"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, April 20, 2009

Kesudahannya... - malaysiakini

Suara KeADILan lapor -KUALA LUMPUR, 18 April (SK) : DUA ahli Umno, Kadar Shah Sulaiman dan Mazlan Harun akan mencabar keputusan pemilihan Umno yang diadakan bulan lalu dengan tindakan untuk mengambil perintah mahkamah memaksa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)
untuk mengambil tindakan minggu depan.

“Saya dan Mazlan akan mengambil perintah mahkamah minggu depan untuk memaksa ROS untuk bertindak ke atas laporan saya terdahulu,” kata Kadar.

“Kita akan tengok bagaimana nanti kesudahannya,” kata beliau lagi.

Kah kah kah kah kah... kesudahannya, Mazlan akan dikenakan tindakan... apa kesalahannya? tunggu sat... Majlis tertinggi tengah bincang... 

Ini skrip gua sudah baca tahun 2004 lagi la...!!!

Pemuda UMNO Edar Pil Ecstacy Di Betong, Thailand - malaysiakini

Berita yang tak akan disiarkan dalam mana-mana media perdana sampai bila-bila...

Jumaat lepas (10hb. April, 2009)… 4 orang Ahli UMNO dari komponen Pemuda Umno Bahagian Grik telah ditangkap oleh polis Thailand di Betong kerana mengedar pil Ecstacy. Dua daripada mereka merupakan AJK Pemuda Umno Grik manakala dua lagi merupakan ahli biasa.

Mereka ditangkap di pekan Betong, Thailand dan ditahan disebuah lokap polis dipekan tersebut.

Pada hari Ahad minggu lepas iaitu pada12hb. April, 2009 , Ketua Umno Bahagian Grik, DS Tajol Rosli bersama dengan Ketua Penerangan Umno Bahagian telah pergi ke Balai Polis Betong untuk menjamin pemuda-pemuda tersebut.

Sejumlah wang diperlukan untuk membebaaskan pemuda-pemuda tersebut dan Tajol Rosli telah membayar sejumlah RM60,000.00 bagi mendapatkan pembebasan mereka.

Menurut sumber-sumber dari mereka yang bertugas di IPD Gerik, kegiatan pemuda-pemuda Umno menyeludup pil Ecstacy dengan menggunakan van Umno bahagian telah lama dipantau, tetapi disebabkan kekebalan Umno dalam melanggar undang-undang menyebabkan tiada siapa yang berani mengambil tindakan.

Maka dengan itu polis Gerik telah bertindak untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada rakan mereka di Thailand.

sumber berita dari Perisik Grik.

TPU - ni kalau kene tang maana-mana ahli komponen Pakatan Rakyat, memang media perdana  canang gila-gila sampai PRU-13... tapi sebab kena tang batang hidung UMNO, maka berita ni didiamkan... pakai senyap terus la... Long Live Democrazy..!

Hi-Tea Berwarna Bersama Wanita Pakatan Rakyat - malaysiakini

Jam 2:00 petang semalam team BloggersNetwork@Perak ke Kediaman Rasmi MB Selangor memenuhi jemputan ke Majlis Hi-Tea Wanita Pakatan Rakyat. ini majlis paling colourfull yang pernah aku sertai. gila colour beb... meriah amat.

Buku untuk majlis pun dah cukup kaler-kaler...

Aku kenal sorang je... YB Hannah Yeoh pasal dia ni ADUN tempat aku, mesra rakyat, mesra penduduk... penduduk dalam DUN seliaan Hannah kalau tak pernah jumpa dia bukan sebab Hannah tak jumpa korang, tapi sebab korang tak pernah keluar rumah... hahaha..!

Ahli Parlimen Ampang YB Zuraida a.k.a Kak Zu, rasa aku la kan... Kak Zu ni antara YB paling rajin turun padang... 

Irene Fernandez & Dr.Syed Hussein je yang aku kenal, yang lain-lain tu mintak mahap la... aku tak ingat nama... jangan amik ati la... Pi Em Malaysia pun aku tak ingat tah sape tah...

Kontinjen kakak-kakak gua dari Kuala Kangsar dan kawasan-kawasan sekitar Perak...

Pandangan dari tepi dinding tingkat atas...

Kengkadang tengah syok amik gambo orang lain, gambo kita sendiri pulak kena amik tanpa sedar... biasa la kan..?

Orang lama dan orang baru...

Lain macam je jelingnya tu tuan...

Makanan dan minuman kene serbu, tak sempat nak lari dah..!

Kejap lagi i tumpang tapau laksa dalam beg u boleh tak? beg i dah sendat dengan karipap ngan kuih lapis la...

Vi Ai Pi...

Tak pandang kiri kanan dah...

Gambar yang ni aku mintak tolong cicak amik dari atas syiling...

Teh tarik satu Zambry..!

Srikandi... makan kueh je... diet ka?

Meja kami ni...

Dah kenyang ada forum lak...

Tu... tengok tangan tu... apa yang best aku tak tau... hahaha...

Erm... boifren tak datang ke?

Buku Politik Pertama BloggersNetwork@Perak Dipasaran - malaysiakini

Buku Politik pertama yang berjaya dihasilkan oleh kumpulan blogger dari BloggersNetwork@Perak dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak selamat dilancarkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar malam tadi. Buku yang mengupas secara terperinci episod rampasan kuasa di Perak ini wajar dimiliki oleh setiap pelayar yang mendokong keadilan. Lebih 500 unit telah terjual malam ini sahaja. Edisi Jualan online terhad kepada 200 unit.

Jualan buku seumpama pisang goreng panas di tapak ceramah malam tadi !

Serbuan peminat buku ke gerai Urusetia sebaik sahaja DS Nizar melancarkan dengan rasmi buku 'berhantu' itu. Edisi Terhad beb...

Buku yang bertajuk Rampasan Kuasa Negeri Perak yang mengandungi 156 muka surat ini mesti dimiliki.

Buku yang dijual pada kadar harga RM15 ringgit seunit (tidak termasuk belanja pos), mula dijual di kawasan tapak ceramah malam tadi dimana sambutan hebat telah diberikan oleh pembeli khususnya peminta politik Malaysia. Edisi cetakan sulung ini hanya terhad kepada 1000 unit sahaja.

Kepada mereka yang berminat sila buat tempahan anda melalui email-email berkenaan -
Harga jualan secara on-line akan diputuskan (termasuk belanja penghantaran didalam Malaysia sahaja ) paling lewat esok. Dapatkan segera, buku ini tidak dijual di pasaran terbuka. Tempahan dibuka sekarang !

Sunday, April 19, 2009

Pokok Demokrasi Dah Ada Teman - malaysiakini

Korang tengok gambar je dekat sini... kalau nak baca berita penuh, korang klik dekat [sini]... komen aku..? baguih la macam tu, nampak macam nak pedajal, tapi diakhirnya, projek ni makan tuan... kita tak payah nak marah... pokok demokrasi sekarang dah ada teman... tak la dia kesepokokan... hahaha... Mamak bingai ni bodohnya tak habis-habis kan..? hahaha...!!!

TV3quaterhalfsix: Loud vs Silent - malaysiakini

Mangsa terbukti sedang tidur... gambar diambil secara curi tanpa pengetahuan tuan punya diri... TV3suku kecoh bagai nak rak... sampai hari ni tak abis lagi cerita... gambar half naked digambarkan seolah-olah naked... aku ingat kes ni sampai PRU-13 pun tak kan abis...

Dekat bawah ni pulak "mangsa" sedang "lena" tapi mata tak tutup, sempat lagi tersenyum... mungkin sedang bermimpi yang indah-indah... pakaian errr... erm... ni pakaian jenis apa ya? kemban... ish... ni mimpi ke apa ni..? eh... nape yang ni TV3suku tak kecoh langsung..?

Mana Khir Toyo? boifren Zakiah tak de hantar gambar ni dekat media perdana kot... ai... pelik... 

Kalau korang nak visual yang lagi best... korang meniarap atas lantai, pas tu korang skodeng... kalau nasib baik... hahaha...

*aku macam "ter"nampak TuNGOKlangit dok meniarap la... hahaha...!!!

Kecoh Di Hari Penamaan Calon - malaysiakini

Berita Hairan lapor - KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melarang semua parti politik membawa penyokong terlalu ramai bagi mengiringi calon masing-masing pada hari penamaan calon, bagi mengelak berlaku kekecohan.

Aik? dah 5 pilihanraya kecik dah buat dekat Malaysia lepas PRU-12... tang mana yang "kecoh" tu ha?

Aku ada tertinggal berita ke selama ni?

Aik..?

TuNGOKlangit boleh jawab tak..?

Saturday, April 18, 2009

Santapan DiRaja: Semua ADUN PR Akan Hadir - malaysiakini

Semua ADUN Pakatan Rakyat mengesahkan bahawa mereka akan hadir pada Majlis Santapan Di Raja di Istana Kuala Kangsar tengahari esok.

ADUN UMNO/BN tak tau lagi... tolong bawak lampu lebih, takut ada pulak yang tak "nampak" kehadiran yang "sorang" tu...

40 Ahli UMNO Air Putih Sertai PAS - malaysiakini

Berita dari Perak - 40 ahli UMNO Kampung Dew, Air Putih, Perak mengambil keputusan meninggalkan parti Melayu yang menggunakan nama Barat itu kerana hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti berkenaan.

Dikhabarkan bahawa mereka yang telah meninggalkan UMNO bertindak nekad meninggalkan UMNO setelah melihat bahawa perjuangan UMNO adalah 1 perjuangan yang merugikan umat Islam. perjuangan "Bangsa" tidak dituntut dalam Islam dan didalam Al-Qur'an juga telah dinyatakan bahawa perjuangan assobiyah (bangsa) adalah ditolak dalam Islam.

Majlis penyerahan borang keahlian PAS akan diadakan disalah sebuah surau didalam kawasan Air Putih pada 26hb. April, 2009 (jika tiada gangguan dari UMNO/BN).

-Penglipurlari

BN tidak bertanding - Malaysiakini

Sebentar tadi saya telah dihubungi oleh seorang rakan yang menyatakan bahawa BN tidak akan meletakkan kan calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil N 15 Penanti. Maklumat lanjut akan disertakan kemudian