"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, March 01, 2009

Sekitar Majlis Pengkebumian Mertua MB Ir Nizar - malaysiakini

Awal tengahari hari tadi berlangsung upacara pengkebumian Bonda kepada Datin Seri Fatimah Taat dan Ibu Mertua kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar yang telah kembali ke rahmatullah malam semalam (28hb. Februari, 2009) di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Datuk, Tapah, Perak Darul Ridzuan.

Jenazah dibawa ke Masjid Tapah untuk disembahyangkan lebih kurang jam 11:15 pagi dan YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar telah mengimamkan solat jenazah.

Kelihatan ramai sahabat-sahabat, rakan-rakan, penyokong-penyokong dan teman-teman seperjuangan hadir untuk memberi penghormatan terakhir dan menyampaikan ucapan takziah kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar dan Datin Seri Fatimah atas pemergian Allahyarhamah.

Antara yang hadir ialah Mustafa Ali, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Zul, Saudara Idham Lim, Ustaz Norazli dan Saudara Misbahul Munir.

Pasangan yang tabah, YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar dan Datin Seri Fatimah Taat.
YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar mengimamkan solat jenazah.
Mengamimkan doa selepas solat jenazah.
Ketika jenazah sedang diturunkan kedalam liang lahad.
Menyempurnakan bacaan talkin.
Penghormatan terakhir.
Jenazah Allahyarhamah disemadikan disebelah pusara suaminya Taat bin Haji Abdul Rahman yang terlebih dahulu meninggalkan mereka pada 4hb. November, 1974.

Al-Fatihah...

Serangan Bermula Hari Ini - malaysiakini

-tok iskandar

1 Mac 2009.Serangan bermula hari ini.Kesepakatan rakan-rakan bloggers ditagih untuk mencari segala kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO dan paparkan di dalam blog masing-masing agar MP-MP Pakatan Rakyat dapat bangkitkan perkara ini dalam parlimen, buat report polis dan SPRM.

Tok nak ulas kenyataan Najib semalam, sidang tergempar DUN Perak tidak boleh diadakan kerana perlu menunggu keputusan mahkamah. Tok tak tahu siapa penasihat Najib,R azak Baginda atau Zahid Hamidi, tapi janganlah memperbodohkan diri sendiri depan wartawan-wartawan. Kalau dah tak reti, eloklah diam sahaja. Sekarang satu dunia tahu bakal PM Malaysia IQnya rendah. Nampak sangat Najib tak yakin dengan status kerajaan BN di Perak. Lain kali kalau nak bertindak, berfikirlah dulu.

Apakah Najib akan menggunakan polis untuk menghalang sidang tergempar DUN Perak selasa ini..? Jika ini berlaku, rakyat terpaksa turun ke padang untuk membantah kezaliman yang dilakukan oleh UMNO-BN. Inilah yang diharapkan berlaku kerana UMNO-BN memang berhasrat untuk memerintah ke semua negeri Pakatan Rakyat jika darurat diisytiharkan.

Bukan Najib je tengah pening, Tok tengok kabinet pun pening sama. hari ni kata naikkan tol, esok kata tak jadi. Hari ni kata penganut Kristian boleh pakai nama Islam, esok tak boleh pulak. Polisi kerajaan BN yang sentiasa berubah ini menunjukkan ketidakstabilan kerajaan UMNO-BN yang ada sekarang. Rakyat keliru, pelabur asing pun keliru. Siapa yang jadi PM ketika ini, Pak Lah atau Najib. Masa tol naik, mesyuarat kabinet dipengerusikan Najib dan persepsi Pak Lah dah serah kuasa kepada Najib sudah menjadi perbualan hangat rakyat semua dan ramai yang tertanya-tanya kita ada dua PM ke? Nampaknya ramailah yang terpaksa telan panadol lepas ni. Kabinet tak naikkan harga panadol ke?

Tentang gerakan membantah PPSMI atau GMP, eloklah diperhebatkan kerana demo besar yang nak kita adakan tak sampai seminggu lagi, 7 Mac 2009 dan penyertaan kesatuan guru, persatuan mahasiswa dan kesatuan sekerja CEUPACS atau MTUC sungguh penting. Tok cadangkan kepada semua guru berminat boleh sms kepada Setiausaha NUTP negeri masing-masing nak mintak penjelasan sama ada NUTP sokong atau tidak PPSMI. Tok tengok NUTP sekarang macam tunggul mati. Bila dah dapat beribu-ribu sms  Tok percaya NUTP akan sokong GMP dan jika NUTP bacul, guru-guru boleh gertak keluar daripada kesatuan itu atau lantik calon mereka untuk menentang kepimpinan NUTP sekarang yang mungkin pro UMNO-BN.

Rakan-rakan bloggers boleh paparkan no telefon Setiausaha NUTP negeri dalam blog masing-masing. Sepatutnya dalam isu ini NUTP di depan dan bukannya mendiamkan diri. MP Pakatan Rakyat, ADUN-ADUN, barisan pemuda, puteri dan seluruh ahli juga perlu menyertai demo ini sebagai perjuangan kita untuk masa depan anak cucu kita. Sokongan terbuka tokoh seperti Tun Saleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, Datuk Shahnon Ahmad, sasterawan negara dan lain-lain tokoh akademik juga diperlukan agar gerakan ini semakin berkembang dan mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia.

Tok pelik bin hairan kenapa UMNO tak bantah. Kata pujangga bahasa jiwa bangsa. kalau dah bahasa dikuburkan, ke manakah identiti bangsa melayu. Cuba rakan-rakan bloggers siasat siapa yang mendapat tender membekalkan perisian, cd, buku-buku teks untuk sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Jika puak-puak UMNO yang dapat, memang patutlah mereka tak bantah dan pedulikan nasib bangsa Melayu kerana mulut mereka telah disuapkan dengan wang ringgit malaysia. Jelaslah selama ini UMNO hanya jual nama Melayu untuk hidup mewah.

Tok seperti rakyat Malaysia yang lain, nak tahu ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi, berapa banyak bangunan pejabat pelajaran daerah di seluruh negara diperindahkan dan diperbesarkan ketika ada murid-murid miskin yang tidak mendapat bantuan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran atau meneruskan pelajarannya. Cuba MP-MP Pakatan Rakyat ajukan soalan ini di parlimen dan tanyakan juga berapa banyak blok bangunan sekolah yang lewat disiapkan sehingga menyusahkan murid-murid.

Satu soalan cepu emas, berapa ramai pula guru-guru dan GB yang aktif memegang jawatan dalam UMNO-BN. selama ini sikap double standard kerajaan UMNO-BN sudah diketahui umum. Sokong dan pegang jawatan UMNO-BN boleh bagi kakitangan awam tapi sokong pembangkang tak boleh.

Senario politik yang berlaku dalam politik tanahair kebelakangan ini menjadi realiti kepada rakyat UMNO-BN takut kehilangan kuasanya. Bermula isu rampasan kuasa kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat, ketakutan untuk membubarkan DUN Perak, isu ketuanan melayu dan derhaka kepada Raja-Raja Melayu dan paling mutakhir Sidang tergempar Dun Perak selasa ini.

Rakyat semakin bijak menilai dan mula mempersoalkan apakah pelan pemulihan ekonomi oleh kerajaan UMNO-BN. KDNK negara jatuh kepada 4.6% terburuk sejak 2001. Indeks Komposit BSKL merudum dan kadar pengangguran dikatakan mencecah 80 ribu orang. harga-harga barang keperluan makanan dijangkakan naik seperti gula akan naik 20 atau 30 sen sekilo. Tol juga diramalkan naik tetapi ditangguhkan kerajaan UMNO-BN kerana takut kalah dalam PRK di Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai. Jika kerajaan pusat berani mengambilalih pengurusan air negara, mengapa pula kerajaan pusat UMNO-BN tidak berani mengambilalih syarikat konsesi tol. Apakah kerana UMNO dan kroninya ada kepentingan di dalam syarikat konsesi tol ini. Eloklah SPRM siasat.

Tok dan rakyat dah nampak UMNO-BN takut hilang kuasa. Peluang terbaik memerintah negara adalah untuk isytiharkan darurat dan UMNO telah mula menjaja isu ini di kampung-kampung dan kepada golongan peneroka.

Tok juga nak peringatkan kepada semua MB dan KM Pakatan Rakyat supaya tidak menyimpan musuh dalam selimut dalam jentera pentadbiran negeri masing-masing. nanti rahsia kerajaan negeri terbongkar dan paling tidak pun mereka akan buat surat layang menggunakan letter head Kerajaan Negeri. Di Kedah, tok heran kenapa pemuda UMNO negeri itu berkokok dalam TV3 suku tentang isu surat layang yang menghina sultan kedah. Kan surat tu ada setem dan bersampul, buat ajelah report polis. jangan sampai rakyat anggap polis sudah mesra UMNO dan bukan mesra rakyat sudah.

Ada yang beranggapan UMNO memperalatkan setiausaha Sultan membuat kerja-kerja keji ini dan eloklah polis siasat perkara ini. Rakyat dah semakin muak dengan budaya samseng UMNO sekarang yang cuba menghuru-harakan negara ini dah sudah sampai masanya mereka pula ditahan ISA. rakyat dah ada persepsi UMNO semacam dah ada cawangannya di balai polis. UMNO pergi lanyak MP Pakatan Rakyat, seorang OKU dalam parlimen boleh tapi rakyat demo depan balai polis kena sembur dengan air pemedih mata dan lanyak dengan FRU. Tak pasal-pasal ada pulak rakyat hantar keldai, baghal atau lembu buat report polis.

Ingatlah UMNO, Polis, SPR, SPRM, Mahkamah dan Sultan bukan hak cipta terpelihara mereka sahaja. Usah bongkak dan sesuka hati melanggar undang-undang negara semata-mata gilakan kuasa.

Bakal PM Terbodoh Yang Semakin Bodoh - malaysiakini

Betul kata orang-orang tua, bukan susah nak tau kebodohan orang bodoh. biar aje dia tunjuk kebodohannya sendiri dan kebodohan itu akan timbul dengan sendirinya. lebih-lebih lagi kalau orang tu memang betul-betul bodoh.

Macam jugak kebodohan bakal PM terbodoh yang kita ada. dah banyak kali sangat dah dia tonjolkan kebodohannya dengan cara yang paling bodoh.

Pertama sekali (tolak bodoh yang dulu-dulu, kita ambik yang bodoh melampau je...) masa kes Saiful dulu. mula-mula bodoh ni cakap tak kenal Saiful dan tak pernah jumpa Saiful, tapi bila dah kantoi orang bawak keluar gambar Saiful dekat pejabat dia, dan dan tu jugak bodoh ni tukar kenyataan cakap kenal.

Tu baru gertak dengan gambar si bodoh dekat ofis si bodoh... belum tunjuk gambar si bodoh salam dengan si bodoh lagi...

Pernah jumpa sekali awal tahun dulu masa Saiful mintak tolong bagi sokongan untuk mohon biasiswa. padahal 1 Malaysia dan ada jugak warganegara luar tau yang budak Saiful tu kelulusannya tahap bodoh. elok sangat... si bodoh yang nak mintak biasiswa jumpa si bodoh yang nak bagi sokongan untuk si bodoh yanng sebenarnya tak layak dapat biasiswa.

Si bodoh tu dah nampak dah kebodohannya dekat situ.

Lepas tu tambah lagi kenyataan dari si bodoh mengatakan bahawa si bodoh yang lagi satu pergi jumpa si bodoh sebab nak mengadu masalah bahagian belakang kena tala dekat bos si bodoh. padahal sebelum tu si bodoh dah cakap jumpa si bodoh sekali je masa si bodoh nak mintak sokongan untuk biasiswa.

Si bodoh tanpa dia sedar dah menampilkan kebodohannya nak memperbodohkan orang ramai yang tak bodoh. tapi ramai si bodoh dari parti bodoh yang percaya cakap si bodoh ni. molek sungguh si bodoh-si bodoh sekelian berkumpul dalam satu parti bodoh untuk si bodoh.

Kali ke-2 si bodoh ni menampilkan kebodohannya ialah bila dengan bangganya si bodoh ni buat kenyataan bahawa "OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…" dan jugak "OUR FUNDAMENTALS IS STRONG…". tak lama lepas tu si bodoh ni keluarkan kenyataan supaya semua rakyat Malaysia bersedia untuk menghadapi krisis ekonomi...

Tak lama lepas tu jugak si bodoh ni keluarkan kenyataan bahawa negara Malaysia juga tak dapat lari dari menerima kesan kemelesetan ekonomi global. padahal sebelum tu si bodoh ni jugak yang keluarkan kenyataan bahawa "OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…" dan jugak "OUR FUNDAMENTALS IS STRONG…".

Si bodoh ni tanpa sedar telah sekali lagi menampilkan kebodohannya pada mata rakyat Malaysia yang tak bodoh macam si bodoh ni.

Terbaru sekali si bodoh ni keluarkan lagi kenyataan bodoh yang seolah mengiakan bahawa memang wujud kes pembelian ADUN-ADUN Pakatan Rakyat sebagaimana yang didakwa oleh beberapa pihak. kenyataan bodohnya ialah bilamana si bodoh ni di soal oleh wartawan "benarkah tuduhan sesetengah pihak bahawa ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di bayar sejumlah wang sebanyak RM50 juta untuk melompat?"

Yang tak bodoh nak tau apa si bodoh ni jawab? si bodoh ni jawab "mana ada sampai 50 juta..!"... apa maknanya tu? adakah maksud sebenar si bodoh ni "tak sampai 50 juta lahhh...!!! dalam 5-6 juta je...!!!" macam tu ka?

Entah... aku tak tau... ni kene tanya si bodoh-si bodoh dari parti bodoh sebab hanya si bodoh je yang paham bahasa si bodoh.

Ada lagi si bodoh ni buat... malam tadi si bodoh ni gatal mulut nak komen isu speaker DUN Perak yang panggil para ADUN Perak untuk satu Sidang Tergempar DUN. si bodoh ni cakap - "DUN Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu..."... si bodoh ni cakap lagi "dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan."

Apa maknanya tu? maknanya si bodoh tu sendiri dah nafikan kenyataannya bahawa KERAjaan UMNO/BN Perak adalah KERAjaan yang sah..!

Rupanya si bodoh ni pun tak yakin yang KERAjaan yang dia bangga-banggakan di Perak tu adalah KERAjaan yang sah dan dalam masa yang sama si bodoh ni dah mengakui bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah Kerajaan Negeri Perak yang sah!

Bukan susah rupanya nak jadi PM Bakal PM Malaysia... korang cuma perlu jadi si bodoh je. kelebihan ialah pada mereka-mereka yang tak de otak.

Mana Ada Kita Sampai 50 Juta..! - malaysiakini

Korang dengar kenyataan Isteri Rosmah yang last skali... did he say "mana ada kita sampai 50 juta..! mengarut ni..!"

So what? Either more or less then 50 juta... macam tu ka Isteri Rosmah?

How much? 5 juta?10 juta? 15 juta? juta? 20 juta? 25 juta? 30 juta? 35 juta? 40 juta? 45 juta? 50 juta? opsss... "mana ada sampai 50 juta..!" ngooooookkk..!

Sultanku...jangan salah pilih kawan

Semasa dahulu, saya bangga betul dengan Sultan Azlan Shah. Saya membaca sejarah hidupnya di dalam Dewan Siswa. Kala itu, usia saya masih muda. Saya bangga punya sultan yang cerdik dan terpelajar. Saya juga bangga keran Sultan Azlan Shah sanggup mengambil seorang anak kebanyakan sebagai suri hidupnya, seorang guru sekolah bernama Bainun.

Itu dululah…kini, lain sudah rasanya. Rasa hormat sudah makin menipis, diganti rasa mual dan meluat. Yang musykilnya, perasaan meluat itu sebenarnya lebih layak saya tempekkan kepada muka Najib Monggolia...eh, Najib Razak. Tapi, dek kerana Sultan Azlan sendiri sanggup menempekkan muka Najib Monggolia...eh, Najib Razak di istana, sanggup mengenepikan penasihat sebenar iaitu MB Nizar, maka kemeluatan saya berjangkit pula ke bawah duli tuanku...

Itulah, para sultan dan pembesar negara pun kena belajar hadis nabi. Jangan asyik belajar hingga ke luar negeri, dapat degree sampai PhD, tapi buta agama sendiri. Walhal, esok-esok mereka akan jadi ketua agama. Ketua agama apakebendenya, mengaji al-Quran pun salah tajwid dan herot makhrajnya!

Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah berpesan, pilihlah kawan! Orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi tak sama dengan orang yang bergeng dengan tukang besi. Seorang dapat bau wangi, sorang lagi dapat tempias api besi. Mana sama.

Sultan Azlah Shah saya ibaratkan tersalah memilih kawan. Kawan dia dah baik sangat, MB Nizar...seorang penjual minyak atar yang terkenal. Kebaikannya merata-rata dijaja orang. Tak ada sedikit pun pernah kita dengar, MB Nizar pegi rampas anak bini orang, pegi letup anak dara orang dengan C4 atau C5, pegi ambik komisen berjuta-juta, pegi beli helikopter tak ikut prosedur, pegi beli kapal selam second hand, pegi beli kapal perang sudah usia 25 tahun, pegi ajak orang masuk parti dengan upah berjuta dan macam-macam cerita yang tak best didengar.

Baca lagi dekat [sini].

Video Rakaman Penjelasan Isu-Isu Terkini Perak - malaysiakini

Korang-korang... kalau nak tengok koleksi rakaman video Siri Jelajah Perak sepanjang bulan Februari, 2009 boleh pi jenguk BloggerNetwork@PerakTV di link [ini] ataupun diblog BilikMediaPerak di link [ini].

Ikut suka korang nak jenguk tang mana pun... khabar-khabar dekat geng-geng yang belum tau. dalam tu macam-macam penjelasan yang korang belum tau ada dijelaskan secara terperinci dan banyak yang korang perlu tau apa yang berlaku sebenarnya.

Kalau hangpa ada budget lebih, kot rasa nak cetak apa-apa risalah penerangan isu-isu terkini di Perak, hangpa boleh download risalah-risalah yang dikeluarkan oleh Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat Perak dekat [sini].

Saturday, February 28, 2009

Al-Fatihah: Ibu Mertua MB Ir Nizar Kembali Ke Rahmatullah - malaysiakini

Khabar baru diterima mengatakan bahawa Ibu Mertua YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar telah kembali ke rahmatullah pada jam 10:00 malam tadi di rumah anaknya di Jalan Damai, Tapah.

Jenazah Allahyarhamah Ibu Mertua YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar, puan Azizah binti Zainal Abidin akan dikebumikan esok sebelum waktu Zohor.

Kami dari BloggersNetwork@Perak mengucapkan takziah kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar atas pemergian ibu mertuanya ke rahmatullah.

Al-Fatihah...

Serangan Bermula ESOK...!!! - malaysiakini

-tok iskandar

Bulan Februari hampir berlalu dan episod menyedihkan seperti pengkhianatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan rampasan kuasa di Perak bolehlah dijadikan iktibar kepada penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Anggaplah bulan Februari sebagai bulan pembersihan dan bulan Mac pula sebagai bulan menyerang. Asyik-asyik kena serang je, eloklah kita pilih strategi menyerang dan ramai yang bersetuju menyerang adalah pertahanan yang terbaik.

Ketika ini Pakatan Rakyat teruk diasak bertubi-tubi oleh pelbagai fitnah dan tohmahan seperti derhaka, pengkhianat dan macam-macam lagi label yang diberikan oleh media totok UMNO.

MB Selangor terpaksa berdepan dengan SPRM berhubung pertuduhan rasuah dan salahgunakuasa. MB Perak digulingkan setelah 3 ADUN Pakatan Rakyat belot. KM Pulau Pinang diasak dengan tuduhan anti Islam. MB Kedah terpaksa menangkis fitnah exconya membuat surat layang menghina Sultan Kedah dan MB Kelantan cuba dimalukan oleh Raja Katak, Ibrahim Ali.

Najib memerlukan modal besar untuk menghadapi Pemilihan UMNO pada Mac depan dan kejayaan merampas Perak secara haram belum memadai baginya. Selangor kini cuba diintainya dan tengah menunggu peluang untuk merampasnya secara haram.

Tindakan Tan Sri Khalid mendedahkan segala penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Khir Toyo telah mengejutkan puak-puak UMNO di Selangor dan khabarnya jika didakwa di mahkamah peluang Khir Toyo untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO makin tipis. Senang hatilah Mukhriz dan Khairi pasal saingan korang dah tumbang.

Tok nak cadangkan sedikit penambah baikan kepada Tan Sri Khalid supaya membongkar segala penyelewengan yang dilakukan oleh Muhamad Taib, bekas MB Selangor dan Ketua Penerangan UMNO. Kerjasama rakan-rakan bloggers diperlukan dan sebagai permulaan insiden letupan kilang mercun yang beroperasi secara haram di Sungai Buloh dan telah menggorbankan belasan nyawa perlu disiasat semula oleh SPRM.

Benarkah dakwaan Mat Taib@Mike Tyson memiliki saham di dalam Syabas dan lain-lain syarikat pembekal air sehingga rundingan air di antara kerajaan negeri Selangor dengan syarikat-syarikat pembekal air ini gagal. Biarpun tawaran yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor itu berpatutan iaitu dengan nilai keuntungan yang bakal mereka terima sebanyak 12%. Khabarnya syarikat-syarikat pembekal air ini mahukan keuntungan 300%. Tokey judi kat Gentingpun tak dapat keuntungan sebanyak ini. Memang proksi Mat Taib tamak dan sanggup menyusahkan rakyat Selangor. Eloklah dibuat laporan kepada SPRM agar persepsi Suruhanjaya itu lembu UMNO tidak benar?

Mulai bulan 3 ini tok cadangkan bloggers semua membentuk kesatuan di peringkat nasional dan kita sama-sama mengumpul bukti dan mendedahkan segala kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Hishamudin yang terpaksa berdepan dengan tentangan hebat daripada PAS, PKR, NGO-NGO seperti Gapena, PIBG, tokoh-tokoh akademik yang membantah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dan BI.

Gerakan ini atau GMP perlu diperhebatkan dengan sokongan kesatuan sekerja seperti CEUPACS, NUTP dan MTUC. Pemimpin-pemimpin mahasiswa juga perlu menyahut seruan memartabatkan semula Bahasa Melayu dengan menyokong GMP. Pada 7 Mac, jika kita benar-benar menyokong GMP, marilah kita beramai-ramai menyertai demonstrasi yang diadakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Soal demonstrasi haram atau tidak tidak timbul kerana UMNO sering mengadakan demo, siap bawa budak-budak sekolah lagi. Jika UMNO membantah,kita paparkan semula gambar UMNO buat demo dengan kanak-kanak. Jangan lupa CEO TNB, Che Khalib dapat award CEO of the yearpun pasal anjurkan demo bantah pembinaan Carrefour di Kota Damansara. Siap bawak budak sekolah lagi dan TV3 ada menyiarkan demo itu di dalam Buletin Utama.

Tok juga nak minta rakan-rakan bloggers mengumpulkan bukti berapa banyak sekolah di seluruh negara yang terbengkalai dan lewat untuk disiapkan. Setahu Tok kaum keluarga Hishamudin juga diberikan projek menyiapkan lebuhraya DUKE bernilai berbilion ringgit dan tok seperti warga Malaysia yang lain nak tahu ada tak kaum kerabat Hishamudin terlibat dengan projek membina bangunan-bangunan sekolah. Mungkin ramai yang tidak tahu Hishamudin adalah sepupu kepada Najib, TPM @ Menteri Kewangan.

Rakyat tengah sengsara dengan kemelesetan ekonomi,ramai yang menganggur,korang pulak perabih duit rakyat.

Mulai tahun ini,berapa banyak Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh membazirkan duit rakyat dengan mengindahkan bangunannya dan kita mulakan dengan negeri Pahang kerana Najib pernah jadi MB di sini. Eloklah solan ini semua ditanya oleh MP-MP Pakatan Rakyat dan didedahkan di dalam blog-blog. Tak kena gaya Hishamudin akan disiasat oleh SPRM dan besar kemungkinan tak dapat bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.Hishamudin bolehlah diibaratkan orang kanan kepada Najib.

Tok nak cadangkan MB Kedah menurut jejak langkah MB Selangor mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN ketika memerintah Kedah.Tok heran UMNO Kedah yang sibuk memainkan isu surat layang menghina Sultan Kedah. Korang kata Exco Kedah yang tulis surat tu. Kalau betul apasal korang tak buat report polis dan dedahkan nama exco tu. Nampak sangat nak buat modal untuk kempen Pilihanraya Kecil Bukit Selambau. Korang sekarang dah kamceng dengan polis, eloklah pindahkan aje cawangan korang kat balai polis. Jangan sampai rakyat menyampah nanti ada pulak kambing, baghal atau keldai yang dihantar di balai polis. Baghal@keldai@kambing tu pulak ada tulis nama PDRM. Macam yang berlaku kat Shah Alam hari tu.

Di Perak pula,hampir pasti BN nak boikot sidang tergempar DUN Perak. Eloklah macam tu. Bolehlah kita bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh Perak. lepas tu MB haram zombie boleh pencen. Korang agak-agak SPR nak ke isytiharkan pilihanraya. Bab ni tok musykil sikit.

Tok dengar citer di Selangor jika MB Selangor dipenjarakan, Sultan akan menolak calon yang dikemukakan oleh PKR dan menerima Dr Hasan Ali sebagai MB yang baru. Jika ini berlaku huru-haralah negeri Selangor seperti yang berlaku di Perak dan jalan penyelesaian terbaik selepas ini Dr Hasan Ali tolak tawaran itu dengan berhemah dan serahkan kepada PKR pilih calonnya. Selepas ini untuk menunjukkan korang semua bersatu, buatlah khidmat komuniti bersama-sama.Semua ADUN PKR, PAS dan DAP turun padang menyertai program ini.

Najib tika dan saat ini sibuk membina kemnya di Pahang dengan menjadikan Ismail Said, MP Kuala Krau sebagai orang kanannya. Setahu tok UMNO Bahagian Kuala Krau hari tu mencalonkan Khir Toyo sebagai Ketua Pemuda dan bukannya Mukhriz yang dipilih Najib kerana Mukriz anak Mentornya Tun Dr Mahathir. Kau jangan salah pilih geng sudahlah najib. Setahu Tok juga ada sumber yang mendedahkan Khir Toyo telah memberikan rasuah kepada perwakilan UMNO di Kuala Krau untuk mencalonkannya. SPRM siasat ke tidak perkara ini?

Khabarnya Najib akan melantik Ismail sebagai Menteri kerana sebelum ini kempunan tidak dicalonkan sebagai timbalan menteri biarpun dah 2 penggal jadi MP. Ismail Sabri 2 penggal jadi MP Bera dah dapat jadi Menteri Belia dan Sukan. Saifuddin Abdullah baru jadi MP Temerloh dah jadi timbalan menteri. Ada sumber memberitahu nama Ismail dah dicalonkan Tok Nan dan disingkirkan di saat akhir kerana Rosmah nakkan kawan baiknya Maznah jadi timbalan menteri. Ismail Said pernah menjadi Ketua Pemuda Pahang dan exco Pemuda Malaysia ketika Hishamudin menjadi Ketua Pemuda.

Khabarnya Tok Nan MB Pahang akan digantikan oleh calon pilihan Najib, Shakar Shamsudin kerana beliau orang Pak Lah dan ADUN Kerdau, Zaharudin Kasim juga turut menerima tempiasnya kerana mempunyai hubungan erat dengan Pak Lah dan pernah menjadi Ketua Penaja UMNO Putrajaya. Ramailah orang Pak Lah dan Khairi yang akan dicantas oleh Najib setelah beliau menjadi PM.

Kem Najib jugalah yang memerangkap Norza Zakaria. orang kuat khairi dengan pertuduhan rasuah dan kem Najib jugalah yang mencantas Wan Farid, seorang lagi hulubalang khairi sehingga tewas dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Persaingan di antara Khairi dan kem Najib belum tamat kerana khairi baru sahaja mendapat tonik baru setelah mendapat sokongan ketua pemuda Johor, Datuk Razali Ibrahim. Ketua Pemuda WP, Perak, Kelantan dan beberapa negeri lain turut menyokong Khairi.

Kem Najib yang selama ini menyokong Mukhriz terpaksa bekerja keras dan dalam persaingan hebat ini siapa yang tewas akan kehilangan semuanya dan eloklah korang mintak borang masuk PAS atau PKR. Kalau malu, korang boleh mintak borang keahlian DAP.

Pemilihan UMNO semakin hebat dan setelah Konvensyen BN ditangguhkan, ramai yang menjangkakan pemilihan UMNO turut ditangguhkan bagi menghadapi PRK di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.

Jika Pak Lah berundur sekarang, masa depan politik Khairi dijangkakan akan berakhir. Masa depan anaknya, Kamarudin sebagai jutawan segera juga akan berakhir. Scomi akan jadi maggi mi. Pak Lah juga yang gigit jari. Paling suspen apakah orang kuat Khairi seperti Ismail Sabri dan Saifuddin Abdullah akan lompat menyertai kem Najib yang dianggotai Jamaluddin Jarjis, Ismail Said, Hishamudin, Zahid Hamidi, Shakar Shamsuddin. Kita sama-sama tunggu dan lihat.

Selepas 51 Tahun: UMNO Masih Bodoh..! - malaysiakini

Ini bukan kenyataan yang tak berasas, tapi kenyataan yang berbukti. kecualilah untuk totok-totok UMNO, bagi mereka, ini adalah "tuduhan". sikit aku tak heran kalau orang UMNO berfikiran macam tu (lebih-lebih lagi penyokong-penyokong UMNO) sebab orang-orang "berkenaan" ni pada pandangan aku bukan "tak dak akal", tapi mereka-mereka ni memang tak dak otak. kalau dah tak dak otak, macam mana nak ada akal? betul..?

Tengok je lah apa yang UMNO dah buat sepanjang lebih 50 tahun membentuk KERAjaan Pusat di Malaysia. tiap kali dok atas platform tak kira platform politik ataau apa-apa pun, depa ni akan bercakap tentang "kemajuan", "Malaysia negara maju", "Malaysia negara kaya", "Malaysia itu" dan "Malaysia ini". semuanya ada di Malaysia.

Disaat pemimpin-pemimpin UMNO dok laung-laung "kununnya" Malaysia negara maju, apa perlunya setiap kali jugak depa dok sodok rakyat Malaysia dengan sentimen perkauman? kalau sembang bab berniaga, depa cukup suka perbesar-besarkan jarum kununnya masyarakat Cina akan menguasai ekonomi Malaysia.

Apa masalahnya? masyarakat Cina tu bukan warga negara Malaysia ke? kenapa perlu takut pada masyarakat Cina?

UMNO Tolong Melayu?

Tiap kali jugak UMNO dok laungkan kununnya UMNO telah berjaya menyediakan berbagai "peluang perniagaan" kepada orang Melayu. kalau betul kenyataan tu, kenapa UMNO sendiri dok takut dan menakutkan orang Melayu akan kebangkitan masyarakat Cina dalam penguasaan perniagaan dan ekonomi Malaysia?

Adakah sebab UMNO "GAGAL" menyediakan peluang-peluang perniagaan kepada masyarakat Melayu sampaikan UMNO "TERPAKSA" mengeluarkan kenyataan sedemikian? aku cukup heran dalam hal ni. UMNO dok cerita yang UMNO "TELAH BERJAYA" menyediakan "BERBAGAI PELUANG PERNIAGAAN KEPADA ORANG MELAYU" tapi dalam masa yang sama UMNO jugak yang dok takutkan orang-orang Melayu akan kebangkitan dan penguasaan masyarakat Cina dalam sektor perniagaan dan ekonomi Malaysia. apahal..?

Kenyataan yang "BERSELINDUNG" macam tu macam "MENGIAKAN" pendapat aku bahawa UMNO telah gagal dalam membantu orang-orang Melayu. betul..?

Eh... UMNO tolong orang Melayu ke UMNO tolong MeLAYUkan orang Melayu?

UMNO Menyatukan Rakyat Malaysia..? - khak ptuih..!®

Betul ke UMNO menyatukan rakyat Malaysia..? kalau dalam bab "menyatukan rakyat Malaysia" ni aku memang cukup-cukup setuju bahawa UMNO adalah juara. tapi dalam majlis makan-makan je la. musim perayaan contohnya, nak kena sodok dengan makanan, baru la penuh semua bangsa pi serbu... serbu rumah terbuka. bukan sebab "perpaduan" tapi sebab nak makan. kalau bab makan, yang ni tak payah nak buat simbolik la kunun berjaya "menyatukan" rakyat Malaysia...

Cuba kau letak apa-apa kuih dekat kaki lima kedai tak pun dekat lantai pasar... tunggu dalam setengah jam cuba tengok, binataang apaa yang tak datang makan, binatang apa yang tak datang hurung makanan tu. semut, lalat, kucing, hama, rama-rama, anjing semua pi hurung makanan tu... (contoh ni kurang bagus sebenarnya tapi kira ok la bagi aku...)

Cuba pulak UMNO buat majlis tazkirah atau majlis keagamaan (UMNO pernah buat ke..?) ... tengok sape yang datang? (angkut dengan bas, bagi surat pekeliling "WAJIB" hadir tu kira ngelat... tak aci..!)

Sejak dari tahun 1998, aku dah pergi banyak ceramah-ceramah dan majlis-majlis keagamaan anjuran PAS dan alhamdulillah setakat ni jarang aku tengok yang bukan Islam tak hadir hatta dalam majlis Qiamullail waktu subuh (ada bukan Islam yang sanggup bangun jam 3 pagi untuk datang majlis keagamaan yang beragama Islam..!).

Kadang aku heran jugak... buat apa depa datang padahal depa bukan Islam dan aku pernah tanya depa (yang bukan Islam) buat apa korang datang..? depa jawab apa tau? - mesti datang la... tak tau baca pun tak da hal, janji hati mau bersih, kasi moral support..!

Apa kata korang? aku kata gini - yang datang majlis UMNO tu semua sebab nak dapatkan poket support, yang datang majlis Pakatan Rakyat pulak sebab nak bagi moral support. korang dok dalam golongan mana? golongan yang ikhlas memberi atau golongan yang ikhlas menerima?

Perhimpunan Agung

Korang tengok pulak tiap kali Perhimpunan Agung UMNO. sape yang datang? ahli-ahli UMNO je... ahli-ahli UMNO tu dari berbagai bangsa ke? perpaduan kejadahnya macam tu? keahlian UMNO hanya untuk "orang melayu". parti yang selalu menjerit-jerit, hunus-hunus keris, laung-laungkan "perpaduan" keahliannya HANYA untuk orang Melayu dan memperjuangkan orang Melayu SAHAJA..!

Sape pulak nak perjuangkan bangsa-bangsa lain dekat Malaysia ni? MIC? beb... MIC tu cuma untuk orang-orang India je beb... mana la depa nak peduli bangsa-bangsa lain... MCA? beb... MCA tu cuma untuk bangsa Cina je beb... depa peduli orang-orang Cina je...

Maka dengan itu wujudlah pulak Barisan Nasional. semua parti komponen berbagai kaum bertomoih dibawah satu label "Barisan Nasional". setahun sekali baru depa berkumpul... semua parti komponen yang mewakili berbagai bangsa dok berkumpul bawah satu bumbung setahun sekali atau lebih. tapi nak cakap tiap-tiap bulan... sorry... tak pernah.

Kalau dah setahun sekali ataau kadang-kadang baru nak berkumpul, nak selesai masalah apa? apa depa ingat setahun sekali baru masalah datang? paling-paling serius pun aku tengok, dekat-dekat pilihanraya baru bersungguh nak berkumpul. tu pun bukan nak selesai masalah, depa kumpul nak berebut kerusi DUN ngan Parlimen je.

Bilamasa depa bincang nak selesai masalah "semua kaum"? porrraaahhh...!!!

Aku selit sikit pasal Pakatan Rakyat.

PAS - keahliannya terbuka untuk SEMUA KAUM di Malaysia yang beragama Islam (untuk kelab penyokong PAS terbuka untuk SEMUA KAUM tak kira agama).

DAP - keahliannya terbuka untuk SEMUA KAUM di Malaysia tak kira bangsa dan agama.

PKR - keahliannya terbuka untuk SEMUA KAUM di Malaysia tak kira bangsa dan agama.

Setiap kali perhimpunan mana-mana komponen Pakatan Rakyat baik PAS, DAP atau PKR DISERTAI OLEH SEMUA KAUM yang menjadi ahli parti dan masalah-masalah yang dihadapi oleh SEMUA KAUM dibincangkan dalam mana-mana perhimpunan tak kira PAS, DAP atau PKR walaupun dibuat secara berasingan.

Kalau tak dak Perhimpunan Agung Parti-Parti Komponen Pakatan Rakyat pun, masalah semua kaum tetap dibincangkan dalam parti masing-masing sebab dalam parti masing-masing ada wakil dari semua kaum.

Berbeza dengan UMNO dan Barisan Nasional, depa nak kene tunggu perhimpunan agung Parti-Parti Komponen Barisan Nasional barulah depa bincang hal-hal berkaitan semua kaum. penat macam tu beb... berkulat dulu la baru dapat setel... (tu pun kalau depa bincang...).

Melayu - MeLAYU

Tiap kali UMNO tersepit, nak mampus, hilang sokongan, tiap kali tu la jugak sentimen "melayu" depa laung-laungkan balik.

Ketuanan melayu, hak melayu, itu melayu, ini melayu... tu la modal UMNO. aku heran, sampai hari ni tak dak sape boleh jawab soklan aku yang ni - UMNO dok perjuang MELAYU, tapi awat nama parti pakai nama mat saleh?

Ngangkat-ngangkat keris dok tikam-tikam langit, julang-julang keris macam Taro nak jadik Otromen macam Lion O dalam kartun Thundercat tu dapat apa? nak bela bangsa? sape suruh bela bangsa? Malaikat? Ulama'? Nabi? Rasul? Allah?

Kitab apa UMNO baca sampai perlu mendahulukan perjuangan "bangsa" melebihi "agama"?

Mati Kerana BANGSA?

Tiap kali jugak orang UMNO Ngangkat-ngangkat keris dok tikam-tikam langit, julang-julang keris macam Taro nak jadik Otromen macam Lion O dalam kartun Thundercat, tiap kali tu jugak depa dok laung sanggup pertahankan MELAYU hingga ketitisan darah yang terakhir.

Cakap berdegar-degar, pelaksanaan... haram...

Mati kerana pertahankan Melayu? dalam kubur esok malaikat tanya apa? bangsa ke agama?

Tak tau laa kot-kot kitab HadHari dok ajar macam tu... dahulukan bangsa kemudiankan agama... yang tu aku tak tau la... aku tak pernah belajar kitab HadHari.

UMNO Pertahankan Islam?

Kalau cakap bab agama, UMNO pun nak jadi hero. modal depa satu je. UMNO terbukti memartabatkan agama Islam dan buktinya ialah KERAjaan telah mengisytiharkan bahawa agama rasmi negara Malaysia ialah agama Islam...

Ceh...!!! martabatkan Islam dengan menganjurkan berbagai-bagai bentuk hiburan yang melaghakan, martabatkan Islam dengan meminggirkan majlis-majlis agama.

Mana pergi mufti-mufti yang kenyataannya tak sehaluan dengan KERAjaan pusat? apa tindakan KERAjaan UMNO/BN bila Dato' Harussani keluarkan fatwa bahawa program Sure Heboh tu haram? kenapa sampai sekarang program Sure heboh mmasih dok jalan macam biasa?

Ituke bukti UMNO memartabatkan Islam?

Kalau majlis lagha buat promosi besar-besaran siap "siri jelajah Malaysia". sape tau bulan ni (februari) berapa banyak majlis agama KERAjaan pusat sediakan berbanding majlis keagamaan?

Tinggi sungguh martabat Islam bawaan KERAjaan UMNO/BN..!

Paling best bila orang UMNO cakap UMNO martabatkan Islam di Malaysia dengan membina banyak Masjid... kah kah kah kah kah... masjid banyak (yang ni terbukti) ... tapi jemaah mana?

Hukum Hudud

Masuk bab hukum hudud pulak... yang ni orang-orang UMNO cukup phobia... mungkin jugak ada orang-orang UMNO yang kena sawan tiap kali sebut pasal hudud. yang tu aku tak tau.

Bila sembang bab hudud, modal UMNO ialah - kenapa hudud PAS Kelantan dengan hudud PAS Terengganu tak sama? jadi itu alasan depa untuk tidak melaksanakan hudud di Malaysia.

Lebih 51 tahun UMNO buat apa? pernah ke UMNO bincang pasal hudud sebelum ni dan sekarang?

Aku tak reti nak ulas banyak-banyak, cuma aku heran, kalau betul UMNO nak martabatkan Islam, bila dah tengok draf hudud PAS Kelantan dengan PAS Terengganu tak sama, kenapa tak duduk semeja bincang elok-elok cari tang mana silap, pakat-pakat perbetul supaya hudud dapat dilaksanakan?

Depa bagi pulak alasan - hukum hudud tak sesuai dilaksanakan di Malaysia atas faktor berbilang kaum. UMNO lagi pandai dari Allah pulak dah..!

...............

Dekat atas tu cuma beberapa contoh-contoh yang aku ambik. perkara-perkara asas yang sepatutnya semua orang sedar bahawa UMNO ini adalah satu parti yang perjuangannya adalah perjuangan putar belit. kot UMNO yang lama dulu aku tak tau. tapi kalau UMNO sekarang memang dah total lost. antar kedai halfcut pun tak guna.

Kalau nak ayat sedap lagi, UMNO ni kalau bagi free pun masih MAHAL jugak... oi... barang free pun mahal jugak? tu la timbangan rege UMNO sekarang.

Parti yang umurnya dah leboh 50 tahun tapi masih bodoh memang regenya gitu. bagi saje pon mahal yeob..!

Ni... sekarang UMNO dok sebok ngan "KETUANAN MELAYU". "KETUANAN MELAYU" tu binatang apa woi? ini negara Malaysia, kalau nak kecoh, kena kecoh pasal "KETUANAN RAKYAT".

kalau hangpa nak main lagi isu "KETUANAN MELAYU", baik tukar balik nama Malaysia jadik "PERSEKUTUAN TANAH MELAYU" balik... baru ada akai..!

Eh... orang UMNO ada akai ka? depa tau ke "OTAK" tu apa?

Kalau depa tau, tak kan la lepas lebih 50 tahun depa masih BODOH lagi?

Ketuanan Kain Pelekat

Kain pelekat la la la la, kain pelekat la la la la, kain pelekat diguna bila piliharayaaa...

Gemuruh Di Kampung Sayong Tengah - malaysiakini

Semalam di Kampung Sayong Tengah. 7 orang penceramah dan seorang memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Qur'an. dekat sini unik sikit sebab sebelum ni tak de lagi dekat mana-mana ceramah yang aku pergi, diselingkan dengan pembacaan ayat suci Al-Qur'an.

Antara yang hadir untuk sessi ceramah ialah 3 penceramah (sorry beb, aku tak ingat nama depa) wakil tuan rumah disusuli oleh Khairuddin, Abdul Wahid Endut (jauh datang dari Gganu), Ngeh, Idham Lim dan kemuncaknya macam biasa oleh YAB Dato' Seri Ir Nizar... Gganu, Klate dan Peghak bergabung buat pertama kali.

Aku tak reti nak cerita panjang-panjang. tengok gambar sudah...

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar dari Perak, YB Ahli Parlimen Kuala Terengganu Abdul Wahid Endut dari Terengganu dan YB ADUN Titi Serong Idham Lim dari Kelantan... 3 negeri bergabung di Kampung Sayong Tengah.

Barisan Penceramah dari 3 parti komponen Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan KeADILan diatas 1 pentas.

Macam-macam aksi dari penonton.

Ribuan yang datang dari merata ceruk.

Kusyuk... paham ke tak paham aku tak tau...

Bergambar kenang-kenangan.

*gambar oleh Kamera.