"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, March 08, 2010

UMNO Hina: Jangan Kaitkan Mufti@Mufta Dengan Parti Hina..!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mufti sebagai ejen Umno adalah satu cubaan merendah-rendahkan golongan itu di negara ini.
Kah kah kah kah kah... memang betul cakap Jamil neh... Tok Guru tak patut kaitkan Mufti@Mau Ufti@Mufta@Auta dengan UMNO sebab UMNO ni tarafnya rendah sangat-sangat...

Kah kah kah kah kah... Jamil akhirnya mengaku bahawa UMNO ni adalah Parti yang Hina... Menuduh Mufti@Mau Ufti@Mufta@Auta sebagai ejen UMNO samalah seperti menghina Mufti@Mau Ufti@Mufta@Auta sebab UMNO ni sesuatu yang "Hina"...

Kah kah kah kah kah... Kah kah kah kah kah... seronok jugak gelak macam bro TT...

Kah kah kah kah kah... kah kah kah kah kah kah...

UMNO Hina...

Mahkamah 1Malaysia Memang Pelik...

Aku baru lepas baca berita dekat bawah ni...:
Bunuh Keluarga: Mahkamah Tolak Pengakuan Salah Tertuduh

Penganggur Rasidi Ismail hari membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap tuduhan membunuh empat anggota keluargannya pada 5 Januari lalu tetapi hakim menolak pengakuan itu kerana mahu memberinya peluang melantik peguam.

"Kamu menghadapi empat tuduhan bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. Mahkamah perlu berhati-hati untuk menerima pengakuan kamu ini," kata Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin.
Baca tajuk je pun dah buat aku pening. sungguh-sungguh aku cakap, lepas aku baca tajuk berita ni kemudian baca laporan beritanya, terus aku lepak dekat luar rumah aku layan pening kepala sambil ambik angin. betul-betul buat aku kompiyus.

Macam-macam benda pelik berlaku dalam Mahkamah Negara 1Malaysia. ada kes yang cukup bukti untuk sabitkan OKT dengan pertuduhan, tapi Mahkamah pulak putuskan tertuduh tidak bersalah walaupun pendakwa dah bawak macam-macam bukti yang orang biasa macam kita-kita ni pun tau memang cukup nyata sabit pertuduhan keatas OKTnya.

Ada pulak kes orang kena tuduh didakwa tanpa bahan bukti dan kalau ada bukti pun, bukti yang dibawak tu cuma jadi bahan lawak masyarakat dunia yang cerdik.

Ada jugak kes, cukup bukti, cukup syarat untuk pertuduhan, tapi hilang terus kesnya sebab membabitkan VIP atau VVIP.

Yang masuk Mahkamah, baca pertuduhan lepas tu pakai simpan terus kes bawah karpet tak payah nak cerita la berapa banyak. paling-paling pun dok tunda-tunda-tunda-tunda-tunda... ketua hakim silih berganti, saksi-saksi banyak yang dah mati, last sekali tukang bawak kes ke Mahkamah sekadar boleh maki-maki je.

Mana la tak maki, kes jelas, semua bahan bukti jelas, Mahkamah pulak tak jelas nak selesai ke tak nak kes tu... macam kes mangsa pembunuhan Memali la...

Kes dekat atas ni pulak masuk dalam list "kes-kes" unik bagi aku.

Tertuduh dah mengaku salah dalam Mahkamah, Mahkamah pulak TOLAK PENGAKUAN SALAH TERTUDUH.

Ada apa-apa ke..? kes dekat atas tu kalau tak salah aku yang kena-mengena dengan... ah... malas la nak sebut... buat "berat" posting aku je...

Malaysian First Before Ethnicity....

I CHOOSE MALAYSIAN FIRST BEFORE MY ETHNICITY

Racial sentiments, riots, inequality in power sharing, fanatic personalities, discrimination against minority and I have a long list on showing unity among Malaysian in dilemma. Over the decades, all Malaysians including Malays, Chinese and Indians have shed their blood, tear and sweat to build up this nation. We have sacrifice a lot for the cause of unity, integrity and progress. Why until today there are no successes for these struggles?

Sincerely, I ask this question not to belittle our achievements, but to inspire us to greater effort. I ask not to make us feel dispirited, but to enthuse us to march forward to achieve the unity through BANGSA MALAYSIA concept. Today, when we look back, we can say with dissatisfaction that we are blindly moving forward in the wrong direction. We have been slow in taking some steps, especially when unity is the matter. We have failed to battle against racism especially when position, economic, education, sports and other main fields are the subjects.

Sometimes I lost my hope due to the negative attitude of the people surrounding me including some of my lecturers and course mates. They are thinking that racism needs to be expressed to the minorities as they are having power as the majority. Is it right? Please tell me that are they being professional enough? Such racial actions and words directly weakening my spirit, I hope all this could change in near time.

BANGSA MALAYSIA must be in the heart of every Malaysian citizen regardless of their background, admitting the same identity needed for unity of our nation. We must fritter away our time on minor issues and pointless personal dissimilarities. All political parties and NGO leaders must stop divide people along racial lines and threat every citizen fairly without discrimination or intimidation. Our strength is in our unity, despite our diversity. We can’t deny the fact that unity gave us our Independence that today we are enjoying and the strength of a nation that we can be proud of.

I can smell racism everywhere. Let’s throw away this ‘third class’ mentality. Let’s unite to build our nation for our future generation. Every citizen of Malaysia must feel proud to say - I'm a Malaysian first.

Can we start is from today?

BABI Putrajaya & BABI-BABI-Kataknya...

Tengok dan baca penjelasan dari KERAjaan Pusat dalam Media-Media Perdana penjilat Dubur KERAjaan Pusat:
Hilite Penjelasan dari KERA bernombor 3:
Kemudian baca yang ni pulak:
Selasa Januari 13, 2009
Terengganu bakal nikmati royalti minyak cecah RM3 billion

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat negeri Terengganu bakal menikmati royalti hasil minyak mencecah RM3 bilion setiap tahun sekiranya harga bahan api itu naik di pasaran.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan negeri Terengganu perlu menggunakan sebaik mungkin wang royalti berkenaan dan pada masa yang sama bersyukur dengan anugerah yang diberikan itu.

Beliau berkata janji kerajaan pusat untuk memulangkan kembali wang royalti minyak ke pangkuan rakyat Terengganu sudahpun ditunaikan dan itu melambangkan keikhlasan kerajaan pusat.

"Cek wang royalti berjumlah RM408.6 juta saya serah sendiri kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. Ini melambangkan keikhlasan kita.

"Tahun depan, kalau ada rezeki, harga minyak naik, rezeki rakyat Terengganu akan bertambah. Sekurang-kurangnya RM1.6 bilion hingga RM3 bilion akan jadi milik rakyat Terengganu.

"Cuba bayangkan rezeki banyak ini yang Tuhan berikan pada rakyat Terengganu. Negeri lain di Pantai Timur (iaitu) Kelantan, Pahang tak dapat ini tapi rakyat Terengganu dapat anugerah ini," katanya.

Najib berkata untuk menjamin pendapatan kerajaan negeri Terengganu tidak susut walaupun hasil bahan api itu sudah tiada kelak, kerajaan pada prinsipnya meluluskan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) untuk mengendalikan pelaburan royalti minyak itu dengan dana permulaan RM10 bilion.

Beliau berkata TIA yang merupakan cadangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, bakal diurus oleh para profesional.

Badan itu akan menggunakan pendapatan daripada hasil royalti minyak untuk membuat pelaburan di dalam dan luar negara menerusi pasaran bon bagi menjamin kelangsungan pendapatan negeri pada masa depan, katanya.
Kemudian baca yang ni pulak:
2008-12-13
Royalti Kembali Ke Terengganu
Oleh : Farezul Fadzal

Penantian rakyat Terengganu untuk melihat hasil royalti minyak diserahkan kepada Kerajaan Negeri kini menjadi kenyataan apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyerahkan cek RM408.6 Juta.

Cek berkenaan diterima oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sambil mendapat tepukan daripada 2,000 hadirin yang bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini (13 Disember).
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah; Exco Kerajaan Negeri;

Menteri kabinet yang hadir menyaksikan detik bersejarah berkenaan antaranya Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Senator Tan Sri Dato’ Muhammad Taib; Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin serta Ketua Menteri Melaka; Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Dato’ Seri Mohd Najib dalam ucapannya berkata dengan adanya majlis ini, harapan agar tidak lagi menjadi tanda tanya serta isu dikalangan rakyat.

“Kita tidak mahu rakyat Terengganu timbulkan satu tanda tanya, seolah-olah kita tidak yakin Kerajaan Negeri Terengganu untuk tadbir wang royalti,” katanya pada Majlis Penyerahan Royalti Minyak.

Jelas Dato’ Seri Mohd Najib, selepas ini tidak akan ada majlis penyerahan seperti ini kerana wang royalti berkenaan akan dipindah secara elektronik dari Perbendaharaan kepada Kerajaan Negeri Terengganu tiap-tiap tiga bulan.

“Bila wang berkenaan sudah masuk, maknanya kita sudah menyerahkan bulat-bulat kepada Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Dato’ Seri Mohd Najib berkata beliau mendengar pelbagai perancangan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam membangunkan negeri sambil mengharapkan duit tersebut dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya.
Soalan no 3 dekat atas tu:
Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau mana-mana Negeri Di Semenanjung berhak menuntut bayaran tunai hasil dari Petronas?
KERAjaan jawab:
Negeri Kelantan atau mana-mana Kerajaan Negeri Di Semenanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas yang mengeluarkan hasil di Semenanjung pada masa ini berada di luar Perairan Wilayah Negeri melebihi 3 batu nautika. oleh yang demikian, apa-apa hasil yang diperolehi diluar Perairan Negeri melebihi 3 batu nautika adalah hakmilik KERAjaan PerseKUTUan.
KERAjaan perjelas dalam Penjelasan 1 mukasurat penuh berwarna dalam Media Perdana Penjilat Dubur, mana-mana Kerajaan Negeri Di Semenanjung TAK LAYAK tuntut bayaran tunai hasil Minyak sebab bla bla bla bla bla... tapi Terengganu boleh pulak dapat "Royalti Minyak".

Apahal ni..?

Najib - Kinjir
Awang Adek - Assistant Kinjir
Tok Pa - Pencacai Kinjir
Brahim Ali - Kinjir punya Katak...

Mufti Perak Memberi Konfirmasi Wujud Fraksi UMNO Dalam PAS

"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang".

Walaupun Mufti Perak ni dibuktikan telah berbohong, namun kita tidak dapat nafi ada perkara yang dia kata tu adalah fakta yang tidak dapat dinafi. Misalnya, tidak mungkin Mufti Perak akan berani bercakap dengan Ustaz Ahmad Awang sekiranya beliau tidak mendapat "green light" dari beberapa pimpinan PAS Pusat. Ini kerana Ustaz Ahmad Awang sudah ada rekod yang panjang berbeza pendapat dengan Mufti Perak yang boleh di baca di sini.

Harussani dilaporkan berkata:
"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju", katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.
Saya juga merujuk kepada kenyataan Ustaz Ahmad Awang sewaktu Muktamar PAS di Shah Alam tahun lepas:
"Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.

Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, "Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?".

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan".
ANALISA KEDUA-DUA KENYATAAN DI ATAS

Sebelum dianalisa kedua-dua kenyataan di atas, kita perlu ingat dua fakta utama:
1.0 - Sewaktu kesemua usaha Harussani ini berlaku, PAS masih lagi berada di dalam Barisan Alternatif bersama Parti Keadilan Nasional (PKR).

2.0 - Keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat selepas MAC 3, 2008 memutuskan menubuhkan kerajaan bersama-sama PKR dan DAP.

3.0 - AJK PAS Pusat tidak pernah memutuskan untuk menubuhkan kerajaan bersama UMNO atau Barisan Nasional.
Analisa saya adalah:

1.0 - Terdapat beberapa kepimpinan PAS Pusat yang secara jelas dan terang melanggar keputusan mesyuarat PAS Pusat tersebut dengan melobi untuk memastikan kerajaan PAS-UMNO di Perak itu berjaya.

2.0 - Tuan Guru Haji Hadi TIDAK MENYOKONG lobi dari Harussani ini kerana di dalam artikel lain, Ustaz Ahmad Awang mendedahkan:
"Hari esoknya Dato’ Nik Aziz hubungi bersetuju hatta kalau PAS tidak menjadi MB, kita akan teruskan bersama PR. Sampai kepada satu tahap DAP negeri juga sanggup keluar dari DAP pusat jika diminta untuk berbuat demikian. Malah dua hari kemudian, presiden parti menghubungi saya, Ustaz perlu pastikan ia diteruskan, jangan pedulikan orang lain".
Kemungkinan Tuan Guru Presiden mahu menjaga hati Harussani dengan berkata demikian.

3.0 - Kewujudan “panggilan misteri” selepas keputusan Badan Perhubungan PAS Perak dibuat itu MENGESAHKAN wujud “Fraksi UMNO” dalam PAS. Siapa yang membuat panggilan itu, ada dalam kenyataan Harussani di atas.

4.0 - Selepas kegagalan di Perak dan Selangor, maka "Fraksi UMNO" meneruskan usaha mereka seperti:
a. Perjumpaan dalam gelap dengan UMNO.
b. Melabel mereka yang tidak selari dengan mereka sebagai "proksi Anwar".
c. Memfitnah Husam Musa sebelum pemilihan tahun lepas.
d. Menyebar khabar fitnah kononnya Kepimpinan Ulama hendak dihapuskan.
e. Menyebar fitnah terhadap kerajaan PR Selangor i.e. Teresa tidak izin azan di
kawasan beliau, ahli2 Majlis sudah tinggal 30% Melayu, ITZ, isu Arak, isu sedekah lembu, kereta MB dsbnya.
f. Bermula perpecahan dalam PAS.
g.
Melabel kesemua yang menentang perselingkuhan dengan UMNO sebagai tidak wala’ dan tidak menghormati kepimpinan ulama.
h. Menyebar fitnah kononnya Mursyidul Am dipengaruhi oleh pihak ketiga sehingga
menyebabkan Mursyidul Am tidak menyokong agenda "Kerajaang Perpaduang".
i. Agenda Muzakarah dan kemudiannya "Kerajaang Perpaduang" dan sebagainya.

5.0 - Puak Fraksi UMNO dalam PAS adalah “PENGKHIANAT PARTI” tapi mereka dilindungi kerana mereka berjaya memenangi kerusi Timbalan Presiden dalam pemilihan yang lepas. Kalau PAS mengekalkan mereka ini di tampuk kuasa PAS, maka PAS akan hancur dalam masa beberapa tahun yang akan datang ini.

Percayalah

PENUTUP


Perlu kita membersihkan parti dari anasir-anasir UMNO yang dikenali sebagai "Fraksi UMNO" dengan kadar segera kalau kita masih mahu mempertahankan kemurnian serta keluhuran Islam di Malaysia ini.

Harussani Menyokong Pembunuhan Kejam di Memali

Dalam sebuk2 Mufti Perak menjaja pentingnya perpaduan Melayu dan Islam, rupa-rupanya terdedah "kemunafikan" beliau. Beliau ini, seperti kata orang tua-tua, "Telunjuk Lurus Kelingking Berkait" atau "Lidah Bercabang" atau "Mengata Dulang Paku Serpih". dan sebagainya.

Kehulu ke hilir beliau menjaja kononnya PAS tidak sayang pada Islam tidak sayang pada Melayu kerana menolak "lamaran" beliau untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan Melayu di Perak. Alasan yang digunakan pun alasan dangkal dan tidak berpijak di bumi nyata. Harussani dilaporkan berkata:
"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu. Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini".
Ertinya, Harussani mentafsirkan bantu saudara yang zalim itu adalah dengan memberi sokongan politik dan kuasa kepada orang yang zalim. Betul tak?

KENAPA HARUSSANI TAK BELA USTAZ IBRAHIM LIBYA?

Kalau betul Harussani sayang sangat pada orang Islam dan perpaduan Melayu, sila jawab pendedahan yang dibuat oleh Ustaz Ahmad Awang di bawah:
“Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid.

Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.
Betulah Mufti Perak ni Mufti Munafik. Sebuk2 nak wujudkan perpaduan Melayu dan Islam, tapi bila darah ulama yang Melayu dan Islam seperti Ustaz Ibrahim Mahmud ditumpahkan, beliau jadi juara mempertahankan pembunuhan tersebut.

Dosa membunuh nyawa yang tidak berdosa adalah dosa besar dan tidak akan diampunkan sehinggalah ianya diampunkan oleh waris-waris keluarga yang dibunuh. Kalau Haramsani betul-betul ikhlas untuk berjuang Islam dan Melayu, beliau patut memimpin delegasi mufti memohon ampun dan maaf dari waris Memali.

Cakap tak serupa bikin punya mufti. Bukan itu sikap orang munafik?

Eloklah Ustaz Ahmad Awang tolak pelawaan Haramsani. Saya takut nanti PAS Perak akan disambar api neraka kerana cenderung pada orang zalim.

Dengan mulut pembohong Haramsani ini, konfirm PAS akan ditipu di masa hadapan kalau PAS bekerjasama dengan UMNO tempohari.

Kalau Mufti UMNO pun kelingking berkait, inikan pula ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin mereka yang lain.

Tulang Besi

Sunday, March 07, 2010

Tuan Brahim Nak Tambah Semak Dalam PAS

Kata Tuan Ibrahim Tuan Man:
PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka.

"PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB (Yang Berhormat) Zulkifli.

"Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," kata Tuan Ibrahim Tuan Man.
TPU - Brahim... kau keluar dari Parti PAS, lepas tu kau buat Parti baru dengan Zul Kulim... pandai-pandai kau la lepas tu... nak letak nama Parti Mat Rempit ke, Parti UG ke, Parti Keluar Masuk ke, Parti Sampah Sarap ke...

Jangan dok tambah semak dalam PAS...!!! semak yang kau tanam dulu pun dah cukup buat Parti PAS serabut je, ni kau nak tambah semak baru..?

Kau ni semak betul la...

Sultan Kelantan Jalani Rawatan Fisioterapi Di Istana

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra mula menjalani rawatan fisioterapi susulan di Istana Mahkota di sini sejak pulang dari Singapura Khamis lalu.
Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkata, ayahandanya akan menjalani rawatan tersebut selama 2 jam pada setiap petang.

“Dengan kemudahan yang disediakan, Baginda Sultan menjalani proses rawatan fisioterapi melalui bimbingan seorang pakar dari Hospital Raja Perempuan Zainab II.

“Rawatan tersebut akan diteruskan di Istana Mahkota sehingga Baginda Sultan kembali pulih sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rawatan berbentuk latihan fisioterapi itu membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal sebenar dengan tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang.

Sultan Ismail Petra pulang ke Kelantan setelah melalui rawatan selama lebih sembilan bulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Baginda yang mengalami masalah jantung dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 14 Mei tahun lalu dan menerima rawatan susulan di Singapura sejak 24 Mei tahun yang sama.
Tengku Muhammad Fakhry berkata, sejak kembali ke kediaman rasmi, Baginda Sultan semakin gembira dan akan dibawa keluar ke pekarangan istana setiap petang untuk menikmati keindahan kawasan persekitaran.

“Baginda Sultan sudah terlalu lama duduk di hospital sebab itu sejak kembali ke sini, Tuanku suka keluar ke halaman untuk melihat bunga dan burung peliharaan Baginda.

“Setiap hari juga ada Kerabat Diraja datang, begitu juga Pembesar-Pembesar Negeri melawat tuanku,” jelasnya.

*Gambar Ihsan Rizal Tahir

Woi Baca Ni...!!!

Aku siar balik tanpa edit...

Sumber - Iryu

Hi guy, aku ni brasal dari sabah.. ni nak share sum ting dgn korang...

Perna kah kamu myaksikan BN suap rakyat msa pilihan raya? x pernah kan...

Cuba kamu pergi sabah, BN adakan kempen undi dan sesiapa yg mgundi akan dibayar Rm50-Rm100. then, Bn menang majority di sabah sebab duit...

BUT PLZ IM SURE "kamu orang semenanjung x pcaya kata2 ni"

1) orang indonesia dan filipina yang masuk secara haram ke sabah akan dapat IC atau kad pgenalan taraf "bumiputera" skiranya mereka undi BN dan setia UMNO.

2) pduduk asli orang sabah ialah suku kaum kadazandusun sahaja, mereka tidak mengundi, tapi orang2 indon and filipin yang undi sbb mrk telah diberi keistimewaan (Kad pengenalan bumiputera) dan duit (mgundi)i... Sbaliknya orang indon dan filipin ni benci BN, tp psal IC dan duit punya psal, mrk buat apa ja.

3) jangan salah paham thadap pduduk sabah, nak salahkan "salahkan BN or UMNO" sbb mrk telah mggunakan teknik licik mereka msaukkan pendatang asing"

kata2 ni adalah benar bknnya rekaan... Mgkn kamu ingatkan BN di sabah layan rakyat dgn adil sbb tu BN slalu menang majority, TAPI itu tipu belaka geng, masa pilihan raya ja turun padang.
klau mo tau lah, stakat edar payung bn, topi bn, baju bn, bagi coke atau bagi kayu dan atap pada penduduk kampung. mereka terus mengundi BN... apa tak menang sbb ini lah kgemaran orang indon dan filipin

rakyat tak berfikiran ni adalah penduduk atau orang asal dari indonesia dan filipin (alien) BKNNYA PENDUDUK TEMPATAN.

pernah dengar PBS tak? Parti Bersatu Sabah.. Ini badan adalah yang tebaik di sabah yang berusaha memisahkan sabah dari Malaysia sbb:

1) kerajaan persekutuan telah mgambil sumber duit dan hasil dari Sabah utk pbangunan di semenanjung bknnya duit tu pergi ke tmpt yang sewajarnya.

2) PBS berusaha utk memajukan dan memisahkan sabah sebab nak mjadi negara yang independent seperti singapura. Tapi yg jelasnya, Sabah boleh mjadi lebih kaya dari segi ekonomi jika dibandingkan dengan semenanjung dan singapore.

3) Sabah sahaja tak termasuk Sarawak telah myumbang sbanyak 56% kepada sumber ekonomi Malaysia.

4) pjuang PBS "Pairin" telah ditahan ISA sbb dikhuatir oleh kerajaan Mlaysia akan hilang punca Ekonomi Malaysia. saki baki ahli PBS tlah dibeli dgn harga berjuta2 untuk masuk BN.. Then terbubarlah PBS.

5) Datuk Musaman "Menteri sabah" pandai, dia mpunyai duit bjuta-juta di bank switzerland".
anak2 lelaki beliau slalu bgadu antara 1 sama lain sbb "money$$$$". Duit rakyat dan pelan untuk rakyat lesap masuk dlm poket.. "BAGUS DIA MAMPUS"

PKR adalah badan yang betul2 ingin menolong rakyat. Dimana masyarakat malay, cina dan india bersatu dlm parti ni... ini baru dikatakan 1 malaysia.

Golongan Ahli dlm PKR ni adalah orang2 yg terdiri drpd orang yang berpendidikan tinggi, bpgalaman n pgetahuan tinggi. Yg PENTING "THEY ALWAYS THINK THE FACT"

GOVERNMENT ALWAYS COME OUT WITH STUPID AND NONSENSE STATEMENT AT TV3 OR NEWSPAPER ONCE THEIR SETBACK OR CARELESS ACTION SPREAD AMONG ALL OF US.... this thing cannot denied.... come on!!!! wake up

negara ni masih tak maju2 atas rasuah dan moral orang atas yang memerintah masih lembap, pikir keuntungan dan buat hal masing2. "berkerja untuk rakyat" hanyalah propaganda untuk mracuni pemikiran rakyat yang bodoh.

"KAMI BKN BODOH ADALAH KATA2 RAKYAT MALAYSIA YANG BEROTAK", "HIDUP UMNO IALAH ORANG YANG NAK MENEMPAH NAMA , TAK SEDAR DIRI DAN BEKERJA UNTUK KERAJAAN (DPT MANFAAT DARI SEGI CUTI LEBIH, BELI KERETA N RUMAH MURAH DAN LAIN) ". –NAJISSSSSS POLITIK-

Persoalannya, di manakah Bdn Pcegah Rasuah? bdn ni spatutnya berada dibawah PKR bkn bdn kerajaan sbb ADAT KERAJAAN ialah tolong-mnolong antara ahli2 nya dan jabatan2 nya..

Saturday, March 06, 2010

Seminar Royalti Dedah Banyak Kezaliman UMNO

Pagi tadi aku sempat lepak santai dekat Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan layan Seminar Royalti Petroleum: Dari Perspektif Undang-Undang .

Antara yang hadir sebagai Ahli Panel ialah Dr Shamrahayu (Pensyarah Undang-Undang UIAM), Dato' Wan Abd Muttalib Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu) dan Tuan Haji Hassan Ahmad (Bekas Bendahari Petronas) dan juga Puan Fahda Nor Ahmada Kamal(isteri kepada YB Yusmadi Ahli Parlimen Balik Pulau).

Program pagi tadi juga turut dihadiri oleh beberapa ADUN-ADUN dan Ahli-Ahli Parlimen PAS Kelantan nak sebut 1-1 tak dapat sebab ramai sangat. aku pulak tak berapa ingat. yang aku ingat Ahli Parlimen Pasir Putih YB Muhammad Hussin, Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Siti Zailah Muhd.Yussof, ADUN Salor YB Dato'Haji Husam Musa, ADUN Manek Urai YB Haji Mohd.Fauzi Abdullah...

Banyak perkara-perkara yang selama ni tersembunyi dari pengetahuan umum didedahkan oleh Ahli-Ahli Panel Seminar lebih-lebih lagi 2 daripada mereka pernah berada didalam Petronas sendiri dan juga pengamal Undang-Undang.

Tuan Haji Hassan dalam penerangannya menjelaskan dengan penuh detail sejarah berkaitan dengan penggubalan Akta PDA sehingga kepada termeterainya Perjanjian Penyerahan antara Negeri-Negeri dengan Petronas.

"Najib tu dulu-dulu kerja dia cuma PA kepada Tengku Razaleigh Hamzah, patutnya dia tahu dan paham apa yang Ku Li tegaskan sekarang tu betul atau tidak sebab sebagai PA, apa sahaja yang pergi kepada Ku Li, dia yang dapat dulu. tapi sekarang dia (Najib) dah jadi bodoh... yang betul ditidakkan, yang tak betul diiyakan"

"Semua tu atas dasar Politik dan bukannya atas dasar kebenaran".

"Hassan Merican pulak masa dalam flight (Jet Peribadi milik Petronas) dari Semenanjung ke Sarawak/Sabah pernah cerita pada saya masalah dia. katanya dia dapat arahan direct dari Kerajaan Pusat supaya hentikan pembayaran Royalti Minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2000 selepas Parti PAS berjaya ambil alih Kerajaan Terengganu".

"Kata Hassan Merican pada saya (Haji Hassan), saya (Hassan Merican) serba salah... kita (Petronas) ada Perjanjian dengan Negeri-Negeri dan itu adalah Amanah dan Tanggungjawab yang mesti saya pikul dan tunaikan dengan jujur dan adil".

"Kalau saya langgar arahan pihak atasan (Kerajaan Pusat), hari ini kita (Petronas) bayar, esok saya kena hantar surat letak jawatan atau terima perlucutan jawatan saya serta-merta. kalau saya ikut arahan atasan (Kerajaan Pusat), saya tidak amanah pada tanggungjawab saya".

"Tapi saya ada banyak kerja yang perlu saya teruskan untuk perkembangan industri Minyak di Malaysia dalam Petronas".
"Itu yang Hassan Merican luahkan pada saya dalam penerbangan tersebut. seterusnya Hassan Merican terpaksa mengikut arahan Kerajaan Pusat demi meneruskan perkembangan industri Minyak Petronas yang telah banyak dirancang dan dalam masa yang sama, banyak juga arahan-arahan atau keputusan-keputusan lain yang dibuat oleh Hassan Merican mula tidak sehaluan dengan kehendak Kerajaan Pusat".

Itu antara yang didedahkan oleh Tuan Haji Hassan selaku Bekas Bendahari Petronas.

Lain-lain Ahli Panel pula mengupas isu Royalti Minyak dari sudut Perundangan dan secara jelas dinyatakan bahawa tidak ada cara untuk Petronas tidak membayar Royalti Minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat pula tidak ada hak untuk menghalang pembayaran tersebut kerana semuanya telah jelas didalam Perjanjian yang ditandatangani oleh ke 2-2 pihak (Petronas dan Kerajaan Negeri).

Secara kasar pemerhatian aku dan jugak pertimbangan aku dalam hal Royalti Minyak Kelantan ni (campur dengan sentimen aku anak jati Kelantan... hahaha), kot mana-manapun KERAjaan Pusat atau Petronas WAJIB bayar Royalti Minyak pada Kerajaan Kelantan.

Setakat ni hampir semua individu yang terlibat dalam penubuhan Petronas, penggubalan Akta PDA dan juga Perjanjian Petroleum termasuk pakar Undang-Undang yang terlibat secara langsung dalam urusan Petroleum ni setuju dan bersama dengan Kerajaan Kelantan dalam hal ni.

Tun Salleh Abbas, Tuan Haji Hassan Ahmad, Tengku Razaleigh Hamzah, Nik Syaghir Nik Mohammad semua individu-individu ni adalah mereka-mereka yang berada on-board masa Petronas ditubuhkan dan masa Akta 1974 dan juga Perjanjian 1975 dimeterai.

Nak cakap apa lagi..? yang dok bising-bising cakap Kelantan tak layak pulak paling tinggi pun setakat PA kepada Tengku Razaleigh Hamzah. tu pun tak reti nak cakap sendiri. setakat passing-passing "baton" dekat pencacai bawahan.

Pencacai bawahan pulak semuanya geng-geng "Penderhaka" rakyat kepada Negeri Kelantan. semua gila nak jadi MB Kelantan "kununnya". Brahim Ali, Stopa Muhamed, Awang Adek (Bekas Bakal Menteri Besar Kelantan).

Elok sangat. PRU-13 nanti semua kambing-kambing ni akan di korbankan melalui undi rakyat. rakyat pilih kau jadi wakil kepada rakyat, kau pulak meroyan jadi wakil kepada parti.tunggu je rakyat humban korang dalam parit dengan parti-parti kau sekali.
18hb. March, 2010 ni GEGAR akan gegarkan Terengganu pulak. insya-Allah Ku Li akan bersama diatas pentas Ceramah Perdana Isu Royalti Minyak di Kuala Terengganu nanti. Tun Salleh Abbas jugak dengar khabar akan hadir kalau dia sihat Insya-Allah.

Menteri Besar Terengganu Mat Said..? tunggu je kalau-kalau ada kejutan. yang pasti, Mat Said pun sedang menuntut pembayaran Royalti yang ditarik balik. ni kalau tak kena gaya, Sabah dan Sarawak akan bersama dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

Kalau Perjanjian dengan Terengganu dan Kelantan senang-senang je KERAjaan Pusat tarik balik tanpa alasan yang kukuh, tak mustahil Sabah dan Sarawak akan terima nasib yang sama kalau KERAjaan Pusat dah tersepit.

Ingat... anjing kalau dah tersepit...