empat nombor ekor.

Beliau berkata pendedahan ini dibuat kerana rasa cintakan negara ini dan tidak mahu pemimpin yang tidak boleh dipercayai menerajui negara ini.

"Saya sudah buat salah dulu (kepada rakyat), saya mahu minta maaf kerana mengikut Anwar dahulu," katanya.

Nallakaruppan berkata beliau tidak sedikit pun terkejut apabila timbul pelbagai tuduhan terhadap Anwar kerana beliau mengetahui siapa sebenarnya Anwar yang digauli 30 tahun.

"Selepas main tenis saya tahu mana dia pergi, sebab itu saya tidak terkejut," kata beliau.

Beliau juga mendakwa menyimpan lima pita rakaman di luar negeri dan sekiranya terjadi apa-apa kepadanya pita itu akan didatangkan ke sini.

Sehubungan itu, beliau mahu pengundi di Permatang Pauh supaya tidak membuat pilihan yang salah pada 26 Ogos ini dengan memperjudikan nasib bangsa dan negara.

Gagal tetapi janji 16 September Anwar perlu berundur - Khairy

PERMATANG PAUH: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempertaruhkan jawatannya itu jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membentuk kerajaan persekutuan yang baru sebagaimana dijanjikan 16 September ini.

Sebaliknya, kata Khairy, jika Anwar gagal untuk mengotakan apa yang telah diperkatakan sejak tiga bulan yang lalu, beliau perlu melepaskan jawatan sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat.

"Saya akan meletakkan jawatan, saya pertaruh jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda.

"Saya akan meletakkan jawatan pada 16 September.... tapi balasannya, kalau dia (Anwar) tidak bentuk kerajaan, dia perlu letak jawatan," kata beliau ketika berucap di Bilik Gerakan Pemuda Umno dan Barisan Nasional di Permatang Pasir dekat sini malam tadi.

"Saya minta Anwar letak jawatan... Ini perjanjian gentelmen," katanya lagi.

Turut berucap pada sesi kempen itu ialah dua bekas orang kuat Anwar iaitu Ezam Mohd Noor dan Datuk S. Nallakaruppan.

Dalam pada itu ketika bercakap kepada wartawan selepas kempen itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau mencabar Anwar supaya bersumpah bagi membersihkan namanya seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak malam tadi.

Kata beliau, kesediaan Najib bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu malam tadi untuk menafikan beliau kenal dan mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibuat untuk mencari kebenaran berikutan diserang secara peribadi berulang kali oleh Anwar.

"Soalnya sekarang ini kita semua hendak mencari kebenaran dan Datuk Seri Najib diserang secara peribadi berulang kali oleh Anwar.

"Oleh itu dia rasa terpanggil untuk membersihkan namanya secara Islam," kata Khairy yang telah berulang kali mencabar Anwar supaya bersumpah.

Banyak pihak telah mencabar Anwar supaya turut bersumpah sebagaimana dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat lalu.

Khairy berkata, Anwar patut melakukan perkara yang sama menurut cara Islam.

"Bagi orang Melayu, jika timbul sebarang keraguan mengenai sesuatu perkara, bersumpah di masjid, itu menandakan satu pendekatan yang serius untuk membela diri," katanya.



-mSTAR Online