"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, May 01, 2009

BloggersNetwork Lupa Daratan..

Ni aku cilok dari PerakExpress...

Selalunya aku kutuk UBN…itu wajib. Kadang-kadang aku kutuk PR..itu sunat. Sesekali kena kutuk rakan-rakan blogger..itu harus.

Sebelum ini..sepanjang ingatan aku..belum pernah aku kutuk sesama blogger. Mungkin satu masa dulu ada sedikit perselisihan dengan blogger Perak Kini..tapi dah settle.

Hari ini aku dapat satu komen yang memperli Bloggers Network. Komen ni datang dari sorang bloggers dalam Bloggers Network jugak…tapi tak tau pasai apa dia tukar nama kepada sekotakrokok. Mula-mulanya aku tak tau sapa dia..tapi bila aku trace..rupa-rupanya member jugak!

Dia tulis didalam blognya…http://sekotakrokok.blogspot.com, dan kemudian dia paste postingnya kedalam ruang komen disetiap blog milik member Bloggers Network.

“buat semua bloggers network,masih ingatkah kita dengan deklarasi semasa penamaan calon permatang pauh.dibawah khemah sambil menikmati asap rokok,mee udang dan nasi.Kita sama sama berjanji,untuk membela nasib rakan bloggers yang lain.

Sayang seribu kali sayang,deklarasi berkenaan kita dilupakan.semua semakin hanyut dengan dunia glamour masing masing.Kita mula lupa daratan.menganjurkan berbagai majlis hi-tea dan pelbagai majlis cari glamour yang lain.

Kita mampu menebalkan muka memohon derma simpati untuk tembolok sendiri ketika berjuang ats nama parti.tapi kita lupa rakan sendiri yang kini terkontang kanting memohon simpati dan sokongan moral.

Jika beginilah sikap kita,yang lebih pentingkan tembolok sendiri,majlis hi-tea dan sebagainya..adalah lebih baik,kita para bloggers,pemimpin pakatan rakyat membuat pertunjukan sarkis.menjadi badut di pentas diketuai DSAI.”

Mungkin dia ingat..apabila menggunakan nama lain…orang tak tau. Tapi bila aku trace dia..dia kelam kabut. Akhirnya dia delete blog dia. Sebab apa dia takut?

Bloggers Network pada peringkat permulaanya adalah hasil perbincangan aku dengan Dr. Wahab. Dari situ kami merangka dan merancang..dan apabila Konvensyen Teh Tarik diadakan pada 22/11/2008, seramai hampir 50 orang mendaftar.

Bloggers Network bukan pertubuhan berdaftar. Sapa nak join pun boleh. yang tak ada blog pun boleh join. Sapa yang mendaftar pada Konvensyen tersebut kami terima. Kami percaya kepada semua orang. Itu prinsip kami…we trust anybody..until they proved they cannot be trusted.

Daripada yang mendaftar tu…ada jugak yang cuba mengambil kesempatan. Ada yang mengambil kesempatan nak jumpa Nizar…bila waktu rehat dia terus jumpa Nizar kat meja makan…melobi supaya diberikan jawatan dalam GLC! Lepas tu terus hilang. Bloggers Network dapat nama busuk.

Ada yang datang untuk melihat peluang untuk buat duit! dalam diam-diam..dia pekena sorang VIP…kononnya dia konsultan dalam web design. Dia charge VIP tu untuk buat blog menggunakan blogspot ..RM5,000.00! Lepas tu hilang!! Bloggers Network dapat nama busuk.

Ada blogger yang ciplak posting aku..Kampung Direct Investment, CERIA dan Politikal Innovacione…dijadikan proposal untuk buat bisnis. Guna nama Bloggers Network…dah dapat hilang. Lepas tu kutuk balik aku.

Ada blogger yang minta sumbangan dari ADUN-ADUN Kelantan kononnya untuk Bloggers Network. Kalau tak ada orang pecah rahsia…aku pun tak tau.

Ada blogger…yang cuba pekena member sendiri. Kalau masih ingat…dulu ada sorang blogger..Ofis Boy Tingkat 4. Sekarang apa jadi kat dia? bankrap kerana ditipu oleh member sendiri.

Dan banyak lagi. Kalau aku nak cerita semua..boleh buat tujuh siri. Albanjari boleh buat posting tiga kali malam Jumaat.

Blogger-blogger macam ni yang kena kikis dari Bloggers Network.

Aku tak suka nak meminta..malu. Lebih baik aku merompak macam Robin Hood daripada aku minta sedekah. Itu sebab bila nak buat tabung Bukit Gantang…Albanjari buat tanpa persetujuan aku dulu. Sebab dia tau aku tak akan bersetuju.

“Sumbanglah RM1 seorang untuk Tabung Bloggers..! Maaf cakap, mungkin bloggers lain malu untuk memulakannya, biarlah wak yang bersuara. MSK… hmm, wak faham sangat… susah Wak nak cakap. Dia bukan jenis suka meminta-minta, tapi bagi wak… susahnyer nak cakap… takpa Wak buang malu tu.”

Dan hingga sekarang duit tu masih banyak yang belum digunakan..sebab …apa yang datang dari rakyat perlu kembali kepada rakyat.Aku tak mau duit tu masuk poket blogger. Susah aku nak jawab dah mati nanti.

Dan untuk hidup..kami merancang untuk memulakan sesuatu.Dan untuk mencari modal..itu pasal kami rancang untuk mengadakan Hi-Tea bersama Nizar. Tak kan selama-lamanya minta sedekah. Tak kan setiap kali ada pilihanraya…kena buka tabung! Itu pun ada yang perli..nak kejar glamour.

Dan apa lagi program glamour yang kami buat? Pelancaran buku “Rampasan Kuasa di Perak” oleh Nizar? Betul..kami yang susun. Cyberboron yang bercekang mata tengah malam untuk menyiapkannya…tapi masa pelancaran pasai apa tak ada dari Bloggers Network yang hadir? Kalau dijemput duduk atas pentas sebelah Nizar..boleh tahan jugak..tapi duduk celah pokok pisang dalam gelap. Glamour apa? Tanya Albanjari berapa yang dia dapat? Nak beli sekotak Tricajus pun tak cukup.

Macam kata Topeng Perak..”jadi blogger dapat apa? kena maki.” Tapi tak apa..orang nak maki ka..orang nak kutuk ka. Mampuih pi la. Nak buat macam mana…gatai jadi blogger.

UMNO Gila..! Ganesan Speaker Baru DUN Perak - malaysiakini

Aku ingat hari jumaat penyakit-penyakit gila babi akan berkurang, rupanya makin kuat simptomnya dalam kem UMNO Perak.

Terbaru dari Perak ialah BN dengan kuasa tahap gila babi peringkat teratas hikmat babi gila telah melantik Datuk R.Ganesan dari MIC sebagai Speaker baru DUN Perak.

Undang-undang dan Perlembagaan Negara terus dirogol oleh UMNO/BN.

Tahniah Najib, Tahniah UMNO/BN.

Lepas ni kita dah boleh pakat langgar Undang-Undang dan Perlembagaan Negara sebab pemimpin sendiri dah tunjuk contoh dan tak de sape-sape pun nak marah.

Selamat datang ke Negara Babi..!

Babi punya UMNO/BN..!

EXCO UMNO Bawa Bomoh Dalam SUK..! - malaysiakini

12 jam sebelum ni aku dapat 1 maklumat dari Perak dan status maklumat tu bagi aku tidak diragui sebab informer dari Perak sangat jarang bawak cerita-cerita tak betul walaupun aku dok jauh sekarang.

"EXCO UMNO bawa bomoh masuk dalam Dewan Undangan Negeri..!"...

Ya... sebelum ni kita telah didedahkan dengan cerita-cerita yang bertaraf "spekulasi" contohnya macam Najib amalkan upacara mandi susu dan selalu bawak Sami ke kediaman rasmi untuk upacara tu (aku lupa dekat mana didedahkan).

Sebelum ni bertahun-tahun dulu Malaysia pernah dikejarkan dengan tragedi Datuk Mazlan...

Banyak cerita-cerita orang UMNO dengan dunia-dunia perbomohan dan jugak ajaran sesat... jangan lupa Ayah Pin dan jugak Kahar Jalil pun ahli UMNO jugak.

Aku tak tolak kemungkinan bahawa ada EXCO UMNO yang bawak bomoh masuk dalam DUN sebagai persediaan menghadapi Sidang DUN 7hb ni. apa yang peliknya..? memang tradisi UMNO dan bomoh, UMNO dengan ajaran sesat tak boleh dipisahkan...

Pak Lah sendiri pun sebelum ni pernah terjumpa kemenyan dekat bawah meja dia... itu lah dia UMNO... kepercayaan kepada setan melebih kepada kepercayaan kepada tuhan... oh ya... sampai hari ni aku tak tau sape tuhan UMNO... UMNO ni berjuang atas dasar "bangsa". Allah tu tuhan untuk agama Islam, jadi mungkin UMNO tak percaya dekat Allah.

UMNO dah ada Rasul Melayu si Kahar Jalil, UMNO jugak ada KERAjaan Langit pimpinan Ayah Pin dan aku percaya mungkin UMNO bertuhankan selain Allah... mungkin ada tuhan "Melayu" kot...

Cuma pada pendapat aku la kan... kalau UMNO nak lawan PR secara kebatinan, UMNO akan kalah TKO... Bomoh bukan lawan yang baik kepada penunggu tok kong cina, bomoh bukan lawan yang baik kepada penunggu patung hindu... bomoh tu tahap setannya dok di bawah penunggu-penunggu tok kong tok kong tu semua...

Tapi yang paling penting ialah, 3-3 Jin/Setan tu bukan lawan yang baik untuk Islam...

Aku ingat Pakatan Rakyat kena buat solat hajat seluruh negeri Perak sebagai persediaan menghadapi Sidang DUN nanti.

Kita mintak tolong Allah...

Thursday, April 30, 2009

Akhbar Dihalang Buat Liputan Sidang DUN Perak 7 Mei..! - malaysiakini

Terkini dari Perak - Akhbar terlaris Sinar Harian dan juga beberapa akhbar-akhbar lain terutamanya yang berbahasa Cina tidak dibenarkan membuat liputan Sidang DUN Perak yang dijadualkan berlangsung pada 7hb. Mei, 2009 ini di Pejabat SUK Perak.

Arahan ini dipercayai datang dari samseng-samseng Kampung Dusun yang berselindung disebalik "orang atas" (ajaran sesat mungkin) dan mendiami negeri Perak tetapi hanya berhajat untuk membuat onar di Negeri Perak.

Aku cukup setuju kalau semua media dihalang dari buat liputan pada Sidang DUN Perak yang bakal berlangsung ini. kalau boleh, aku mintak jugak supaya Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (ni orang UMNO tak panggil gila kuasa atau salah guna kuasa sebab meng"UNTUNG"kan UMNO beruk) keluarkan juga pekeliling atau arahan mengatakan bahawa semua ADUN-ADUN Pakatan Rakyat juga TIDAK BOLEH menghadiri Sidang DUN dengan tak payah bagi apa-apa alasan.

Kalau boleh jugak, aku mintak Setiausaha Kerajaan Negeri buatlah apa-apa yang patut supaya semua ADUN-ADUN Pakatan Rakyat tak boleh langsung menghadiri Sidang DUN.

Lagi banyak arahan gila babi, lagi bagus, tak payah pikir arahan tu lojik ke tak lojik. tak payah nak pikir apa kata rakyat. yang penting, bangsat-bangsat UMNO mesti menang dalam game ini walau dengan apa cara sekalipun..!

Lagi banyak UMNO buat gila, lagi aku suka.

Penggal ni UMNO boleh buat apa saja yang korang suka, asal terniat je, laksanakan terus sesegera mungkin. jangan bertangguh-tangguh..!

Aku tak kisah. sebab aku tau...

PRU-13 nanti MAJORITI Rakyat Malaysia tak kan beri peluang langsung kepada UMNO..!

Ingat kata-kata aku hari ni..! adat kalau dah nak mampus, memang banyak sangat "buang tebiat"nya... biarkan... tunaikan saje "HAJAT-HAJAT TERAKHIR" UMNO/BN sebelum terbenam dalam Sejarah..! aku tak mau tengok nanti ada yang mati celik..!

BN Gadai Negara Demi Kesejahteraan Singapura - malaysiakini

-Naruto sensei

UMNO memerintah 51 tahun...

Ahli Melayu UMNO ni dah nyanyuk ye... kesianye Ahli Melayu UMNO nih... Melayu UMNO cuba anda perhati betul2 Siapakah yang menjadikan Pulau Singapura bukan milik Melayu lagi..?

Cuba Ahli Melayu UMNO tanya kat Muhyiddin Yassin berapa banyak tanah kat sekitar Larkin, Kg Melayu Majidee dan banyak lah kawasan kat Johor tu dia jual kat Tokey2 singapura..

Cuba Ahli Melayu UMNO tanya bekas PM Pak Lah berapa banyak saham dan tanah orang Singapura bila Wilayah Iskandar siap nanti? Khabarnya saham Singapura sampai 70%.. Jadi negeri Singapura Kecil nanti

Cuba tanya Chet Det yang dia sibuk sangat Jambatan Bengkok untuk Singapura tu pasal apa?? Sedangkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak banyak kawasan yang memerlukan jambatan kenapa Singapura yang Chet Det sibuk sangat..?

Cuba Ahli Melayu UMNO tanya kat menteri air BN sendiri kenapa jual 3sen je air segelen kat Singapura..?

Dan kenapa pulak izinkan produk berasaskan air Singapura yang harganya 10 kali ganda air yang kita jual kat dia boleh masuk semula dalam pasaran kita..?

Kenapa rakyat Malaysia sendiri bayar lebih mahal untuk bekalan air bersih daripada rakyat Singapura ?

Cuba Ahli Melayu UMNO tanya kat Rais Yatim berapa dia harga dia jual Pulau Batu Putih kat Singapura jugak, senang betul kalah ada apa2 ke..? Singapura dah tak hormat Malaysia dah lepas ni sebab benda yang hak sendiri pun boleh jatuh ke tangan Singapura.

Cuba Pulak Ahli Melayu UMNO tanya Bekas MB perak Tajol Rosli berapa Banyak atau ribu ekar tanah dia dok bagi kat YTL dan Syarikat gergasi lain, dan berapa pulak buah pulau dia bagi kat tokey cina Orang Singapura jugak..?

Tanya pulak Khairy berapa banyak pulak saham Pantai holding dia jual kat Singapura..? Singapura lagi..?

Tanya Pulak Bekas Menteri Pelancongan Dato Azalina berapa banyak dia jual Iklan Singapura kat Malaysia ni dan apa yang menarik sangat kat Singapura tu sampai Malaysia terhegeh2 nak Promosi bekas Tanahnya sendiri... Singapura lah..

Dan kita dibodohkan Selama 50 tahun perintah memang lah dia tak jual semua sekaligus... Kerajaan BN dan konco2nya jual sedikit demi sedikit sehingga kita tak perasan tanah Johor beratus ribu ekar kepunyaan Singapura, Tanah di Perak banyak dijual kepada tokey cina Singapura, Air yang kita punya pun boleh jual 3 sen segelen kat Singapura bagus2, saham pantai pun jual kat Singapura...

Belum cerita Pasal Genting Highlands Lagi, Cameron Highlands lagi, Bukit Tinggi lagi dan Tanah2 di Pulau2 di Pantai timur Terengganu, Pahang dan Johor pun banyak yang dijual ke bangsa Asing..

Tapi yang pelik kan kebanyakkan nya di jual ke Singapura... Maka jika lagi 50 tahun lagi Kerajaan BN memerintah tak hairanlah Kalau Johor, Melaka, Perak akan menjadi negeri Singapura jugak bukan ke Singapura tu sekutu Yahudi Israel..? Kenapa UMNO beriya2 suka sangat ambik berat kat Singapura ni..? Sekutu Singapura dan Israel dalam diam ke..?

Ahli Melayu UMNO jangan Anda masa tu baru nak cakap... kenapalah aku tak sedar dari dulu lagi..? nih habis Tanah Air ku tergadai...

Hem alahai Melayu UMNO... layu jadinya..

From: Naruto Sensei

RM3k REWARD..! Exabytes Web Designer's MacBook Stolen - malaysiakini

Dear All,

It is with great sorrow that we announce the loss of our Web Designer's MacBook which was stolen yesterday (Tuesday), April 28th 2009 at Hongkie Kopitiam @ E-Gate, Penang.

It happened at night – 10.02pm to be exact – where someone from behind snatched the MacBook bag which he put on the floor right next to him, without him noticing since he was chatting with his friend then. When he did eventually realize that his MacBook was missing, he sought for help and saw the whole incident via CCTV.


The relevant information is as follows: White Apple MacBook, laptop Part No. MB061ZP/A and Serial No. W8730S60YA2. Following is the sample picture of the laptop.


If there is any info leading to the missing MacBook, please contact
admin@exabytes.com. Exabytes is also offering a RM3000 reward if the laptop is returned in a good condition. We want to see if we can leverage the power of the Internet to help him. Please forward this email to you friends. Thank you.

Let's all learn from this very unfortunate occurrence. Please don't leave your personal belongings unsupervised anywhere, anytime.


For more details about this incident, please visit Exabytes blog at http://blog.exabytes.com.my/

Lagi Pilihanraya Kecil: Seronok Ke..? - malaysiakini

Tukar Tiub taip -

Wakil Kota Alam Shah M Manoharan, yang sedang di tahan di Kamunting bercadang untuk melepaskan jawatan kerana dia tidak dapat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat..

Ketika ini sang isteri S Puspaneela telah menjalankan tugas untuk menjaga kawasan. Ini telah membeban kan sang isteri...

Maka kemungkinan akan berlaku 1 lagi Pilihanraya Kecil dan kali ni di Selangor pulak...

Seronok ke macam ni?

Aku rasa lagi seronok kalau kita usul dekat Najib supaya bubarkan Parlimen cepat-cepat. aku dah muak. ni kerusi sape pulak ni? selekeh betul la macam ni...

Ngoookkk...!!!

Why 1Malaysia Need Passport To Sabah & Sarawak..? - malaysiakini

Aku tak nak cerita panjang-panjang, cuma nak bangkitkan 1 persoalan...

Bila sebut pasal 1Malaysia, kenapa penduduk Semenanjung perlukan Passport kalau nak pergi ke Sabah atau Sarawak?

1Malaysia kejadahnya tu? lebih 50 tahun tak leh setel-setel lagi ke masalah tu?

Aku tambah lagi sikit...

1Malaysia - Penduduk Semenanjung yang nak ke Sabah atau Sarawak perlukan passport... tak de Passport, no way... you're not invited to Sabah & Sarawak, walaupun Kad Pengenalan sama warna & samaa warganegara.

1Malaysia - Penduduk luar negara, Myanmar, Filipina, Indonesia, Thailand, India, China, Uzbekistan, Afrika dan mana-mana penduduk luar negara luar masih boleh memasuki 1Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak) walaupun tiada passpot dan jugak Kad Pengenalan warganegara 1Malaysia. hebat kan?

Kalau betul-betul, aku ulang betul-betul dikumpul semua penduduk luar negara yang aku sebut tadi (yang tiada passport dan juga kad penegnalan warganegara 1Malaysia) kemungkinan besar boleh memenuhi seluruh negeri Johor.

1malaysia betul-betul hebat..!

Damn Bastard..!

Wednesday, April 29, 2009

Usul Lucut Speaker DUN Perak - malaysiakini

Malaysiakini lapor -

Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

zambry abdul kadirUsul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.

"Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarat tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat," katanya dalam surat yang dihantar kepada ADUN Perak.

TPU - kah kah kah... aku dah agak dah... bukan aku je yang dah agak, 1Malaysia dah agak dah benda ni akan dibawak ke Sidang DUN Perak nanti... kah kah kah...

Tapi kalau Speaker gumpal-gumpal kertas usul tu pas tu buang dalam tong sampah, UMNO/BN nak buat macam mana?

Nak bawak pi Mahkamah ke? pas tu Mahkamah isytihar bahawa Speaker tiada kuasa untuk menolak usul tu ke?

Pas tu jadik sarkis ke? ke? ke?

Oit..! ini Malaysia la..! kalau UMNO/BN cakap api tu sejuk, 1Malaysia kene pecaye oi..!

1Malaysia, apepun boleh jadi beb..! jangan la korang nak harap ade benda yang baik akan berlaku, jangan la korang dok harap sangat apa yang korang harapkan tu berlaku... ini Malaysia beb..! 1Malaysia..! 1Malaysia sudah tau..!

Blog Tak Update...

Seminggu ni aku cukup sibok dengan entah hape menatang aku tak tau. tak berapa banyak masa untuk update blog dan tambah lagi dengan tak banyak isu sekarang.

Jadi, kalau korang bukak blog ni dan tengok mende yang sama je tak de update, aku mintak maaf banyak-banyak. rasanya tak seronok kalau setakat update blog untuk isu yang remeh-temeh.

Nanti ada masa dan jugak ada isu panas atau isu baru, aku akan update. buat masa ni aku tak de idea nak update... cuba tunggu malam-malam karang atau esok. mungkin idea aku datang. ni tengah kumpul info.

Mintak maaf banyak-banyak geng... aku buntu...

Pilihanraya Penanti dah dekat dah ni... banyak nak kene prepare dari segi material dan jugak poket. adusss...