Lepak-lepak sambil minum petang di KB semalam sebelum bertolak ke Manek Urai. kebetulan aku terserempak dengan 1 geng dari Terengganu. ni bukan group politik tapi group kontraktor dari Terengganu.
Topik sembang pada awalnya tak sentuh langsung isu pilihanraya Manek Urai, cuma sembang-sembang kosong sampailah bila tiba-tiba lalu sebijik van penyokong PAS... maka terkeluarlah cerita pilihanraya kecil Manek Urai.
Geng kontraktor tu mula bukak cerita... sape yang dapat kontrak membekal makanan dekat untuk anggota-anggota PDRM dalam pilihanraya kecil N-41.
Pendekkan cerita... ada persoalan bila salah sorang dari kontraktor tu timbulkan cerita bahawa sampai hari ni, member dia yang dapat kontrak membekal makanan dan minuman dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu dulu, masih belum dapat pembayaran dari KDN.
KDN masa tu bawah penyeliaan Syed Hamid Albar. kos makanan untuk kontrak membekal makanan dan minuman anggota-anggota PDRM dalam PRK Kuala Terengganu ialah RM26/1 kepala sehari.
Betul ke tak bayar lagi..? kalau betul belum dibayar, bila nak bayar..?
Khak Ptuih..! N-41 sape dapat kontrak ni..? mampuih..!

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Sunday, July 12, 2009
Manek Urai: Tok Pa Nak Datang, Tolong Urus Budak-Budak...
Semalam lepas balik dari ceramah di La'loh, aku lepak dekat 1 gerai makan tepi jalan... baru je aku duduk nak order makan & minum, sampai geng-geng UMNgOk/Barisan Nasiyonal (ada la dalam 15 orang).
Tak sampai 5 minit lepas tu, datang sebijik Proton Perdana warna ala-ala gold dengan 3 orang penumpang (plat no WQL 6226 *kalau tak salah aku) minum sekali dengan kami. bukan nak cerita yang tak baik... datangnya geng-geng tu dengan cara yang baik, bertegur sapa macam biasa, semua yang ada dalam gerai tu bertegur sapa dengan baik.
Yang nak diceritakan dekat sini ialah bila orang-orang yang datang dengan Proton Perdana tu nak beransur... salah sorang dari 3 orang tu bawak keluar duit RM50 setebal hampir 1 inci dari dalam poket, kemudian hulur dekat salah sorang yang ada dalam kedai tu sambil cakap - "Tok Pa Nak Datang, Tolong Urus Budak-Budak..."...
Best kan..?
UMNgOK - "WangMalaysia"
*gambar sebagai bukti tak dak... kalau aku ambik gambar, SAH kena pelupuh sebab geng dia ramai, aku pulak sorang je...

Saturday, July 11, 2009
Manek Urai: Jadual Ceramah Umum 11 Julai 2009
Laloh (Padang Masjid Daerah Laloh)
YB Dato Seri Nizar Jamaluddin
YB Dato Haji Husam Musa
YB Azmin Ali
Temalir (PASTI An-Najah)
YB Tan Sri Khalid Ibrahim
Ustaz Mohd Amar Abdullah
YB Dato' Haji Mahfuz Omar
UPU Sg. Peria (Blok Pangkal Kalong)
Ustaz Nasir Mat Soh
UPU Sg. Peria (Pos Lepan Kabu)
YB Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Manek Urai Baru (Rumah Syed Ahmad, Sek Keb Manek Urai Baru)
YB Tuan Guru Abd. Haji Awang
YB Ustaz Mohd Nassuruddin Daud
Ustaz Idris Ahmad
Markaz Peti Undi Manjor
YB Mohd Zaki Ibrahim
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Shamsul Iskandar Mat Akim
Petronas Jangan Tipu Rakyat Kelantan
Oleh: Syed Azidi AlBukhary
Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir telah menandatangani perjanjian dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang diwakili oleh Pengerusinya, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah.
Perjanjian tersebut adalah bersesuaian dengan penggubalan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memansuhkan beberapa bahagian penting Akta 95 Perlombongan dan Petroleum 1966 dan memberi ekslusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolehi petroleum di pantai atau di luar pantai Malaysia kepada Petronas.
Salah satu butiran perjanjian itu adalah seperti yang tercatat di dalam seksyen 1 (1) yang berbunyi,
“Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan…”
Rujukan kepada Malaysia di seksyen 2(1) Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 di tafsirkan mengikut Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan (iaitu undang-undang tertinggi), antara lain Artikel 1 menyebut,
Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di luar pesisir pantai (offshore) Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di perairan Malaysia (offshore) adalah milik salah satu daripada mana-mana 13 Negeri yang disebut dalam Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan dan adalah hak mutlak sepanjang masa kepada Kerajaan Negeri tersebut sehingga pemilikan diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Petronas mengikut perjanjian yang ditandatangani berdasarkan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974.
Kalimah “offshore” juga tidak dipecah tafsirkan didalam akta yang sama dan juga didalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan kepada sub kategori seperti yang ditentukan dalam Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 1982.
Memahami JDA
Joint Development Area melibatkan kawasan pertindihan tuntutan di antara Malaysia dan Thailand. Kedua-dua negara bersetuju membangunkannya mengikut model kawasan pertindihan Australia – Indonesia. Kedua-dua negara menggubal undang-undang dang diluluskan di Parlimen masing-masing.
JDA hanyalah kawasan pembangunan bersama dan bukan wilayah khas. Kawasan Bersama Malaysia – Thailand (MTJA) pula dipersrtujui menerusi undang-undang agar terbahagi dua dan menggunapakai undang-undang negara masing-masing. kedaulatan, hak, tuntutan dan keistimewaan mana-mana pihak tidak terhapus menerusi akta yang digubal dan ini jelas tercatat di dalam Akta 440 Malaysian-Thailand Joint Authority 1990 (rujuk lampiran). Ini bererti Malaysia masih berkuasa penuh ke atas kawasannya di dalam JDA dan Perlembagaan Persekutuan masih supreme law disitu.
Akta yang sama juga menjamin hak Kelantan ke atas perairan tersebut serta terus mengangkat sebarang perjanjian yang dimeterai sebelumnya.
Berdepan Dengan Petronas

Rakyat Kelantan harus bersedia berhadapan dengan Petronas jika Petronas tidak bersedia menegakkan kebenaran dan mengotakan perjanjian. Rakyat Kelantan diseluruh dunia harus bersedia jika Petronas membelakangkan perjanjiannya dengan Kerajaan Kelantan.
Dunia korporat dan dunia sukan lumba kereta F1 merupakan medan-medan terbaik untuk dunia mengenali Petronas sebenar-benarnya.
Hasil Bumi Di Pantai Kelantan

Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir telah menandatangani perjanjian dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang diwakili oleh Pengerusinya, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah.
Perjanjian tersebut adalah bersesuaian dengan penggubalan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memansuhkan beberapa bahagian penting Akta 95 Perlombongan dan Petroleum 1966 dan memberi ekslusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolehi petroleum di pantai atau di luar pantai Malaysia kepada Petronas.
Salah satu butiran perjanjian itu adalah seperti yang tercatat di dalam seksyen 1 (1) yang berbunyi,
“Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan…”
Rujukan kepada Malaysia di seksyen 2(1) Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 di tafsirkan mengikut Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan (iaitu undang-undang tertinggi), antara lain Artikel 1 menyebut,
- Persekutuan hendaklah di kenali sebagai Malaysia di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Negeri-negeri Persekutuan hendaklah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
- Wilayah-wilayah Negeri ini adalah seperti yang wujud sebelum merdeka. (meliputi perairannya).
Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di luar pesisir pantai (offshore) Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di perairan Malaysia (offshore) adalah milik salah satu daripada mana-mana 13 Negeri yang disebut dalam Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan dan adalah hak mutlak sepanjang masa kepada Kerajaan Negeri tersebut sehingga pemilikan diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Petronas mengikut perjanjian yang ditandatangani berdasarkan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974.
Kalimah “offshore” juga tidak dipecah tafsirkan didalam akta yang sama dan juga didalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan kepada sub kategori seperti yang ditentukan dalam Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 1982.
- Territorial sea iaitu 22 km dari daratan.
- Contagious zone iaitu 44 km dari daratan.
- Zon Ekonomi Ekslusif iaitu 370 km dari daratan.
Memahami JDA
Joint Development Area melibatkan kawasan pertindihan tuntutan di antara Malaysia dan Thailand. Kedua-dua negara bersetuju membangunkannya mengikut model kawasan pertindihan Australia – Indonesia. Kedua-dua negara menggubal undang-undang dang diluluskan di Parlimen masing-masing.
JDA hanyalah kawasan pembangunan bersama dan bukan wilayah khas. Kawasan Bersama Malaysia – Thailand (MTJA) pula dipersrtujui menerusi undang-undang agar terbahagi dua dan menggunapakai undang-undang negara masing-masing. kedaulatan, hak, tuntutan dan keistimewaan mana-mana pihak tidak terhapus menerusi akta yang digubal dan ini jelas tercatat di dalam Akta 440 Malaysian-Thailand Joint Authority 1990 (rujuk lampiran). Ini bererti Malaysia masih berkuasa penuh ke atas kawasannya di dalam JDA dan Perlembagaan Persekutuan masih supreme law disitu.
Akta yang sama juga menjamin hak Kelantan ke atas perairan tersebut serta terus mengangkat sebarang perjanjian yang dimeterai sebelumnya.
Berdepan Dengan Petronas
Dunia korporat dan dunia sukan lumba kereta F1 merupakan medan-medan terbaik untuk dunia mengenali Petronas sebenar-benarnya.
Hasil Bumi Di Pantai Kelantan
Petronas tidak boleh mudah berkata tiada hasil gas atau petroleum di Kelantan. Petronas harus juga jelas dengan dua buah telaga di luar JDA iaitu Gajah-1 dan Ular-1 yang terletak di blok PM 301 dan PM 302 tetapi dikaburi dengan nama JDA. Begitu juga dengan Lawit dan Jerneh, pengeluar Gas yang mampu menampung keperluan satu pertiga keperluan Semenanjung. Lawit dan jerneh terletak di Blok PM 303. Dibayar royaltinya kepada Terengganu walaupun kesahihan kedudukannya boleh dipertikaikan oleh rakyat Kelantan.
Petronas juga harus menjelaskan penemuan-penemuan di Blok PM 301 dan PM 302 yang dalam lingkungan kedalaman air kurang 70 meter. Di dalam hal ini jelas Petronas tidak boleh membiarkan dirinya dijadi tunggangan politik UMNO. Sudah lama kebobrokan ini menjadi resam permainan Petronas dan UMNO.
Lampiran

Sumber - Kickdefella

ORDINAN DHARURAT 1969
Manek Urai: Jangan Hina Pekerjaan Kami - Peniaga Ikan
Banner sokongan kepada Persatuan Peniaga Ikan daripada Persatuan Pekerja Islam Negeri Kelantan.
Banner-banner yang menyokong Abe Ujie dan jugak mengutuk perbuatan UMNgOk/Barisan Nasiyonal yang menghina Pekerjaan penjual dan peraih ikan...
Antara tetamu, penyokong dan ahli Persatuan Peniaga Ikan yang terdahulu hadir.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli... mana ada Demo yang tak pernah ada Dr. Hatta..?
Abe Ujie, peniaga ikan dan peraih ikan lebih mulia dari perasuah dan penyalah guna kuasa..!
Tok Guru - Hina sangatkah peniaga ikan..? kalau UMNgOk cakap kerja low class ini tidak layak untuk memimpin seolah -olah UMNgOk menghina Rasulullah kerana Rasulullah juga hanya seorang pengembala kambing..!
UMNgOk memang BONGOK..!
Karang aku post lagi gambar-gambar dan berita, dah lama sangat dalam CC nih... hahaha...
Manek Urai: Abe Ujie & TGNA Di Masjid Lata Rek
Abe Ujie sampai je dah ada yang mengadu masalah...
TGNA memberi Khutbah Jumaat.
Calon PAS tak perlu tempat VIP... dekat mana-mana pun boleh...
Layan jangan tak layan...
Abe Ujie diserbu sebaik lepas solat Jumaat...
TGNA solat sunat lepas solat Jumaat...
Lap peluh dulu Tok Guru...
TGNA beramah mesra dengan penyokong PAS...
Macam biasa... majlis makan-makan lepas solat Jumaat...
Wakil UMNgOk/Barisan Nasiyonal...
Manek Urai - Gas & Minyak - Biawak
Dalam kempen PRK Manek Urai, Pakatan Rakyat telah mendedahkan kepada rakyat Kelantan tentang penyelewengan hasil royalti dan juga pembayaran royalti Gas & Minyak KERAjaan Pusat terhadap negeri Kelantan.
UMNgOk bermati-matian menafikan wujudnya kerja-kerja mencarigali Gas & Minyak di perairan Kelantan. pusing-pusing-pusing akhirnya KERAjaan serahkan kepada Petronas untuk menjawab isu tersebut. katanya Petronas akan membuat penjelasan pada hari jumaat.
Tunggu punya tunggu tak de pun penjelasannya... mungkin banyak yang Petronas nak kena cover dulu bagi pihak KERAjaan sebab KERAjaan ada kepentingan.
Apapun kita sabar dulu... Dato' Husam dah buat penjelasan awal sebelum Petronas bagi penjelasan. 3hb. Ogos, 2009 ada rombongan Pakatan Rakyat ke 1 lokasi menarik dan aku akan ikut sekali dalam rombongan tu. sebelum Petronas atau mana-mana pihak yang mewakili KERAjaan Pusat keluarkan kenyataan...
Kita tengok gambar dekat bawah ni dulu... sape bakal jadi biawak lidah bercabang..? dalam list aku, KJ dok no 1... sebab apa KJ dok no 1..? nanti aku cerita...

Manek Urai: Jentera Berjalan Lancar
Dengar cerita siang tadi KJ ada melawat kampung ni dan lepak di kedai kopi dan kerusi yang sama yang aku duduk masa minum dekat situ.
Tuan kedai cerita sikit apa yang jadi siang tadi masa KJ minum dekat situ. KJ minum dengan beberapa penyokong dia dan ada 2-3 orang PAS dekat situ. salah sorang Ustaz PAS tu pulak selamaba je cucuk KJ... dia ni tak lama lagiu masuk PAS la... buat apa nak duduk dalam UMNgOk lama-lama kan?
Ada pulak geng KJ menyampuk... kenapa pulak nak masuk PAS..?
Ustaz tu jawab balik, ye la... duduk dalam UMNgOk pegang jawatan ketua pemuda tapi tak jadi Menteri pun, timbalan ketua pemuda dapat pulah jawatan penting... jadi buat apa nak duduk dalam UMNgOk... hidup segan mati tak mau...
KJ terus hirup air dia cepat-cepat lepas tu terus gerak...
Kesian...
Subscribe to:
Posts (Atom)