"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 23, 2008

Hari Pertama Menteri Kewangan Baru: GAGAL!

Sebagai seorang ahli PAS yang baik, saya sepanjangnya akan bersangka baik dengan sesiapa pun, hatta terhadap Mustafa Ali ejen UMNO dalam PAS yang terang-terangan mahu jual murah PAS kepada Pak Lah.

Sebab itu saya tidak komen panjang lebar tentang pertukaran portfolio antara Najib dengan Pak Lah, walaupun hati saya bergetik mengatakan pertukaran Najib ke Kementerian Kewangan adalah tidak lebih dari satu pertukaran kosmetik.

Dan hari ini Najib membuktikan tekaan saya tepat. Hakikatnya Najib hanyalah budak korus Khairy Menantu Pak Lah. Hari ini Najib menyanyikan lagu dongeng ‘pasaran bebas’ kegemaran Khairy.

Kata Najib, biarlah kuasa pasaran, yakni kuasa penawaran dan permintaan menentukan nilai pertukaran asing Ringgit. Ini satu statement yang cukup merbahaya bila dituturkan seorang menteri kewangan, yang mana sekaligus ianya tolol.

Nilai pertukaran matawang sesebuah negara tidak boleh dibiarkan terapung tanpa satu strategi yang jelas. Boleh jahanam ekonomi negara dibuatnya.

Diharap Tun Mahathir sudah buat satu catitan pakai ‘marker’ mata besar dakwat merah bahawa Najib telah engkar arahan tambatkan nilai pertukaran Ringgit, langsung menjadikan dia tidak sesuai untuk jawatan presiden UMNO.

Sebenarnya, tanpa perlu mengikuti satu semester kuliah subjek kewangan antarabangsa atau ekonomi antarabangsa, pembaca pun boleh mendapatkan satu gambaran yang agak tepat tentang nilai teoretis Ringgit berbanding Dolar Amerika Syarikat atau matawang negara lain dengan menggunakan apa yang dipanggil Big Mac Index.

Walaupun tidak sempurna, Big Mac Index yang terbentuk hasil membandingkan harga hamburger MacDonald jenis Big Mac di seluruh dunia, telah diguna pakai pengamal kewangan antarabangsa untuk mendapatkan satu ‘ball park figure’ – angka paling hampir – akan sejauh mana nilai semasa sesuatu mata wang itu terlebih atau terkurang nilai berbanding Dolar Amerika Syarikat.

Dalam kes Ringgit, sepanjang tahun 2007 (data sumber percuma), nilainya berbanding Dolar adalah 51% di BAWAH nilai teoretis. Atau dalam kata lain nilai Ringgit sepatutnya berada di tahap US$1 = RM1.71 dan BUKAN US$1 = RM3.41 seperti yang ada kini.

Agak-agak sekarang pembaca boleh faham mengapa negara mengalami inflasi (kalau tidak pun inflasi, rasa mahal bila membeli) khususnya dengan barangan keperluan harian yang di-import seperti gandum, beras, susu dsb?

Punca utamanya ialah nilai pertukaran matawang kita berada di tahap yang salah.

Contoh, katakan nilai sekilo gandum yang disebut harga dalam Dolar Amerika Syarikat ialah US$1. Sepatutnya, jika menteri kewangan kita cekap, kita hanya perlu bayar RM1.70 per kilo. Tetapi kerana wujud 'sedikit' kebingaian di pihak menteri yang tidak berani ditegur oleh pegawai kementerian atau Bank Negara, maka tidak pasal-pasal kita rakyat terpaksa bayar dengan harga RM3.41 per kilo. Buta-buta rugi RM1.71 sen.

Itu satu contoh. Pembaca hanya perlu darab berapa ribu kali kesilapan yang sama dibuat dengan semua barangan import untuk membayangkan berapa ratus billion ringgit setahun kita rakyat rugi dek kerana manusia-manusia pandir mengurus ekonomi negara. Dah tu Khairy Menantu Pak Lah bising pasal subsidi petrol yang hanya sekitar RM10 billion setahun. Bagero, lu!

Bagi diri saya dan dari kacamata saya, yang mana pembaca tidak perlu setuju atau percaya, keputusan Najib tentang strategi negara menangani nilai pertukaran asing Ringgit telah menyerlahkan apa masalah sebenar dengan Kementerian Kewangan – Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop.

Si-Mamak ini yang dalam tahun 1992 dulu telah mengakibatkan Bank Negara kerugian hampir US$9 billion bermain forex dengan wang rakyat mungkin selama ini telah berlagak terlalu pandai; dengan pegawai-pegawai Melayu lain di Kementerian Kewangan gerun membantah demi mengejar pangkat, walaupun mereka tahu tindakan Si-Mamak itu silap.

Tukarkan Nor Mohamed Yakcop ke kementerian lain, atau pun lagi afdhal pencenkan saja, dan barulah Najib boleh bebas dari pengaruh “cerdik tidak boleh ikut” dan seterusnya selesaikan banyak masalah negara yang berpunca dari kementerian itu.

Atau lagi mudah, serahkan saja pentadbiran negara secara terhormat kepada Pakatan Rakyat -- tahulah kami orang PAS dan rakan-rakan dari parti lain membetulkan apa yang tertonggeng silap.

-Boneka, Penyu dan SPR

Monday, September 22, 2008

Teresa Kok: I Salute You..!

Hari ni 22hb. September, 2009 dalam TV3, Ahli Parlimen Seputih YB Teresa Kok telah memohon maaf atas keterlanjurannya dalam berkata-kata ketika beliau memberi respon keatas kualiti makanan semasa beliau ditahan dibawah akta zalim ISA.

Sebagai menunaikan janji saya dalam artikel sebelumnya maka saya dengan ini menarik balik dan menghentikan dengan serta-merta kempen gambar YB Teresa Kok yang diterlabikkan...

Untuk YB Teresa Kok, I salute you sebab pantas mengakui kesilapan.

Terima kasih kerana prihatin pada "kami" yang berada dibawah & teruskan perjuangan anda.kami akan sentiasa bersama-sama merka yang menentang kemungkaran..!

YB UMNO/BN ada ke yang berani mintak maaf kalau buat silap??? Khak Ptuih..! (DNA ni khas untuk orang-orang UMNO/BN)

Rilex Pak Lah..!

kemaskini 7:26pm "Jangan kerana mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan", demikian nasihat beberapa pemimpin Umno bahagian kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah minggu lepas digesa meletakkan jawatan presiden Umno sebelum mesyuarat bahagian-bahagian bermula pada 9 Oktober kerana dibimbangi beliau tidak mendapat cukup pencalonan.

Desakan itu - sebahagian strategi untuk menyegerakan peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak - disuarakan oleh beberapa anggota Majlis Tertinggi (MT), termasuk anggota-anggota kabinet, Khamis lalu.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin bahagian yang dihubungi Malaysiakini hari ini percaya suara-suara itu membuat keputusan "terlalu awal" kerana mesyuarat belum bermula.

Sementara beberapa yang lain mencadangkan Abdullah melepaskan jawatannya jika terbukti gagal mendapat sokongan bahagian-bahagian yang akan bermesyuarat sehingga 9 November ini.

Beliau memerlukan pencalonan 58 daripada 193 bahagian untuk layak bertanding jawatan tersebut yang disandangnya sekarang sejak 2004.

Ketua bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata saranan seumpama itu "permainan orang yang gila hendak bertanding."

"Mesyuarat bahagian pun belum lagi, mana tahu mereka tidak sokong Abdullah? Kalau satu, dua bahagian mungkin adalah (yang tidak mencalonkannya).

"Permainan ini dibuat oleh agen-agen politik yang mahukan naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding jawatan tersebut," katanya.

Di Pulau Pinang, tambahnya, sebahagian besar bahagian dipercayai akan mencalonkan Abdullah kerana beliau pengerusi perhubungan Umno dan juga perdana menteri.

Musa menambah, ahli-ahli akar umbi di negeri itu mahu presiden Umno erus menerajui parti selepas Disember ini.

Ketua bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula berkata, jika hanya beberapa anggota MT menggesa sedemikian bukan bermakna ia tidak mahu beliau bertanding.

Masing-masing membuat ramalan sedangkan, tambahnya, cara terbaik ialah menunggu bahagian mengadakan mesyuarat terlebih dahulu.

"Adakah kalau Abdullah berundur cepat, ia boleh menguatkan Umno? Jangan kerana mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan," katanya.

Ketua bahagian Umno Selayang, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman berkata, cakap-cakap Abdullah bakal menghadapi masalah kuota pencalonan satu usaha meminggirkan perdana menteri.

"Dakwaan bahawa Abdullah tidak cukup pencalonan merupakan andaian sahaja kerana mesyuarat bahagian belum bermula," katanya.

Beliau menambah, jika kepimpinan tinggi Umno saling cabar-mencabar ia akan merebak sampai ke bawah.

Katanya, jika ia berlaku, Umno akan mengulangi peristiwa 1987 yang menyaksikan perpecahan dua puak dalam parti itu sebelum ia kemudiannya diharamkan.

Timbalan ketua bahagian Umno Semberong, Abidin Abdul Rahman berkata, Abdullah perlu mendapatkan maklumat yang jelas sebelum membuat sebarang keputusan.

Katanya, sebagai presiden parti, Abdullah tidak boleh terpengaruh dengan dakwaan bahawa beliau tidak cukup pencalonan.

Bagaimanapun, jika sahih bahagian-bahagian tidak mahukan beliau lagi, Abdullah tiada pilihan lain kecuali berundur.

"Dalam sejarah Umno, orang lebih sayangkan parti daripada individu.

"Lihatlah apa yang berlaku kepada bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad selepas meninggalkan Umno, ahli tidak mengikut jejaknya," katanya.

Ketua bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, jika bahagian sudah tidak mahu kepemimpinan Abdullah lagi, beliau tidak akan dicalonkan.

"Kita kena ikut demokrasi, siapa yang ramai orang sokong, dialah yang jadi pemimpin," katanya.

Manakala ketua bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail berkata, Abdullah perlu melihat kehendak ahli-ahli terhadap kepimpinannya sekarang.

Katanya, jika ramai yang bercakap mereka tidak mahu lagi, Abdullah perlu berundur.

"Sebagai pemimpin, beliau perlu mengutamakan kepentingan parti dan bukannya kepentingan peribadi," katanya.

Ishak berkata, jika Abdullah berkeras mahu mempertahankan jawatan presiden, dan ada calon lain yang mahu bertanding, Umno akan berpecah-belah selepas perhimpunan agung kelak.

Ditanya calon yang paling sesuai dicalonkan sebagai presiden Umno, Ishak berkata, "orang ramai mahukan Datuk Najib".

"Orang kata, Abdullah sudah hilang kawalan dan kerana itu Umno perlukan nakhoda yang baru.

"Tengku Razaleigh Hamzah tidak sesuai menjadi presiden parti kerana sudah lanjut tempoh," katanya.

Timbalan ketua bahagian Semporna, Datuk Nasir Sakaran pula berkata, isu tersebut perlu diselesaikan oleh pucuk pimpinan tertinggi Umno.

Katanya, beliau enggan mengulas panjang perkara tersebut dengan alasan tidak mahu menimbulkan kontroversi di dalam parti.

"Apa yang penting ialah sama-sama mencari jalan menyatupadu dan mengukuhkan parti.

"Cakap-cakap yang keterlaluan bukan untuk mengukuhkan parti tetapi boleh menyebabkan ahli berbelah bahagi terhadap pucuk pimpinan," katanya.

Sementara naib ketua bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa, berkata cara terbaik ialah memberi peluang kepada perwakilan bahagian menentukan pemimpin parti.

Katanya, ahli Umno yang lebih mengetahui pemimpin yang baik untuk parti itu.

-malaysiakini

Sokong Sampai Rebah..!

KOTA BAHARU, 22 Sept (Bernama) -- Umno Kelantan menyokong penuh penyerahan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dijadualkan pada 2010.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan hari ini yang dihadiri hampir kesemua ketua Umno bahagian mencapai kata sepakat mengenai pelan peralihan kuasa itu.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang telah menyatakan hasrat bertanding jawatan Presiden Umno, tidak hadir.

TP - Aku berdiri teguh dibelakang Pak Lah PM..! hangpa jangan berani-berani nak desak PM aku supaya letak jawatan... hangpa tau apa? biaq la Pak Lah jadik PM... hangpa ingat hangpa baguih sangat ka? oi..!

Pak Lah... dengaq sini... sapa-sapa yang dok suruh Pak Lah letak jawatan tu teman rasa patut ditahan dibawah akta Ikut Suka Abdullah. biaq depa senyap teruih..!

Hangpa kene ingat... lagi lama Pak Lah jadik PM, lagi cepat UMNO/BN bungkuih... jadi aku nasihatkan hangpa semua supaya menyokong penuh kepimpinan Pak Lah. sokong sampai rebah...!!!

Hangpa paham ke tidak..?

Khak Ptuih..! sokong Presiden UMNO/BN bodo...

- The End -

Pak Lah: Lawan Tetap Lawan..!

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Umno akan datang walaupun sebelum ini disebut-sebut akan melepaskan jawatannya segera.

Menurut sumber, perbincangan Abdullah dengan para pegawai kanannya serta penyokong kuat beliau di kalangan anggota Majlis Tertinggi Umno memutuskan 'Abdullah boleh mendapat pencalonan yang cukup' dari bahagian-bahagian Umno.

Keyakinan ini mereka perolehi selepas berbincang dan menolak sama sekali pandangan Datuk Seri Rafidah Aziz dalam mesyuarat MT Umno baru-baru ini Abdullah akan malu jika meneruskan niatnya untuk mempertahankan jawatannya.

Ini kerana, Rafidah dikatakan berkata dalam mesyuarat MT Umno Khamis lepas, Abdullah besar kemungkinan tidak mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya sebagai presiden Umno.

Untuk itu, lebih baik Abdullah melepaskan jawatan itu sebelum mesyuarat bahagian Umno yang akan bermula Oktober ini.

Namun, selepas perbincangan dengan penyokong dan pegawainya, Abdullah mengambil sikap akan mempertahankan jawatannya kerana ingin menolak 'seolah-olah dia tidak akan mendapat cukup pencalonan untuk bertanding.'

Rafidah bersama Datuk Seri Muhyidin Yasin, Datuk Seri Hishamudin Tun Husein dan Datuk Shafei Apdal dikatakan mendesak Abdullah agar mempercepatkan peralihan kuasa bagi mempastikan BN terus kekal memerintah Malaysia.

Ekoran itu, Abdullah dikatakan bersedia untuk berundur lebih awal. Namun, selepas berbincang dan menilai semacam dia dihina oleh rakan-rakannya dalam Umno seolah-olah beliau sangat lemah sehingga tidak akan mendapat pencalonan yang mencukupi, Abdullah dikatakan bersedia berlawan balik.

Abdullah memerlukan pencalonan sekurang-kurangnya 30 peratus dari perwakilan Umno iaitu sekurang-kurangnya 58 pencalonan bagi membolehkan beliau mempertahankan jawatan presiden.

"Orang boleh menerima kalau ditolak sedikit tetapi kalau lebih-lebih sangat, dia akan melawan balik. Inilah yang berlaku kepada Abdullah. Dia sudah bersetuju untuk mempercepatkan proses peralihan kuasa. Tetapi kalau dia dihina sehingga dikatakan tidak akan mendapat pencalonan yang mencukupi, dia akan lawan balik. Inilah yang berlaku. Orang-orang Abdullah akan pastikan dia akan mendapat pencalonan yang cukup dan menang. Kena ingat, Abdullah adalah Perdana Menteri," kata seorang penganalisis politik kepada Siasah.

Ekoran dari itu, petugas Abdullah dikatakan mula bekerja. Semalam, Abdullah meluangkan masa dari petang hingga ke malam bersama dengan para pemimpin Umno di Perak.
Perak mempunyai perwakilan Umno antara tertinggi selain dari Johor.

Dengan tindakan Abdullah ini bermakna timbalannya yang berada di belakang usaha untuk mempercepatkan peralihan kuasa ini, Datuk Seri Najib berada di pihak yang sangat tertekan sekarang.

"Abdullah tidak hilang apa-apa kalau kalah kerana dia memang sudah mahu bersara, tetapi kalau Najib kalah, dia akan hilang segala-galanya," kata penganalisis itu.

-SIASAH

Not Me: Khir Toyo

Former Selangor menteri besar Dr Mohd Khir Toyo has flatly denied any role in the recent seven-day detention of DAP parliamentarian Teresa Kok under the Internal Security Act (ISA).

khir toyo interview 280408She had openly named Khir (right) as one of the ‘culprits’ behind her arrest, but he said it was unfair of her to level any such allegation.

“I never agreed to Kok being arrested under the ISA,” he told Malaysiakini.

“The issue is now under police investigation. Just let the police investigate it and see what they have to say.”

teresa kok released from isa 190908 02He also refused to comment on Kok’s release, which took place on Friday afternoon without any conditions being imposed by the police.

Kok (centre in photo), who is also a Selangor exco member, was arrested on Sept 11 under Section 73(1) of the ISA, the same day as blogger Raja Petra Kamarudin and Sin Chew Daily journalist Tan Hoon Cheng.

Police claimed that Kok, a three-term MP and Kinrara state assembly representative, had been held because she had been stoking religious tensions, which she denied.

Quick Clarification

On Sept 9, the Umno-owned Utusan Malaysia had quoted Khir as urging the Selangor government not to agree to purported moves by “a certain party” to disallow the azan (Muslim call to prayer) via loudspeakers from mosques in Puchong and Kota Damansara.

However, the Masjid Kota Damansara committee clarified of its own volition that a damaged amplifier had resulted in the call to prayers being made without the aid of a PA system.

The Masjid Kinrara committee, meanwhile, denied that Kok was involved in a residents’ petition seeking the volume to be lowered during the morning sermons.

azan islam call to prayerOn the pembelamelayu blogspot, Khir was quoted on June 26 as alleging that Kok had submitted a petition to Umno’s Seri Serdang state assemblyperson Satim Diman which purportedly described the azan as “disturbing the peace” of local residents. The blog also alleged that the petition requested for the call to prayer there to be “toned down”.

While in custody, Kok had instructed her lawyer Sankara Nair to lodge a police report on her behalf against the newspaper, its senior editor Zaini Hassan and Khir for having caused her detention.

Later, deputy inspector-general of police Ismail Omar said Kok was released after investigations showed that there was no reason to detain her any further.

TP - sebelah kiri ni komen dari Khir Tempe Toyo.

Think bout it... who do you think behind?

'Mentaliti suka haramkan' punca PAS T'ganu tewas

Pendekatan keras dan tiada senarai keutamaan menyebabkan PAS Terengganu tewas di tangan BN dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Abdul Samad.

“Kami di Selangor yang jauh lebih lemah daripada mereka, tetapi kami berjaya. Lalu apa yang perlu difikirkan ialah mungkin ada strategi dan kaedah mereka yang perlu diperbaiki.

“Kerana tidak ada sebab mereka harus kalah, sedangkan negeri-negeri lain yang yang lebih sukar, kita boleh menang,” katanya dalam satu temubual.

PAS negeri itu di bawah pimpinan pesuruhjayanya Datuk Mustafa Ali dikatakan mempunyai “mentaliti mengharamkan apabila berkuasa” daripada “menyediakan suasana maa'ruf”.

djz english teaching conference 080707 khalid samadAntara yang menjadi sasarannya, tambah Khalid, persembahan konsert, minuman keras, judi dan cara berpakaian.

"Kita cuba perhatikan, dengan majoriti Melayu muslim yang ramai, PAS Terengganu masih tidak dapat menang dalam pilihanraya umum ke-12, Mac lalu.

"Jadi, kita perlu lihat kembalilah mengenai kaedah kita, daya penarik kita dan sebagainya. Ini kerana, kita tidak boleh terlalu keras, kerana akhirnya orang tidak akan beri kita sokongan. Jadi, apa maknanya?

"Dari sini, saya rasa mereka mungkin tidak memahami dan masih tidak mahu cuba untuk memikirkan uslub dakwah yang lebih berkesan," kata Khalid.

Bercakap kepada Ummahonline.com minggu lalu, beliau turut mengkritik kenyataan Mustafa yang bernada tidak yakin dengan projek peralihan kuasa yang diusahakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 September lalu.

Tindakan itu, menurut Khalid, “cukup merugikan kerjasama politik dan setiakawan” dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Mengulas kontroversi kenyataan Mustafa dalam Utusan Malaysia dan Harakah – masing-masing 11 dan 12 September lalu, Khalid berkata:

“Sama ada bermoral ataupun diktator (tindakan Mustafa), saya tidak mahu cakaplah. Tapi, memang tidak patutlah dia buat begitu.

“Dia sepatutnya menyedari bahawa Harakah sepatutnya digunakan untuk pandangan rasmi, ataupun untuk mana-mana pandangan-pandangan yang selari dengan pandangan yang rasmi."

Beliau turut mengakui, “sedikit sebanyak ada kebenaran” bahawa presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipengaruhi Mustafa dalam merumuskan keputusan parti.

“Saya rasa sedikit sebanyak mesti ada kebenaran. Saya tahu bahawa Ustaz Hadi menghormati Cikgu Pa dari segi bacaan politiknya,” katanya.

Rundingan sulit PAS-Umno, yang mendapat sokongan kuat Abdul Hadi, dikatakan didorong oleh analisis Mustafa.

-malaysiakini

Pak Lah Nak Lari Dah!

Pasai apa suruh PGA ambik alih???

Ada 2 kemungkinan...1 mungkin baik, 1 mungkin jahat...

Mungkin baik - meningkatkan aspek keselamatan para pelancong yang bertandang ke Malaysia (kat airport je la selamat, keluar dari airport belum tentu...jangan lupa PDRM kita yang "hebat" menambah kes-kes yang tak dapat diselesaikan)...

Mungkin jahat - Pak Lah nak lari dari Malaysia... sebelum tu Pak Lah nak punggah dulu bebarang dia yang bertimbun-timbun tu, ni dah tengah packing dah selor-selor... start Oktober 1, dah boleh transfer dah barang tu sikit-sikit pakai trak Tentera (orang tak syak kot... mungkin topengperak_xinwugi je yang dapat bau sikit).

Destinasi Pak Lah tak lain tak bukan Australia... bot mewah dah ada, tanah dah ada, rumah dah ada... tapi yang tak syoknya mungkin Pak Lah akan phobia sepanjang berada di Australia...sebab...

Hari-hari terpaksa tengok kangaroo me"LOMPAT"...

Kih kih kih kih kih...

Malaysia Tidak Akan Tambat Semula Ringgit

PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) -- Malaysia tidak akan menambat semula ringgit, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kita berkeyakinan tentang kedudukan ringgit dan mata wang tempatan itu yang mencerminkan nilai sebenarnya," kata Najib di mesyuarat sulungnya di Kementeri Kewangan di sini, Isnin.

Sehingga jam 9.08 pagi, ringgit dicatatkan lebih tinggi di paras 3.4120/4170 berbanding dolar AS di paras penutup 3.4570/4620 yang dicatatkan pada hari Jumaat.

Sabtu lepas, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pertukaran ringgit ditetapkan semula bagi menampan impak kelemahan dolar berbanding mata wang lain.

Najib, yang sebelum ini merupakan Menteri Pertahanan, telah bertukar portfolio dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ulang Lagi lah..!

PUTRAJAYA: Keputusan sama ada harga runcit minyak akan dikurangkan daripada harga semasa akan diputuskan dalam tempoh dua, tiga hari lagi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak."

Kabinet akan membuat keputusan itu" (menurunkan harga minyak), katanya pada sidang akhbar selepas taklimat di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

-KLPOS.com

TP - Pagi tadi baghu aku habaq kat [sini]... tak dan sehari, depa umum balik benda yang sama... ulang tayang... macam filem kat RTM... tajuk lain, cerita sama...

Aku tau dah... confirm tak turun rege minyak... kalau turun pun takat 5sen je...

Najib bodo...

- The End -