"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Sunday, September 19, 2010
"Allahu Akhbar" Ganti "Daulat Tuanku" - Sultan kelantan
Alhamdulillah, sepertimana yang dijangkakan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13hb. September, 2010 (Masihi) bersamaan dengan 4hb. Syawal, 1431 (Hijrah) tanpa apa-apa gangguan.
Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah segera berangkat ke masjid kesayangan Baginda, Masjid Muhammadi, untuk menunaikan sujud syukur dan seterusnya bersembahyang Asar bersama-sama rakyat jelata.
Pada hari Jumaat 17hb. September, 2010 pula, Tuanku Muhammad Faris Petra, dengan diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, menunaikan sembahyang Jumaat dan sembahyang Hajat di Masjid Muhammadi.

Selaras dengan jiwa keIslaman Baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra, yang bakal bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bakal bersemayam di Istana Negeri, akan memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam pemerintahan Baginda.
Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan).
Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak.
Sebenarnya beberapa lagi pembaharuan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra demi ketinggian syiar Islam dan demi kebaikan rakyat jelata, lihat dan tunggulah pengumuman-pengumuman mengenainya nanti.
Berikut dilampirkan pindaan kedua (sila klik disini untuk lampiran) yang telah dibuat ke atas Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) mengenai pemeliharaan taraf dan kedudukan ayahanda dan bonda Tuanku Muhammad Faris Petra.
Mengikut perancangan, butiran mengenai pindaan ini sepatutnya diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Istana Negeri pada 13 September 2010 sepertimana diumumkan sebelum ini.
Apa pun, beliau telah mengumumkannya di dalam sidang media beliau di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada 15 September 2010 jadi diharap tiada lagi apa-apa kekeliruan yang timbul, sama ada secara sengaja atau tidak, mengenainya.
Allahu Akbar.
(Peringatan: Gelaran Sultan Muhammad Ke-V kepada Tuanku Muhammad Faris Petra hanya akan berkuat kuasa dan boleh digunakan setelah pewartaan mengenainya selamat dibuat).
Sumber - The Kelantan Insider

Saturday, September 18, 2010
Wartawan & Ulama' 1 Tujuan - TGNA
Tugas yang dipikul oleh dua golongan iaitu Ulamak dan Wartawan adalah sama dan kedua-duanya akan dipersoalkan di Akhirat nanti, Cuma caranya berbeza, demikian dijelaskan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan para petugas media dalam majlis Dialog Menteri Besar bersama Wartawan malam tadi bertempat di salah sebuah hotel di sini.Seramai 30 wartawan dari pelbagai media hadir dalam majlis tersebut.
Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa dua golongan ini mempunyai cara penyampaian ilmu kepada masyarakat dan masyarakat akan menerimanya.
Beliau juga menegaskan kedua-dua kumpulan ini juga mempunyai golongan yang jahat iaitu wartawan dikenali sebagai Wartawan Upahan dan Ulamak pula dikenali sebagai Ulamak Palsu dan mereka inilah yang merosakan masyarakat dengan cara penyampaian masing-masing.”
Turut hadir ialah Pengarah beberapa Urusetia Kerajaan lantikan Politik seperti, Urusetia Penerangan Abdul Rahman Yunus, Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Zainiah Abdul Halim, Pengarah Tabung Tok Kenali Mohd Khir Zahari, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat Dr. Hj. Nazmi bin Hj Ghazali Azmi dan Ketua Pengelola Halaqat Negeri Abdullah Razak
Nik Aziz berkata Wartawan menggunakan tulisan dan ulamak pula melalui ceramah, mengajar maupun menyertai politik dan wartawan bergerak selari dengan golongan ulamak iaitu menyampaikan apa yang disebut oleh ulamak dan sekiranya penyampaiannya salah, masyarakat yang akan menerima kesannya.
“Ulamak lahir semenjak zaman Nabi manakalah wartawan lahir di zaman eropah dan ada yang mengatakan dari China, namun tugas dua golongan ini adalah sama dan golongan ini akan dipersoalkan di Akhirat nanti akan setiap perbuatan dan penulisan yang mereka lakukan di dunia ini”katanya lagi.
Beliau juga berharap wartawan masa kini dapat membuat keputusan sendiri dalam membuat laporan berita dan dalam konteks negara Malaysia, banyak media arus perdana tidak melaporkan perkara yang sebenar terutamanya apabila berkaitan dua kumpulan besar iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
“Kita lihat di negara kita kini, media arus perdana begitu takut untuk melaporkan perkara sebenar, oleh itu saya rasa wartawan yang hadir malam ni kena fikir balik dan jangan lagi duduk dalam akhbar yang bersekongkol dengan pemimpin yang rasuah dan politik dunia semata-mata”ujar beliau lagi.
Di majlis tersebut juga Menteri Besar membuat perbandingan dua akhbar arus perdana di mana ada yang hanya menyiarkan berita dari pihak kerajaan pusat sahaja dan satu lagi menyiarkan bagi kedua-dua pihak dan rakyat Kelantan kini semakin kurang memilih akhbar yang hanya berpihak kepada satu pihak sahaja.
Semasa sessi dialog dibuka, wakil akhbar Utusan Malaysia, Sinar Harian, Bernama, Harakah , Sin Chew Daily dan Astro Awani mengambil bahagian untuk bertanyakan pelbagai isu dan dijawab mesra oleh Menteri Besar.
Di antara isu yang dibangkitkan ialah ada akhbar arus perdana yang seolah-olah dipinggirkan dalam program Menteri Besar dan kesukaran mendapat maklumat tepat dari pihak kerajaan negeri dalam pelbagai isu.
Nik Aziz ketika menjawa persoalan tersebut berkata mereka bukannya dipinggirkan tetapi mereka sendiri yang menjauhkan diri dari berhadapan dengan kenyataan yang sebenar.
“ Saya tahu wartawan ni pada hakikatnya menulis apa yang dilihat sendiri tetapi maklumlah bila kerja dengan akhbar milik Pusat, apa yang dibuat oleh kita serba tak kena dan susahlah mereka nak laporkan perkara sebenar, saya rasa cukuplah kerja dengan mereka ni , buat kerja secara jujurlah sebab di akhirat nanti akan ditanya semua ni”katanya lagi.
Sumber - GegarKelantan.net

Friday, September 17, 2010
Apabila Tuanku Sultan Mengangkat Ulama Ditempat Sepatutnya...
Tengok gambar je lah... mesti korang boleh paham... kecuali kalau hati tu dah gelap...

Daulat Tuanku..!
Daulat Tuanku..!
Daulat Tuanku..!
Allahu Akbar...!!!
Allahu Akbar...!!!
Allahu Akbar...!!!
Daulat Tuanku..!
Daulat Tuanku..!
Allahu Akbar...!!!
Allahu Akbar...!!!
Allahu Akbar...!!!

Thursday, September 16, 2010
Kemaskini: 1,110 Keping Dirham Terjual Dalam Masa Hanya 2 Jam..!

Majlis yang turut dihadiri oleh ADUN Limbungan Drs.Zainuddin bin Awang Hamat, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan yang juga ADUN Salor Dato' Paduka Haji Husam Musa, Ahli Parlimen Pasir Putih Haji Muhammad bin Husin dan juga Tuan Guru Menteri Besar Kelantan Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tiba sedikit lewat kerana memenuhi undangan menghadiri majlis 1 pernikahan sebelumnya.
Majlis Aidilfitri dan juga Pelancaran Dana Pembangunan Maahad Saniah, Pasir Putih siang tadi menjadi lebih menarik apabila pihak pengurusan Maahad Saniah mengambil keputusan untuk menjadikan Dirham Perak Kelantan sebagai tarikan utama kepada para pengunjung membeli sambil menyumbang kepada Dana Pembangunan tersebut.
Lelongan awal Dirham bernilai RM50 bagi 1 Dirham yang mana baki nilainya akan dimasukkan kedalam Tabung Dana Pembangunan Maahad Saniah berjaya dijual sebanyak hampir 100 Dirham manakala selebihnya pula berjaya dijual dengan harga antara RM20 sehingga RM18 bagi 1 Dirham.
Dalam majlis yang sama juga, sepasang pengantin baru dari Pasir Putih, Kelantan juga telah bermurah hati mendermakan Mas Kahwin mereka sebanyak 2 Dinar kepada Tabung Dana Pembangunan Maahad Saniah manakala seorang anak Kelantan yang bekerja di Kuala Lumpur dan pulang berhari raya pula telah mencatat sejarah (mungkin sejarah dunia) sebagai pembeli Dirham terbanyak berjumlah lebih dari 200 Dirham dan kesemua Dirham tersebut telah didermakan ke Tabung Dana Maahad Saniah.
Sertai Sahabat Facebook Dato' Paduka Haji Husam Musa di - Official Supporters Page of Husam Musa
Sumber - :: Husam Musa ::

Dulu "Kondem". Hari Ni - Cutiii...!!!
Aku harap, mereka-mereka dinamanya tersenarai dekat bawah ni berada di pejabat atau tempat kerja masing-masing hari ni... kalau ada mana-mana yang tersenarai dekat bawah ni yang ikut sama bercuti, memang dia tu Super Samdol...
Kenyataan-kenyataan mereka-mereka ni kita kutip dari arkib berita... sama-sama kita hayati kenyataan-kenyataan kaki-kaki kondem yang gua yakin ikut sama bercuti hari ni... Samdol...!!!
1- ARKIB UTUSAN: 02/09/2008 - Cuti 16 September tidak wajar dipolitikkan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ketika dihubungi berkata, cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos. ”Lagi pun negara ini sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, bagi saya memadai dengan cuti 31 Ogos,” katanya. Jelas beliau, pemberian cuti umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja dan ia sudah memadai dengan cuti umum yang sedia ada.
2 - ARKIB UTUSAN: ruangan SMS - 04/09/2008.
JANGAN pengaruhi kami yang berpendapatan rendah ini dengan ‘agenda’ anda. Anwar, 16 September adalah hari mencari rezeki, cukuplah dengan cuti umum 31 Ogos.
BOSAN, KENAPA pula kelepasan am pada 16 September? Kalau semua sudah cuti siapa yang akan hadir majlis ‘angkat sumpah’ PM baru kononnya? - HAMID JB
SAYA harap lenyapkan angan- angan hendak jadikan 16 September cuti umum. Mungkin ramai yang setuju dapat cuti tambahan terutama bagi pekerja sektor awam dan swasta. Buat apalah beria-ia sangat mahu membazir masa - 0199919XXX
SAYA amat setuju dengan penulis Zaini Hasan di ruangan Cuit Utusan Malaysia semalam. Isunya I0 September, bukan I6 September. Ramai orang cuba melupakannya. Jangan lupa kata pepatah, pelanduk yang lupakan jerat tapi jerat tak lupa pelanduk - 0194434XXX
TINDAKAN Nik Aziz menyokong cuti pada 16 September amat memalukan, tidak ubah seperti lalang ditiup angin - MAN ENDA
NAMA pun pembangkang. Apa yang kerajaan BN buat semuanya tak betul! Jadilah pembangkang yang berkarisma seperti Tan Chee Koon, Lee Lam Thye dan Asri Muda.
3- ARKIB: 04/09/2008 – Cuti 16 September hanya muslihat Anwar.
KUALA LUMPUR 3 Sept. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk membeli ‘perasaan’ rakyat Sabah dan Sarawak.
Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya.
Beliau bagaimanapun yakin rakyat Sabah dan Sarawak matang untuk menilai perilaku Anwar yang disifatkannya sebagai semakin terdesak dalam usahanya menarik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang.
”Anwar telah berjanji kepada rakyat bahawa dia akan membentuk kerajaan baru pada 16 September dan secara tiba-tiba juga mahu menjadikan tarikh ini sebagai cuti umum. ”Ini semua muslihat Anwar, dia memang bijak untuk memikat hati rakyat, tetapi dia lupa yang rakyat kini semakin matang dan mereka tidak mudah ditipu dengan sebarang fakta yang tidak berasas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan Anwar supaya pimpinan pembangkang di lima buah negeri mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum. Anwar berkata, cuti umum itu wajar kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah sama seperti 31 Ogos.
Vui Keong berkata, sejak 45 tahun lalu, rakyat Sabah dan Sarawak telah dapat menerima tarikh 31 Ogos sebagai satu-satunya tarikh kemerdekaan negara.
4 - ARKIB: 03/09/2008 – Anwar ‘terlalu teruja’ tarikh 16 September (oleh lidah pengarang Utusan)
Apabila pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berakhir pada 26 Ogos lalu dan disusuli dengan majlis angkat sumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dua hari kemudian, ramai yang berpendapat maka redalah sedikit arena politik negara.
Mereka ingin melupakan seketika soal politik, tetapi malang sekali, ketika kita berada dalam bulan penuh keberkatan ini masih ada pemimpin politik yang terus berpolitik 24 jam.
Ini jelas apabila Anwar secara tiba-tiba mencadangkan supaya lima negeri yang kini dikuasai pembangkang menjadikan 16 September sebagai cuti umum – kononnya atas alasan, ia hari bersejarah memandangkan hari penubuhan Malaysia. Sebenarnya, Anwar dan 16 September tidak boleh dipisahkan.
Oleh itu sempena Ramadan, Anwar tidak mahu rakyat lupa tarikh tersebut, beliau mahu rakyat sentiasa ingat bahawa 16 September ada impian pembangkang yang harus dilunaskan. Anwar benar-benar teruja dengan 16 September, beliau sudah tidak sabar lagi untuk ke Putrajaya biar apa cara politik sekalipun.
Justeru bagi mengelakkan rakyat terlupa, Anwar secara tiba-tiba mengemukakan cadangan mengenai cuti umum itu, kononnya atas alasan “kita mahu membuktikan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak mahu menipu sejarah. Tarikh (16 September) ini merupakan hari yang amat bersejarah.”
Persoalannya siapakah yang menipu rakyat? Selama ini kerajaan tidak pernah menipu rakyat mengenai tarikh 16 September.
Tarikh berkenaan sejak turun temurun lagi amat difahami oleh rakyat Malaysia sebagai
tarikh penubuhan Malaysia, malah setiap tahun, tarikh itu pasti akan dikenang terutama oleh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana ia juga adalah hari ulang tahun pasukan tersebut.
Anwar sengaja terus membangkitkan soal 16 September kerana merasakan kedudukan politik pembangkang semakin tergugat apabila Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lalu mendapat respons yang positif daripada rakyat.
Anwar memahami memberi cuti adalah cara terbaik untuk mengambil hati rakyat. Apa yang penting melalui pendekatan memberi cuti ini pembangkang akan menjadi popular.
5 - ARKIB : 03/09/2008 – Shabery anggap Pas hipokrit.
KUALA LUMPUR 2 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan tidak seharusnya bersikap hipokrit apabila hendak menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan Kelantan setuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai cuti umum.
Ahmad Shabery berkata, adakah dengan sekadar mempertikaikan tarikh tersebut sebagai cuti umum, kesilapan masa lampau Pas Kelantan yang menentang usaha Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin terdahulu dapat dilupakan begitu sahaja.
Katanya adakah orang seperti Tunku Abdul Rahman tidak cukup semangat Malaysianya hanya kerana tidak mengisytiharkan cuti pada masa tersebut.
6 - ARKIB ruangan SMS – Utusan : 03/09/2008.
019-292XXXX - PAKATAN Rakyat ingin menyerlahkan kepada dunia betapa jahilnya mereka
dalam menilai sejarah negara dan jati diri nasional, lantaran mahu memberi cuti umum pada 16 September.
DEN GOMBAK - 16 SEPTEMBER, cuti atau tidak tidak penting. Untuk perpaduan negara,
adakah baik kita ada dua perayaan kemerdekaan? Kenapa masa menjadi TPM tidak cadangkan? Anehnya negeri Semenanjung yang hendak cuti!
013-936XXXX - ADALAH lebih baik Anwar Ibrahim ‘beri’ cuti sepanjang tahun. Ini lebih baik, tidak payahlah cuti runcit-runcit.
Kenyataan-kenyataan mereka-mereka ni kita kutip dari arkib berita... sama-sama kita hayati kenyataan-kenyataan kaki-kaki kondem yang gua yakin ikut sama bercuti hari ni... Samdol...!!!
1- ARKIB UTUSAN: 02/09/2008 - Cuti 16 September tidak wajar dipolitikkan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ketika dihubungi berkata, cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos. ”Lagi pun negara ini sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, bagi saya memadai dengan cuti 31 Ogos,” katanya. Jelas beliau, pemberian cuti umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja dan ia sudah memadai dengan cuti umum yang sedia ada.2 - ARKIB UTUSAN: ruangan SMS - 04/09/2008.
JANGAN pengaruhi kami yang berpendapatan rendah ini dengan ‘agenda’ anda. Anwar, 16 September adalah hari mencari rezeki, cukuplah dengan cuti umum 31 Ogos.
BOSAN, KENAPA pula kelepasan am pada 16 September? Kalau semua sudah cuti siapa yang akan hadir majlis ‘angkat sumpah’ PM baru kononnya? - HAMID JB
SAYA harap lenyapkan angan- angan hendak jadikan 16 September cuti umum. Mungkin ramai yang setuju dapat cuti tambahan terutama bagi pekerja sektor awam dan swasta. Buat apalah beria-ia sangat mahu membazir masa - 0199919XXXSAYA amat setuju dengan penulis Zaini Hasan di ruangan Cuit Utusan Malaysia semalam. Isunya I0 September, bukan I6 September. Ramai orang cuba melupakannya. Jangan lupa kata pepatah, pelanduk yang lupakan jerat tapi jerat tak lupa pelanduk - 0194434XXX
TINDAKAN Nik Aziz menyokong cuti pada 16 September amat memalukan, tidak ubah seperti lalang ditiup angin - MAN ENDA
NAMA pun pembangkang. Apa yang kerajaan BN buat semuanya tak betul! Jadilah pembangkang yang berkarisma seperti Tan Chee Koon, Lee Lam Thye dan Asri Muda.
3- ARKIB: 04/09/2008 – Cuti 16 September hanya muslihat Anwar.
KUALA LUMPUR 3 Sept. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk membeli ‘perasaan’ rakyat Sabah dan Sarawak.
Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya.Beliau bagaimanapun yakin rakyat Sabah dan Sarawak matang untuk menilai perilaku Anwar yang disifatkannya sebagai semakin terdesak dalam usahanya menarik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang.
”Anwar telah berjanji kepada rakyat bahawa dia akan membentuk kerajaan baru pada 16 September dan secara tiba-tiba juga mahu menjadikan tarikh ini sebagai cuti umum. ”Ini semua muslihat Anwar, dia memang bijak untuk memikat hati rakyat, tetapi dia lupa yang rakyat kini semakin matang dan mereka tidak mudah ditipu dengan sebarang fakta yang tidak berasas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan Anwar supaya pimpinan pembangkang di lima buah negeri mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum. Anwar berkata, cuti umum itu wajar kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah sama seperti 31 Ogos.
Vui Keong berkata, sejak 45 tahun lalu, rakyat Sabah dan Sarawak telah dapat menerima tarikh 31 Ogos sebagai satu-satunya tarikh kemerdekaan negara.
4 - ARKIB: 03/09/2008 – Anwar ‘terlalu teruja’ tarikh 16 September (oleh lidah pengarang Utusan)
Apabila pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berakhir pada 26 Ogos lalu dan disusuli dengan majlis angkat sumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dua hari kemudian, ramai yang berpendapat maka redalah sedikit arena politik negara.
Mereka ingin melupakan seketika soal politik, tetapi malang sekali, ketika kita berada dalam bulan penuh keberkatan ini masih ada pemimpin politik yang terus berpolitik 24 jam.
Ini jelas apabila Anwar secara tiba-tiba mencadangkan supaya lima negeri yang kini dikuasai pembangkang menjadikan 16 September sebagai cuti umum – kononnya atas alasan, ia hari bersejarah memandangkan hari penubuhan Malaysia. Sebenarnya, Anwar dan 16 September tidak boleh dipisahkan.
Oleh itu sempena Ramadan, Anwar tidak mahu rakyat lupa tarikh tersebut, beliau mahu rakyat sentiasa ingat bahawa 16 September ada impian pembangkang yang harus dilunaskan. Anwar benar-benar teruja dengan 16 September, beliau sudah tidak sabar lagi untuk ke Putrajaya biar apa cara politik sekalipun.
Justeru bagi mengelakkan rakyat terlupa, Anwar secara tiba-tiba mengemukakan cadangan mengenai cuti umum itu, kononnya atas alasan “kita mahu membuktikan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak mahu menipu sejarah. Tarikh (16 September) ini merupakan hari yang amat bersejarah.”
Persoalannya siapakah yang menipu rakyat? Selama ini kerajaan tidak pernah menipu rakyat mengenai tarikh 16 September.
Tarikh berkenaan sejak turun temurun lagi amat difahami oleh rakyat Malaysia sebagai
tarikh penubuhan Malaysia, malah setiap tahun, tarikh itu pasti akan dikenang terutama oleh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana ia juga adalah hari ulang tahun pasukan tersebut.
Anwar sengaja terus membangkitkan soal 16 September kerana merasakan kedudukan politik pembangkang semakin tergugat apabila Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lalu mendapat respons yang positif daripada rakyat.
Anwar memahami memberi cuti adalah cara terbaik untuk mengambil hati rakyat. Apa yang penting melalui pendekatan memberi cuti ini pembangkang akan menjadi popular.
5 - ARKIB : 03/09/2008 – Shabery anggap Pas hipokrit.
KUALA LUMPUR 2 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan tidak seharusnya bersikap hipokrit apabila hendak menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan Kelantan setuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai cuti umum.
Ahmad Shabery berkata, adakah dengan sekadar mempertikaikan tarikh tersebut sebagai cuti umum, kesilapan masa lampau Pas Kelantan yang menentang usaha Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin terdahulu dapat dilupakan begitu sahaja.
Katanya adakah orang seperti Tunku Abdul Rahman tidak cukup semangat Malaysianya hanya kerana tidak mengisytiharkan cuti pada masa tersebut.
6 - ARKIB ruangan SMS – Utusan : 03/09/2008.
019-292XXXX - PAKATAN Rakyat ingin menyerlahkan kepada dunia betapa jahilnya mereka
dalam menilai sejarah negara dan jati diri nasional, lantaran mahu memberi cuti umum pada 16 September.
DEN GOMBAK - 16 SEPTEMBER, cuti atau tidak tidak penting. Untuk perpaduan negara,
adakah baik kita ada dua perayaan kemerdekaan? Kenapa masa menjadi TPM tidak cadangkan? Anehnya negeri Semenanjung yang hendak cuti!
013-936XXXX - ADALAH lebih baik Anwar Ibrahim ‘beri’ cuti sepanjang tahun. Ini lebih baik, tidak payahlah cuti runcit-runcit.
ARKIB UTUSAN : 02/09/2008 – Anwar cadang 16 Sept. cuti umum (Idea asal penubuhan hari Malaysia)
BUTTERWORTH 1 Sept. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya pimpinan pembangkang di lima negeri yang dikuasai pakatan pembangkang mengisytiharkan 16 September ini sebagai cuti umum.
Beliau berkata, cuti umum itu wajar kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah, sama seperti 31 Ogos. ”Kita mahu membuktikan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak mahu menipu sejarah. Tarikh (16 September) ini merupakan hari yang amat bersejarah.
”Jadi, kita harap lima negeri yang kita kuasai sekarang boleh diberi cuti umum pada 16 September ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran sempena kemenangannya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di tapak Ekspo Seberang Jaya di sini malam tadi.
Turut hadir ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pesuruhjaya Pas negeri, Saleh Man. Kit Siang yang turut berucap pada majlis itu mencadangkan perkara yang sama.

"Sambutan" Hari Malaysia Yang Ke-2
Hari ni 16hb. September, 2010... Negara Malaysia hari ini menyambut ulang tahun penubuhan Negara Malaysia yang ke 47 tetapi rakyat Malaysia menyambutnya bagi kali yang ke-2. kali pertama ialah pada tahun lepas dan tanpa kita sedar sebelumnya, 45 tahun rakyat Negara Malaysia telah ditipu oleh KERAjaan pemerintah dan disajikan dengan hari kemerdekaan 31hb. Ogos setiap tahun.Rakyat dari Sabah dan Sarawak selama 45 tahun menjadi bodoh tidak tahu sejarah Negeri masing-masing. sangka mereka, Sabah dan Sarawak sedia berada dalam Malaya sebaik saja Malaya Merdeka pada 31hb. Ogos, 1957. jadi... semua orang menyanyikan lagu arwah Sudirman beramai-ramai ambil berpegang tangan dalam keadaan bodoh sebodoh bodohnya.
Pakcik-pakcik dari Sabah dan Sarawak yang dulunya duduk dihulu-hulu kampung dikawasan pedalam Sabah dan Sarawak akan tergaru-garu kepala yang tak pening sebab keliru dengan apa kejadah sambutan yang sedang berlaku didepan mata mereka.
Sebabnya selama ini mereka mungkin tak pernah tahu apa itu hari Malaysia atau hari penubuhan Negara Malaysia... yang mereka tahu cuma hari Merdeka. kibar, kibar bendera, lepas tu jerit kuat-kuat - Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..! persis Tunku Abduk Rahman...
Kawan aku yang duduk dekat Sibu, Sarawak baru je lepas talipon aku kelmarin bertanyakan apa itu Hari Malaysia... umur kawan tu sekarang 28 tahun, dah berumahtangga dan ada 3 orang cahayamata. katanya seumur hidup dia, baru minggu ni dia dengar "hari Malaysia". masa duduk dekat sekolah dulu dan masa duduk dalam Universiti dulu dia tak pernah tau apa itu "Hari Malaysia".
Katanya mata pelajaran Sejarah ada jugak cerita sikit pasal hari penubuhan Negara Malaysia, tapi tak detail macam yang dia baru dengar sekarang. subjek tu cuma sebut - Malaya tukar jadi Malaysia pada 16hb. September bla bla bla tapi tak detail. aku pun tak reti nak terang sebab apa sebab aku tak mengaji Universiti.
Lain-lain bab sejarah Hari Malaysia aku malas nak sembang sebab akan sakitkan hati banyak pihak terutamanya geng-geng UMNO/BN yang tak kan mengaku kerja mereka menafikan Sabah dan Sarawak dalam penubuhan Negara Malaysia selama ni.

16hb. September 2 tahun dulu jugak DSAI "menipu" rakyat Malaysia dengan agenda "tukar KERAjaan"nya tapi tak makbul atas sebab-sebab tertentu. sampai hari ni, geng-geng puak UMNO masih tak puas hati dengan DSAI sebab agenda tukar KERAjaannya gagal. sampai hari ni jugak aku dok heran, sebab apa geng-geng puaka UMNO sakit hati sangat bila KERAjaan tak jadi bertukar masa 16hb. September. korang ni sokong KERAjaan ke Anti KERAjaan..?
Kalau sokong, mesti la korang seronok, yang nak marah sangat tu sebab apa..? sewel..?
Habis bab 16hb. September tak jadi tukar KERAjaan. hari ni kita masih berada di bawah pemerintahan KERAjaan yang sama... KERAjaan yang sewel dengan barisan pemerintah yang super sewel...
Ni nak cerita bab lain dalam hal yang sama...
Nak cerita pasal Negara jiran kita Singapura dan jugak Brunei. kompom ramai yang sakit hati lebih-lebih lagi kalau cerita pasal Singapura. orang UMNO cukup benci dekat Singapura sebab yang perintah Singapura ialah Cina dan bukannya Super MeLAYU. gila...
Cool down kejap... pergi dekat Brunei dulu. Ini fakta dan bukannya FUCKTA.
Brunei pada hari ni dan saat ini berada berpuluh-puluh tahun dihadapan Malaysia. pembangunan dari sudut infrastruktur dan kerohanian adalah seimbang. orang kaya dengan orang miskin duduk dan berdiri sama level.
10 tahun lepas aku pernah pergi ke Brunei. hari ke-2 aku di Brunei, aku ikut 1 rombongan orang kenamaan Brunei dalam program pembahagian bantuan kepada golongan berpendapatan rendah. sebelum pergi jumpa penerima bantuan aku dok terbayang pakcik tua yang miskin daif duduk dalam rumah ala-ala reban ayam, pakai kain sarung, makan tak tentu hala dan uzur.
Tapi bayangan aku silap. sampai-sampai dekat rumah penerima bantuan, rumahnya rumah batu kelengkapan semua cukup dan ada 3 bijik kereta. itu taraf kehidupan golongan berpendapatan rendah di Brunei Darussalam. kalau korang tak percaya, korang boleh pergi jenguk sendiri.
Apa yang berlaku di Brunei hari ini tak mungkin berlaku hari ini sekiranya Brunei ikut sama menyertai Malaysia 47 tahun dulu. nasib penduduk Negara Brunei sangat-sangat baik kerana dari awal lagi menolak pinangan pemerintah Negara Malaysia untuk bersama-sama berada dalam Negara Malaysia.
Akhirnya setelah 47 tahun, Negara Brunei menjadi Negara berdaulat yang kecil tetapi kaya raya dengan hasil buminya yang melimpah ruah hasil dari pemerintahan adil yang berlandaskan kepada Al-Qur'an dan Sunnah.Negara Malaysia..? masih ditakuk lama... kalau cakap dengan orang UMNO, susah nak paham... pasti akan terpacul ayat - "Brunei memang la... Negara dia kecik, hasil bumi dia banyak..!"... setakat tu je lah pemikiran super MeLAYU. tak leh pegi jauh dah...
Singapura.
Seboleh-bolehnya KERAjaan UMNO cuba untuk memburuk-burukkan Singapura pada tahap yang terbaik sekali (kalau boleh, sebut "Singapura" je orang Malaysia terus muntah 7 minggu..!)...
Aku cuba-cuba dok carik sebab apa geng-geng Super MeLAYU sepanjang masa dok bantai Singapura je... segala yang busuk itu datangnya dari Singapura. Melayu Singapura terpinggir.
Hujah yang paling akku tak boleh terima ialah - "Melayu Singapura terpinggir". beb... pada aku la... Melayu dekat Singapura tu cuma Minoriti dan Majoriti dekat Singapura ialah Cina. apa kau gila sangat nak bising-bising hal ni..? adat la beb... kalau dah minoriti, kena la duduk dekat belakang majoriti.
Kalau nak pakai hujah Melayu Singapura terpinggir ni dalam Parlimen, yang dapat undi sikit dalam PRU pun boleh bentuk Kerajaan Pusat la kalau macam tu..! aperla punya sengal UMNO ni..!
Dalam Sains pun ada ajar benda alah macam ni beb, kalau sel darah putih lagi banyak dari sel darah merah, mestilah sel darah putih jadi leader, penyakit AIDS sambar la... ini kira-kira paling mudah yag orang UMNO tak pas sampai sekarang.
Pada aku la... Singapura dan jugak Brunei mengambil langkah bijak tidak bersama dalam Negara Malaysia sebab kalau ke 2-2 Negara ni berada dalam Negara Malaysia, Brunei dan jugak Singapura tak kan berada pada tahap yang mereka berada sekarang.
Malaysia selepas 47 tahun..? Malaysia selepas 53 tahun..?
Dengan Negara kecik "bekas" Persekutuan Malaya pun takut... makin lama Malaysia Merdeka, makin hilang kuasa... sebab apa..?
Pemerintah yang gagal segagal gagalnya..!
*tajuk diatas diambil sempena "Sambutan Hari Malaysia Yang Ke-2". Ulang tahun Hari Malaysia kali ini ialah yang ke 47.

Wednesday, September 15, 2010
Pembunuhan Susilawati: Ulasan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan
1. Saya mengucapkan takizah kepada keluarga Allahyarham Datuk Sosialawati Lawiya, jutawan kosmetik yang telah dibunuh dengan kejam bersama pemandu, pegawai bank dan peguamnya. Dari jauh, saya harapkan supaya keluarga mereka semua dapat bersabar dengan ujian Allah SWT ini ditambah pula ia berlaku pada saat umat Islam sedang bersedia menyambut Hari Raya Idulfitiri.
2. Sesungguhnya, tidak ada sesiapa yang boleh menerima perbuatan seorang manusia boleh membunuh orang lain kerana nyawa seorang manusia itu tidak dimiliki oleh sesiapa pun hatta dirinya sendiri. Justeru, Islam melarang membunuh diri kerana nyawa bukan milik manusia. Perbuatan sekejam ini berpunca daripada tidak wujudnya rasa malu dan aib di hati pembunuh. Sedangkan perasaan malu dan aib inilah yang merupakan jentera keselamatan yang boleh mengawal diri manusia daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan mudharat samada kepada diri atau orang lain. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu tidak malu, buatlah apa yang kamu kehendaki” – hadis riwayat Imam Bukhari.
3. Selain itu, saya menggesa kepada pihak pimpinan negara untuk sentiasa menghebahkan peringatan agar rakyat bertaqwa dan gerun kepada Allah SWT. Perlu diingatkan sentiasa agar rakyat merasa gerun dengan azab kubur dan siksa api neraka. Tanpa peringatan-peringatan seperti ini, tidak ada penghalang yang boleh mendinding manusia dari melakukan jenayah. Hasilnya, kita mendengar kes-kes pembunuhan kejam berlaku sepanjang masa tanpa mengira bangsa dan agama.
4. Sayang sekali apabila tugas memperingatkan manusia agar bertaqwa kepada Allah SWT ini hanya diserahkan kepada imam dan lebai sahaja. Seolah-olah persoalan iman dan taqwa ini hanya boleh disebut di mimbar masjid. Inilah benih yang dituai oleh sekular sekian lama dan kini menampakkan hasilnya. Masyarakat diulit dengan demokrasi yang tidak pernah menyebut persoalan iman di dalam sukatan pengajiannya. Apabila iman tidak diperkenalkan, lahirlah generasi kepimpinan yang langsung tidak pernah tertarik untuk mengajak rakyat untuk beriman. Natijahnya, terbentuklah suasana yang kita saksikan pada hari ini.
5. Jauh berbeza dengan Rasulullah SAW sebagai Perdana Menteri pertama negara Islam Madinah. Baginda mengulang sebut peringatan agar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT di dalam setiap ucapannya kepada rakyat. Iman selaku kembar siam kepada Islam itulah penghalang yang paling teguh daripada melakukan jenayah. Pemimpin negara ini adalah orang Islam, justeru individu yang sangat perlu dicontohi ketika memimpin ialah Rasulullah SAW.
6. Saya yakin, jika inilah yang dititikberatkan oleh kepimpinan negara, insya-allah akan berputik rasa gerun dan takut kepada Allah SWT di hati rakyat. Bukan gerun dan takut kepada undang-undang yang dibuat oleh manusia sahaja. Keberkatan dan pencegahan yang datangnya daripada Allah SWT inilah yang akan menjamin kesejahteraan manusia tidak mengira agama apa yang dianuti.
Salam takziah dari saya.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
6 Syawwal 1431H / 15 September 2010
Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Subscribe to:
Posts (Atom)