"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, April 13, 2009

Lagi PRK Di Kedah..? - malaysiakini

Berita tak sahih...

Seorang Ahli Parlimen Kedah (tak pasti BN atau PR) sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi akibat komplikasi jantung.

Kalau berita ni betul, siap siaga untuk satu lagi Pilihanraya Kecil Parlimen di Kedah. tunggu kemaskini.

Lain-lain kawasan dalam senarai "bakal" berdepan Pilihanraya Kecil -

Kepala Batas dan Bukit Lanjan. DUN Penanti agak sukar sebab aku tak rasa "nilai" ADUN Penanti tu mahal sangat. tengoklah pada tawaran berapa. kalau tawaran tu beserta dengan "pemutihan" nama di SPRM, tunggu aje pengumuman ADUN Penanti sebagai ADUN Bebas.

Skrip ni kita dah hafal dah...

Almari Kabinet Baru Mantap..! - malaysiakini

Bila aku cuti blogging untuk 3 hari, banyak pulak isu-isu panas timbul. kabinet baru, KJ tercicir, Setpol MB Perlis letak jawatan, khabar angin Pak Lah nak kosongkan kerusi Parlimen Kepala Batas, KJ nak masuk PAS, undi tak percaya pada MB Terengganu, polis masuk hantu dan macam-macam lagi benda-benda gila.

Dekat Thailand pulak geng baju merah buat hal sampai terkantoi program PM baru Malaysia dekat sana. 2 kali suwey, pergi tengok F1 kena bantai ribut langsung kena tunda perlawanan, pi pulak Thailand kena bantai dengan geng baju merah, pun kena tunda jugak... apa punya suwey da... mungkin hantu Atlantuya dah naik angin kot.

Aku tak nak ulas panjang-panjang pasal kabinet baru Najib, bagi aku kabinet baru ni cukup mantap. tak payah nak ulas panjang-panjang, tak payah nak bantai gila-gila. mantapnya kabinet baru ni bagi aku ialah kerana kita tak payah susah-susah dah nak bantai.

Semua nama-nama yang tersenarai dalam kabinet a.k.a almari baru ni kita dah kenal. kalau setakat nak perancur ekonomi negara memang depa pakar. sebut nama pun kita dah tau dah tahap kepakaran depa dalam merosakkan parti depa sendiri. nak harap yang bagus-bagus..? jauh sangat. yang bagusnya 1 je, muka-muka ni akan mempercepat dan memudahkan lagi peralihan kuasa Kerajaan Malaysia dalam PRU-13.

Ada member di Terengganu call aku bagitau satu usul undi tak percaya akan dibuat dalam sidang dewan yang akan datang (hari ni). betul tak betul, kita tunggu tengok. yang ni datang dari kem Pak lah a.k.a KJ.

UMNO dah terbahagi kepada 2 team yang masing-masing cuba nak membunuh karier proxy lawan masing-masing. team Pak Lah cuba nak jatuhkan team Najib, team Najib pulak dengan kelebihan kuasa yang ada akan cuba jatuhkan team Pak Lah dengan apa cara sekalipun. kita dalam Pakatan Rakyat tak payah nak kecoh-kecoh dok ulas hal ni, ambik masa terluang ni untuk mantapkan lagi jentera dan juga parti masing-masing. PRU-13 dah dekat.

Asalkan Pakatan Rakyat pandai ambik peluang ni untuk tak buat sebok dengan apa yang berlaku dalam UMNO, PRU-13 akan jadik milik Pakatan Rakyat. daripada kita dok buang masa nak buat analisis apa yang berlaku dalam UMNO, lagi baik kita senyum dari jauh sambil layan dan tunaikan apa sahaja permintaan rakyat.

UMNO dah tak dak masa nak layan rakyat, depa dok sibuk nak perkukuhkan team masing-masing. rakyat tengah terbiar, jangan lupakan depa. rakyat amat penting untuk Pakatan Rakyat berkuasa. tanpa sokongan rakyat, Pakatan Rakyat tak kan berada di tahap sekarang.

Kabinet Najib tak kan dapat menggugat Pakatan Rakyat sebab rata-rata depa tak ada idea macam mana nak perkukuhkan ekonomi negara. depa cuma pandai ciplak apa yang Pakatan Rakyat rancangkan kemudian depa tukar nama. Ketuanan Rakyat jadik 1 Malaysia. betul-betul lanun cetak rompak.

Dah, jangan buang masa, sekarang masa untuk bekerja. pi jumpa rakyat dikawasan masing-masing, cuba tunaikan apa yang depa mau, depa bukan nak tau pandangan kita pasai kabinet baru, depa nak tengpok macam mana kita buat kerja.

Kalau depa berkenan, PRU-13 depa akan pilih Pakatan Rakyat. jangan buang masa..!

Blog Speaker DUN Perak - malaysiakini

Dekat sini aku nak war-warkan sebuah blog baru yang baru saja diwujudkan pada 10hb. April,2009. untuk pengetahuan korang, tuan punya blog ni ialah Speaker DUN Perak YB Sivakumar. jom jenguk kesana. hangpa klik gambar dekat atas untuk akses ke blog YB Sivakumar ataupun klik dekat [sini] atau pergi dekat link ni - http://speakforperak.blogspot.com/.

Sunday, April 12, 2009

Aku Cuma Dapat Kena Maki Je - malaysiakini

Ramai orang ingat..kami di Bloggers Network ni dibayar oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau gaji Nizar dengan EXCO pun kena beku... nak bayar kami macam mana?

Dan ada yang kata kami dibayar oleh parti. Parti mana? Nak kata PKR... ketua PKR negeri sendiri bagi tau... "kalau ada Matsamankati... seduit pun aku tak mau bagi!"

Nak kata Pas yang bagi... tok sah kata nak bagi duit... nak minta pas petugas pun depa tak bagi!!

Bila mula-mula kami berkampung di Bukit Gantang, semua tempat penginapan... peralatan dan sambungan streamyx dan broadband kami kena cari sendiri. Nasib baik la ada Pak Rahim tolong carikan rumah kat Simpang.

Orang ramai kat luar sana mahukan maklumat. Kat mana ada program... Nizar ada kat mana... kat mana ada ceramah... macam-macam harapan rakyat yang diperlukan dari kami. Tapi kami nak dapat kat mana? Pengurusan pilihanraya Pas tak pandang pun kat kami... sehinggalah kami dapat berjumpa pada satu hari... dengan Misbah dan Dr. Khairudin. Bukan kami nak mintak duit... cuma nak minta kad petugas... atau apa saja la kad pengenalan diri supaya kami dapat bergerak tanpa sekatan yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya orang tau... kami orang parti... buat kerja untuk PR... bukan ejen Umno. Tapi permintaan kami ditolak oleh Hj.Asmuni.

So... bilik Gerakan is out of bound bagi kami. tak ada pas... tak boleh masuk. Nak masuk kena ada jeneral yang approve. Dan bila tak ada pas petugas... petugas yang jaga pintu pun dok pandang serong kat kami. Ada yang kata kami SB... ada yang siap perli lagi... sebab depa ingat kami ni wartawan Umno.

Nak harapkan maklumat dari bilik Gerakan... tok sah harap. Nak dapatkan interview dengan kepimpinan Pas... tok sah harap. Memang dalam ucapan-ucapan Nizar... dia ucap terima kasih kat bloggers... tapi hakikatnya... sapa pun tak pandang kami.

Tapi kami tetapkan pendirian... kami buat untuk Pakatan Rakyat. Kami buat untuk rakyat. Tak dapat cara betul... kami buat cara tak betul. Matlamatnya... Nizar mesti menang.

Kalau maklumat dalam bilik gerakan Umno pun kami boleh dapat... inikan pulak dari bilik gerakan Pas. Kami pasang kabel... pasang ejen... pasang SB. Tu pasai kami boleh juga salurkan maklumat kepada semua. Dan aku bagi tau kat Hj. Asmuni dalam satu perjumpaan hari tu... kalau kami tak dapat maklumat cara halal... kami buat cara haram. Kami ambush Nizar masa tengah makan... nak marah... marah la.

Sebabnya... bila kita tanya apa program Nizar... orang tu suruh tanya orang ni. Orang ni suruh tanya orang tu. Last-last jawapan yang kami terima... RAHSIA. tak boleh bagi tau!

Dua hari terakhir... masa tu memang genting. Jeneral-jeneral Pas dah angkat kain putih. Asmuni angkat tangan... Ustaz Nasha pun surrender. Laporan-laporan risikan menunjukkan Pas ketinggalan.

Dari awal... kita bersikap defensif. Kita biarkan umno buat macam-macam tuduhan... dan kita habiskan masa menjawab tuduhan depa.

Jentera dibawah asyik memikirkan perkara remeh. Kisah Wan Azizah makan durian dengan garpu pun nak dibincangkan diperingkat tertinggi. Kisah Wanita PKR pakai cermin mata hitam pun nak dibincangkan dalam jawatankuasa induk. Muslimat Pas bercakaran dengan Wanita PKR.

Pukul satu pagi hari Isnin... kami di panggil kesatu tempat. Umno main kotor... Mahathir datang untuk kejutan terakhir... Jamal dan Osman akan buat buat ceramah... nak buat macam mana? Nak ceramah tak sempat... nak buat risalah... tak sempat. masa tu la blogger diperlukan.

Dan aku bangga dengan member-member Bloggers Network. Dan aku ucapkan terima kasih kepada stringer-stringer kami yang berkeliaran di lapangan.

Apa yang kami buat... tak perlu kami ceritakan. Ini kerja kami... cara bersih pun boleh... cara kotor pun boleh. Kami tak terikat dengan undang-undang dan protokol parti.

Untuk keputusan pengundian... kami dah buat perancangan. Albanjari mesti ada kat Bilik Gerakan Utama untuk melaporkan keputusan terkini. Dan dia pun dah war-warkan dalam blog dia... live dari Markas Ayer Kuning.

Tapi sapa yang melayari blog Albanjari malam tu... mungkin kecewa sikit. Wak hanyalah salah seorang daripada ratusan yang melihat keputusan melalui screen. Tak ada keistimewaan untuk Wak Albanjari. Malah dia gagal melapor kepada kami di Stesyen Maya 1 tentang keputusan terkini. Kami di Stesyen Maya 1 mendapat laporan yang yang jauh lebih tepat dan cepat dari Wak. Macam mana?

Tak payah bagi tau. Tak dapat cara elok... kami buat cara tak elok. Nak marah... marah la.

Malam tu... handphone aku menerima beratus sms... mengucapkan tahniah kerana berjaya membuat liputan yang cepat dan tepat. Mungkin ada satu dua yang aku jawab... yang lainnya... aku cuma tersenyum. Kerja aku selesai.

Terima kasih lagi sekali kepada semua petugas yang buat kerja sepenuh kerelaan. Terima kasih kepada stringers kami yang berkeliaran... terutamanya geng-geng Ahli Parlimen Pokok Mempelam.

Esok aku nak buat pembedahan terhadap PKR pulak.

Itu cerita dari MatSamanKati. ini tambahan dari aku pulak... sebelum ni ramai yang bantai aku bila aku cuma hint sikit saja dalam post aku sebelum ni "Belajarlah Untuk Senyum - malaysiakini", hampir kesemua komen kesemuanya berjumlah 158 komen sehingga artikel ini ditapi menghentam aku cukup-cukup dan hanya 3-4 kerat je yang cuba untuk faham situasi aku dekat sini.

Ramai yang tak faham betapa susahnya team kami dalam tempoh kempen tempohari, korang jumpa aku merata-rata dengan kamera aku, korang tengok aku senyum je tapi dalam hati aku korang tak tau macam mana terbakarnya aku masa tu.

Aku bukan nak ungkit bila aku timbulkan hal ni tapi aku nak semua orang cuba berfikir dengan rasional. kami berada di Perak (aku datang dari Selangor) sebaik krisis perlembagaan Perak bermula dan kami dekat sini bermati-matian mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan sebaik-baiknya kami cuba salurkan maklumat yang benar sebelum dimainkan oleh media perdana.

Cuba korang bayangkan selama lebih 2 bulan kami berada disini, macam-macam tohmah kami dapat dari puaka-puaka UMNO/BN, kami dibayar kata depa... aku malas nak ulas letih dah. semua kami tanggung sendiri tapi bila sampai waktu kempen PRK, kami rasa macam anak tiri yang ditirikan.

Sebelum tu dah hampir 4 kali kami bermesyuarat dengan pihak berkenaan tentang keperluan-keperluan kami dalam tempoh kempen PRK, dalam semua mesyuarat kami dapat jawapan 1st class..! semua akan disediakan.

Kami tak mintak duit tapi kami mintak Pas masuk ke Bilik Gerakan Induk PRK P-059, Jadual-jadual ceramah dan jugak beberapa akses yang kami fikirkan perlu untuk melawan jentera UMNO/BN. tapi sampai la ni, janji tinggal janji.

Nak masuk Bilik Gerakan Induk PRK P-059 jangan harap. walaupun kami dijemput tapi nama nak masuk mintak mahap. geng... kami berkampung di Perak hampir 2 bulan, sampai masa, Pas masuk tak dapat sampai ke sudah... wartawan media TV3, RTM, Utusan, Berita Harian senang-senang dapat... kami ni apa?

Jadual pergerakan MB sampai kesudah kami tak dapat, kalau dapat pun cara kebetulan tu pun lepas habis kredit dok menalipon semua nombor yang ada dalam HP.

Yang paling aku nak marah ialah bila sampai hari ahad 2 hari sebelum hari mengundi. awal pagi aku keluar dengan Dugong Darat. aku dah niat, hari tu aku nak cover aktiviti MB dari yang pertama sampai habis.

Apa yang korang tak tau ialah aku terpaksa call hampir semua orang di negeri Perak untuk dapatkan jadual MB. tapi semua jawab tak tau. bukak web P-059 tak dak update jadual MB padahal masa meeting 4-5 kali sebelum tu depa habaq semua jadual MB akan diupdate setiap malam atau pagi sebelum program berlangsung.

Aku call markas-markas ngan bilik gerakan yang ada pun tak tau jugak, yang seronoknya bila depa habaq - "kita tak boleh nak dedah jadual MB, semua terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan.."... Hoi Bongok..! ini kempen pilihanraya, bukan kempen bunuh diri atau kempen bom orang, buat apa nak sorok? aku cukup tak paham bab ni.

Paling aku panas hati ialah bila aku call pegawai khas MB, dia jawab "ana pun tak tau apa jadual MB hari ni, depa tak bagitau ana pun, semua depa rahsiakan..." hangpa rasa macam mana?

Nak lagi best?

Lepas aku dah habis ikhtiar (matahari dah tegak atas kepala) aku call last person yang aku rasa boleh dapat info, aku perkenalkan sapa aku, dalam panas hati, aku cerita elok-elok tujuan aku call dia. aku mintak baik-baik jadual MB hari ni dari awal sampai habis. aku mintak dia SMS dekat aku detail jadual MB sebab aku nak cover berita MB hari ni sebab bagi aku hari ni last untuk promote MB, esok kami nak serang UMNO/BN (hari terakhir adalah hari terbaik).

Hangpa tau apa dia jawab..? sepantas kilat dia cakap "OK..! lepas ni saya SMS jadual MB"... ya betul... memang tak sampai 5 minit lepas tu aku dapat SMS dari brader ni... SMS yang buat kepala aku ngan Dugong Darat nak pecah...

Hangpa tau apa dia hantar dekat aku..? ni ha -
  • Jadual MB hari ni - lepas ni rehat.
Kalau hangpa jadik aku hangpa rasa macam mana? seronok?

Aku mintak jadual MB untuk 1 hari dia pi hantaq - lepas ni rehat. hangpa nak buat kerja macam mana?

Geng... aku nak tanya hangpa... hangpa ingat aku buat kerja ni aku dapat apa? hangpa tak payah jawab... dalam post aku yang kontroversi tu hangpa dah jawab...

Aku dapat kena maki je dari hangpa.

Terima kasih untuk yang maki aku, terima kasih untuk yang mengutuk aku, terima kasih untuk yang menuduh aku ejen UMNO yang nak pecah belahkan Pakatan Rakyat. aku terima semuanya dengan hati yang terbuka sebab korang tak faham dan korang tak kan faham.

Ada jugak yang tak halalkan bahagian sumbangan yang aku pakai selama tempoh berkempen, kalau dah macam tu kata hangpa, aku tak boleh nak kata apa. lepas ni insya-Allah aku cuba carik sumber lain. aku percaya rezeki dari Allah...

Bila aku taip artikel ni, bukan sebab aku merajuk, tapi aku kecik hati dengan semua yang mengutuk aku. bila aku cuba tegur pimpinan PAS, korang semua hina aku, herdik aku, tuduh aku macam-macam konon aku ejen UMNO yang nak pecah belahkan Pakatan Rakyat, tapi mana korang semua masa aku terbalikkan gambaq fairus? mana korang masa aku terbalikkan gambaq DSAI? mana korang masa aku terbalikkan gambaq Teresa Kok?

Kenapa masa tu hangpa tak tuduh aku pemecah belah Pakatan Rakyat? memang aku bukan ahli mana-mana parti tapi aku sayang Pakatan Rakyat dan aku akan buat apa saja untuk Pakatan Rakyat hatta menegur mana-mana pimpinan yang aku rasa tak betul.

Kalau ada yang tak setuju, aku mintak maaf, pendirian aku tak boleh dijual beli dan tak boleh diugut-ugut. macam aku cakap tadi, aku tak dapat apa-apa dalam perjuangan ni, aku cuma dapat maki je.

Untuk yang faham situasi aku, terima kasih banyak-banyak, aku tak reti nak balas macam mana.

Terima Kasih.

I'm Back...

Assalamu'alaikum...

Gua kembali geng... sebenarnya gua belum habis cuti lagi, tapi sebab gua dah janji gua becuti untuk blogging 3 hari, maka gua terpaksa (sebenarnya bukan terpaksa, ini janji geng) kembali hari ni, masih dalam mood bercuti dan gua masih meronda-ronda diceruk-ceruk Malaysia mencari cerita-cerita menarik.

3 hari gua out, betul-betul gua putuskan hubungan gua dengan dunia cyber dan jugak dunia politik, jadi gua kembali hari ni dengan "O". untuk opening blogging hari ni, gua mula dengan yang ni dulu. bagi gua sikit masa untuk kembali semula kepada hari khamis lepas.

Kena catch balik semua berita-berita yang tertinggal. rasa ada sikit fresh untuk start balik blogging... banyak komen-komen (lebih dari 200 komen kot) yang gua belum baca. tu nak kene baca jugak tu, hot betul yang ada gambar Asmuni kan?

Jangan mare beb...

Ai... macam mana nak start ni? back on track... agaknya 6 petang baru dapat keluar 2nd artikel kot... hehehe... sabaq..!

Thursday, April 09, 2009

Mohon Sembah Derhaka - malaysiakini

Pagi ni teman naik bas jam 10:30 pagi. arah tujuan - dirahsiakan... teman bercuti dari blogging sampai hari ahad.

Badan terasa penat sangat, bagi can teman berehat... untuk sahabat-sahabat pembaca tak kira dari Pakatan Rakyat atau BN, mekasih banyak-banyak kerana menjadi pembaca setia blog ini.

Jumpa lagi Ahad ini... Assalamu'alaikum...

Wednesday, April 08, 2009

Stesen Maya Peak Hours - malaysiakini

Dekat bawah ni gambar-gambar para bloggers yang bertungkus-lumus mengemaskini laporan keputusan pengiraan undi Pilihanraya Kecil Bukit Gantang petang semalam. peak hours... semua sekali dekat 20 orang yang saling bekerjasama menyampaikan maklumat dan mencari maklumat.

Semua keputusan pengiraan didapatkan terus dari team ke 2 yang ditugaskan di beberapa tempat yang menjadi sumber maklumat.

Kuda Laut
Cyberboron

Ummi Anni

Dugong Darat

Zahid

Sam Ahmad@Republik Kata

Dekat luar sana ada ramai lagi blogger-blogger yang membantu menyalurkan maklumat dengan kadar segera (padan muka hangpa habis kredit, hahaha) kepada kami di stesen maya iaitu Edyes, Pink Turtle, Manjung Mari, Kulup Sakah, Arif, Nanda, Delcapo, Zorro Unmasked, Pyan Habib, Amin Iskandar@Black, Mat Comot, Uncle Bernard, Gus Dun, Crew-Crew MalaysiaToday, Dr Zul, Haris Ibrahim, Jimadie Malaysiakini, Rahmah, Kamal and others, Ishak, Abror, Zunar and the geng, Andrew Malaysiakini, Bro Sham from Grik, Ajijoi, Peihong, Al-Banjari, Cenangau, Haji Ismail, Cikgu Rahim, Dr Khairuddin, Amran (pergh ramainya geng... mana yang tak disebut tu mintak mahap banyak-banyak, ramai sangat nak sebut...) mohon sembah derhaka...

Mana-mana yang kene sergah dengan teman semalam, teman mintak mahap banyak-banyak sebab semalam memang hot. keadaan tegang...

Ok geng... karang wa sambung... nak pi cari tiket sat... ingat nak cuti 3-4 hari... mohon sembah derhaka...

Ops... mekasih dekat semua pelayar yang setia dan sabar menunggu keputusan semalam...

U Rock..!

Mekasih Mekasih

Ha ni ha... dapat result 3 Pilihanraya Kecik lebih kurang jam 9:00 malam (tak rasmi), jam 10:20 datang geng dari jauh bawak hadiah...

Kah kah kah kah kah... Radik? hangpa ni tak mau kasi kami tidoq ka???

Kah kah kah kah kah...!!!

Mekasih-mekasih-mekasih-mekasih-mekasih...

Terima Kasih Dari Kami BloggersNetwork@Perak (bhg iii) - malaysiakini

Terima kasih dari kami BloggersNetwork@Perak kepada semua sahabat-sahabat bloggers yang bersama-sama menyalurkan, menyampaikan, berkongsi dan menyebarkan maklumat-maklumat terkini kepengetahuan umum.

Komuniti ini tidak akan sekali-kali undur dari medan perjuangan.

Dekat ataas tu phot bro Pyan Habib, semalam bro kita sempat jugak bersama meluangkan masa dengan kami. ku rock beb..!

Jom jenguk blog bro Pyan Habib... sape tak kenal bro Pyan Habib memang nak kena sesah..! hahaha...!!!

The Best Moment - malaysiakini

Ni photo paling best. komen, komen..! Klik gambau geng...