Kepada semua pengunjung website ini,esok (1 Ogos 09) kami akan bawakan liputan secara langsung Perhimpunan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari lokasi sekitar Kuala Lumpur dari masa ke semasa..
Segera mansuhkan Akta ZALIM ini..!!
Dimaklumkan...

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Friday, July 31, 2009
Dah Pulih...
Ok...sekarang semua masalah dah pulih...mekasih pada geng... website akan beroperasi seperti biasa...
Panduan Untuk Peserta Himpunan Anti ISA
Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

PERKARA YANG PERLU ANDA BAWA/SEDIAKAN
- Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
- Duit-maksimum RM 100 sahaja.
- Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA
- Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
- Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.
- Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
- Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
- Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
- Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
- Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
- Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
- Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
- Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
- Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN
- Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
- Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
- Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.
- Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.
- Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
- Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA
- Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
- Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.
- Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
- Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
- Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
- Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
- Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
- Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.
PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM PERHIMPUNAN
- Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
- Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
- Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.
- Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
- Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
- Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
- Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
- Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
- Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.
- Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.
- Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
- Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
- Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
- Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.
SEMASA PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN
- Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.
- Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.
- Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.
- Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
- Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
- Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
- Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
- Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
- Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
- Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
- Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
- Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
- Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
- Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
- Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
- Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
SELEPAS PERHIMPUNAN
- Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
- Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.
- Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.
- Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
- Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
- Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.
APA ANDA PERLU BUAT JIKA KUMPULAN PRO-ISA BUAT PROVOKASI
- Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.
- Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
- Jangan hampiri mereka.
- Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
- Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
- Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
APA ANDA PERLU BUAT JIKA POLIS BUAT PROVOKASI DAN SERBUAN
- Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
- Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
- Duduk jika pimpinan arahkan.
- Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.
- Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
- Ambil gambar mereka jika sempat.
- Buat laporan Polis jika anda dikasari.
APA YANG ANDA PERLU BUAT JIKA DITAHAN
- Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
- Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
- Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
- Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
- Anda mempunyai hak untuk berdiam diri dan sebarang soalan daripada polis anda boleh beritahu bahawa ”saya akan jawab di Mahkamah”
- Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
- Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
- Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
- Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
- Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
- Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.
APA YANG ANDA BUAT SELEPAS DIBEBASKAN
- Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
- Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
- Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
- Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
- Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
- Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
- Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
- Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
- Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
- Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
PERHATIAN !
- Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
- Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
- Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
- Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Website Hilang...
Pagi ni bila aku cuba akses ke website aku, aku cuma dapat tenung imej dekat bawah ni...
Adui... hilang lagi... aku contact member aku mintak tolong dia cek...
Rupa-rupanya hosting dah expired... cilako...kene carik duit dulu baru dapat on balik...

Rupa-rupanya hosting dah expired... cilako...kene carik duit dulu baru dapat on balik...
Al-Fatihah...
Hari ini kita menerima 2 perkhabaran yang menyedihkan... 2 insan telah dijemput Allah... Al-Fatihah buat ADUN Permatang Pasir, Pulau Pinang YB Haji Hamdan yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini... itu masej yang diterima dari seorang sahabat...
Berita ke 2... adik kepada SetPol DS Nizar, Ustaz Misbahul Munir yang diberitakan tenat beberapa hari yang lepas juga telah kembali ke rahmatullah subuh tadi... Jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kg.Sungai Tiang Darat, Selekoh hari ini...
Dari Allah kita datang... kepada Allah kita kembali... semoga roh keduanya dicucuri rahmat... Al-Fatihah untuk kedua jenazah dan takziah kepada seisi keluarga.
Berita kematian ADUN Permatang Pasir ini akan disusuli oleh 1 lagi pilihanraya kecil di Perrmatang Pasir menjadikan keseluruhan pilihanraya kecil yang telah diadakan di Parlimen Permatang Pauh adalah 3 semenjak selesai PRU-12.

Anti ISA" KB - KL 5 Sekatan Jalanraya...
Kota Bharu ke Kuala Lumpur... bertolak lepas isyak, sampai ke Kuala Lumpur dengan selamatnya sebaik subuh. sepanjang jalan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur ada 5 sekatan jalanraya semuanya. tapi aku rasa sekatan yang ada tadi tak termasuk dalam jadual sekatan jalanraya untuk membanteras Himpunan Anti ISA esok.
Sekadar sekatan jalanraya yang biasa dilakukan oleh PDRM.
Mula dari Tanah Merah, Gua Musang, Kuala Lipis, Raub dan Bentong. semuanya tak de masalah. cuma masalahnya bila dah masuk "Ibukota" kena standby duit tol banyak-banyak.
Dah lama aku di Kota Bharu, hari ni aku pijak balik Kuala Lumpur. esok akan ke 'ibukota" untuk acara "biasa".
Bilik aku dah berabuk... kena kemas dulu.

Thursday, July 30, 2009
Himpunan Anti ISA: Sekatan Jalanraya Bermula
Ada kawan yang awal-awal dah bertolak dari Pantai Timur malam ni untuk menyertai Himpunan Anti ISA sabtu ni. pegi awal senang kata kawan.
Tapi baru kawan tu sampai di Tanah Merah, Kelantan... dah mula sekatan jalanraya rupanya...
Nasihat dari kawan kita untuk yang akan datang dari jauh... buang semua sticker-sticker yang berkaitan dengan parti di kenderaan anda.
Kalau ada kumpulan yang berkonvoi, elakkan dari berkonvoi bersama mereka... ikut dari jauh je...
Sekian untuk hari ni... kita tunggu laporan seterusnya dari kawan kita yang dalam perjalanan... semoga selamat sampai.
Juru-Ukur Khas Tentukan Lokasi Pelantar Minyak
Kemelut kedudukan sebenar pelantar carigali minyak dan gas dijangka diketahui umum apabila rombongan kerajaan negeri dan anggota-anggota parlimen Malaysia melawat lokasi berkenaan awal Ogos ini.
Turut disenaraikan dalam rombongan tersebut pasukan juruukur khas, Adun, media dan nelayan.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato' Husam Musa berkata, lawatan kerja ke kawasan pelantar minyak itu diharap dapat menentukan kedudukan sebenar pelantar berkenaan.
"Ini memandangkan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed sebelum ini mendakwa pelantar terbabit terletak di kawasan tuntutan bertindih di bawah perjanjian antarabangsa membabitkan Malaysia, Thailand dan Vietnam.
"Jadi kita akan buktikan pelantar dimaksudkan masih dalam kawasan perairan Kelantan walau pun mungkin bertindih dengan Thailand," katanya kepada pemberita di pejabatnya semalam.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika kempen pilihan raya kecil di Manek Urai sebelum ini tidak mahu PAS mempolitikkan isu royalti minyak dan gas kerana kedudukan pelantar di kawasan bertindih.
Husam berkata, kalau lokasi pelantar bertindih di antara Kelantan dan Thailand bermakna negeri ini berhak ke atas royalti minyak dan gas sebanyak lima peratus setahun seperti ditetapkan Petronas.
"Adalah tidak berbangkit Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum sebagaimana negeri-negeri lain termasuk Sabah, Sarawak dan Terengganu.
"Jadi lawatan tersebut akan membuktikan apa yang didakwa oleh Dato' Mustapa itu tidak benar dan Kelantan mempunyai hak ke atas royalti di bawah semangat federalisme," ujarnya.
Beliau juga berkata, Petronas tidak memberi penjelasan dalam tempoh 48 jam seperti diarah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kempen pilihan raya di Manek Urai baru-baru ini.
Beliau turut merakamkan ucapan banyak terima kepada sokongan banyak pihak untuk membolehkan Kelantan menuntut royalti terbabit.
Antaranya, mantan Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang menjelaskan Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian dimeterai antara kerajaan pusat, Petronas dan kerajaan negeri.
Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 juga menyatakan perjanjian-perjanjian sedia ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai.
Petronas sebelum ini menandatangani perjanjian dengan semua kerajaan negeri yang mempunyai sumber petroleum untuk memberi hak mendapat royalti lima peratus setahun sama ada di daratan atau lautan.
Pemimpin Umno juga mendakwa Kelantan tidak berhak terhadap minyak yang ditemui 150 kilometer dari persisiran pantai negeri ini.
Sedangkan amalan sedia ada menunjukkan Petronas membayar royalti minyak kepada Terengganu dan Sarawak biar pun pelantar berada lebih 200 kilometer dari pantai negeri terbabit.
Kelantan menuntut Petronas membayar sebanyak RM1 bilion memandangkan carigali minyak dan gas di kawasan PM301 bermula sejak 2004.
Jabatan Perangkaan Malaysia juga menjelaskan nilai pengeluaran kasar industri petroleum pada 2004 di perairan Kelantan, Terengganu dan Sabah berjumlah RM47 bilion.

Testimoni Anak Seorang Tahanan ISA
Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa.
Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......
Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari.
Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.
Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......
Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari.
Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...
Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....
Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....
7 tahun telah berlalu
Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.
Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau.

Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.
Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.
Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya.

Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...
Bagaikan binatang di zoo
Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama.

Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur...
Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.
Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....
Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.
Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem.

Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.
Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...
*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Dipetik daripada blog merdekareview.

Harussani: Ulama yang Melacurkan Diri untuk UMNO
Kalau ada ulama yang boleh dikategorikan sebagai pelacur, namanya ialah Harussani Zakaria. Beliau adalah "pelacur" kelas atas untuk UMNO.
Kalau kita baca tulisan2 ulama2 muhaqiqin yang terdahulu, tiada perkara yang baik yang diungkap mereka bagi menerangkan kedudukan ulama2 yang menjual maruah dan agama mereka demi kepentingan pribadi mereka. Ulama seperti Harussani ini adalah antara ulama2 yang dikeji oleh ulama2 muhaqqiqin yang terdahulu.
Harussani ini TIDAK LAYAK MEMBUAT FATWA kerana beliau tiada ilmu untuk membuat fatwa. Beliau tidak pernah belajar dan menyambung pelajaran beliau untuk melayakkan diri beliau membuat fatwa.
Siapa Harussani Berbanding Tok Guru Nik Aziz
Juak2 UMNO mencuba untuk menaikkan taraf Harussani kononnya lebih tinggi dari Tok Guru NIk Aziz.
Padahal Harussani ni, pegi Universiti pun tak pernah. Berbanding Tok Guru Nik Aziz yang mendapat MA dari Al Azhar.
Harussani, cakap Arab pun tak boleh. Tok Guru Nik Aziz, bukan setakat fasih bahasa Arab, tapi fasih bahasa Urdu dan beberapa bahasa lain
Jadi, berhentilah menaikkan taraf Harussani. Harussani adalah pembohong dan penipu.
Harussani, Ulama Menyokong Dosa Besar
Sewaktu pembunuhan kejam orang2 Islam yang tidak berdosa di Memali tahun 1985, Harussani adalah penyokong kuat kepada tindakan membunuh orang yang tidak berdosa itu.
Di naqal dari blog Ustaz Ahmad Awang:
"* Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ(Harussani) merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut."
Dosa membunuh orang Islam yang tidak berdosa adalah lebih besar dari berzina. Membunuh orang dosanya tidak diampun Allah SWT dan mereka yang melakukannya kekal dalam neraka buat selamanya.
Harussani adalah penyokong kepada kezaliman dan kefasikan UMNO dan Barisan Nasional. HArussani menyokong pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya yang tidak berdosa.
Orang macam Harussani ini tidak layak dikira sebagai ulama kerana beliau adalah seorang yang fasiq.
Marah Nizar Pegang Lilin. Najib Pula Bagaimana? Apa Komen Pak Mufti
Baru2 ini, Harussani menaikkan isu Nizar pegang lilin. Saya cabar Harussani untuk memberi komen di atas gambar Najib ini:
Harussani Sekular Nasionalis, bukan Islamis
Akidah Harussani adalah Nasionalisma Melayu yang Sekular, dan bukannya Islam. Beliau bukan pejuang Islam. Beliau adalah UMNO dan beliau berjuang untuk UMNO dan sekularisma.
Janganlah kita tertipu dengan orang yang rosak akidah seperti Harussani Zakaria ini. Saya tidak yakin Harussani ni kenal Allah SWT atau tidak.
Tapi yang saya tahu, beliau telah melacurkan diri dan ilmu beliau untuk UMNO dan menyokong semua kezaliman UMNO.
Inilah dia contoh terbaik ulama As Suqq dan ulama ayam daging.
Tulang Besi

Harussani Sekular Nasionalis, bukan IslamisAkidah Harussani adalah Nasionalisma Melayu yang Sekular, dan bukannya Islam. Beliau bukan pejuang Islam. Beliau adalah UMNO dan beliau berjuang untuk UMNO dan sekularisma.
Janganlah kita tertipu dengan orang yang rosak akidah seperti Harussani Zakaria ini. Saya tidak yakin Harussani ni kenal Allah SWT atau tidak.
Tapi yang saya tahu, beliau telah melacurkan diri dan ilmu beliau untuk UMNO dan menyokong semua kezaliman UMNO.
Inilah dia contoh terbaik ulama As Suqq dan ulama ayam daging.
Tulang Besi
Labels:
MalaysiaWaves
Subscribe to:
Posts (Atom)