"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, October 17, 2008

Universiti Putra Malaysia

Sabtu 18hb. Oktober, 2008 sampai 22hb. Oktober, 2008, aku tak dapat nak update weblog ni macam biasa sebab... atas sebab-sebab yang munaSabah dan Sarawak, aku akan berada di Universiti Putra Malaysia tempat aku main guli dulu-dulu.

Dulu masa mula-mula aku tinggal kat serdang dulu, Universiti ni depa panggil Universiti Pertanian Malaysia, tak tau macam mana boleh jadi Universiti Putra Malaysia aku tak tau...

Aku buat apa kat sana?

Oleh sebab harga bahan bakar dah tak macam 6 bulan dulu, maka hasil pendapatan bulanan aku amat-amat tidak memuaskan. oleh itu aku pun mula nak meniaga secara kecil-kecilan untuk tampung duit subsidi minyak kepada KERAjaan...

Aku ni jenis manusia yang prihatin pada KERAjaan.aku tau KERAjaan tengah susah, jadik aku tak nak susahkan KERAjaan dengan mintak subsidi yang bukan-bukan walaupun aku tak mampu.

Aku perasan yang tiap kali aku isi minyak, aku jugak memberi subsidi pada KERAjaan (cilaka sungguh KERAjaan nih).

Aku dah merapu ni... sebenarnya aku ambik 1 gerai dekat UPM sempena Pesta Konvokesyen UPM yang ke berapa entah... aku meniaga kat sana. ingat nak jual Sup Gearbox...

Korang kalau nak makan sup Gearbox, korang carik la gerai aku dekat Koperasi UPM.sape-sape yang turun Pesta Konvo UPM & kenal aku, tegur-tegur la oi...

Pasal weblog ni pulak... kalau aku ada masa aku cuba update... ada geng janji nak supply PC, Laptop dan jugak Internet kat sana... kah kah kah kah kah... tak la... sape nak kasik semua tu?

Kat sana ada CC ke? kalau ada best jugak kan?

Aku ingat nak carik student yang kena perambat keluar dari asrama tu la... ingat nak interview depa sikit apa cerita sebenarnya... media perdana ni bukan boleh harap sangat pun kan?

Jadik mintak tolong la pada student-student UPM yang terbaca blog ni, kalau hangpa boleh bawak aku jumpa 2 orang individu berkenaan untuk diambil keterangan depa tanpa ditapis dan diedit ceritanya mengikut apa yang keluar dari mulut depa, tolong-tolong la kontek-kontek aku...

Amende??? no hp aku? hangpa tengok kat atas belah kanan tu ada no hp aku...

Callo..!

Kicked out of hostel, students cry foul

Two University Putra Malaysia (UPM) students claim they were kicked out of their dormitory less than a week before their final examination for being members of the percieved 'anti-establishment' Muslim Students Association (PMI).

Speaking to Malaysiakini today, third-year students Nur Shafiqa Ali and Nor Farhana Farzieana said they suspected that they were given a 24-hour evacuation notice on Oct 14 because the campus polls were drawing closer.

"Similar incidents have happened to other PMI members before but nothing like this has taken place… No one else has received any evacuation notices before," said Shafiqa who is majoring in biology.

Both students are currently lodging outside campus with a friend.

Shafiqa also said she and her roommate Farhana have had problems with their hostel management since the beginning of the semester in July when they were denied a room in the hostel.

Both friends claim that although they excelled in academics and are active in extra-curricular activities, the management had refused accommodation on the grounds of merits.

However, after appealing to the management at the beginning of the semester they were given a room.

But on Oct 10, the door to the room was sealed and there was an application form to live outside campus slotted in the door. There were no notices or official letters.

Four days later, both students were given a final notice to evacuate their rooms.

MP: Hasty Decision

According to Shafiqa, several cars from the university's students affairs department were circling their hostel when they were clearing their stuff while a group of ‘pro-establishment’ students jeered and teased them.

Contacted later, the university's hostel management said they were unaware of the matter and declined to comment further.

Meanwhile, Ampang PKR parliamentarian Zuraida Kamaruddin said the management had acted unwisely as the students were about to sit for their final examinations.

"The university acted too hasty in throwing out the students… they (management) should have taken into account of the fact that the students were due to sit for exams.

"The students should be given a chance and the management should be more tolerant… as the students were both active in academic and extra curricular activities,” she said in a statement.

"We want the hostel management to explain their action and give a chance for the students to deliberate the matter before they are thrown out," she added.

Zahid Pun Takut Kena Cabar ke?

2 hari lepas ada sorang geng UMNO/BN bersungut "kunun" tempoh kempen panjang sangat... hari ni pulak mat Zahid pun bunyik nada yang sama jugak - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau bersetuju dengan pendapat bahawa tempoh empat bulan bagi kempen pemilihan Umno adalah terlalu panjang.

Ada 2 kemungkinan mat Zahid "berbunyik" macam ni...

1 - Takut kena cabar.

2 - Kalau tempoh panjang sangat tapi pencalonan tak cukup... malu la pulak...

Hangpa ingat yang mana sesuai dengan mat Zahid?

Mula-mula Molotov Cocktail, Lepas Tu Bakar Terusss..! Apa Nak Jadik Ni?

Awal-awal dulu pejabat Majlis Peguam jadi mangsa serangan molotov cocktail, tak lama lepas tu rumah Teresa Kok pulak kene baling dengan molotov cocktai, selang berapa hari ada pulak lagi insiden sama... 30 biji kereta terbakar lepas dibaling dengan molotov cocktail...

Hari ni pulak... kereta kepunyaan ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar rosak sebahagiannya, disyaki dibakar awal pagi ini.

Ketika dihubungi hari ini, pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu menuduh lawan politiknya dari MIC yang bertanggungjawab melakukannya.

Pemimpin PSM itu berkata, beliau percaya kumpulan yang sama yang membakar kereta Volkswagen Beetle miliknya itu, turut bertanggungjawab menganggu ahli-ahli parti itu di kawasan tersebut.

Gangguan tersebut, tambahnya, telah berlaku sejak lebih lapan tahun yang lalu.

"Jiran-jiran (saya) ternampak empat pemuda memecah cermin pintu kereta saya, dan membakarnya. Bahagian dalam kereta saya terbakar teruk."

Jeyakumar menjelaskan semuanya bermula tiga hari lalu ketika seorang ahli wanita parti itu berada seorang diri di pejabat parti itu, didatangi sekumpulan lelaki mabuk dalam lingkungan usia 20-an.

"Dia memberitahu saya yang kumpulan tersebut meminta wang dan bila dia enggan memberinya, mereka mengancam untuk memukulnya," kata Jeyakumar.

Apa dah jadi ni? sesuai ke negara ni dikatakan "Selamat. Aman, Makmur"?

Yang aku heran pulak lagi, awat asyik-asyik orang-orang yang tak sehaluan dengan KERAjaan je yang kena? Awat geng-geng UMNO/BN tak pernah pulak kena ugutan-ugutan dan ancaan-ancaman macam ni?

Nak cakap "kebetulan"? tak kan "kebetulan" orang-orang yang tak sehaluan dengan KERAjaan je yang kena?

Kesimpulannya tuduhan yang mengatakan penyokong pembangkang "ganas" sangat-sangat tak tepat sama sekali. hangpa pikiaq la sendiri...

Tempoh Jaminan Sheikh Kickdefella Dilanjutkan Sebulan Lagi

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Polis hari ini melanjutkan tempoh jaminan ke atas penulis blog Sheikh Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Aziz sehingga 21 Nov depan bagi membolehkan siasatan ke atasnya disiapkan.

Syed Azidi, 38, yang berkemeja putih tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Perdana Jalan Datuk Onn di sini pada kira-kira pukul 10 pagi dengan ditemani seorang rakannya.

Katanya, beliau dipanggil untuk melaporkan diri ke jabatan itu disebabkan tempoh jaminannya tamat hari ini dan berikutan itu polis melanjutkan tempoh jaminannya selama sebulan lagi.

"Tempoh jaminan saya dilanjutkan dengan jaminan polis kerana saya difahamkan siasatan kes saya belum lagi selesai," katanya kepada pemberita di luar perkarangan pejabat itu selepas melaporkan diri.

Beliau kesal dengan kelewatan siasatan kes tersebut dan mendakwa lanjutan jaminan itu hanya akan mengongkong kebebasannya.

"Saya bersedia didakwa di mahkamah kerana saya boleh membuktikan kebenaran dan membersihkan semula nama saya. Menang atau kalah itu bukan perkara utama kerana saya percaya pada sistem keadilan dan hukuman," katanya.

Syed Azidi berkata beliau berasa pelik kerana tempoh siasatan mengambil masa yang lama dan mengapa sepanjang beliau ditahan tiada sebarang kenyataan diambil ke atas dirinya sebaliknya hanya kenyataan berhubung latar belakang dirinya yang diambil.

"Polis sepatutnya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan siasatan kerana semua bukti adalah melalui hasil tulisan saya yang dipaparkan dalam laman blog dan segala bahan yang diperlukan seperti komputer riba dan cakera padat telah saya serahkan.

"Saya juga tertanya-tanya berapa ramai individu di luar sana yang terhasut akan kenyataan saya," katanya.

Pada 17 Sept lalu, penulis blog itu ditahan pada pukul 5.05 petang oleh tiga anggota polis yang berpakaian preman.

Beliau dipercayai ditahan ekoran cadangan di dalam blognya agar Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik semasa menyambut ulangtahun kemerdekaan negara.

Beliau sebelum itu melaporkan diri kepada pegawai penyiasat kes tersebut ASP Annuar Amri Abd Muluf sebelum keluar kira-kira 40 minit kemudian.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tegur Kesilapan

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini dukacita kerana telah berlaku satu kesilapan kecil dalam penyiaran berita/percetakan artikel yang menyentuh kenyataan akhbar khas Raja-Raja Melayu semalam.

Menurut beliau, ada pihak yang melaporkan bahawa kenyataan akhbar khas itu adalah hasil daripada perbincangan dan keputusan yang diperbuat dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

"Apa yang sebenarnya ialah bahawa kenyataan akhbar khas itu adalah hasil daripada perbincangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang diperbuat dan diputuskan sebelum baginda berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 16 Okt 2008," jelasnya.

Kenyataan Akhbar Khas Raja-Raja Melayu itu adalah berhubung hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum-Kaum Lain mengikut Perlembagaan Persekutuan.

3 Pi Em, 1 Bakal Pi Em & "YA"

Tunku Abdul Rahman - Kemerdekaan MalaYA

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj lahir pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Ayahanda beliau, Sultan Abdul Hamid Halim Shah adalah Sultan Kedah yang ke-24 dan bonda beliau, Cik Menyalara, adalah anak kepada Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah dalam kerajaan Thai ketika pemerintahan Raja Rama V.Semasa kecilnya, putera raja ini suka mencuri keluar daripada kawasan istana. Beliau suka bergaul dengan orang kebanyakan dari semua peringkat masyarakat. Beliau telah mulakan persekolahan di Sekolah Rendah Melayu, kemudian ke English Medium School di Alor Star, dan mengaji Quran di sebelah petang, sebelum dihantar bersama tiga orang kekandanya ke Debsirindir School di Bangkok pada 1913. Pada 1916, beliau pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.selanjutnya di [sini].

Mahathir Mohamad - CyberjaYA, PutrajaYA

Dilahirkan pada 20 Disember 1925, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri Malaysia sejak 22 tahun yang lepas. Dr Mahathir menerima pendidikan rendah dan menengah di Alor Star sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine (yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura pada 1947. Selepas mendapat ijazah perubatan, Dr Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Star, Langkawi dan Perlis Dari 1954 higga 1957. Pada 1957 beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, Maha Clinic di Alor Star.selanjutnya di [sini].

Abdullah Ahmad Badawi - Koridor RaYA

Dilahirkan pada 26 November 1939 dalam sebuah keluarga ternama di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah mendapat pendidikan awal di kampungnya dan kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Penang Methodist Boys' School dan sekolah agama yang telah diasaskan oleh keluarganya. Abdullah seterusnya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam pada 1964.selanjutnya di [sini].

Najib Tun Abdul Razak - AtlantuYA

Kah kah kah kah kah... lawak petang jumaat...

Gerakan Anggap Tidak Wajar Haramkan Hindraf

IPOH, 17 Okt (Bernama) -- Gerakan menyifatkan keputusan kerajaan mengharamkan pertubuhan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai tidak wajar kerana langkah itu akan menutup sepenuhnya isu-isu yang diutarakan kumpulan berkenaan selain menimbulkan masalah lain.

Timbalan Presidennya Datuk Chang Ko Youn berkata walaupun banyak tindakan yang dibuat oleh Hindraf sebelum ini amat tidak sesuai tetapi kerajaan mesti mencari jalan bagi memberi laluan kepada mereka untuk bersuara.

Kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan itu adalah berhubung keadaan ekonomi, tahanan ISA, hak asasi kemanusiaan dan kawasan tapak ibadat yang merupakan perkara asas tuntutan badan bukan kerajaan yang lain, katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan Perak di sini hari ini.

Chan berkata berkata dengan pengharaman itu, kumpulan ini akan mencari saluran lain untuk bersuara dan berkemungkinan menubuhkan satu pertubuhan baru bagi menyampaikan niat yang sama.

"Untuk itu, kerajaan harus mengambil langkah proaktif bagi mengelak mereka berkompromi dengan parti pembangkang dalam mencari jalan untuk mencapai hasrat dan cita-cita mereka...sepatutnya diadakan satu dialog...supaya semua masalah yang dihadapi mereka dapat diselesaikan," katanya.

Beliau mencadangkan kerajaan memberi laluan kepada badan itu didaftarkan.

Menteri Dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam berkata kerajaan mewartakan Hindraf sebagai pertubuhan haram kerana kegiatannya bertentangan dengan Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1996 dan ia boleh memudaratkan keselamatan awam, keamanan, ketertiban dan nilai-nilai moral negara ini.

Dalam perkembangan lain, Gerakan meminta kerajaan negeri Perak supaya tidak menjadikan sambutan Deepavali yang menjelang tiba sebagai "pentas" politik.

Chang yang juga Pengerusi Gerakan Perak berkata tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat memasukkan logo parti pada kain-kain pemidang di sekitar bandar raya ini sempena meraikan Deepavali adalah tidak wajar.

"Dulu mereka pernah meminta agar kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan agama tetapi mereka kini melakukannya secara terang-terangan," kata Chang, juga bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak.

You Talk, I Talk... Mi No Spik Inglish..!

Che'Det cakap ada usaha pihak tertentu untuk memburukkan imej Datuk Seri Mohd. Najib Razak bertujuan menggagalkan langkah Timbalan Presiden Umno itu untuk mengisi jawatan Presiden.

TP cakap - Dah imej Bijan tu memang buruk, tak kan nak belit pi cerita dia baik?

Che'Det cakap apa yang dihadapi Najib sekarang sama dengan pengalaman beliau sendiri yang dilempar dengan pelbagai tuduhan setelah bersara Oktober 2003 untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadapnya.

TP cakap - dah ngko ngan Bijan sama je, jadi situasinya pun akan jadik sama la... apa punya TURRR...!!!

Che'Det cakap tindakan membuat bermacam-macam tohmahan yang tidak dapat dibuktikan terhadap Najib itu tidak menghairankan beliau kerana memang itulah pendekatan yang digunakan pihak tertentu untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap Timbalan Perdana Menteri itu.

TP cakap - macam mana nak buktikan kalau banyak laporan dah dibuat tapi siasatan 1 pun tak jalan? macam mana rakyat nak percaya yang tu semua cuma "tohmahan" kalau siasatan atas laporan tak dibuat langsung?

Che'Det cakap Saya pun menghadapi perkara yang sama. Saya dilabelkan dengan macam-macam nama dan banyak tohmahan dan tuduhan dilemparkan terhadap saya, sehingga ke peringkat menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi mencari kesalahan saya, tetapi tidak satu pun yang dapat dibuktikan.

TP cakap - macam mana nak buktikan kalau semua "kepala-kepala" institusi di"cekup" telurnya oleh hang? correct correct correct correct correct correct correct correct apa cerita? siasatan masih berjalan atau "tergantung" siasatan?

Che'Det cakap akhbar juga digunakan untuk memburuk-burukkan saya.

TP cakap - kah kah kah kah kah kah kah... kenyataan paling kelakar... kenyataanya "masa saya berkuasa dulu, saya menggunakan akhbar juga untuk memburuk-burukkan "musuh" saya"... kah kah kah kah kah... tak gitu Che'Det? amik kau depa pulang paku buah keras...

Che'Det cakap saya tahu akhbar diberi arahan oleh pihak tertentu untuk buat begitu.

TP cakap - kah kah kah kah kah... memang la hang tau pasai dulu hang pun dok amal mende macam tu kan? Khak Ptuih..!

Che'Det cakap - arahan dikeluarkan oleh pihak tertentu menghalang pemimpin-pemimpin Umno dan anggota-anggota Kabinet daripada menghadiri program di mana beliau sendiri akan hadir.

TP cakap - arahan? tu semua kan "ajaran" hang dulu... dah lupa ke? aku ingatkan "melayu" je yang mudah lupa... rupanya "mamak" pun mudah lupa jugak... kah kah kah kah kah...

Che'Det cakap "Saya juga tidak diberikan platform untuk memberikan pendapat. Media pun disekat. Ini tidak sepatutnya berlaku."Ia tidak pernah berlaku pada pemimpin-pemimpin sebelum saya,"

TP cakap - kah kah kah kah kah kah... macam la pemimpin-pemimpin pembangkang zaman hang dulu diberi "platform"... kah kah kah kah kah... hang tu tua nyanyuk dalam UMNO dan jugak sekarang terkenal sebagai "pembangkang" dalam UMNO...hang kena sedaq, sebagai "pembangkang" hak-hak hang dalam parti ada 1 je dan hak itu ialah - DOK DIAM-DIAM JANGAN DOK KACAU ORANG NAK REBUT KUASA...!!!

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah...!!!


Che'Det penah dengar tak pasai "Deja'Vu"..?

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah...!!!

Habuan seks "sedekah" di Perak, ahli perniagaan hadapi tuduhan

[DIKEMAS KINI] IPOH: Isu seks "sedekah" timbul semula hari ini dengan seorang ahli perniagaan, yang pernah mengaku kepada Jabatan Agam Islam Perak bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan wanita China sebagai habuan, pagi ini menafikan tuduhan melakukan kesalahan tersebut.

Fairul Azrim Ismail, 30, yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan ke atasnya.

Fairul dituduh menerima habuan rasuah seks daripada Mohamad Imran Abdullah di bilik 401, Tingkat Empat, Sri Sayang Apartment, Jalan Batu Feringghi, Pulau Pinang pada 14 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.10 malam.

Habuan itu didakwa diberikan untuk membantu Mohamad Imran memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah.

Tuduhan dikenakan di bawah Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan jika sabit kesalahan Fairul boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai habuan ataupun RM10,000 atau kadar mana yang paling tinggi.

Fairul, dari Bota, merupakan individu keenam dikenakan tuduhan berhubung projek tersebut yang bernilai RM180 juta.

Kira-kira sebulan selepas lima orang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ipoh, Fairul yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah, mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Pengakuan itu dibuat di Jabatan Agama Islam Perak pada 23 September lalu.

Fairul bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan Mohamad Imran.

Dia mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

Dia membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada jabatan itu.

Dalam surat aduannya, Fairul mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.

Katanya, Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment.

"Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.

"Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR," katanya dalam surat aduan itu.

Rakannya, Zul yang ketika itu merupakan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah turut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perak tetapi tidak mengedarkan salinan surat aduannya kepada wartawan.

Penghujung bulan lalu kerajaan negeri telah meminta Zul melepaskan kedudukannya sebagai Ahli Majlis Daerah Perak Tengah.

Dalam surat aduan itu juga, Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu, turut meminta Jabatan Agama Islam Perak supaya menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya.

"Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks.

"Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China," ujarnya.

Zul pula berkata, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

"Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?" ujarnya.

-mSTAR Online